Tuesday, January 20, 2015

Pakej USS dari JB/Tune Hotel/M Suite Hotel/Bluewave Hotel/ Suria City Hotel/Hotel Sentral Johor Bahru/Hotel Amansari Express

Pergi USS dengan murah




Saya syorkan anda pergi ke USS dan tempat sekitarnya dengan pakej yang disediakan oleh;

FB rasmi; www.facebook.com/pakejmurahkeuss  

Instagram rasmi; www.instagaram.com/pakejkeuss

No phone dia boleh wazzap/message (013-7498252) 

Dia sedikan pakej murah pada SETIAP HARI ke pelbagai tempat dibawah dengan mudah:

1. Pakej Murah USS
2. Adventure Cove
3. Sea Aquaria Terbesar di dunia di Singapore dan 
4. Singapore City Tour (round-round singapore selama 12 jam bersama driver khas)
5. Legoland

Anda boleh pilih salah satu di atas atau kesemuanya sekali mengikut kehendak anda dan masa yang anda ada. Ada orang nak ambil Pakej Murah ke USS sahaja, ada orang nak pergi USS+Sea Aquarium sama hari atau asing hari, ada juga nak pergi Singapore tour je tapi tak nak ke USS...semua terpulang pada anda, mereka akan uruskan.

Jika ada kemusykilan message/whatsapp terus ke 013-7498252 Pn. Sarah/En.Hilmi.
1. Pakej MURAH USS: (jika berminat contact terus 0194491170)

Pakej termasuk tiket masuk USS, kenderaan pergi balik (JB-USS-JB) dan free gift 5SGD(rm13+-) voucher makan serta 5SGD (Retail Shopping Voucher with conditon) tapi free gift ni depends on availbality..kalau ada tu syukurla, kalau takda tu jgn bersedih hehe..boleh beli makanan di dalam uss dengan duit sendiri. Harga pakej ni rm205/pax untuk dewasa, rm165/pax untuk kanak2, 3tahun dan kebawah PERCUMA(jika mahukan seat untuk anak tersebut boleh beli dengan mereka special price).


Kalau taknak sekali dengan bas pun boleh....just contact them je.

Harga tiket sahaja
dewasa RM178
kanak RM140

Sila rujuk link dibawah untuk info terkini:
fb:www.facebook.com/pakejmurahkeuss
instagram: www.instagram.com/pakejkeuss



2. Pakej ke Adventure Cove:  (jika berminat msg/wassap terus 0137498252)


Tiket masuk Adventure Cove dan Kenderaan pergi balik (JB-Adventure Cove-JB).

Harga pakej rm130/pax untuk dewasa, rm110/pax untuk kanak2



3. Pakej ke Sea Aquaria: (jika berminat contact terus 013-7498252)

Tiket masuk Sea Aquaria dan Kenderaan pergi balik (JB-Sea Aquaria-JB).

Harga pakej rm130/pax untuk dewasa, rm110/pax untuk kanak2


4. Pakej ke Adventure Cove+Sea Aquaria: (jika berminat contact terus 0137498252)

Tiket masuk Adventure Cove+Sea Aquaria dan Kenderaan pergi balik (JB-Adventure Cove+Sea Aquaria-JB).

Harga pakej rm230/pax untuk dewasa, rm210/pax untuk kanak2

5. Pakej Singapore City Tour: (jika berminat contac terus 013-7498252)

Pakej termasuk 1 van/kereta khas (berdasarkan bilangan pelanggan), 1driver khas, dan 10jam perjalanan pusing Singapore (tentatif akan diberikan. boleh juga request untuk ke tempat impian anda)

Harga pakej hanya mengikut kenderaan dan bilangan peserta. Jika berminat contact terus 013-7498252 untuk pertanyaan.


Ramai sudah merasainya dan memberi testiomoni pakej ini adalah MURAH, MUDAH dan Selamat!!!!!





Sebarang pertanyaan wassap/msg 013-7498252

fb; www.facebook.com/pakejmurahkeuss
insta: www.instagram.com/pakejkeuss

Sekian sahaja review saya berkenaan dengan Pakej Perlancongan ke Singapura. Moga Semua mendapat manfaat dan pergi melancong dengan mudah dan selamat serta jimat.
Alhamdulillah, ni masuk posting kedua pasal Pengalaman Menunaikan Umrah Kali Pertama. Dan kali ni kita share sikit pasal keadaan kat Saudi. Serba sikit dan ringkas mengenai cuaca, geografi dan keadaan tempat2 yg kita boleh gambarkan sikit2 la ye :)

Bagi yg pernah pergi/melancong/ziarah ke negara2 arab, mungkin serba sikit dah dapat nak jangka cemana cuaca dan keadaan kat sana, tp bagi kali pertama, perlu di ingatkan bahawa cuaca kat sana adalah sangat berbeza dgn cuaca negara kita.

Cuaca di Malaysia, udaranya lembab. Maksudnya kandungan air dlm udara tu tinggi, berbanding di negara2 arab yg berudara kering. So, secara tak langsung, memang ada kesan pada fizikal kita. Kulit menggelupas, bibir / tumit pecah, cepat rasa dahaga dan sebagainya. Jadinya, anda perlu la minum air banyak dan sapu la krim bagi yg rasa perlu. Tapi jangan tunggu dah pecah/luka baru nak sapu. Cegah sebelum kena :)

Air banyak je kat sana, tambahan kita nak berada kat Masjid Nabawi dgn Masjidil Haram aje. Solat 5 waktu, air zam zam ada merata kawasan, hampir tiap sudut ada je air zam zam. Maka, minum la sebanyak mana yg kita mau.

Ni la tong tong air zam zam yg berada dalam masjid. Minum la sepuas2nya. Kalau kat Masjid Nabawi, ianya berada dalam tong yg sama tapi tong tu kaler kelabu sikit. Ikut pengalaman aku, dah tak rasa mcm air zam zam yg kita dok minum pada 80-an 90-an dulu tu. Skrg ni hampir rasa sama mcm air biasa. Mungkin dah banyak kena tapis kot.

Ada air sejuk, ada air yg tak sejuk tau ikut tong tu. Cuba baca yg tertulis kat tong air zam zam tu betul2 :) ada tong yg tulis NOT COLD. Hehe..


 Pi la minum, sambil ambil quran kat sebelah tu utk baca :)

Ni siap tulis dah cara nak minum air zam zam


Jangan tak tau, telaga zam zam ni ada satu jabatan khas yg di tubuhkan kerajaan utk nak jaga, dipanggil The Zamzam Studies and Research Center.

Zamzam Studies and Research Centre

Boleh tengok sendiri link tu kalau nak tengok apa dah diorg buat pada telaga zam zam utk zaman skrg ni :) Hebat telaga zam zam ni, keluarkan air yg tak habis2 diminum oleh berjuta2 orang dalam masa sehari.

Jadi, tiap2 kali sampai ke masjid, minum la sekurang2nya segelas, lepas habis sebelum balik dari masjid, lagi segelas. Kalau 5 x 2 = 10 kali la at least kita minum. Tapi minum lebih la dari tu nanti, masa kat bilik, masa kat dewan makan. 

Dan, ready la botol air 1.5L dlm bilik. Dan time pi solat, bawa la botol 500ml dlm beg sandang kita tu. Tiap2 kali habis solat, sebelum balik, isi aje la dlm botol kecik 500ml tu. Balik nanti tuang je dlm botol besar, so, tiap2 masa kita ada je bekalan air zam zam :) Kan mudah? boleh minum ramai2 dan banyak2.

Itu la yg aku, wife dan mertua buat.

Bagi yg tak tahan kulit tu, sapu2 la krim pelembap kulit. Xpayah eksyen kalau kulit jenis tak tahan. Kalau sakit kita jugak yg susah. Bagi yg nak pakai pelembap bibir pun takpa.

Mask kan dah pesan bawa, maka gunakan lah bila perlu. Ya, sana negara berdebu. Tak termasuk dgn kawasan Masjidil Haram yg menjadi constuction site sekarang ni, dan ntah berapa tahun lagi nak siap pun tak tau. Seriously berdebu dengan banyaknya!

Ini pembinaan dalam Masjidil Haram, masa dok solat, tawaf, sai'e memang boleh dengar gedegang gededung org dok bina macam2 la.

Ini pandangan dari luar pulak, masa berjalan2 kat dataran nanti, ni la pandangan yg anda akan nampak :)

Sebab berdebu, diorg pun sembur air.


Seriously, memang berdebu. Bawak aje la mask dan pakai bila perlu. Ini baru kat kawasan masjid. Kalau kat tempat lain pun sama jugak, mungkin kurang mungkin lebih banyak. Sebab tempat2 lain sekeliling Makkah dan Madinah pun memang banyak construction site. Apatah lagi negara gurun mcm ni sememangnya penuh debu. Bagi yg tak tahan macam org yg ada lelah, athma, maka lebih baik ready mask.

(Masa dalam ihram JANGAN PAKAI MASK ye!)

Check Website Cuaca

Jarang sangat hujan di sana. Memang asyik cerah aje la, tapi jangan sangka takkan hujan pulak sampai bila2.

Apapun, sebelum pergi menunaikan umrah, sila check keadaan cuaca kat sana dulu. Banyak dah web yg menyediakan perkhidmatan ramalan cuaca online ni. Boleh check utk sepanjang minggu, even utk sepanjang bulan. Check yg detail punya.

  1. Tengok suhu. Siang berapa, malam pula berapa. (Pastikan celcius ye, sbb kalo farenheit nnt pening pulak)
Antara website yg boleh check adalah kat Accu Weather 

Bukanla tepat 100%, tapi sekurang2nya kita akan dapat agak dan buat persediaan cuaca tu serba sikit. Jangan tengok Mekah aje ye? Tengok Madinah sama, sbb dua tempat ni mempunyai cuaca yg berbeza. Bukan mcm cuaca KL dgn cuaca kat Kelantan. Cuaca kat Mekah dgn cuaca kat Madinah memang berbeza.  Jadi, tengok utk kedua2 tempat ni pada tarikh atau bulan yg kita nak pergi tu.

Pakaian kita pastikan bersesuaian, dan tak perlu lah melampau2.

Keadaan Muka Bumi

Madinah Munawwarah dan daerah sekeliling:





Kota Makkah Al Mukarramah dan daerah sekeliling:







Ini nak tunjuk keadaan sekeliling aje, bagi ada feel sikit macamana keadaan kat sana. Nanti kita share pulak gambar di sekitar Masjid Nabawi dan sekitar Masjidil Haram. Nanti terlalu berat pulak orang nak load page ni. Hehe.

Orang Ramai

Last, nak share pasal orang2 kat sana secara ringkas. Bukan pasal penduduk asal sana, tapi orang2 yg kita akan banyak bertemu kat sana.

Masa aku pergi tu, banyak nya orang asia aje lah. Melayu aje muka, heheh. Samada melayu Malaysia, melayu Indonesia takpun melayu Thailand. Kira rumpun melayu aje lah. Lain, banyak Turki, Iran, India, Pakistan dan bangsa2 arab dari negara2 lain.

Kalau di Madinah, kita tak rasa sangat la, sbb kita bukan nak berasak2 pun. Paling tak pun dalam Masjid Nabawi je bila nak duduk di kawasan sekeliling Raudhah tu. Kita kena la ingat, diorg datang dari negara yg berbeza, budaya yg berbeza dari masyarakat yg berbeza. Maka perbezaan yg ketara tu jangan la kita ambil hati sangat. Contohnya melangkah terus kat tepi kita, himpit2 dgn kuat dan macam2 lagi. Benda2 tu biasa.

Kalau kena pukul ke, kena tolak sampai jatuh tertonggeng, tu lain cerita la.

Di Makkah, bangsa arab ni tak kerap sangat nampak. Ini sebab terlalu banyak bangsa lain terutamanya melayu. Kiri kanan depan belakang semua melayu je. Tp byk buat muka ketat je :P jadinya, cuba la kita ringankan muka utk senyum bila tengok org lain.

Monday, January 12, 2015

Pengalaman Menunaikan Umrah Kali Pertama

Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun tinggal blog ni, hari ni baru start menulis semula. Itupun bermula dengan semangat sebab nak share pengalaman menunaikan umrah pertama kali dalam hidup ni :) Ini antara benda2 penting yg berlaku dalam hidup tau! Tak tau la orang lain, tp bagi aku inilah pengalaman dan memori penting yg akan aku ingat sampai bila2, insyaAllah.

 Allah susun utk aku dan isteri pergi umrah pada pertengahan Disember 2014. Memang tak rancang langsung, tapi bila mak mertua telefon, tanya ajak kami pi. Terus kami anggap inilah peluang yg Allah buka utk kami. NAK TUNGGU APA LAGI. YESS aje la :)

 Aku cari dan baca macam2 blog pengalaman orang, selalunya pengalaman kali pertama dan kedua tu best, sbb itulah yg bakal kita rasa. Kalau kat travel blog atau blog travel agent tu, diorg cerita bab penting2 aje. Yelahkan, sbb diorg dah biasa, jadinya hal2 lain tu dah jadi mcm "common" bagi diorg dan tak diceritakan langsung la. Bila kita yg pertama kali ni pergi, mula la terkebil2 dan banyak benda baru nak kena belajar. Lagi teruk kalo 'had to learn in a hard way'.

 Aku pergi dgn KP Haji Yusoff - best dan puas hati utk aku yg kali pertama.

 =================================

Kursus umrah aku dan isteri tak sempat nak ikut, sebab kami duduk kat Kelantan. Yg kursus pulak kat Kedah. Area Sg Petani atau kawasan2 yg dekat2 situ, mana la aku sempat turun dgn wife yg nak ambil cuti (perabih) utk umrah lagi. Tp mak mertua aku memang dah pergi merata kursus, baik haji mahupun umrah, berkali2 dah. Cekap dari kami lagi :) Yg sempat aku dan wife ikut adalah, taklimat utk pergi umrah tu. Maka, belajar la kami secara ringkas dan padat masa taklimat tu. Pasal barang2 persediaan umrah, rasanya tiap2 agen akan sediakan kan?

1-  DAN AKU NAK INGATKAN SUPAYA DAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN. Aritu kami sekeluarga lupa, dan lega la masa taklimat tu ada KP Haji Yusoff ni sediakan khidmat dari klinik utk buat suntikan vaksin ni dgn harga RM100 lebih (lupa!) Maka sediakan la duit yg mencukupi. Kalo ada 3 org, maka RM100 x 3 = RM300. Kalo takde duit masa tu, ha, menggagau la.

 Perihal suntikan ni dah pun dibincangkan dlm Majlis Fatwa Kebangsaan.

Majlis Fatwa Kebangsaan : Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

2- Lepas tu suka la di ingatkan supaya kena la buat PASSPORT ANTARABANGSA. Kalau ada dah, pastikan masih berbaki lebih 6 bulan dari tarikh nak pergi umrah/haji tu. Gambar utk umrah tu ambilla banyak sikit, boleh guna utk macam2. Tanya pada travel agent anda betul2. Berapa keping gambar yg diperlukan dan tak rugi kalau buat lebih sikit. Maybe berguna nanti atau bila2.

3- Bawa MASK. Sebab di sana nanti berdebu, banyak construction site dan negara gurun pulak tu. Bagi yg tahan dok dlm debu2 ni takpe, yg tak tahan tu, nanti batuk2,sakit kerongkong, selesema dan lagi leceh kalo demam. Tak best nak beribadat kalo badan tak sihat. SERIUS. Maka jagalah kesihatan anda. Ni mask yg kami bawa:
Kalau nak bawa mask yg hospital/klinik guna tu pun takpa. Mudah dapat :)

Satu PERINGATAN : Dalam/Semasa IHRAM, perempuan TAK BOLEH TUTUP MUKA tau?! Jangan dok pakai mask masa dlm ihram pulak. Kang tak pasal2 kena dam!

4- Bawa ubat2 peribadi, kalo pergi bekeluarga tu. Share aje la, pastikan cukup. Contohnya panadol, ubat cirit, sakit perut, minyak angin, tahan muntah, ubat selesema, ubat batuk. Farmasi memang la ada di sana, tapi harga mahal la. Kalau ada penyakit2 yg memerlukan ubat2 khas. Pastikan dapat surat kebenaran doktor. Dan buat list awal2 supaya tak tertinggal. Leceh nanti.

5 - Aku dan wife bawak Salonpas, pain relieving patch. Ada mcm2 jenis dan ada mcm2 size. Aku saja amik size kecik supaya boleh tepek kat tempat yg betul2 perlu saja.
Benda ni berguna mengikut pengalaman aku la, sebab kita akan BANYAK BERJALAN KAKI. Sana lenguh, sini lenguh, tido tak betul ke, angkat barang sakit belakang ke.

6- Seminggu dua sebelum bertolak menunaikan umrah, aku start makan vitamin C 1000mg dan pil Barakah (Habbatus Sauda):

Vitamin C tu slalunya aku makan waktu siang. Dan Baraka ni pulak aku telan waktu malam. Ni semua utk boost body immune system. InsyaAllah. Baraka tu nak makan lebih pun takpa, ada direction dia tepi tu, ikut la yg mana kita OK. Aku tak makan Baraka siang2 sbb badan aku ni mudah jadi panas, bila panas, nanti naik serawan.

Makan tiap2 hari sampai la ke sana pun makan, sampai balik Malaysia pun sama.  Kita usaha ja, Allah yg akan tentukan.

Alhamdulillah aku dgn wife, Allah bg kami sihat sepanjang 2 minggu berada di Haramain. Sampai2 aje airport Jeddah masa nak balik tu, terus badan start jd panas. Hehe. Demam! Dan wife aku masih batuk2 sampai skrg ni (2 minggu lps sampai Malaysia).

7- Apa lagi ya.. Hmmm! Ya! Pakaian!! Ya PAKAIAN. Baju. seluar, skirt, T-shirt, ke apa semua tu. TOLONG BAWA MINIMA aje. Tak payah la bawak mcm nak pi melancong. Bawak la macam nak pi jungle trekking. Sekadar perlu. SEBAB NANTI PAKAIAN ANDA AKAN BERANAK. Ha, macam lawak? Ye, sbb nanti nak pi shopping beli macam2 utk adik beradik semua.

Jangan lupa yg kita hanya boleh bawa 30kg aje dalam flight. Lebih dari tu kena bayar! (30kg tu tak termasuk air zam zam 5L free) Jadinya kalau dah masa pergi saja pun dah usung 20kg, ada sekadar baki 10kg? Tak payah la dok kata, "Alah, takdak benda nak beli". Nanti dah sampai sana, baru teringat nak bagi utk dia ni, nak bagi utk dia tu. Barang pulak murah (tp jgn sampai tertipu. Bab ni nnt aku cerita next topic, insyaAllah)

Macam2 kita nak beli tau? Bukan jubah aje, kurma, kismis, pistachio, kacang putih, buah tin, mish-mish (Apricot). Kalo kurma saja pun dah angkut 3kg (sikit la tu, tengok org beli berkilo2) benda2 lain lagi. Maka. masa nak balik tu, benda2 yg boleh tinggalkan tu, mcm kain ihram, selipar, ubat gigi, syampoo, hangar dan apa2 saja lah yg kurang penting utk kita bawa balik dan boleh sedekah kat org lain tu. Bagi aje la.

Perlukah aku bagi list ikut pengalaman aku? Sbb travel agen akan bagi list barangan dan pakaian yg perlu dibawa dan se eloknya ikut la list diorg.

8- Benda ni hampir terlupa. UNIVERSAL ADAPTER. Yelah, nak charge handset masing2. Plug kat sana berlainan dgn Malaysia. Tapi benda ni boleh je beli kat kedai2 kat sana. Tp kalo nak bawa sendiri pun tak rugi. Aku memang bawak la. Berguna. Ganti2 charge enset aku, wife dan mertua. Lepas tu charge powerbank.

9- Toiletries ni bawa la apa2 yg penting. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, deodoran. Aku bawa SebaMed sbb mertua tak tahan guna sabun lain nnt kulit dia jd gatal. (Pastikan anda tak guna benda2 yg berbau wangi ketika dalam ihram. Kalo tak, kena dam!)

Aku & wife bawak wet tissue, utk nak guna time 'terdesak'. Mcm masa makan nasi kat luar airport Jeddah (time nak balik) diorg bukan bagi makan dalam airport. So, cuci tangan sementara tu..guna la wet tissue. Ataupun time2 lain masa dalam bas ke. Perjalanan agak jauh juga, berjam2.

10- Masa di sana nanti, tolong minum air banyak banyak banyak. Sebab negara diorg adalah cuaca kering. Negara kita Malaysia ni cuaca udara lembab. Air banyak hilang dari badan, maka kerap2 la minum air utk mengelakkan kita dehydrated. Nanti aku akan ulang2 peringatan ni, insyaAllah.

11- Selipar / sandal yg nak dibawa ke sana nanti, sila test dulu dgn memakai stokin. Pastikan anda benar2 selesa dgn selipar / sandal tersebut utk berjalan. Sebab nanti kat sana nak jalan jauh guna selipar / sandal tu. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tu luas, luas sangat! Kawasan luar tu aje pun dah berapa ratus meter berjalan kaki aje sebelum nak masuk masjid.

Jadi, pastikan yg anda betul2 selesa dan test dgn stokin. Jangan nanti dah sampai sana, bila pakai dgn stokin, baru rasa ketat la, tak selesa la, makan kaki la.

12- Bawa Al-Mathurat, boleh baca tiap2 lepas solat subuh dan asar/maghrib. Kalau nak install dalam smartphone pun takpa, download je dari Playstore. Ust Don punya tu pun dah OK. Al-Quran memang banyak kat masjid. Kiri kanan ada aje, banyak. Banyak sangat.

OK. Kalau aku ingat apa benda kena tambah lagi, nanti aku edit. Buat masa sekarang, ini aje lah dulu :) Next, kita tulis pasal cuaca, geografi (cheewaah!) Madinah dan Makkah pulak. Ada beza :) insyaAllah. Dan perjalanan dari KLIA sampai Jeddah sampai Madinah sampai Makkah.

Saturday, August 07, 2010



Hmmm.. kena tinggal sorang2 kat umah, sume orang dah pi. Doa aje lah yg terbaik, harap segalanya berjalan lancar hingga sampai pada tujuan yg di impikan, then bleh menuju ke matlamat yg asal bersama-sama!

Berdebar ooo... lega la zaman moden ni ade enset. Hehehehe...

Moga segalanya di dalam keredhaan Allah...

Ameen ya rabb!!

Friday, July 02, 2010

Hari Kecemerlangan Dan Hari Koperasi MATRI

Arini aku bawak kamera pi skolah, utk nak amik gambo2 pada Hari Kecemerlangan dan Hari Koperasi MATRI. Aku bukannya terer pon amik gambo guna kamera ni.. angkat, snap aje sana sini yg mana aku suka :P

Jadi, angle dan exposure pon jadi lintang pukang sume.

Aku terus pi cari abg Syahid, naik ke bangunan skola kat asrama tu. Saja nak amik gambo dari situ. Cantik. Ni gambo kampung aku la.. blakang ni mengadap bukit.. bukit2 ni panjang... ada gak dekat 2-3km kalo tengok memanjang belah sana. Ladang getah aje dlm tu.. tp apsal nampak pokok nyoq la plak banyak. Hish.

Kat kaki bukit tu, ada cina beli tanah tu dan tanam pokok durian. Banyak betul. Orang melayu banyak yg jual tanah, rugi betul.

Ni la skolah aku tu, bangunan besar kayu tu la bangunan utama skolah. Main building MATRI. Pejabat skolah bawah, atas tu masjid aka surau. (Aku dah cite dlm blog ni dulu nape lebih dikenali sebagai surau) Yg cat koko tu la. Yg bumbung berlapis tu :)
Tepi tu sume bangunan kelas. Yg bumbung biru belah kanan tu, kantin skolah. Yg bangunan tepi jalan kaler kuning tu, koperasi sekolah.

Ha, nampak rumah banyak2 bawah tu kan? tu la Taman Melati Indah. Yg bangunan bumbung biru tu.. dewan makan, atas pompuan, bawah laki. Blakang dewan makan tu, bangunan 3 tingkat tu adalah asrama puteri. Yg tepi belah kanan dewan makan tu plak adalah TASKI, 2 kelas SRIM (Sekolah Rendah Islam Seri Melati) pon ada dlm tu. SRIM ni kelas dia berterabur skit dlm Kampung Tunjung ni. Style UNIMAP la dlm Perlis. Hehehehe.. merataaa!

Pehtu nampak tak rumah belah kanan tu.. tu rumah penduduk kampung la. Umah aku ke kanan skit lagi :D blakang surau tu.

Garaj skolah bawah tu baru buat aje. Saja aku amik sudut ni sbb nak amik gambo Taman Melati ngan Bukit Keteri. Bukit Keteri tu la yg kilang simen dok amik batu tu.. sampai flattttt dah bukit tu kena bom.

Dari kanan, Pemangku Pengetua, Cikgu Abdoh..Ustaz Umar Haji Salleh dan Ustaz Abdul Karim :)

Wakil SKMM ngan Cikgu Azizan, depa jadi hakim.


Ni Abg Madet ngan Ustaz Din.. man behind the scene. Hehe. Orang penting wooo...

Ha, depa ni student form 4.. dulu masa form 2 anak2 murid aku la ni. Apa ntah depa kalut wat presentation tu. Masa kena soal skit2 ngan para hakim tu. Terus lintang pukang skit... aiseh!

Depa wat projek kerepek pisang. Aku suka la idea tu. Tp depa tak dpt wat presentation tu dengan baik.. sayang betul.

Ni plak team laki. Mula2 depa ni nak kuar dulu, tp ada masalah ngan diorg punya multimedia tu. Aperdaaa... lama betul tunggu! Tapi depa ni dipilih lebih best dari team pompuan tu sbb depa punya idea tu lain dari kebiasaan. Depa wat Candle Cup ngan apa kebende ntah lagi satu. Tak ingat (Tak dengar sebenarnya)

Penerima hadiah :)

Ada banyak lagi sebenarnya, tp aku tepek gambo depa aje dah laaa :D





Okkeh, ni proses penanaman pokok oleh wakil SKMM tu. Fuad pilih pokok cempedak :D


Fuad mai hulur sarung tangan sambil tersengih2 :D

Fuh, tak perasan lak Cikgu Man dok bergaya kat blakang tu. Heheheh!

'Encik.. bukak cemnih laa...' Sapa dok ajaq sapa tu la ye :D


Fuad tak pueh ati..hehehehe

NI Pakcik Zul.. jadi penyelaras bahagian landskap MATRI. Dia la dok jaga pokok2 dan jugak kawasan skolah ni. Tukang kebun ke? boleh kata la. Pakcik Zul ni orang kampung Tunjung ni la. Dia Pegawai Kesihatan dulu, dah bersara.. dari dok melepak kat umah, dia mai la wat keje ngan MATRI.

My Skool :) Sejak form 1.. sampai form 6 aku dok sini. Skrg aku patah balik ngajo sini plak. Heheh.

Alamat skolah tu alamat aku ler. Ubah nama aje jadi nama aku.. cukup la. Heheh.

Bawah khemah tu la depa wat program tu. Lusa baru abih.

Ni anak2 murid aku.. nakal2 neh. Hehehehe.

Umah aku belah kiri, tp tak nampak dlm gambar ni. Depan tu bangunan asrama puteri. Tu budak2 skolah rendah nak balik kelas... hehe.