Friday, April 16, 2010

Aktiviti Aku..!

Lama jugak aku tak menulis kat sini kan? sampai kena tego :D Aku ni ada satu pe'el skit, kalo nak menulis benda2 cemni.. kena ada mood dan juga suasana yg sesuai. Kalo salah satu tu takde, toksah harap la aku nak menulis w/p aku ada point :P Sorry yeah?

Kebelakangan ni aku tak wat apa. Mengajar aje la mcm biasa, pegi skola, balik skola, tido, makan, tenet, tgk cite, main game :D

Aku dpt Startcarft II ... game yg memang dah lama aku tunggu. Cumanya yg ni masih Beta version. Katanya lagi beberapa bulan lagi diorg akan release yg full version punya. Mesti best gile campaign dia :D tak larat dah aku dok mengulang main Warcraft III tu. Hehehe. Tp Beta version ni pon buat aku teruja.. best jugak tgk power2 dia. Mcm biasa, aku suka main Terran sbb defense dia power. Zerg plak rasa kureng skit la bila dia punya 'lantai' utk kita nak bina bangunan tu kena bg overlord tu plak dok 'buang' kat tempat2 yg kita nak bina bangunan tu... hish, tak best betul. Kalo dulu, bangunan tu sendiri yg akan kembangkan 'lantai' tu.. haiya..

Nnt la tunggu yg full nye kuar, gitu gak aku dok tunggu Diablo III... bila laa bleh dpt CD dia ek. DVD Avatar pon 22hb April ni diorg akan release...

Bebaru ni dok layan Dragon Ball Z, pinjam DVD dari Koben.. tp masalahnya DVD tu tak cukup satu.. ada 4 aje, sepatutnya ada 5. Pehtu secara tak sengaja, masa aku dok surf tenet.. terbaca dlm wikipedia psl Dragon Ball Kai adalah siri Dragon Ball Z jugak, cumanya ditambah dan dibuat dengan lebih elok dengan teknologi terkini. Bayangkan la.. DBZ dikuarkan pada 1984 gitu. Lama sangat dah... tu pon masih ramai peminat. Jadinya skrg ni aku dok donlod Dragon Ball Kai ler... tp dia tak start sejak awal2 mcm camne Goku jumpa Bulma. Dragon Ball Kai ni start masa Raditz datang ke bumi nak cari Kakarotto aka Son Soku.

Cite ni aku rasa mmg tak sesuai jugak utk budak2, sbb risau gak kalo diorg terpengaruh ngan unsur2 melekehkan 'tuhan' dlm cerita2 tu. Sebenarnya terjemahan 'god' tu adalah dewa. Yg mana ada banyaaaaaakkkk sangat dewa dlm DBZ ni, ada dewa kucin, ada dewa bumi, dewa segala dewa, tu pon tengok la nnt pecahan dewa ni akan bertambah2 dlm DBZ ni. Siap dewa boleh mati lagi, dan di hidupkan semula. Apapon, sebagai muslim kita pon tau dewa2 ni sume tak wujud. Tp still, anasir2 tu bahaya jugak la w/p menyebabkan seseorang tu terpengaruh ngan perasaan gitu w/p sikit. Yolah, cerita org Jepun buat...

Pehtu berita baik skit sbb Bleach dah tak filler lagi :D Dah sambung semula diorg fight... cool..! Naruto pon sama.

Well.. tu aje lah aktiviti aku kebelakangan ni. Kalo cuti, rasanya mmg dah aku terbang ke Shah Alam... tp dah waktu skolah. Takleh la nak temankan parents aku pi KL utk wat rawatan lagi. Dua minggu lepas pon dah pegi terkejut2 aje ke sana.. terpaksalah sbb kaki abah kena cellulitis. (Cellulitis is a diffuse inflammation of connective tissue with severe inflammation of dermal and subcutaneous layers of the skin.) Jadi merah mcm pecah kedarah tu bak kata org utara. Abih sebelah kaki kiri tu kena, dari lutut ke bawah.. dan boleh menjadi fatal sekiranya dibiarkan lebih dari seminggu, sbb dia akan jangkit ke organ2 dalaman. Siap bengkak lagi kaki tu..

Memang takde ubat khusus utk nak merawat cellulitis ni, diorg hanya bagi anti-biotik jer kat abah.. 4x sehari. Setiap beberapa jam, diorg akan masuk check tekanan... tak kira siang, malam, pagi buta ke bila :D


Hospital Klang tu mmg banyak sangat la ngan burung gagak... melampau betul banyaknya...


So, lepak ler seminggu kat Shah Alam, ganti2 ngan mama jaga abah kat spital Klang. Seminggu la aku tak masuk kelas :D

No comments: