Emm.. rugi plak kalo nak delete benda berharga mcm ni.... letak cni, untung2 aku bole ulang2...
Senario Pertama
1. Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang haq dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya. Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup.
2. Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah. Itu adalah lumrah yang telah berlaku berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang haq bangun dan tegak untuk menghapuskan kebatilan.
3. Bagi menghalalkan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.
Senario Kedua
1. Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
2. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
3. Remaja atau anak-anak kita hari ini berada di zaman yang begitu mencabar, mereka tidak berpeluang melihat wajah sebenar Islam. Mereka berada di dalam dunia yang penuh dengan tipudaya musuh-musuh Islam. Mereka dihidangkan dengan berbagai bentuk kehidupan yang menyeronokkan tetapi sedikitpun tidak ada hubungannya dengan Allah SWT.
4. Di samping itu kemewahan menyelimuti kehidupan mereka sejak detik-detik awal kehidupan mereka hinggalah mereka meningkat dewasa. Menyebabkan mereka kurang mengenali erti kesusahan dan kesukaran, mereka telah terbiasa untuk mendapat apa yang mereka inginkan dan mereka takut akan kehilangan apa yang ada pada mereka. Mereka tidak biasa hidup dalam kesukaran atau terpaksa bersaing untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan kecuali dalam aktiviti-aktiviti ya ng terancang seperti sukan, pertandingan dan sebagainya.
Permasalahan
1. Dua senario ini menggambarkan bahawa jalan Dakwah berada di satu jurang dan anak-anak kita atau remaja kita hari ini berada di satu jurang yang lain.
2. Dari satu segi, Anak-anak kita mungkin memahami dan mengenali bahkan mungkin boleh membuat penyampaian mengenai Jalan Dakwah; mengenai keperluan dan keadaannya. Namun untuk mereka memilih dan merasai tuntutan-tuntutan Jalan Dakwah adalah satu perkara lain.
3. Mereka mungkin selalu mendengar tentang Jalan Dakwah ini daripada kita tetapi mungkin dalam bentuk gambaran sahaja. Mereka mungkin memahaminya tetapi dalam bentuk yang terlalu idealistik
4. Dari satu segi mereka mungkin mengagumi Rasulullah SAW dan generasi sahabat-sahabat awwalun atau para ulama' muktabar namun untuk mereka memilih jalan yang sedang kita lalui adalah suatu perkara lain.
Beberapa Persoalan
1. Adakah anak-anak kita akan meneruskan kerja-kerja dai'e ?
2. Apa kerugian sekiranya mereka tidak menyambung atau mewarisi kerja-kerja dai'e ?
3. Apa yang perlu kita buat supaya mereka memahami dan merasai tuntutan untuk berada di jalan yang kita berada sekarang ?
4. Jalan dakwah akan sentiasa ada yang akan mendokongnya tetapi apa perasaan kita sekiranya anak-anak kita tidak menyertainya?
Keperluan Kepada Pewaris
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.
Kita perlu membentuk pewaris sebagai Jundullah. Jundi fikrah dan Jundi ‘Aqidah. Justeru itu sudah semestinya pembentukan dan latihan kita besar dan rapi. Walaupun jalan ini panjang dan sukar tetapi ia jelas dan terang. Begitu juga matlamatnya. Tanpa jelas akan jalan dan matlamat ini, maka keiltizaman dan perjuangan seseorang selama 10 atau 20 tahun mungkin akan sia-sia.
Dipetik dari :
1)Jalan Dakwah : Syeikh Mustafa Masyhur
2)Abul 'Ala Al Maududi
Where are we...?
No comments:
Post a Comment