Thursday, October 05, 2006

Falling Into

Aku lepak umah semalam... tak kemana2. Mlm tadi lps xtau wat apa2 sangat.. xde budak2 tu, aku bukak la tengok rakaman video TDM dtg Mesir bulan February, 2006. Panjang jugak.. mau sejam lebey dia ckp. Masa awal2 tu orait aje dia ckp sume... cite psl pembangunan, penguasaan ilmu, ekonomi... tp bila termasuk dlm ayat quran sket, dia cuba nak hurai dari sudut pandangan dia (ni aku rasa la, sbb TDM ni mmg jenis pandangan sendiri, korang leh tengok la rakaman ni semula kalo nak pastikan) kat sini, aku rasa dia da jadi lintangpukang sikit. W/p ayat dia ckp tu tak lintang pukang.. tp makna yg diberikan tu adalah berserabut sgt. Dia hurai ttg persediaan kuda, memanah, berenang... kalo tu, hadis Rasulullah... kalo ayat Quran, dlm surah Al-Anfal : 60 :-

" Dan persiapkanlah diri kamu untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang, yang mana dengan persiapan itu kamu akan dapat menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang lain yang kamu tidak ketahui tentang mereka".

TDM asyik dok kata yg kalo kita guna kuda pada zaman ni... abeh le.. mana bleh lawan ngan org lain... takkan nak berkuda.. nak ready panah dlm nak mempertahankan negara zaman skrg ni. Dan dia asyik ulang2 perkara ni dlm bentuk2 yg berbeza. Satu part.. dia ulas satu berita, psl sorang laki yg suka naik kuda kat KL rasanya.. bila ditanya, nape naik kuda, laki tu jwb.. 'sunnah nabi..' yg TDM ni bleh lak komen.. xkan le kita nak naik kuda aje? takkan sume apa yg nabi buat kita nak ikut.. kena ikut zaman la...

Hadoi laaa... senak otak aku dgr kata2 dia tu. Ni la akibatnya org yg berilmu tp jahil dlm bidang tu, tp nak bercakap jugak. Gini la natijahnya. Kenapa dia perlu susah payah hurai jauh2.. pelik2.. bkn budak2 tu tak penah dengar ayat quran tu dan huraiannya sendiri...
Ayat tu membayangkan persediaan kita dlm menghadapi musuh.. pd zaman tu, tentulah disebut kuda sbgai kenderaan... byk lagi sebenarnya pd zaman tu, takkan org naik kuda aje kot? Unta ade.. ye tak? Keldai ke.. baghal ke.. tp dipilih kuda sbb kuda time tu, the best.. byk kebolehannya mengatasi haiwan tunggangan lain. Tp pd zaman ni camne? kita da banyak pilihan terbaik.. lebih pantas dari kuda sume tu.. ada kenderaan dah... apa la susah sangat Che Det dok repeat mende2 yg boleh menyenakkan otak tu... just ckp ikut perubahan zaman.. sudahla. Dok komen seolah2 maksud ayat tu tak betul... seolah2 org yg naik kuda, blajar memanah, berenang sume tu mcm tak maju.. apehal? Sedangkan mmg buat sesuatu dgn niat utk ikut sunnah nabi dpt pahala tau...

Aku tengok TDM ni kalo dlm bab lain.. dia mmg best. Bg aku, dia ni mmg org terer ekonomi gak.. berani luah pendapat.. dan aku baru je tengok documentary MegaStructures, yg tunjuk pembinaan KLCC.. ada la impian dia tu.

Tp dah dia ni seorang yg berfikiran Islam Liberal.. terbuka.. dia ngaku yg dia x baca quran B.Arab.. dia baca quran BM.. BI ... sbb dia kata nak bagi paham... kalo kat bangsa arab, mesti la arab sbb dia paham arab... kalo kat melayu, mesti la bahasa melayu... huhuhuhu. Mudah nye dia punya pandangan... TAPI... BENARKAH BEGITU?

Jawapan aku... WRONG. Quran bukannya kita baca, w/p paham Arab.. leh paham buta2 gitu je. Kalau tak.. tak payah la Rasulullah jadi petunjuk teladan bagi para sahabat pd zaman tu. Itu la gunanya hadis2 Rasulullah yg jd sumber kedua bagi Islam. It's more than that kalo nak phm quran... bkn leh baca terjemah atau paham BA ... terus leh nak wat translation sendiri. Kalo ada ilmu sket psl Balaghah... Syair2 Arab.. paham nahu... insyaAllah akan paham, kenapa bangsa arab takjub dgn quran ni... dan kenapa dicabar utk mencipta lagi ayat atau surah mcm quran ni... ingat senang ke? Cabaran dari Allah tau... dah tu ingat mudah je ke nak baca quran terjemah tu kira leh paham dah. Huhuhuh... it's really really more than that!!

Byk sebenarnya leh sebut.. sbb al-quran sendiri adalah mukjizat.. dan ianya adalah mukjizat sepanjang zaman... bayangkan dah 1400 tahun dan musuh2 Islam dari pelbagai jenis bangsa dan agama still takleh lawan cabaran Allah ni..? KENAPA? itu le.. antaranya terkandung dlm baris2 ayatnya sendiri. Bagi bangsa arab pd masa tu adalah bangsa yg mmg terer bersyair. Malahan syair2 arab ni berlonggok2 skrg ni, bkn syair zaman skrg.. tp syair dulu2 tuh. Syair zaman jahiliyyah.. zaman Islam... tak terhitung banyaknya syair2 ni.. dan org arab mmg akan hafal jugak syair2 ni... sbb tu kalo anda belajar bahasa Arab... takkan terlepas dari mempelajari syair arab... why? ni adalah budaya diaorg sejak dulu. Kepandaian bangsa arab sejak dulu. Kemahiran diaorg... kebanggaan diaorg. Bila hepi diaorg bersyair, kalo marah diorg bersyair, kalo nak puji diaorg bersyair, kalo sindir pun bersyair, sedih bersyair.. bercinta buat syair. Dan kalo baca syair2 diaorg ni.. mmg akan menusuk kalbu jika anda dpt paham satu2 bait tu... fuuh.. dan bukan mudah nak paham sesuatu puisi.. betul tak? even dlm BM yg SPM tu pun kita lintangpukang kalo nak suruh huraikan sesuatu sajak. Apatah lagi dlm Arab yg lagi luas bahasanya. Cuba la korang cari satu sajak... pehtu huraikan... dah hurai satu persatu baris... then baru check apa intipati sebenar yg cuba disampaikan oleh penulis tu.. tengok, takat mana betul. Then pk balik.. tu baru BM.... kalo BA.. tau le. Takjub ooo....

Org arab sendiri buat lawan2 syair2 yg terbaik akan di tempek kat Ka'bah... bangga gila aaa dpt tepek kat Ka'bah pd zaman tu... dan diaorg ni, masa dengar quran tu.. terus takjub. Dan diaorg tau bukan Rasulullah yg buat benda ni.

Zaman2 berlalu.. ulama'2 Islam yg masyhur byk gak yg menulis kitab2 tafsir.. dan kitab2 ni bukan le mcm terjemahan Al-Quran tu...dia jauh lebih mendalam lagi ... kalo anda rasa nak paham sket ttg quran ni, at least boleh la belajar dari kitab tafsir ni.. dia ada huraian satu2 ayat atau tajuk. Ada yg lengkap dgn makna2 perkataan, dari sudut nahu nya, sudut balaghah nya, sebab turun ayat, bila.. dan kitab2 tafsir ni bukanla sebuah buku aje, malahan berjilid2.. satu2 jilid pulak beratus2 muka surat. Antara yg famous mcm Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Qurtubi, Tafsir A'dzim, Tafsir Fi Zilal Quran... byk lagi. Mmg seseorang yg mampu pegang quran.. dan hurai gitu aje, mmg hebat. Mcm Syeikh Sya'rawi... dia buat kelas pengajian tafsir al-quran, pegang quran sebelah tangan.. baca sebaris dan dia hurai dgn begitu mendalam. Hebat ilmu dia.. Bukannya mcm kita ni yg baca quran dlm BM ke BI ke... atau BA sekalipun, tanpa ada ilmu2 yg lain tu .. terus je nak kasi huraian sendiri. Lain la if ada sandaran dari sumber2 yg dipercayai...

Tu pun diaorg beristighfar... mohom keampunan banyak2 dari Allah, if apa yg dihuraikan tu adalah terpesong, biarpun sekelumit. Tp if bole menyebabkan pkran org terpesong dari lari dari maksud sebenar ayat tu.. diaorg cukup takut benda tu terjadi. Tapi... wujud pulak makhluk2 yg selamber derk je hurai ayat quran ikut pendapat sendiri tanpa ada ilmu2 yg sepatutnya... berani betul.

Jadi.. aku amatlah menggalakkan, kpd kawan2 aku... yg nak memahami Quran, ayat2nya.. belajar la melalui kitab tafsir Al-Quran ni... cari la kelas2 pengajian yg ada mengajar kitab2 tafsir ni. Ingat tau... bukan terjemahan quran yg dok kat umah kita biasa tu.. :) Setau aku mmg merata dah org dok ngajar kitab tafsir ni.. kat masjid2 pun ada rasanya. Antara sebab kenapa ada sebilangan kecil org2 Kristian yg kata dah baca quran.. tp rasa xde mende pun, adalah antara puncanya diaorg tak memahami quran tu dari sudut2 ilmu yg perlu ada tu la. Korang takkan leh paham quran tu seketul2 gitu je... sedangkan ianya diturunkan selama 23 tahun!! Kalo gitu mudah la kan... dah lama turun seketul gitu aje.

Saranan aku kepada kawan2 yg bukan Islam, yg cuba nak paham intipati quran.. sila la cari kitab2 tafsir dari ulama2 yg dikenali tu, contohnya mcm Tafsir Ibnu Kathir tu.. study la Ulum Quran.. utk nak tau sejarah quran mendalam. Bukan sejarah tarikh2 ye.. tp bagaimana quran diturunkan, cara... dihuraikan dgn panjang lebar. Really benefits you. Cari Ulum Hadis.. if nak paham ttg keadaan hadis.. bagaimana nak kategori hadis, ada berapa, syarat, sifat... dan mcm2 lagi dgn lebih mendalam. Ni tak termasuk la menghafal nama2 perawi tu sume..

Uhmmm.... aku nak tulis mende lain sebenarnya... tp pagi tadi da aku nengok TDM nye rakaman tu... terus plak tulis. Lagipun mmg da lama aku niat utk nak tekankan bahawa perlunya mengaji kitab tafsir ni if nak paham intipati quran ni... sekadar baca gitu aje.. tanpa ilmu yg cukup... it won'nt go any further. Bukan nak lekehkan yg korang baca dlm BM tu... kira bagus sangat la kan ada keinginan nak baca terjemahan tu dgn niat nak paham ayat quran. Maksud aku if korang nak paham lebih... if tak paham sesuatu huraian.. sbb quran ni kan mukjizat... emm.. aku da terang kat atas sana nun... yg tadi tu le...

Yeah.. korang leh paham maksud aku kan? kalo xleh... sila la komen.. dan bitau kat mana yg tak jelas... aku try bantu setakat yg mampu.... aku bukan terer sangat pun.

No comments: