Tuesday, November 29, 2005

Pengalaman Yg Bole Amik Iktibar

Ni kisah yg sorang pakcik cite kat forum.. aku rasa elok utk nak jadi pengajaran kepada apa2 hal yg berlaku dan yg kita penah dengar... psl U.Shamsuri.. forum ni adalah forum tertutup, ade beberapa org aje join.. dan benda ni pun di ceritakan dlm board yg invisible gak...

Pada tahun 1998, saya selalu mengikuti kuliah Ustaz Shamsuri. Bukan takat di Pulau Pinang ini sahaja, tapi di merata2 tempat. Sehingga sampai ke Kulim, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Taman Kerian, Parit Buntar. Jadi dalam sebulan tu saya akan pi kuliah 5-6 Ustaz di tempat2 ini.

Kemudian saya dapat idea sendiri, nak buat satu laman web. Dengan cara memasukkan teks kuliah berserta audio ke dalam sebuah laman web. Ustaz Shamsuri ketika mengajar kitab Bahrul Mazi berdasarkan himpunan hadis Nabi SAW dari Imam At-Termizi. Mula2 Ustaz agak keberatan gak. Tapi setelah saya buat satu demo dan Ustaz sendiri mai ke rumah berjumpa saya....akhirnya dia setuju.

Maka dari situ lahirlah laman web Ustaz Shamsuri Online. Di dalamnya memuatkan pelbagai info agama. Ada ceramah agama, ada kemusykhilan agama, tazkirah, gambar2 mengenai kekejaman ke atas umat Islam....pendek kata mcm2 ada di dalam tu. Dan semua nih saya buat sendiri dengan ada bantuan dari seorang kawan yg dok di Sg. Petani.

Alhamdulillah, sambutan orang ramai ke atas laman web ini amat memberangsangkan. Ustaz pun ada buat promosi di dalam kuliahnya mengenai laman web tersebut. Bahkan, pada cover jaket kaset2 Ustaz Shamsuri memang tertera link laman web : ustazshamsuri.com.

Oleh kerana ketika itu info agama amat kurang dari segi penggunaan internet, maka ustazshamsuri.com ini dengan cepat menarik minat dari semua peringkat. saya pernah terima offer dari Astro ( radio ) utk memohon kebenaran menggunakan tazkirah dari audio yg saya rakamkan di dalam laman web ini. Majalah mastika pun pernah kontek saya utk mendapat maklumat ttg cerita2 yg pernah Ustaz gunakan di dalam kuliahnya. Malahan juga laman ustazshamsuri.com ini juga menjadi link di kebanyakan laman2 web kerajaan dan persendirian.

Selain daripada itu juga, ada juga pelajar2 dari luar negeri misalnya dari Jepun dan UK yg selalu e-mail mengajukan soalan2 kemusykhilan agama. Dorang nih juga memberi sokongan agar laman web ustazshamsuri.com boleh bertahan kerana dari situ dorang nih boleh mendapat maklumat ttg soal2 agama yg sebelum ini mereka kurang memahami.

Manakala, kaset2 Ustaz Shamsuri dari Perniagaan Muaz Enterprise yg saya promote dgn menggunakan laman web ini juga tidak kurang sambutannya. Pesanan diterima dari pelbagai tempat sehingga sejauh Singapura.

Waktu itu saya kelolakan laman web ini dgn menggunakan komputer laptop pentium 1 sahaja. Walaupun kadang2 agak terhegeh2 dgn menggunakan 33.6 modem tapi Alhamdullilah....apa yg hendak disampaikan tu berjaya juga dilakukan.

Kemudian dalam tahun 1999 Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet. Waktu tu, iklim politik Malaysia semakin panas. Tidak lama selepas itu negara kita menganjurkan pilihanraya. Dgn faktor DSAI ini, PAS dn UMNO laksana spt buku dan ruas. Sokongan terhadap PAS amat meluas kerana ramai yg simpati dgn apa yg terjadi ke atas DSAI dan keluarganya.

Disebabkan ketika itu penggunaan internet di Malaysia baru mula menapak. Ramai yg mengambil kesempatan menggunkan internet utk meluaskan pengaruhnya. Waktu tu, laman web seperti Mahazalim, Mahafiraun, BlackFriday dll mendapat sambutan hangat. Saya pulak time tu walau pun tak mau melibatkan laman ustazshamsuri.com utk kempen pilihanraya, tapi dok menyibuk gak walau secara tidak langsung. Kerana masa tu....mmg terasa bahawa BN akan tumbang, kalau tidak pun majoriti 2/3 boleh dinafikan.

Bila diumumkan keputusan p/raya, seperti diketahui - Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Cuma yg mendukacitakan prestasi DAP di Pulau Pinang, Selangor dan Perak tidak seperti mana yg diharapkan. So, kekallah BN memegang tampuk pemerintahan.

Pada masa p/raya itu, Pak Lah bertanding di Kepala Batas dgn lawannya daripada PAS. Yang amat memeranjatkan walaupun Pak Lah menang, tetapi undi utk calun PAS seorang "unknown" amat banyak tanpa disangka2.

Jadi selepas p/raya nih....kuliah Ustaz Shamsuri berjalan seperti biasa. Tetapi rupa2nya Pak Lah nih jenis yg pendendam orangnya. Suatu malam ( hari sabtu ) bulan Julai 2000, polis dan special branch seramai lebih kurang 20 orang telah mengepung rumah Ustaz Shamsuri. Dorang nih kemudiannya telah masuk ke bilik ustaz dan mengambil bahan2 yg disyaki mereka boleh dijadikan bukti. Malam tu juga Ustaz Shamsuri telah dibawah mula2 ke balai polis daerah, kemudiannya terus ke Polis Headquaters di Penang Road di Pulau Pinang untuk ditahan tanpa bicara.

Masa tu semua orang terpinga2 tak tau apa yg dah terjadi. Polis yg mai menahan ustaz pun tidak memberitahu kenapa ustaz ditahan. Malah isterinya sendiri pun ketika itu tak tau apa2. Maka duduklah Ustaz Shamsuri di dalam tahanan lokap polis. Tanpa diketahui mcm mana nasib ke atas dirinya.

Pada 9 Ogos....Saya dapat phone call dari isteri Ustaz dari rumahnya di Tasek Gelugor. Isteri ustaz dan abang2 dia....mahu saya ke rumah dia malam nih gak kerana dorang nak bincang serta nak coach saya - kerana besar kemungkinan saya akan dipanggil ke Police Headquaters dalam 2-3 hari ini.

Tarikh 9 Ogos ini mmg saya ingat sgt...sebab ari tu besday anak saya yg nombor 2...dan aritu juga saya sedang puasa sunat hari Khamis. Mmg tak sangka yg isteri Ustaz nak call malam tu. Yang saya nih pulak petang tu sibuk pi ke sana sini untuk beli kek besday, so malam tu mmg letih sgt...nak drive 45minit ke Tasik Gelugor...rasa tak larat lak.

Maka dgn sebab tu Nana pun tepon balik isteri Ustaz.....saya kata malam tu mmg tak boleh nak pi kerana kurang sihat sket. Dorang pun paham dan cuma bagitau soh saya prepare diri jika polis atau SB mai utk menahan. Dari apa yg isteri Ustaz maklumkan....SB dah shortlisted nak tahan saya - orang yg bertanggung jawab ke atas laman Web Ustaz dan juga Mat Nor - orang yang bertanggung jawab menggeluarkan kaset kuliah Ustaz Shamsuri.

Waktu tu panik gak....bukan takut kena tahan....tapi takut SB nih mai kat ofis...siap utk gari tangan saya.....silap2 bos tempat kerja pun boleh sack kita lepas2 tu. Kalau saya balik2 rumah dari kerja....dari ID caller tepon di rumah tu...boleh nampak ada beberapa nombor yg tidak dikenali. Tak tau sapa.

2 hari selepas itu....Mat Nor dapat panggilan dari SB di Pulau Pinang soh dia menghadirkan diri ke Police HQ. Jenuh gak polis2 dan SB nih interogate dia...dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4 petang. Mcm2 soalan dorang tanya spt Berapa lama dah kenal Ustaz....ada tak masuk mana2 parti politik dll.

Pada malam hari selepas kena interogate nih....Mat Nor call saya...dia suruh saya persiapkan diri kerana mungkin saya kena menghadirkan diri ke HQ. Mat Nor nih pun...bagilah tunjuk ajar dan coaching...supaya apa yg saya nak jawab bila ditanya nanti....akan tally dgn apa yg dia jawab petang tu. Besuknya....saya menunggu mcm nak rak...bila dorang nak panggil nih....dah siap2 jugakkan diri. Tapi sampai ke petang tak daq jugak. Sehari, dua hari selepas tu pun saya dok tunggu....tapi tak daq pun apa2 panggilan dari Polis atau SB.

Akhirnya selepas 17 hari dalam tahanan Ustaz Shamsuri dibebaskan tanpa syarat. Masa tu ramai yg mai ke rumah ustaz menanyakan khabaq. Handphone ustaz pulak dimatikan....saya try gak call dia...tapi selalu line dia off....mungkin dia tak mau diri dia dikacau. Selepas 3 bulan dibebaskan kuliah Ustaz berjalan seperti biasa. Orang yang mai ke mesjid time tu....mengalahkan ketika solat jumaat...ramai yg nak tau citer yg terjadi disebalik penahanan ISA tu. Tapi Ustaz tidaklah mahumenceritakan apa yg terjadi.

Sehinggalah setahun kemudian...waktu hari raya Aidil Fitri...saya berkesempatan bersama keluarga mengunjungi Ustaz di rumahnya. Ketika itulah Ustaz menceritakan apa yg terjadi pada diri dia. Mmg betul pada malam dia ditahan....polis tidak memberitahu sebab2 penahanan beliau. Cuma mahu ustaz bersiap utk dibawa ke HQ. Waktu itu ustaz cuma sempat mengambil kain pelikat baju sepasang, sejadah dan tuala sahaja.

Waktu dibawa pergi ke HQ....mata di dalam keadaan tertutup sehinggalah ustaz dimasukkan di dalam sel beliau. Ustaz kata....yg paling tak tahan tinggal dalam sel tu...adalah nyamuk dan kedaan yang amat panas...ventilation cuma sedikit ruang di bahagian atas, tanpa sebarang kipas angin. Peluh yang menitik mcm orang berkerja di bawah panas matahari dgn keadaan badan yang rasa melekit dan nyamuk yang dok menggurung setiap masa.

Menurut Ustaz interrogation...dilakukan setiap hari...tak kenal masa dan ketika. Kadang2 baru habis kena soal siasat selama 2-3 jam....dorang dah hantar balik ke sel...tapi 5 minit kemudian kena panggil semula utk di saoal siasat. Kaedah ini adalah utk mematahkan semangat di dalam diri kita dan menjadikan sesaorang itu rasa tidak tenteram dan separuh gila kerana kekurangan tidur.

Pada hari pertama kena soal siasat....ustaz menceritakan....dia dibawa masuk ke dalam sebuah bilik...di dalam tu ada 3 orang. Orang yg pertama tu menanya :
SB : Ustaz....Ustaz nih ada masuk mana2 parti politik atau tidak ?
US : Tidak...saya tidak ada masuk mana2 parti politik
SB : Ustaz....saya nak tanya Ustaz sekali lagi....Ustaz, ada masuk mana2 parti politik atau tidak ?

US : Baiklah...kita nih tinggal di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi....mana2 orang berhak untuk menganggotai mana2...

Menurut Ustaz Shamsuri....belum habis ayat dia tu....SB nih bangun dari kerusi dia.....lalu dengan sekuat tenaga...meyepak kerusi plastik yang dia duduk tu ke dinding....panggg....pecah berkecai kosi tu...

SB : USTAZ....SAYA NAK TANYA KALI TERAKHIR NIH... USTAZ ADA MENGANGGOTAI MANA PARTI POLITIK ATAU ?

Ustaz Shamsuri...kata time tu..dia betul2 terkejut...dgn tindakan SB tersebut....lalau terpaksalah dia berterus terang. Sebenarnya...sebelum SB nih menahan sesaorang....dorang dah terlebih dahulu mendapat maklumat yg terperinci ttg diri sesaorang itu...jadi kalau nak tipu pun tidak ada gunanya.

Kemudian Ustaz Shamsuri menceritakan lagi soal siasat ke atas dirinya :

SB : Ustaz....Ustaz tahu tak kenapa Ustaz ditahan ?
US : Tidak...saya tak tau mengapa saya ditahan.
SB : Ustaz tahu...kerana Ustaz lah undi Pak Lah di Kepala Batas merosot. Kerana kuliah Ustaz di Mesjid Kepala Batas lah....maka ustaz dah mempengaruhi ramai orang untuk menyokong parti pembangkang.
SB : Ustaz tahu....kenapa ada lain2 ustaz yang agak lantang seperti Ustaz Sahril Long atau Ustaz Halim Nasir kami tidak tahan ?
US : Tidak...saya tak tau sebabnya.
b]SB[/b] : Sebab dorang ini punya pengaruh ke atas orang ramai tidak banyak. Tetapi ustaz...dgn cara petah ustaz bercakap, kuliah Ustaz banyak mendapat sambutan sehingga ramai yang cenderung pada parti PAS.

Memang benar, Ustaz sebulan sekali mengadakan kuliah bulanannya di mesjid Badawi, Kepala Batas. Sehinggakan ibu Pak Lah pun tidak pernah miss untuk menghadiri kuliahnya.Tambahan pula kuliah2 yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri bukanlah secara terang2an mengajak orangramai untuk menyokong parti pembangkang. Sebaliknya utk memberi kesedaran tentang hukum agama.

Bukti yang paling jelas boleh didapati dari kaset Ustaz Shamsuri. Penyampaian beliau amat mudah disamping mengutarakan kisah2 kepincangan masyarakat di negara kita. Maka sesiapa yang boleh berfikir dgn secara terbuka sudah tahu boleh sedar bahawa kerajaan yang sedia ada ini banyak membelakangkan agama Islam.

Selain dari apa citer2 di atas itu....Ustaz pun ada citer kat saya bahawa....SB mmg sebenarnya mencari saya yang menjadi pengelola laman web ustazshamsuri.com. Dorang pun pernah call rumah saya banyak kali...tapi saya nih selalu time tu pi ofis....petang selepas ambik anak dari sekolah pukul 7 baru balik ke rumah. Jadi tak dapatlah dorang contact saya.

Ustaz pula ketika soal siasat telah menyembunyikan pekara sebenar supaya saya tidak dipanggil ke HQ... Ustaz pernah menerangkan bahawa...sebenarnya saya nih cuma menaip teks2 agama yang Ustaz berikan tidak lebih dari tu. Jadi, kalau nak panggil saya ke HQ pun tak ada gunanya. Cuma SB nih tak puas hati dari kemusykhilan2 agama yg diletakkan di dalam laman web tu ramai yang bertanyakan soalan2 berbau politik....misalnya : adakah negara Malaysia ini negara Islam ? atau Apakah hukumnya pemerintah yang tidak menjalankan hukum berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi .... saoalan2 spt ini...bagi mereka boleh mencederakan kepimpinan kerajaan BN sedikit sebanyak.

Sepekara lagi Ustaz menerangkan bahawa....SB dan Polis ini cuba nak mengaitkan peristiwa al-Ma'unah kepada Ustaz Shamsuri. Kononya ketika dorang menyerbu ahli al-Ma'unah nih dorang menjumpai kaset2 Ustaz Shamsuri di dalam milik mereka. Cehhh..apa punya alasan cam nih murka

Sesudah pembebasan Ustaz....isteri Ustaz pun ada merayu kat saya supaya tidaklah payah diteruskan laman web agama ini...kerana keadaan yang ada nampaknya boleh mendaruratkan banyak pihak. saya setelah dibagitau mcm tu...terpaksalah tunduk dan terima walau pun dgn hati yg amat berat sekali. Yer lah...tak sangka...laman web yang saya dok usahakan selama 2 tahun ini, setelah mendapat sambutan yang amat kuat tiba2 hendak dikuburkan terus. Tapi saya tak mau lah kerana saya orang lain boleh menerima akibat buruk pulak.

Seaktu Ustaz ditahan...saya & Family pernah melawati Isteri Ustaz...ketika tu dia mmg lah sedih...terpaksa...pekara2 yang sebelum ini yang jarang dibuat terpaksa dilakukannya pula. Seperti urusan pembayaran bil, pergi ke pasar dsbnya. Anak2 Ustaz pula...tak tau ke mana pergi ayahnya. Yang paling sedih anak ustaz yng bongsu...yg menghidapi down syndrome selalu...akan masuk ke dalam kereta kerana disangkanya ayahnya akan membawa dia keluar.

Begitulah ceritanya. Tetapi selepas bebas dari penahanan....Ustaz sering diekori oleh SB ke mana2 dia pergi....kadang2 kalau Ustaz pi outstation, SB akan buat courtesy call...kononnya nak tanya khabar Ustaz...dan bertanyakan di manakah Ustaz berada sekarang. Bahkan juga Pak Lah menggunakan kuasanya sebagai menteri negeri....untuk memaksa ustaz menghadiri kenduri perkahwinan anaknya Nori di dewan Millineum di Kepala Batas. 3 kereta SB telah dihantar untuk mengambil Ustaz Shamsuri ke majlis perkahwinan itu....dgn niat untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa hubungan Ustaz Shamsuri dgn Pak Lah amat baik.

Tidak lama selepas itu...pada tahun 2001....satu fitnah yang besar telah dilemparkan oleh kerajaan BN ke atas Ustaz Shamsuri. Waktu itu...berlaku pilihanraya kecil Indera Kayangan. Parti Pas telah bertanding dgn Parti BN. Ketika sibuk hari berkempen di sana. Suatu malam , beberapa kereta SB telah sampai ke rumah Ustaz Shamsuri. Tanpa banyak soal, mereka ini telah memaksa Ustaz Shamsuri mengikut mereka. Apabila sampai di Perlis. Rupa2nya mereka ini telah memberi taklimat bahawa Ustaz diwajibkan memberi ceramah di atas pentas. Turut hadir ketika itu ada Ustaz Pirdaus. Pada mula2nya Ustaz Shamsuri ingatkan bahawa ceramah malam itu adalah suatu ceramah biasa sahaja. Maka beliau pun bercakap seperti biasa di atas pentas. Tetapi tidak lama selepas itu barulah Ustaz Shamsuri sedaq bahawa di belakang b/ground pentas tersebut ada bendera parti BN dan UMNO. Nak tak nak terpaksalah Ustaz menghabiskan ceramah tersebut, dgn disaksikan orangramai bahawa Ustaz Shamsuri ini seolah2nya telah berada di pentas tajaan UMNO serta telah berpindah matlamat perjuangan.
........................

....ada banyak lagi pekara2 yg susah nak disangkakan boleh tergamak dorang buat...tapi dah pun berlaku.
Tahun lepas kat ofis saya nih ada sorang Naib Ketua UMNO bahagian Jelutong, kalau dengaq dia cakap....woii takut kita. Kawan2 saya yg dulu sokong penuh BN...bila dia brag psl diri dan aktiviti politik dia....terus mati2 kata tak mau pangkah BN lagi.

Dia nih pernah kata yg tabung tsunami dulu tu mmg UMNO collect dari derma2 dan jamuan2 makan yg dorang lakukan....tapi tak semua pi kpd mangsa tsunami di Kuala Muda, Kedah. Puak2 nih ada percentage yg dorang masukkan dalam kocek dorang dan yg lagi terkejut...dari duit derma juta2 tu dorang belanja pi Peking, China.

Kalau masa pemilihan UMNO di KL....semua2 wakil bahagian....berebut2 nak pi...mana tidaknya...dorang dapat imbuhan berupa henpon, rantai tangan...dan collegue saya nih kata dia boleh pi kat satu butik di KL tu dan pilih kain apa saja yg dorang nak....semua ditanggung percuma. Susah ler nak kata dia temberang...tapi dia tunjuk sekali barang2 yg dia terima tu.

* BTW utk makluman Kak Nor, Ustaz Shamsuri la nih dah menjadi penasihat untuk Kedai Nasi Kandar Pelita Samudra di Chai Leng Park, Butterworth, Penang. Sebelum nih Ustaz mengajar di Sekolah Aagam Al-Irshad. Tapi bukan senang kalau berkerja dibawah gomen dan di dalam masa yg sama kita nak suarakan apa yg tak betul yg dorang dok buat. Mcm2 Ustaz kena masa jadi guru dulu, nak di-transferkan ke sabah lah....dan last sekali kena pindah ajaq sekolah Cina.

Kemudian, bila2 dah jadi susah dgn tekanan mcm tu, akhirnya dia ambil kesempatan utk menjadi penasihat utk Nasi Kandar Pelita nih. Itu pun tak abis kat situ....pernah orang sebarkan e-mail yang mengatakan Nasi Kandar Pelita ini memasak ayam yg tidak disembelih dan juru2 masaknya beragama Hindu.

Ustaz pernah terangkan sebelum ini dalam kuliahnya...bahawa ramai yg tidak tahu bahawa Nasi Kandar Pelita ini setiap tahun ada menaja beberapa pelajar tahfiz al-Quran utk melanjutkan pelajaran sehingga ke Madinah. Tapi dah jadi adat manusia....yg buruk tu lebih2 disukai mereka walau pun tanpa asas bukti disebaliknya.

......................

Aku cite kat bawah tu.. utk pengajaran.. bukan utk nak cela atau aibkan sapa2.. tu sume pengalaman aku.. ade yg x puas hati? nape? rasa 'maslahat' tu penting? well... let see 1st.. apa yg maslahat tu..

Sapa2 yg terbaca cite kat atas ni.. kalo nak amik paste kat tempat lain tu.. aku harap sila la mintak kebenaran dulu yer... bole aku cakap sebab dia nnt...

Sunday, November 27, 2005

Arini Aku Dah Balik Dumyat

ALhamdulillah.. aku dah sampai Dumyat setelah melepak hampir sebulan kat Cairo. Sejak wadi balik 8/10 tu.. aku mmg lepak Cairo dan hanya balik Dumyat 4 hari aje ngan Abas.. then pegi balik Cairo...raya kat sana.. hinggala semalam.. lama kan? :D

Singgah Mansurah semalam.. janji nak jumpa Mat kat sana sbb dia nak pi jumpa Anne.. aku plak nak pi kat Massah, anto brg sekali... kul 6.30 sampai.. kul 10 baru bleh balik. Mat suka betoi bihun.. kami makan 3 org... kenyang terus. Abas beli firakh.. simpan je.. td baru makan :) pg td aku xpi kuliah... tido lepas subuh... sedaq2 da kul 1 t/ari... td ptg depa bitau ada kelas ngan Ahmad kat masjid lps Isya.. wat kejap.. orait la tu.. Qawaid Fiqh.. Ahmad tanya aku pi mana.. dia majok kot.. tp xpola.. pehni aku nak try ada kat cni...insyaAllah.

Td ptg tipon Massah... borak2 ..baru tringat balik yg blog ni ade benda yg aku belum tulih lagi..

Benda yg aku dpt tau dari Mali... lepas aku sampai dari Dumyat.. kat epot masa antaq Wadi. Lepas kami turun pi toilet, elok je aku kuar.. Mali tarik aku jalan sama2... pehtu dia habaq kat aku yg ade menda da berlaku...Tehah (bukan nama sebenar) da kawen... aku waktu tu, pk.. bagus la.. orait la da kawen. Sbb aku pun mmg da tekad sejak dia pindah dok umah sorang2 tu xmo amik tau lagi psl Tehah. Tp xdpt sembang pnjg mlm tu... sbb byk org.. esok tu Mali bitau aku yg dia nak ajak aku pi join sama nak bincang psl sesuatu kat umah Abg Kree... aku xbanyak tanya.. lagipun xde apa2 yg bz pun. So, ikut.. on da way nak pi tu.. aku tanyala. Nak bincang psl apa ni? Mali tanya aku.. tau ke Tehah da kawen? aku cakap..yelah, anta yg bitau ana semalam... pehtu dia tanya lagi.. tau ke dia kawen ngan sapa? aku jwb, ntah.. biaq pi la..ana da tekad takmo peduli lagi psl dia ni, kalo da kawen tu kira alhamdulillah le. Dia kawen ngan sapa? Mali jawab... Mizi (bukan nama sebenar jugak). Ya rabbi.. waktu tu aku punyala terkujat.. really! Aku sebenarnya suka kalo Tehah kawen, yolah... member2 kawen.. sukala kan? tapi... ngan Mizi? bio betul... kawan tu da ade bini... ade anak2 plak tu.. besar2..Pehtu Mali cakap lagi..da ade anak!! Tehah da beranak. Adeihla.. mcm kene ketuk jer aku rasa masa tu... aku pun penah pegi umah Mizi ni 2-3x...main ngan anak2 dia tu... bukan takat tu je.. Mizi tu pulak orgnye mcm tak masuk langsung ngan ciri2 yg Tehah yg dulu aku kenalla.. Mizi tu perokok, kawan plak ngan budak2 muda melepak ikut suka hati je mcm org tak kawen lagi.. yg paling aku dok tringat ialah masa terserempak ngan dia kat dataran masa kami baru lepas pegi bazar Ganu aritu.. dia soal pasal sunnah.. dan last2nye dia kuarkan yg takrif sunnah yg kita blaja dlm kitab tu adalah bukan takrif yg sebenar... bukan setakat bil qauli, fe'li ngan taqrir.. ade mcm2 lagi... sbb tu waktu tu dia persoal mcm2 ttg sunnah... Usop da tak tahan je masa tu, biasala remaja.. kami yg lain tu.. diam je la.. ikut ang la.. jwb aje setakat yg mampu dan tanya dlm jawapan.. huh.. lain benar bunyiknye... ok stop.. cukup bab tu..

So.. Tehah kawen ngan Mizi.. aku tanya Mali, sambil dok jalan pi umah Abg Kree la.. nape? Mali jawab.. ni la sbb kita nak pi jumpa ni.. nak tanya dan dptkan jawapan setakat yg ada. Sampai la umah Abg Kree.. kat situ, rupanya Xie (bukan nama sebenar) da ade.. so kami pun mula la... Xie ni kwn agak rapat ngan Tehah ni... rupanya Xie tau perkara ni sejak awal thn 2005, masa xm fasa satu... Xie cite dia ble tau bila satu malam tu.. Mizi kontek dia, suruh dia ready utk nak pegi ke Cairo. Xie tanya, nape? dia tengah dok study xm ni, di pertengahan xm.. ade lagi 2-3 madah. Mizi kata ni psl dia nak kawen ngan Tehah... so, ngko ready aje la. Aku nnt pi amik (paham2 ajela cemana cara Mizi cakap) ..masa tu dah pukul 12 tgh malam. Tapi Xie berkeras yg dia takkan pi malam tu. Kontek kwn2... tanya pendapat. Esok pagi tu dia pegi Cairo... then tipon Tehah.. Tehah kata tunggu dia depan Syoubrawi... tunggu punya tunggu.. tau2 Mizi pulak yg dtg ngan keta kancil... bukak pintu depan soh naik, siap paksa2 lagi.. Xie tengok keliling da penuh ngan ostat2 dok nengok.. dia masuk jugak kat pintu blakang tu. Ketaq katanya...

Diorg sampai lebih kurang dekat asar.. ke blakang kwsn Musallas.. aku penah lepak situ lama jugak.. mmg tau kawasan tu cemana.. blakang Musallas tu. Kwsn yg tak siap sepenuhnya.. cemana aku dpt tahan otak dari tengok seorang ostazah dgn begitu mudah ikut seorang lelaki. Sebab ostat tu PAK DAM? da kawen? heh.. tu la kot alasannye... kalo yg tak kawen ni, xleh ikut.. tp kalo yg da kawen tu.. bole kot ikut...w/p sorang2... ntah. Apapun Xie mmg bitau dia rasa inilah antara perkara yg dia rasa salah dan menyesal seumo hidup...

Mizi bawak Xie masuk umah... then.. jumpa Tehah.. sambil tercengang2 lagi psl Mizi kata bab nak kawen ngan Tehah kan ? yg sbb Xie dtg tu... Xie nak duduk atas katil... tapi Mizi tahan sambil cakap.."Oiii... nanti.. nanti.. mati anak aku...!!" Bila dia selak kain bawah tu.. rupanya ade sorang baby... Xie masa tu da terketar2, dia trus tanya.. anak ni.. sah ke? diaorg berdua tu senyum.. Tehah dan Mizi.. diaorg cakap.. dah kawen.. then Xie stay situ 4 a while.. xingat bape lama. Tehah bitau yg parent dia tak tau yg dia da kawen... xde sapa pun tau. Dan sebenarnya waktu dia pindah umah dari rumah kwn2 dulu dan tinggal sorang2 tu adalah sbb dia dan Mizi dah kawen... so.. sebenarnya diaorg dah kawen sejak thn 2003 lagi.. xde sapa tau. Ahli2 bait taktau, parent xtau.. dan dah siap beranak pd awal thn 2005. Seorang ostazah, yg amik MA .. cemnih ke tindakannya? nice.. isn't it?

Xie cite... masa dia balik Msia, jumpa ngan Tehah sbb diaorg dok satu negeri... Tehah ajak dia kuar shopping dan banyak tanya psl baby dan bab ngandung ni... so, mustila dia da ngandung sejak balik ke Msia kan? da kawen la kan? tp xbitau parent w/p masa tu da balik umah. Kira secara normal.. baby tu lahir bulan 1.. mestinya tolak ngan 9 bulan.. jatuh dlm bulan 3 atau bulan April thn 2004... 4 bulan mesti da sedar...

Then.. hari2 terus berjalan mcm biasa.. Tehah cakap kat Xie.. ko jgn cite kata aku da kawen kat sapa2. Sebenarnya dia takut if bini pertama tu tau.... Obvious, rite? tidakkah perkahwinan itu sesuatu yg baik? dah Rasulullah pun amat menggalakkan utk menghebohkan perkahwinan... nape nak sembunyikan? Rupanya bini Mizi yg nombor satu tu tak tahu... anak2 diaorg tak tahu yg kak Tehah yg slalu lepak&ziarah diaorg tu sebenarnya dah jadi ibu tiri diaorg...Tehah da jadi isteri no 2... oneday, Tehah cite kat Xie, sumthin happened... Mizi balik cuti kat Msia... so dia pesan supaya Mizi balik jumpa ngan parent dia (dua2 parent depa la) yg diaorg da kawen dan ade anak. Guess what? Mizi balik Msia dan datang dengan seorang isteri baru... yg ketiga.. ostazah cni jugak! Tehah dgn pilunya bitau Xie yg dia terkilan sesangat Mizi buat kat dia cemtu.. dgn baru dpt baby dan dia kata kat Xie, kalo la xde si baby ni.. dah lama dia buat benda bodo (such as melukakan diri sendiri etc etc..) Aku masa ni nak rasa kesian tu pun... xjugak.. sbb tringat.. adakah Tehah tak pk benda yg dia rasa WAKTU TU, bila dia kawen ngan Mizi tanpa pengetahuan bini yg pertama dan juga parent dia sendiri? sendiri rasa baru tau betapa pedihnya.. waktu buat kat org.. tak pk. Well, lets think 4 a while... Mizi tu seorang penipu... why? Di awal2 dia nak ajak Xie jumpa Tehah tu pun dia sebut psl NAK KAWEN... tapi sebenarnya DAH KAWEN dan DAH ADE ANAK.. BOHONG. Pehtu masa nak balik Msia.. janji nak bitau parent.. sebaliknya balik kawen lagi satu.. tipu lagi ngan Tehah... (aku tanya kawan2... rupanya org2 yg kenal dia ni mmg cakap perangai dia ni mmg cemnih)..Tipah Tertipu...

Waktu Mizi balik Msia... dia serahkan kunci umah dia tu pada sorang budak sabah.. lelaki.. tak kawen lagi utk nak jaga Tehah. Aduhai.. setakat tu ajela Tehah bila da jadi bini org...aku tunduk aje dan langsung tak pandang muka Xie sepanjang dia dok cite depan aku ngan Mali tu. Satu aku mmg tak sangka sesangat Xie sanggup wat cemtu.. kedua aku mcm shock ngan tindakan yg menjuruskan Tehah sampai jadi cemtu. Heard that Tehah kena wat keje mcm2 lepas bersalin tu, sbb xde sapa yg nak tlg jagakan... yelah.. sapa tau kata depa kawen? tu sbb dok kwsn Musallas belakang2 plak tu... that's hearby btw..

Cukup la kot takat tu.. cuma tertanya.. cemana ye Tehah kawen, tanpa pengetahuan keluarga? xde sapa yg tau.. wali cemana? kalo wali hakim pun.. dia ade syarat2nya mcm sekiranya dipersetujui oleh wali2 dia mcm ayah.. abang.. atok.. pak sedara.. pehtu bole wali hakim sekiranya usaha mencari diaorg2 ni sume menemui kegagalan. Ni tidak.. slalu kontek.. tapi tak penah bitau hingga da ade anak. Aku terrrrrrr..pk... maybe Tehah kena pukau ngan Mizi kot.. sbb, Xie cite.. Tehah luah kat dia... "Jangan tanya aku kenapa aku kawen ngan dia.. aku tak tau" ... pelik tak? tak tau kenapa kawen ngan dia? Sampai sekarang pun sebenarnya masih bermain di kepala otak.. cemana Tehah kawen ngan Mizi.. sapa walinya... safarah mudah ke meluluskan perkahwinan cemtu? Yg aku hangat hati adalah kawan2 Tehah tu.. bila tau aje benda ni... diaorg pun boleh tutup mulut jugak. Bila tanya kenapa? dijawabnya Mizi yg suruh jgn cite kat sapa2... demi maslahah Tehah. Betapa mudahnya diaorg tu ditipu Mizi... dah la Mizi tu start ngan penipuan.. bukan takat Tehah je yg kena.. bukan Xie aje.. ngan kawan2 diaorg pun tertipu jugak.. hinggalah ke saat ini.. jika ditanya.. akan dijawab... MASLAHATTTT.... apa maslahatnye? kawen tak bitau parent... benda baik.. tak hebohkan... isteri pertama tak tau.. balik kawen bini ke3... dah bini ke 3 tu meninggal baru terbuka pekung sikit.. dan terus terbuka... aku sungguh tak sangka budak pompuan tu mudah sangat terpengaruh ngan kata2 gitu... Maslahat... hari lepas tau tu... aku tengok muka ostazah pun da jadi lain.. kecuali yg aku kenal betul2 aje... till this day... aku masih nak cari jwpn kepada maslahat tu... apa ye yg maslahatnye?

Dah subuh... aku sakit hati balik bila tringat benda ni.... moga tak terjadi cemni lagi... sebenarnya ada banyak benda lagi yg kami tak tahu.. sbb disembunyikan... oleh perkataan MASLAHAT tu... nape ye aku concern? sbb kami datang sesama... parent dia lepaskan anak perempuan diaorg ke mesir dgn harapan menjadi seseorang yg lebih berguna... tiba2 jadi cemni... as a fren.. what can at least I/we do? bukan nak ganggu dlm hal rumahtangga dia dah.. tu dah jadi life/hak dia.. dia pilih jalan tu.. tp as a fren, serba sedikit.. apa yg bole kita buat? tlg tengok dia susah? hmmm tu la sbb aku cite ni... bukan semata2 seronok2 nak cite.. so, aritu da mintak tlg kwn yg dtg sesama tu... yg balik ke Msia, jmpa ngan parent Tehah...cite keadaan sebenar... kenal parent dia.. kenal adek2 dia... tak sangka anak dan akak diaorg wat cemtu...

UHmm..

Testing

Memang nama pun test.. aku da tulih satu perenggan pun ble ilang.. :P