Saturday, June 02, 2007

Esok Cuti

2 hari ni... aku asyik mencari pasal AHLI KITAB.... sume ni psl persoalan Kosher la. Law Pemakanan Org Yahudi... bagus jugak, sbb sebelum ni aku ingatkan kosher tu sejenis hidangan bagi yahudi... rupanya kosher ni adalah undang2 pemakanan bagi depa... lebih kurang bab halal la dlm Islam. Mcm omputih tanya... what is halal? apa yg korang akan jawab? Halal adalah makanan yg dibolehkan utk org Islam... mesti sembelih... bkn babi... bangkai... bla bla bla... so, secara ringkasnya.. Kosher pon adalah mende yg sama. Secara mudahnya apabila dilihat balik dari sudut asal sumber2 ni adalah agama samawi.... jd ada hal2 dlm agama diorg tu w/p telah di ubah, ada gak yg selari dgn Islam.. dan telah sedia diketahui bahawa makanan bagi ahli kitab adalah halal dimakan oleh orang Islam.

Tapi... siapakah pulak yg boleh dikategorikan sebagai ahli kitab? adakah semua yg menganut agama yahudi dan kristian sekarang? ataupon ada kriteria2 yg tertentu? Ada yg memberikan alasan bahawa yahudi N Kristian zaman sekarang tak boleh lagi dikatakan sebagai ahli kitab, kerana kitab yg depa pegang sekarang adalah kitab yg telah diselewengkan dan di ubah kandungannya. Ada yg mengatakan bahawa tidak lagi boleh dipanggil ahli kitab jika bukan dari kaum yg asal tu... contohnya org cina masuk kristian. Bukan ahli kitab... omputih masuk kristian... bkn ahli kitab... sebab depa ni bukan dari keturunan asal. Iye ke gitu? Cumanya sekarang jika ada orang boleh bagi kat aku nama kitab yg boleh dibuat rujukan tentang permasalahan ahli kitab ni... insyaAllah aku akan cari...

Sebab ini berkaitan tentang pemakanan dan banyak lagi perkara yg melibatkan halal dan haram. Mungkin tiada masalah bagi kita yg berada kat Msia atau kat negara2 arab ni atau yg berada kat majoriti atau tmpt yg banyak populasi penduduk Islam, tp kita kena pk plak cemana keadaan bagi depa yg berada kat negara yg amat kurang populasi org Islam.. dimana makanan halal amat susah didapati... mcm dlm paper arini, atlit Msia kat China dah termakan megi babi... ha, tak ke leceh tu? Tu China... Korea.. Jepun... kebanyakan negara eropah? ha... camne?

Dalam Fiqh Awlawiyat, m/s: 137 , Yusuf Qardhawy cakap... takde alasan bagi orang yg mengatakan org kristian sekarang adalah tak sama dengan kristian dulu.

Sebabnya dlm quran Allah dah bitau terang terangan kefasiqan yahudi dan nasrani.. mensyirikkan Allah.. kata tuhan tu tiga, kata Isa tu anak tuhan... Uzair tu anak tuhan jugak...depa menyembunyikan kebenaran dalam taurat dan injil... mengubah sesuka hati... tapi Allah masih menyifatkan depa ni sebagai ahli kitab. Dalam surah Ma'idah pon ada tentang ni...

Ada lagi hujjah dia... dan aku amat yakin kepada hujjah2 ulama ni, sebab aku pon mengaji jugak asas2 utk sekadar mengetahui bahawa apa keputusan, pendapat atau fatwa yg depa kuarkan, bukanla saja2 dari mulut, otak maupon hati diorg... sebabnya banyak syarat yg diperlu dipatuhi dan diikuti sebelum mengeluarkan satu2 pendapat tu. Bukan sedap mulut je... semestinya depa dah kaji dulu sedikit sebanyak sebelum nak buat sesuatu keputusan tu.

Tapi, perlukah kita cari makanan2 selain dari halal ni gitu aje bilamana kita boleh mendapatkan makanan yg halal? tentu tidak kan? "Tinggalkan apa yg meragukan kamiu kepada hal yg tidak meragukan kamu.."

Dan.. perbincangan mengenai status ahli kitab ni adalah lebih meluas... jika dah didapati dari kitab2 dan pendapat ulama2 muktabar... nnt aku akan tulis lagi, insyaAllah..

No comments: