Pagi ni aku masuk... tu pun terlambat sket. Ingat nak call Intan... tapi tengok ade org lain plak gayut... kalo niat dah baik kan. Alhamdulillah :) risau jugak kalo melalui tipon aku tu orang rasa tak best... yelahkan... dah di nilaikomersialkan :P tipon orang ... guna tipon Faiz... naik2, nama Faiz.. haa... tipon aku tuh... :P cian gak org yg angkat tu.. ingatkan Faiz.. rupanya orang lain... kalo dia suka takpe la.. kalo dia rasa terganggu camana? ish ish... mana aku tau depa cakap apa.. ahaks!!
Try buat soya lagi.. tapi tak jadi plak.. macam berkeledak...last2 aku buang 3/4 .. hehe, tak setuju rupanya diaorg ngan tindakan aku tu, hek hek... boley jual nampaknya.. hihi. nanti la buat lain.. tak puas hati la camtuh. walaupun cam OK... tapi aku rasa tak best lagi :)
Cam biasa, rini sempat masuk forum, email... paper... tranung.. tengok web apa ntah.. tengok org melayu..Islam ke tak aku tatao... makin canggih manggih... peluk laki pompuan, pub... pakaian canggihs... hmm, tu la kalo hanyut ngan suasana... aku dpt bayangkan keadaan tu sikit2... kita bukan nak ingat apa dah.. yg penting happy.. hepi la kena peluk... DON'T THINK! buat je... setakat mana org yg bole mengawal?
Itula orang yg Islam nak... orang yg boleh mengawal suasana, bukan suasana yg mengawal dia... tetap dengan peribadi islam walaupun kat mana berada... Islam hari ini melalui satu tahap yang melukakan. Kita akan luka sama ada kita bergerak ke hadapan, ke belakang ke kiri maupun ke kanan. Ini menunjukan bahawa musuh islam cukup tajam. Kita mengakui hakikat musuh Allah melumpuhkan kita dalam segenap bidang. Tapi kita masih tidak lupa Quran dan sunnah yang masih asli masih bersama kita. Kita masih ada qudwah yang soheh, neraca yg betul, janji Allah, pertolonganNya dan keampunanNya..
Dalam keadaan begini, jika kita terus berdiam diri, berputus asa dan menyerahkan kepada nasib maka islam akan mati. Kita mesti terus bergerak walaupun dalam keadaan luka parah. Jika kita tidak mampu berlari kita akan berjalan. Jika tidak mampu berjalan kita merangka ataupun meniarap. Bagaimana pun sekalipun kita mesti tetap bergerak.
Itulah keyakinan perlu ditanam dalam diri kita..
Mengapa kita yakin? sbb kita paham... bila kita paham, mestilah disusuli dengan rasa kesedaran.... banyak orang faham, tapi masih tak sedar. Kefahaman itu tidak melahirkan rasa kesedaran terhadap sesuatu. Contohnya... apabila kita faham bagaimana konsep dan unsur2 yg terdapat pada api... tentu sekali ianya akan melahirkan kesedaran pada kita utk tidak melakukan perkara2 yg boleh membahayakan kita. Jadi, kefahaman bolehla ditafsirkan sebagai perkara yg berada di minda.. dan ianya akan menjadi kesedaran apabila disusuli dengan tindakan secara praktikal...
Hmm.. kefahaman terhadap islam mestilah dilahirkan melalui kesedaran kepada Islam. Apa yg pasti adalah... setiap tindakan kita haruslah kembali pada Allah. Kerana kita yakin bahawa Allah itu adalah TUHAN .... MAHA berkuasa... MAHA dan segala MAHA lagi berada padaNya. Mudah cakap... Maha Sempurna... tentu saja Quran yg datang dari Allah itu sempurna... bila disebut dlm Quran... "Maka pada hari ini telah aku sempurnakan Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu semua dan Aku redha Islam itu agama kamu... " mudah... pahamkan elok2 dari setiap perkataan... huraikan dari sudut yg tersurat dan tersirat... Allah tak tinggal makhlukNya dlm keadaan terbiar.... :) dia dah kasi segalanya... cuma kembali pada kita je nak ikut ke tak... pilihan dah diberi... yg ada hanya DUA... syurga dan neraka... takde tengah2... pilih...
Arini aku tunggu sampai kul 5 pagi... dpt chat ngan kak Lissa... hehe. Ida takde... mana ye...
No comments:
Post a Comment