Bagi yg pernah pergi/melancong/ziarah ke negara2 arab, mungkin serba sikit dah dapat nak jangka cemana cuaca dan keadaan kat sana, tp bagi kali pertama, perlu di ingatkan bahawa cuaca kat sana adalah sangat berbeza dgn cuaca negara kita.
Cuaca di Malaysia, udaranya lembab. Maksudnya kandungan air dlm udara tu tinggi, berbanding di negara2 arab yg berudara kering. So, secara tak langsung, memang ada kesan pada fizikal kita. Kulit menggelupas, bibir / tumit pecah, cepat rasa dahaga dan sebagainya. Jadinya, anda perlu la minum air banyak dan sapu la krim bagi yg rasa perlu. Tapi jangan tunggu dah pecah/luka baru nak sapu. Cegah sebelum kena :)
Air banyak je kat sana, tambahan kita nak berada kat Masjid Nabawi dgn Masjidil Haram aje. Solat 5 waktu, air zam zam ada merata kawasan, hampir tiap sudut ada je air zam zam. Maka, minum la sebanyak mana yg kita mau.
Ni la tong tong air zam zam yg berada dalam masjid. Minum la sepuas2nya. Kalau kat Masjid Nabawi, ianya berada dalam tong yg sama tapi tong tu kaler kelabu sikit. Ikut pengalaman aku, dah tak rasa mcm air zam zam yg kita dok minum pada 80-an 90-an dulu tu. Skrg ni hampir rasa sama mcm air biasa. Mungkin dah banyak kena tapis kot.
Ada air sejuk, ada air yg tak sejuk tau ikut tong tu. Cuba baca yg tertulis kat tong air zam zam tu betul2 :) ada tong yg tulis NOT COLD. Hehe..
Pi la minum, sambil ambil quran kat sebelah tu utk baca :)
| Ni siap tulis dah cara nak minum air zam zam |
Jangan tak tau, telaga zam zam ni ada satu jabatan khas yg di tubuhkan kerajaan utk nak jaga, dipanggil The Zamzam Studies and Research Center.
Zamzam Studies and Research Centre
Boleh tengok sendiri link tu kalau nak tengok apa dah diorg buat pada telaga zam zam utk zaman skrg ni :) Hebat telaga zam zam ni, keluarkan air yg tak habis2 diminum oleh berjuta2 orang dalam masa sehari.
Jadi, tiap2 kali sampai ke masjid, minum la sekurang2nya segelas, lepas habis sebelum balik dari masjid, lagi segelas. Kalau 5 x 2 = 10 kali la at least kita minum. Tapi minum lebih la dari tu nanti, masa kat bilik, masa kat dewan makan.
Dan, ready la botol air 1.5L dlm bilik. Dan time pi solat, bawa la botol 500ml dlm beg sandang kita tu. Tiap2 kali habis solat, sebelum balik, isi aje la dlm botol kecik 500ml tu. Balik nanti tuang je dlm botol besar, so, tiap2 masa kita ada je bekalan air zam zam :) Kan mudah? boleh minum ramai2 dan banyak2.
Itu la yg aku, wife dan mertua buat.
Bagi yg tak tahan kulit tu, sapu2 la krim pelembap kulit. Xpayah eksyen kalau kulit jenis tak tahan. Kalau sakit kita jugak yg susah. Bagi yg nak pakai pelembap bibir pun takpa.
Mask kan dah pesan bawa, maka gunakan lah bila perlu. Ya, sana negara berdebu. Tak termasuk dgn kawasan Masjidil Haram yg menjadi constuction site sekarang ni, dan ntah berapa tahun lagi nak siap pun tak tau. Seriously berdebu dengan banyaknya!
Ini pembinaan dalam Masjidil Haram, masa dok solat, tawaf, sai'e memang boleh dengar gedegang gededung org dok bina macam2 la.
Ini pandangan dari luar pulak, masa berjalan2 kat dataran nanti, ni la pandangan yg anda akan nampak :)
Sebab berdebu, diorg pun sembur air.
Seriously, memang berdebu. Bawak aje la mask dan pakai bila perlu. Ini baru kat kawasan masjid. Kalau kat tempat lain pun sama jugak, mungkin kurang mungkin lebih banyak. Sebab tempat2 lain sekeliling Makkah dan Madinah pun memang banyak construction site. Apatah lagi negara gurun mcm ni sememangnya penuh debu. Bagi yg tak tahan macam org yg ada lelah, athma, maka lebih baik ready mask.
(Masa dalam ihram JANGAN PAKAI MASK ye!)
Check Website Cuaca
Jarang sangat hujan di sana. Memang asyik cerah aje la, tapi jangan sangka takkan hujan pulak sampai bila2.
Apapun, sebelum pergi menunaikan umrah, sila check keadaan cuaca kat sana dulu. Banyak dah web yg menyediakan perkhidmatan ramalan cuaca online ni. Boleh check utk sepanjang minggu, even utk sepanjang bulan. Check yg detail punya.
- Tengok suhu. Siang berapa, malam pula berapa. (Pastikan celcius ye, sbb kalo farenheit nnt pening pulak)
Bukanla tepat 100%, tapi sekurang2nya kita akan dapat agak dan buat persediaan cuaca tu serba sikit. Jangan tengok Mekah aje ye? Tengok Madinah sama, sbb dua tempat ni mempunyai cuaca yg berbeza. Bukan mcm cuaca KL dgn cuaca kat Kelantan. Cuaca kat Mekah dgn cuaca kat Madinah memang berbeza. Jadi, tengok utk kedua2 tempat ni pada tarikh atau bulan yg kita nak pergi tu.
Pakaian kita pastikan bersesuaian, dan tak perlu lah melampau2.
Keadaan Muka Bumi
Madinah Munawwarah dan daerah sekeliling:
Kota Makkah Al Mukarramah dan daerah sekeliling:
Ini nak tunjuk keadaan sekeliling aje, bagi ada feel sikit macamana keadaan kat sana. Nanti kita share pulak gambar di sekitar Masjid Nabawi dan sekitar Masjidil Haram. Nanti terlalu berat pulak orang nak load page ni. Hehe.
Orang Ramai
Last, nak share pasal orang2 kat sana secara ringkas. Bukan pasal penduduk asal sana, tapi orang2 yg kita akan banyak bertemu kat sana.
Masa aku pergi tu, banyak nya orang asia aje lah. Melayu aje muka, heheh. Samada melayu Malaysia, melayu Indonesia takpun melayu Thailand. Kira rumpun melayu aje lah. Lain, banyak Turki, Iran, India, Pakistan dan bangsa2 arab dari negara2 lain.
Kalau di Madinah, kita tak rasa sangat la, sbb kita bukan nak berasak2 pun. Paling tak pun dalam Masjid Nabawi je bila nak duduk di kawasan sekeliling Raudhah tu. Kita kena la ingat, diorg datang dari negara yg berbeza, budaya yg berbeza dari masyarakat yg berbeza. Maka perbezaan yg ketara tu jangan la kita ambil hati sangat. Contohnya melangkah terus kat tepi kita, himpit2 dgn kuat dan macam2 lagi. Benda2 tu biasa.
Kalau kena pukul ke, kena tolak sampai jatuh tertonggeng, tu lain cerita la.
Di Makkah, bangsa arab ni tak kerap sangat nampak. Ini sebab terlalu banyak bangsa lain terutamanya melayu. Kiri kanan depan belakang semua melayu je. Tp byk buat muka ketat je :P jadinya, cuba la kita ringankan muka utk senyum bila tengok org lain.
No comments:
Post a Comment