Sunday, August 21, 2005

Kisah Duka Pelajar

Aku dok cari pasal idea rancangan realiti TV Islam pulak dibuat ganti AF .. Msian Idol..dll tuh... tak jumpa2 pulak.... so, sekali lintas.. ade pulak rintihan psl kisah pelajar2 Mesir yg di.. err, di apa yer... di aniaya oleh org yg diberikan tanggungjawab utk menjaga kebajikan ...kot? hmmm... ni la realiti.. nak buat benda baik pun susah.. depa usaha gak nak sekat gila2... pelik... tapi dah realiti... hadapi aje la... Juz utk member2 aku yg tak tau kisah dan hakikat yg berlaku kat Pelajar Msia di Mesir... ni antaranya aje...

Kisah duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir

Izinkan kami menceritakan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak Selangor yang belajar di Mesir, khususnya yang tinggal di asrama Hayyul Asyir, membabitkan penindasan dan kezaliman dua orang pegawai. Setelah kami diugut dengan berbagai-bagai ugutan -- dari akujanji, kemudian dihantar dua pegawai yang kononnya untuk kebaikan dan keselesaan kami, ditambah dengan jaga yang mengongkong kebebasan kami di sini. Baru-baru ini beberapa pelajar perempuan diugut untuk dihalau keluar dari asrama Selangor dan diugut akan ditarik pemberian zakat. Apa sebenarnya "dosa" anak-anak Selangor ini? ”Dosa" mereka hanya kerana mengikut program PMRAM yang berbentuk ilmiah dan tsaqafah. Dan pada malam itu diadakan qiyamullail dimana mereka telah bermalam di tempat yang disediakan untuk mereka. Apakah itu satu kesalahan yang terlalu berat dan besar? Apabila ditanya kepada dua pegawai tersebut, mereka mengatakan PMRAM haram. Sedangkan semua maklum PMRAM yang sudah lebih 70 tahun bertapak di bumi Mesir banyak memberikan perkhidmatan yang tiada tolak bandingnya terutama hal ehwal kebajikan serta peningkatan pelajaran pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini. Adakah dua pegawai yang tugaskan di sini terlalu bodoh dan dungu serta jahil sehingga tak mampu nak membezakan antara maksiat dan kebajikan? Dosa qiyamullail Adakah pelajar-pelajar perempuan itu keluar kerana membuat maksiat atau adakah PMRAM menganjurkan pesta dangdut atau tarian gelek atau PMRAM mengajak anak-anak Selangor masuk disko The Zouk? Kami dimaklumkan ramai pelajar wanita dipanggil masuk ke pejabat dua pegawai tadi untuk diugut dengan berbagai-bagai ugutan semata "kesalahan" mereka pergi ke majlis qiyamullail! Dalam kes kedua, pelajar-pelajar lelaki Selangor dijemput untuk membuat persembahan nasyid di Damanhur (sebuah daerah di Mesir) bersama dengan penuntut Malaysia di sana. Mereka berlatih nasyid dalam tempoh beberapa hari, sampai merah tangan pemain kompang. Pelajar ini kemudiannya meminta sedikit peruntukkan untuk ke sana. Pegawai berkenaan menolak. Pelajar tadi meminta izin pergi ke Damanhur dengan duit poket sendiri, tidak dibenarkan juga, sambil pegawai itu mengugut: "Kalau kamu pergi juga, saya akan buat apa yang termaktub dalam akujanji. PMRAM adalah badan haram!” Astagfirullah, sudahlah pelajar luar nak ziarah kawan-kawan di rumah Selangor tak diizinkan naik, malah pelajar Selangor yang hendak pergi ziarah mahabbah di samping persembahan nasyid pun tak diizinkan juga. Hubungan silaturrahim anak-anak Selangor dengan pelajar negeri-negeri lain diputuskan begitu saja. Akhirnya rombongan tersebut dibatalkan kerana ada anak-anak Selangor di kalangan ahli kumpulan nasyid tersebut yang mendapat bantuan zakat dan dikhuatiri bantuan zakat mereka akan disekat pada tahun depan! Bayangkanlah … Kes ketiga, berlaku pada 15 Mac 2005. Telah dikeluarkan satu iklan di rumah Selangor meminta pelajar Selangor yang sampai di Mesir sebelum 2003 diminta keluar dari asrama. Setelah usaha dari dahulu lagi untuk menghalau pelajar lama, gagal kemudian disusuli dengan usaha untnk menghalau AJKT BKSAM dari asrama pada musim peperiksaan baru-baru ini sehingga berlaku kekecohan. Sekarang dua pegawai yang zalim ini mencuba untuk menghalau pelajar lama dari asrama. Kalau dahulu, semasa persatuan lama (BKSAM), tak pernah timbul kes halau menghalau, tak pernah kami diugut, tak pernah kami di zalimi, tak pernah kami dihina sedemikian rupa, tapi dengan kedatangan dua pegawai yang tak tahu adab ini, berbagai-bagai masaalah telah berlaku dan bertalu-talu pula. Nak dihalau bagai anjing kurap Sudahlah kebanyakan pelajar Selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat, dalam keadaan duit tak menentu, rumah sewa mahal dan susah nak cari kemudahan penginapan, tambahan musim sejuk, dan lagi dua bulan peperiksaan, tiba-tiba kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama! Walhal rumah untuk anak-anak Pahang yang ada pegawai dari dahulu lagi menjaga kebajikan pelajar Pahang, dengan penuh amanah dan tanggungjawab, dan sepatutnya dua pegawai tak beradab Selangor itu perlu belajar dari Encik Jazmi yang tak pernah bertindak untuk menghalau pelajar dari asrama. Lagipun asrama Pahang itu terbuka kepada semua anak-anak negeri dan tidak pernah mereka diarahkan supaya berpindah keluar. Tidak dapat dibandingkan dengan asrama anak-anak Selangor yang masih banyak kekosongan! Sesungguhnya dua pegawai Selangor ini langsung tidak berperikemanusiaan, tiada rasa belas kasihan terhadap anak-anak Selangor yang rata-ratanya miskin, yang mengharap bantuan zakat, yang datang ke Al-Azhar semata-mata mencari ilmu Allah. Buat pegawai dari Selangor itu, apakah kamu belum rasa puas dengan dosa kamu menutup surau dan masjid di Selangor, atau sengaja kamu menunggu bala bencana dari Allah Taala? Kes keempat, berlaku pada 16 Mac 2005. Pelajar perempuan mendapat arahan dari penjaga keselamatan berbangsa Arab, yang diberi taklimat oleh pegawai Selangor. Mereka tidak dibenarkan pulang lewat dari pukul 9 malam. Soalnya mengapa akhawat terpaksa keluar malam? Mereka terpaksa keluar malam semata-mata untnk belajar kitab di kelas tambahan, setelah segala kelas pengajian agama diharamkan serta diberhentikan di rumah Selangor. Sekat usaha tambah ilmu Jadi mereka terpaksa keluar untuk belajar di asrama anak-anak negeri lain. Sudahlan rumah Selangor tiada pengajian agama, mahu disekat pulak pelajar untuk menambahkan ilmu agama di tempat lain. Betapa besarnya dosa mereka yang menyekat orang-orang yang ingin mendalami Ilmu, sedangkan Allah memuliakan serta memudahkan kerja penuntut ilmu Allah. Tetapi dua pegawai Selangor itu begitu berani dan aktif membuat berbagai undang-undang untuk menyekat kemajuan akademik anak Selangor di Mesir. Sebenarnya apa motif mereka di sini,mahu menjaga kebajikan anak-anak Selangoratau ada tujuan negatif lain yang tersirat? Inilah realiti sebenar yg berlaku terhadap anak-anak Selangor di Mesir. Kami mengharapkan supaya ibu bapa anak-anak Selangor dapat memahami segala tekanan dan kezaliman yang berlaku. Semoga Allah memberikan kekuatan serta hidayah kepada kami dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya' ini. Akhirnya sebagai tatapan, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Beruntunglah seseorang yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan, dan celakalah bagi mereka yg menjadi pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan."

...................

