Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun tinggal blog ni, hari ni baru start menulis semula. Itupun bermula dengan semangat sebab nak share pengalaman menunaikan umrah pertama kali dalam hidup ni :) Ini antara benda2 penting yg berlaku dalam hidup tau! Tak tau la orang lain, tp bagi aku inilah pengalaman dan memori penting yg akan aku ingat sampai bila2, insyaAllah.
Allah susun utk aku dan isteri pergi umrah pada pertengahan Disember 2014. Memang tak rancang langsung, tapi bila mak mertua telefon, tanya ajak kami pi. Terus kami anggap inilah peluang yg Allah buka utk kami. NAK TUNGGU APA LAGI. YESS aje la :)
Aku cari dan baca macam2 blog pengalaman orang, selalunya pengalaman kali pertama dan kedua tu best, sbb itulah yg bakal kita rasa. Kalau kat travel blog atau blog travel agent tu, diorg cerita bab penting2 aje. Yelahkan, sbb diorg dah biasa, jadinya hal2 lain tu dah jadi mcm "common" bagi diorg dan tak diceritakan langsung la. Bila kita yg pertama kali ni pergi, mula la terkebil2 dan banyak benda baru nak kena belajar. Lagi teruk kalo 'had to learn in a hard way'.
Aku pergi dgn KP Haji Yusoff - best dan puas hati utk aku yg kali pertama.
=================================
Kursus umrah aku dan isteri tak sempat nak ikut, sebab kami duduk kat Kelantan. Yg kursus pulak kat Kedah. Area Sg Petani atau kawasan2 yg dekat2 situ, mana la aku sempat turun dgn wife yg nak ambil cuti (perabih) utk umrah lagi. Tp mak mertua aku memang dah pergi merata kursus, baik haji mahupun umrah, berkali2 dah. Cekap dari kami lagi :)
Yg sempat aku dan wife ikut adalah, taklimat utk pergi umrah tu. Maka, belajar la kami secara ringkas dan padat masa taklimat tu. Pasal barang2 persediaan umrah, rasanya tiap2 agen akan sediakan kan?
1- DAN AKU NAK INGATKAN SUPAYA DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN. Aritu kami sekeluarga lupa, dan lega la masa taklimat tu ada KP Haji Yusoff ni sediakan khidmat dari klinik utk buat suntikan vaksin ni dgn harga RM100 lebih (lupa!) Maka sediakan la duit yg mencukupi. Kalo ada 3 org, maka RM100 x 3 = RM300. Kalo takde duit masa tu, ha, menggagau la.
Perihal suntikan ni dah pun dibincangkan dlm Majlis Fatwa Kebangsaan.
Majlis Fatwa Kebangsaan : Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam
2- Lepas tu suka la di ingatkan supaya kena la buat PASSPORT ANTARABANGSA. Kalau ada dah, pastikan masih berbaki lebih 6 bulan dari tarikh nak pergi umrah/haji tu.
Gambar utk umrah tu ambilla banyak sikit, boleh guna utk macam2. Tanya pada travel agent anda betul2. Berapa keping gambar yg diperlukan dan tak rugi kalau buat lebih sikit. Maybe berguna nanti atau bila2.
3- Bawa MASK. Sebab di sana nanti berdebu, banyak construction site dan negara gurun pulak tu. Bagi yg tahan dok dlm debu2 ni takpe, yg tak tahan tu, nanti batuk2,sakit kerongkong, selesema dan lagi leceh kalo demam. Tak best nak beribadat kalo badan tak sihat. SERIUS. Maka jagalah kesihatan anda.
Ni mask yg kami bawa:
Kalau nak bawa mask yg hospital/klinik guna tu pun takpa. Mudah dapat :)
Satu PERINGATAN : Dalam/Semasa IHRAM, perempuan TAK BOLEH TUTUP MUKA tau?! Jangan dok pakai mask masa dlm ihram pulak. Kang tak pasal2 kena dam!
4- Bawa ubat2 peribadi, kalo pergi bekeluarga tu. Share aje la, pastikan cukup. Contohnya panadol, ubat cirit, sakit perut, minyak angin, tahan muntah, ubat selesema, ubat batuk. Farmasi memang la ada di sana, tapi harga mahal la. Kalau ada penyakit2 yg memerlukan ubat2 khas. Pastikan dapat surat kebenaran doktor. Dan buat list awal2 supaya tak tertinggal. Leceh nanti.
5 - Aku dan wife bawak Salonpas, pain relieving patch. Ada mcm2 jenis dan ada mcm2 size. Aku saja amik size kecik supaya boleh tepek kat tempat yg betul2 perlu saja.
Benda ni berguna mengikut pengalaman aku la, sebab kita akan BANYAK BERJALAN KAKI. Sana lenguh, sini lenguh, tido tak betul ke, angkat barang sakit belakang ke.
6- Seminggu dua sebelum bertolak menunaikan umrah, aku start makan vitamin C 1000mg dan pil Barakah (Habbatus Sauda):
Vitamin C tu slalunya aku makan waktu siang. Dan Baraka ni pulak aku telan waktu malam. Ni semua utk boost body immune system. InsyaAllah. Baraka tu nak makan lebih pun takpa, ada direction dia tepi tu, ikut la yg mana kita OK. Aku tak makan Baraka siang2 sbb badan aku ni mudah jadi panas, bila panas, nanti naik serawan.
Makan tiap2 hari sampai la ke sana pun makan, sampai balik Malaysia pun sama. Kita usaha ja, Allah yg akan tentukan.
Alhamdulillah aku dgn wife, Allah bg kami sihat sepanjang 2 minggu berada di Haramain. Sampai2 aje airport Jeddah masa nak balik tu, terus badan start jd panas. Hehe. Demam! Dan wife aku masih batuk2 sampai skrg ni (2 minggu lps sampai Malaysia).
7- Apa lagi ya.. Hmmm! Ya! Pakaian!! Ya PAKAIAN. Baju. seluar, skirt, T-shirt, ke apa semua tu. TOLONG BAWA MINIMA aje. Tak payah la bawak mcm nak pi melancong. Bawak la macam nak pi jungle trekking. Sekadar perlu. SEBAB NANTI PAKAIAN ANDA AKAN BERANAK. Ha, macam lawak? Ye, sbb nanti nak pi shopping beli macam2 utk adik beradik semua.
Jangan lupa yg kita hanya boleh bawa 30kg aje dalam flight. Lebih dari tu kena bayar! (30kg tu tak termasuk air zam zam 5L free) Jadinya kalau dah masa pergi saja pun dah usung 20kg, ada sekadar baki 10kg? Tak payah la dok kata, "Alah, takdak benda nak beli". Nanti dah sampai sana, baru teringat nak bagi utk dia ni, nak bagi utk dia tu. Barang pulak murah (tp jgn sampai tertipu. Bab ni nnt aku cerita next topic, insyaAllah)
Macam2 kita nak beli tau? Bukan jubah aje, kurma, kismis, pistachio, kacang putih, buah tin, mish-mish (Apricot). Kalo kurma saja pun dah angkut 3kg (sikit la tu, tengok org beli berkilo2) benda2 lain lagi. Maka. masa nak balik tu, benda2 yg boleh tinggalkan tu, mcm kain ihram, selipar, ubat gigi, syampoo, hangar dan apa2 saja lah yg kurang penting utk kita bawa balik dan boleh sedekah kat org lain tu. Bagi aje la.
Perlukah aku bagi list ikut pengalaman aku? Sbb travel agen akan bagi list barangan dan pakaian yg perlu dibawa dan se eloknya ikut la list diorg.
8- Benda ni hampir terlupa. UNIVERSAL ADAPTER. Yelah, nak charge handset masing2. Plug kat sana berlainan dgn Malaysia. Tapi benda ni boleh je beli kat kedai2 kat sana. Tp kalo nak bawa sendiri pun tak rugi. Aku memang bawak la. Berguna. Ganti2 charge enset aku, wife dan mertua. Lepas tu charge powerbank.
9- Toiletries ni bawa la apa2 yg penting. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, deodoran. Aku bawa SebaMed sbb mertua tak tahan guna sabun lain nnt kulit dia jd gatal. (Pastikan anda tak guna benda2 yg berbau wangi ketika dalam ihram. Kalo tak, kena dam!)
Aku & wife bawak wet tissue, utk nak guna time 'terdesak'. Mcm masa makan nasi kat luar airport Jeddah (time nak balik) diorg bukan bagi makan dalam airport. So, cuci tangan sementara tu..guna la wet tissue. Ataupun time2 lain masa dalam bas ke. Perjalanan agak jauh juga, berjam2.
10- Masa di sana nanti, tolong minum air banyak banyak banyak. Sebab negara diorg adalah cuaca kering. Negara kita Malaysia ni cuaca udara lembab. Air banyak hilang dari badan, maka kerap2 la minum air utk mengelakkan kita dehydrated. Nanti aku akan ulang2 peringatan ni, insyaAllah.
11- Selipar / sandal yg nak dibawa ke sana nanti, sila test dulu dgn memakai stokin. Pastikan anda benar2 selesa dgn selipar / sandal tersebut utk berjalan. Sebab nanti kat sana nak jalan jauh guna selipar / sandal tu. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tu luas, luas sangat! Kawasan luar tu aje pun dah berapa ratus meter berjalan kaki aje sebelum nak masuk masjid.
Jadi, pastikan yg anda betul2 selesa dan test dgn stokin. Jangan nanti dah sampai sana, bila pakai dgn stokin, baru rasa ketat la, tak selesa la, makan kaki la.
12- Bawa Al-Mathurat, boleh baca tiap2 lepas solat subuh dan asar/maghrib. Kalau nak install dalam smartphone pun takpa, download je dari Playstore. Ust Don punya tu pun dah OK. Al-Quran memang banyak kat masjid. Kiri kanan ada aje, banyak. Banyak sangat.
OK. Kalau aku ingat apa benda kena tambah lagi, nanti aku edit. Buat masa sekarang, ini aje lah dulu :) Next, kita tulis pasal cuaca, geografi (cheewaah!) Madinah dan Makkah pulak. Ada beza :) insyaAllah. Dan perjalanan dari KLIA sampai Jeddah sampai Madinah sampai Makkah.


No comments:
Post a Comment