Sunday, November 22, 2009

Musim kenduri

Ni baru balik dari Jitra. Kenduri Fadli, junior aku kat MATRI. Anak Abang Mat Diah. Abg Mat Diah ni penah menguruskan banyak program motivasi kat MATRI dulu masa aku dok skola lagi. Aku mmg kenal Abg Mat Diah ni sejak kecik lagi, mmg 1 family aku pon rapat ngan dia.

Diorg buat kenduri tu kat dewan, mmg elok la tempat tu. Dengar kata sewa dewan tu 1k... murah ke? mahal ke? ntah la. Tp aku rasa berbaloi dengan kedatangan orang dan jugak pada musim ujan ni. Aircond pon cukup, ujan kat luar pon kita tak terganggu sangat sampaila kita nak kuar dari dewan tu. Hehehe...

Apa yg aku perasan sejak kebelakangan ni, semua org tego aku dengan dua perkara:

1) Bila nak kawen? Bila lagi? Anak dah berapa? :P

2) Faizzzzz...!! Besarrnyaaa!! kena turunkan badan tu.. bla bla bla.

Hehehheee... nak wat camne, sume org yg tego aku tu adalah pakcik2, makcik2, kakak2, abang2 dan sesiapa aje la yg kenal aku sejak kecik :D Mmg diorg terperanjat berok gak ler bila tengok badan aku ni dan macam belon kena pam :P Tambah2 bg yg dah lama tak jumpa aku.. sah tak percaya punya. Siap sampai tak kenal aku terus pon ada, "Ingatkan adek...". Heheheee...

Yelah, dulu aku bukan cemni.. hehehe. Steady, cergas, stamina pon tinggi. Skrg ni..? sume tu dah tinggal kenangan yg perlu aku capai semula.

Kat luar asyik ujan, sejak semalam lagi ujan. Lebat jugak, tp masalahnya dah lama dah dok ujan ni. Dan aku rasa kalo ujan berterusan cemni lagi 3 hari, mesti akan banjir, malahan lebih teruk dari aritu. Kes banjir aritu pon sbb diorg buka empangan. Aku pon xpaham la cara pengurusan air kat empangan tu, cuba laa diorg buka sikit2 dah skrg ni... biar air tu mengalir. Ni tak, tahan air tu.. bila empangan dah tak mampu nak tahan, terus diorg lepaskan air tu sekaligus. Mau nye tak banjir :P

Korang bayangkan mcm kita tadah air dlm besen, lepas dah penuh melimpah, kita tuang semua air dlm besen tu... w/p ada lubang air nak kuar, tp sementara tu, banjir la kejap dlm bilik air tu kan?

Ha, cemtu la yg dok terjadi kat Perlis ni. Diorg lepaskan air empangan tu, abih ler mendadak naik kat rumah2 orang. Masalahnya air naik mendadak.. kena rumah sapa2 kawasan rendah tu. Mmg tak sempat sangat nak angkat perabot2 yg berat2 tu. Diorg sempat selamatkan benda2 asas aje. Tak patut betul la...

Hmm.. lebat balik plak dah.

Aku tak buat apa sangat pon kebelakangan ni, rajin masuk blog Kakika aje. Kenapa? Sebab aku suka tengok Kakika mula buat perniagaan secara online. Tempahan kek dan kuih. Aku suka kuih2 dia, mmg sedap! Tapi kalo tart nenas tu, maksu aku punyala :D nnt nak bagi kat Kakika tart maksu tu.. kot2 dia buleh combine dan kuarkan tart generasi baru, hehehehe!

Kakika ni mmg minat masak dah lama dah. Tapi baru tahun ni dia dapat tumpukan sungguh2 pada pembuatan kek utk tempahan ni. Kalo dulu2, kue2 dan kek cokelat aje. Kue ni bukan korang xtau, terhad time raya aje kan? Tapi kue dia mmg sedap la. Almond London dia mmg class, crunch, kue bola kaler2 tu (ntah apa nama pon aku xtau) ekeke...

Sejak awal tahun ni, masa mula2 dia buka utk tempahan kek tu. Bleh nampak perubahan yg ketara jugak la dari sudut hasil tu. Bab sedap tu mmg sedap la, sbb kek Kakika buat mmg sedap, tak di nafikan. Tapi aku takde peluang lagi nak rasa kek2 dia yg baru2 tu. Kek nama pelik2 yg aku sendiri pon tak ingat :D Janji sedap aje.. hehehe! Memacam la kek dia terer buat ni, Ganache la, Cheese la, Blueberry la.. errr.. kalo korang nak tau, korang click la kat link ke blog dia tu Kakina Sweetr Bakery Kat link aku tu pon ada.

Tengok2 balik sejak awal2 dia buat kek tu, sampai skrg... makin kemas dan elok dah. InsyaAllah akan bertambah cekap lg nnt. Aku doakan yg terbaik utk Kakika. Nnt dah jadi tokey kek terkenal, jangan lupa kat saya plak ye akak! :D

Arini dok sambung tengok cite semalam, documentary actually. Earth 2100. Bagaimana dan apa akan jadi pada bumi 100 tahun dari sekarang. Masalah start dengan minyak, pemanasan suhu global yg menyebabkan paras air laut naik mendadak. Abih sume banjir. Dan virus2 baru muncul dan membunuh dengan mendadak ketika manusia dalam struggle nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru... billion orang mati dlm masa beberapa puluh tahun. Populasi manusia menyusut...

So, hargai lah dunia yg ada sekarang. Kejahilan generasi sekarang akan menyebabkan kemusnahan pada generasi akan datang...

Saturday, November 21, 2009

Radio Quran

Hari ni secara rasminye dah start la cuti sekolah. Hehe! Tp aku nak meloncat2 pon xleh gak, sbb aku tak terlepas lagi :P ada banyyaaakk paper xm budak2 yg aku nak kena tanda kan. Letih jugak, maximum aku boleh tanda 5 paper aje sekali duduk. Tu pon lenguh dan letih dah. Slalunya 3 paper aje. Bangun jap lepak depan PC atau pegi luar bilik dlm beberapa minit, baru masuk balik sambung lagi 3-4 paper tu. Gitu aje la. Slalunya kalo masuk 12 paper tu, aku rehat panjang skit la. Hehehheeh!!

Arini Inas kenduri, jiran aku ni ha. Next two weeks, jiran lagi satu lak nak kenduri.. ehehe. Mmg asyik kenduri aje lah nnt, biasa la kan, cuti sekolah :) Nak wat cemana, pekak kan telinga, buat bodo aje la bila orang sah2 akan tanya kita bab kawen. Kena perli tahap gaban dah pon. Dari pakcik2 sampai laaaa junior2 aku akan tanya benda yg sama. Siap sengaja tanya anak dah berapa tu :P aritu aku siap kena dengar khutbah dari Abg Bri ngan Marwan lagi, adesss!!

Sapa laaa xnak kawen, kalo aku sorang2 aje, aku tak kisah la.. dah lama dah cari dan kawen.

Semalam sambil borak ngan Una, aku dpt cari radio Quran. Fuh, best gila.. betul2 lama mencari. Radio Quran, dari negara2 arab. Yg sebenonye, aku hanya nak cari Radio Quran Kaherah tu aje. Sbb dah biasa dengar, bertahun2 lak tu. Apa yg istimewanya radio Quran ni adalah, kebanyakan masa dia mmg baca quran aje, iklan takde, mmg takde langsung la nak iklan2 barangan ke hapa ni. Pehtu dia ada la kuliah2 agama atau tazkirah yg disampaikan oleh syeikh2 dan ulama2, most of them dari Al-Azhar la. Boleh dikatakan baca quran ni 75%, kuliah+tazkirah tu 23% dan baki 2% lagi tu utk pengumuman hal2 yg berkaitan :) Radio ni mmg 24 jam... tu yg seronok.

Tapi, yg aku dpt ni.. list radio Quran utk kebanyakan negara arab.. Saudi, UAE, Kuwait, Mesir, Maghribi dan mana2 ntah lagi. Tp yg kualiti best punya, Radio Quran Kuwait aje laaa... yg lain punya kualiti streaming dia mmg ampeh dan teruk :P

http://www.islamicbulletin.com/services/audio.htm

Ha, tu link dia kalo sapa2 nak try dengar. Dia akan buka Windows Media Player utk nak stream. Kalo sapa2 yg takde plug-in tu, dia nnt minta utk install kot.

Apapon, aku puas hati :)

Tuesday, November 17, 2009

Ganu Lagi. KOLOKIUM


Ari Jumaat aritu aku pegi Ganu, diorg hantar beberapa orang guru utk menghadiri KOLOKIUM Instituisi Pengajian Swasta: Skola Agama. Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan aje la yg banyak... tp sbb skola aku ni byk yg xleh pi, jd diorg hantar la 2-3 org guru muda ni, termasuk aku yg xtau apa2 ni :D

Pegi kejap aje, mmg xde masa nak ronda2. Bertolak Jumaat 3 petang, sampai Kuala Terengganu kul 3 pagi. Lepak kat Kampung Laut, tu pon lepas tipon Caphiq, lega dia jawab.. mau dia tak jawab, abih ler kami dok kat KT tu tanpa arah. Heran betulla Cikgu Aq xkontek bebetul. Apala...

Bestnya sbb dpt jumpa Amali dan member2 yg lain. Ada time rehat yg panjang aje, kami kuar makan terus kat mana2. Cian Abg Bri sbb asyik kena tipon ngan Cikgu Aq, mau nak ada depan mata dia jaa. Naya la kawan tu.. haih.

KOLOKIUM tu best, mmg penyampaian padat. Best dengar. Ahad tu terus balik. Sebelum balik tu pi makan kat Skola Kg Laut dulu...




Lauk sedap.. best best :D sekali makan aje la, banyak mata aje dok perati aku kalo makan banyak2 ni, kena la jaga.. ekekeke!

Masa kat luar koridor tu, sempat amik gambar Pakcik Zahari ngan abah Along.

Aku start rapat ngan Pakcik Zahari ni since dia pegi Mesir la, pi nak blaja Arab serba sikit kat Markaz Lughah. Dia pi bertiga ngan Cikgu Din dan Pakcik Ali.

Ni la Skola Menengah Agama Kampung Laut kat Kuala Terengganu tu. Amali jadi Penolong Kanan tuuu... :D




On the way balik tu, depa singgah lagi beli kopok lekor. Aku malas dah nak amik, sbb mama tak bagi amik banyak2. Bila tanya awal2 masa kat sana tu, mama kata amik RM10 aje dah cukup. Kalo ikut aku, nak ler amik sampai RM30. Puas hati skit makan. Heheheh. Tp xpalaa, next time bleh pesan kat Amali lagi kalo nak balik Perlis :) Lagipon cuti ni Mie nak kawen ngan Fatimah. Amali mesti balik punya...

Masa lintas kat kawasan Empangan Temenggor tu, renti jap, sbb geng2 veteran nak buang air dan rehat. So, lepak2 aje la.. masa tu dah maghrib dah. Pakcik Fikri hentam makan plak kat sini, lelain lepak2 aje la sambil minum air.



Pehtu berenti kat Baling, Restoran Sri Landak. Aiseh.. ingatkan ade jual daging landak, rupanya nama aje. Ahaks! Lepas teruskan perjalanan, kami stop solat kat Gurun.. ha, lepas tu aku mmg tak sedar dah. Tido baeeekkk punya!

Sedar2 dah kat MATRI... hehe!

Monday, November 16, 2009

Terima Kasih Zilla :)

Ni la posting pertama aku sejak setahun yg lalu dlm blog ni. Lama gile aku tak menulis, sampaikan list blog aku dlm blog Lina pon jatuh paling bawaaah sekali :D dia pon masuk setahun yg lalu jugak la...

Al kisah nye yg aku tak menulis lama tu sbb aku rasa geram, frust dan nak tergelak sorang2, sbb konon aku nak ubah templates baru.. tetiba abih sume benda jadi pelik dan hilang memacam benda. Hehehe... konon bersemangat nak buat balik. Tapi dok gitu aje :P

Pehtu masa borak ngan Zilla, aku bertanya samada dia nak tak bantu aku betulkan balik segala templates dan apa2 aje la kat blog aku ni. Dia setuju! :D bestnye.. masa tu aku seronok gila dah. At least bleh la blog aku ni lawa cam blog dia tu. Hehehe! Dan ni la hasilnya... lawa tak? Tu pon setelah bersoal jawab sikit punya panjang ngan dia. Dia rasa pelik plak nape aku nak revive kan balik blog aku yg dah jd tapak artifak purba.

Well, aku tergerak ati nak masuk blog aku semula.. dan aku baca balik sejak pertama kali aku tulis blog ni. Jd, memori aku kembali pada keadaan masa tu. Seronok tengok Ida menulis, semangat aku, bagaimana happy rasanya dpt menulis kat blog... dan terus aku baca... jd memori tu la sume yg bagi aku serba sedikit momentum utk nak menulis semula ni.

So.. terima kasih utk Zilla aka Hantuburger. Pakar buat kek dan segala jenis masakan. Chewah.. kalo korang nak tengok blog dia pon boleh. Ada tu kat link belah kanan tu.

Thanx again :)

Monday, September 15, 2008

Testing

Main2 sangat... dah lewat plak tu, gatal nak pi kaco. Esok je la aku buat lain sume... hehehe...

Ha, aku ubah lagi arini. Rasanya mau berhari2 gak nnt aku nak buat blog ni sampai aku jd puas hati :D

Lagipon jumaat ni aku ada hal skit... kene pegi Kelantan. Lagi la lembab aku nnt :D

Sunday, September 14, 2008

Computer Baru.. yeay!!

Bulan lepas, masa cuti skola, pegi uma Abg Ronie ngan keta... pagi jumaat tu bertolak. Abah drive, konon nak tukar2 la ngan aku & Afif. Abah bawak sampai Juru, lepas tu baru dia letih skit... nak tukar pon, renti kat Bukit Merah je. Solat sume. Pehtu Afif drive... alang2 dah masuk Selangor, dia je la drive. So aritu aku rehat je la :D

Set ari dgn Abg Ronie, kami pegi berempat ke Lowyat. Naik LRT sume... mcm2 jenis org boleh nampak, Gothic ler, skinhead, fesyen ntah hapa2... elok la jugak sesekali aku mai tgk benda cemtu, belajar skit.

Aku tak ckp banyak, sampai aje Lowyat, tuju terus ke tmpt2 yg ada, tanya hardwares yg aku nak mcm dlm list. All thanx to Munzir :) lebih 3 bulan rasanya list yg dia bg kat aku ni. Tapi masih dlm kategori yg 'power' gak neh.

Mobo : Gigabyte EP43-DS3L

RAM: Kingston DDR2-667 (4 x 1GB)

Processor: Core2Duo E8400

GPU: XFX 9600 GT

HDD: Seagate SATA II 250GB

Power Supply: Silverstone (mmg stone pon, hampir 2kg beratnye!! )

Monitor: LG 19''

Optical Drive: DVD - AOpen

Balik tu, lepas usung naik tangga LRT sume. Pasang kat umah, setup XP awal2 tu. Tp lepas tu aku tukar guna Vista Extreme Edition. Setakat sampai arini, aku tengok stabil je la Vista Extreme Edition neh, tunggu la lebih 2 bulan kot2 jd apa2. Kalo bengong, setup Vista balik ah. Buat masa ni, aku puas hati la. Yelahkan, sbb sebelum ni aku mmg guna PC slow je.

PC slow ni, byk benda kena sabar. Kalo nak blog Vaga atau Cuker, aku nnt tutup abih ngan mp3, site2 lain. Kalo tak, berat terus PC lama tu :P tp skrg tak dah la. Rajin2 la aku masuk blog diorg nnt :) Skrg ni laju je bukak semua, Firefox ke, Office ke, YM ke... tak sampai 2 saat dah muncul. Alhamdulillah....

Game pon bleh main dah. Aku dah bubuh Warcfaft III, NFS Pro Street, Colin McRea DiRT, SBK 2008, Call Of Duty II... pk2, aku nak kena beli HDD tambahan la utk game ngan citer. Game skrg ni bkn kecik2 mcm dulu. DiRT tu aje dah makan space hampir 10gb :P

Speaker aku tak beli, sbb guna mini Hi-Fi yg ada, cucuk ke PC. Sound dia takdela best sangat. Rasanya sbb aku la tak reti nak setting sound ni :D tp ok la... 5x ganda lebih best dari dulu. Hehee...

Monitor ni sebenarnya tak beli masa pegi aritu. Sbb dok ada monitor lama, nak guna lagi la w/p dah separuh hancur, ehe. Tp masa nak pasang CPU baru ni, aku kena la gerakkan monitor lama tu, tau2 kaler dia dah hilang, terus jd mcm rainbow kat screen tu, hehehehehe... lawak gak. Tp pening la mata. Masuk 3 hari, tak tahan. Tanya Munzir, pehtu call Hanizam, mintak tolong dia hantar monitor yg sesuai... arini call, esok petang sampai terus dari KL! woww.... thanx Hanizam :)

Baru la puas hati nak tengok cite, main game, bertenet dan wat keje apa2 pon. Really... dah lama aku tunggu. Sebelum ni tengok org punya je la. Yg slow pon aku usahakan... dapat jugak akhirnya lepas lebih 10 tahun tunggu, alhamdulillah. Thanx Munzir sbb buatkan list yg best utk aku. Dan thanx utk abah sbb tolong belikan... :D Harap dpt la bertahan at least 5 tahun sebelum kena tukar keseluruhan, sbb mungkin masa tu dah tak relevan lagi hardware2 ni sume... who knows. Hardware computer ni mmg laju je kat pasaran...

Nanti ada masa, aku amik gambar... malu jugak nak tepek, bkn sbb PC ni.. tp sbb meja dan keseluruhan yg serabut sesangat... bilik share 2 org, cemnih la jadiknya. Dah la sempit... huhuhu...

Madrasah Ramadhan

Yapz, Ramadhan dah masuk. Satu bulan yg mulia, yg patut kita amik kesempatan dengan bermacam2 kelebihan yg ada di dalamnya. Tengok sejauh mana aku dpt memanafaatkan madrasah Ramadhan ni...

Apakah aku akan menjadi orang yg lebih baik? statik? atau lebih teruk dari sebelumnya... huh.

What is happening to me...

Friday, September 12, 2008

Update

Ada beberapa hal yg aku tak tulis lagi...

1. Ramadhan dah datang.

2. Beli PC baru.

3. Program Assessment Centre JAKIM

4. Interview KPLI

5. Kematian

Tu je la kot point yg aku teringat skrg. Takpela, nnt dah tulis.. baru nak terkuar kot apa2 yg teringat.

Wednesday, August 06, 2008

Diam aje, tak cedera pon

Kelmarin dan arini merupakan antara hari yg ada pelajaran dan pengalaman buat aku. Pelik pon ada, heran pon ada, gelihati pon ada, sedih pon ada... sumenye psl posting org kat forum.

Terkedu bila aku baca forumer tu kata kat aku, belajar agama tp hiporkrit pada Allah. Nape? semata2 bila aku setuju dengan fatwa2 yg dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwa Kerajaan Negeri Pahang, fatwa Kerajaan Negeri Perlis dan fatwa Kerajaan Pulau Pinang. fatwa negeri2 lain tak sempat la pulak nak check. Dan fatwa2 ni telah pon diwartakan. Maksudnya bukan mufti sorang aje buat keputusan, ada dah ahli2 syura yg membincangkan perkara ni serta mempersetujuinya berdasarkan ilmu dan hujjah2 yg telah dibahaskan. Baru boleh kuar fatwa, diorg ingat mudah je apa nak warta fatwa buta2 gitu je. Isk... sungguh terkedu dgn kejahilan tu... tolonglah...

Fatwa yg mengatakan psl upacara pada tugu negara tu adalah satu perbuatan yg bertentangan dgn Islam. Yg dia ni betul2 nak menentang aje. Hairan sungguh, ingat senang2 aje ke sesedap mulut nak cakap tentang hukum hakam, nak menghalalkan yg haram atau nak mengharamkan yg halal? besar sangat tanggungannya. Mustahil diorg buat tanpa ilmu, malahan diperbincangkan beramai2 serta mendapat kelulusan dari orang2 yg berkelayakan jugak.

Nape aku gelihati? sbb pelik ada org yg konon terer berhujjah bab agama, tiba2 tolak segala fatwa dari beberapa negeri. Tak ke lucu...

Pelik, hairan la... sbb adakah dia betul buta ilmu tak tau cemana cara fatwa dibuat? di wartakan? dia tak tau ke?

Sedih, sbb dgn kejahilan dia tu, dia sanggup melawan kata2 org yg mengeluarkan fatwa dengan ilmu dan tanggungjawab diorg.

Dan disebabkan kita menyokong fatwa ni, dah kena cop hipokrit. Adoilaa...