Aku mmg penah sembang depan2 ngan Cik Idris yg jadi wakil k'jaan Selangor utk nak jaga kebajikan rumah Selangor nehh... masa tu mmg tak kenal muka Cik Idris ni.. dengaq2 ja... dah sembang2 baru tau.... tu pun jumpa kat DMAK...heh... program anjuran kedutaan gaks... mmg dia sendiri akui..dah biasa buat benda2 ganas...tumbuk, sepak... rakaman student yg tunjuk dia tumbuk student selangor tu pun ade.. siap di ulang tayang lagik..kisah lama, tapi berturutan berlaku, makin sempit diaorg menekan... takpe.. ade la balasan...insyaAllah..

Alhamdulillah... tulis lagi :)

Pagi tadi aku tidoq lewat.. dah kul 7 pagi baru balik rumah. Mat xde, pi Cairo dah.. aku ngan Abbas maybe nak pegi esok atau lusa... lepak je dlm bilik Mat... surf internet... buat dan cari apa2 yg patut aku surf... ada lama masa gitu baru senang nak surf.. puas hati...

Tadi lepas isya, Abbas ajakpegi Dumyat.. beli baju, attar... tengok2 lauk kot2 ada banyak.. xde pun... masa balik tu, singgah kat Sai'ediey, makan firakh nus.. takla lapaq sangat.. tapi bole la, sambil borak2 dan cite pengalaman dan pendapat ... heheh.. biasala... borak ler katakan.. ade la pengalaman2 yg kita bole amik iktibar...

Dlm 2 bulan lepas, Lina ajak aku join Sri York...yahz..ok gaks... xde apa2 yg tak ok.. semua ok :) luv being there even jarang ade org.. yelakan.. sbb time2 tu aje yg aku bole on... nak buat cemana...

Alhamdulillah, aku lulus xm kali ni dgn mustajid thn 3... maka dp la naik thn 4.. insyaAllah kuliah start mid 9 nnt... hmm...kena study bebetul2 dah kali ni...last... taqdir nnt tgk banyak kat result thn 4 gaks... banyak dah pengalaman, pengalaman mengulang pengajian kat sini aje la... 3x kat thn 1... 2x kat thn 2...1x thn 3.. mintak2 sekali aje kat thn 4 gak... xmo da dok cni lama2.. ade yg best ade yg tak... kadang2 aku slalu tringat yg Cha sebut psl kawen tu...yelakan, pk sekali imbas pun, mmg betul jugak rasanya.... kalo kawen umo 32 la katakan... umo aku da 55 thn, mungkin anak aku baru umo 20 thn.. tu pun kalo Allah kasi dpt anak awal.. kalo lewat? uh.... katakan dia pun kawen umo 30 mcm abah dia gak... tak ke waktu tu aku da 60 lebey? tu baru anak sulung.. cucu?anak bongsu? huih huih... angan2 aje ke aku ni..... :P apapun... study dulu... kawen2 pk kemudian... enjoy ur study first :)

Semenjak 2 menjak ni... xdela bape hepi sgt... ade 2-3 perkara yg berlaku..kadang2 di luar kesengajaan aku... dan aku terpaksa betulkan semula... takpelah... biasa la kot cemtuh... nak buat cemana... yg penting aku pk cara elok aje.... positive... :)

Hmm...nak tipon ke hah.... :P

Friday, August 19, 2005

Test Kali Kedua

Chat ngan Ida semalam... dia masuk sat je, letih katanya... takpelah. Rasa lega dapat chat balik, slalu je aku ade buat silap yg mmg asal dari sikap aku sendirik... bole ubah kot.. try.

Tunggu punyala lama Naruto siri 147-148 nak abih, lepas jer abih... aku ngan Mat terus tengok.. hehe.. aku puas hati gak tengok siri nehh... bukan apa, dpt tengok adegan Hinata tunjuk minat betul2 depan Naruto.. hehehe

Friday, August 12, 2005

Testing

Hah... dah lama aku tak tulis apa2 kat sini.... Sofwan ajak datang umah tengok PC dia tak betul... PC markaz pun kata tak betul, tapi tu letrik punya masalah.. bukan PC... aku lepak kat PC Ein lepas dpt msg dari Ida... sesambil scan online.. aku donlod browser kat cni... aku try advanced browser...nampak best.. mudah dan laju... ntah la.. guna dulu~! ...

OK... testing... adakah berjaya? banyak org dah tanya nehh....