Pandai dia nak provoke aku, kata aku sokong org bertawasul. Bila masa ntah aku penah cakap kat org aku sokong org tawasul? bila? bila? TAK PENAH PON. Tapi aku tak menjawab langsung posting2 tu. Apsal? sbb satu reply posting akan membawa kepada reply2 yg lain, dimana hal2 tu akan terpusing2 yg akan menyebabkan org2 lain yg tak paham tentang perkara ni akan menjadi lebih keliru. So, better diam sebelum disebabkan aku reply, walaupon aku yakin aku betul... tp sekiranya aku antara punca yg boleh menyebabkan org lain silap paham tentang perkara yg dibahaskan tu... aku share dosa sama. No way I'm gonna do that... kadangkala senyap ada lebih baik w/p kita berada di pihak yg benar. Yahz.. baru aku paham.

Maybe dia nak cakap psl mufti Perlis tu setuju tentang tawasul, dunno lah. Tapi itu perkara furu'/cabang. So, bila aku sokong mufti bercakap tu, dia fikir aku sokong abih la segala perbuatan mufti. Agaknya gitu lah kot. Sebabnya tak penah pulak aku cakap kat org aku setuju ngan tawasul secara terbuka. Bahaya kalo bincang bab khilaf yg keterlaluan ni secara terbuka... kalo org buat tanpa ilmu, boleh jatuh syirik. So, utk mengelakkan hal yg lebih buruk, lebih baik diamkan ataupon berbincang dgn org yg ada kefahaman yg asas dlm hal ni. (Bab tawasul ni, if ada sesapa terasa nak tau nape aku tak tulis kat sini, bitau je la aku... jgn dok peninkan kepala anda sebelum kuar thought yg lain..)

Fikir2 pon, mengong jugak la kalo dia pk cemtu. Apsal? Kalo seseorang yg kita tak bape suka sekalipon. Kalo dia cakap atau buat benda yg betul, takkan kita nak kata dia salah pulak? semata2 kerana kita tak suka dia. Itu yg hipokrit sebenarnya. Dah org tu buat yg betul, sokong lah. Itu pon susah nak cerna dlm otak ke... setuju dgn sesuatu kenyataan, tak bermakna setuju dengan seluruh tindak tanduk dia dlm kehidupan... aiyarrkk...

Ni sume kes aku quote balik apa yg Amid kata la... aku BOLD kan bahagian yg aku nak highlight tu. Kerana kejahilan dia yg melampau sanggup melawan fatwa 4 buah negeri sekaligus!!

Tapi arini yg seronoknya, ada pulak org tak tengok bahagian yg kena BOLD tu.. dia tengok bahagian yg tak kena bold... dan komen atas komen tu kat aku pulak. Adessss....

Aku tetap tanak balas apa2, biar je lah. Biarla org nak fikir apa sekalipon, asalkan aku tak bawa org lain fikir lain. Lagipon org tu mmg pandai sangat putar belit fakta.. itu yg aku tak tahan...

Lebih baik diam aje.

Monday, July 21, 2008

My Happy !

(Perhatian: Aku hanya cite tentang HAPPY, iklan je!)

Lama tak update? bersawang? alemak... dah jadi trademark aku agaknya kat blog ni. Hehehe!!

Arini tergerak ati gak utk nak update, sbb aku baru dapat pack HAPPY yg aku order dlm 10 hari lepas, ngeh ngeh ngeh.... :D

Aku order dengan baju dia sekali. Boleh tahan la gak...

Nombot ni kali ni nak bagi kat Afif la, aku nak amik balik yg aritu punya. Cuma baju ni aku nak pakai ler. Hehehe...

Setakat yg aku guna HAPPY ni, mmg okay la. Coverage dia guna DiGi punya. HAPPY ni DiGi punya, tp dibawah pengurusan yg berbeza. Kiranya kalo kita tipon kat DiGi utk nak bertanyakan masalah psl HAPPY, diorg takkan layan la. Kira mcm kita tipon Celcom, tanya psl Maxis, hehehe... HAPPY ni ada pengurusan khas dia. Mcm satu line baru lah.

Calling rate dia dikira 1 saat = 1 sen. So, kalo kita tipon seminit = 60 saat = 60 sen. Mahal tak? Mahal woo.... tp kiraan tu akan stop kat 99 sen. Maksudnya, kalo kita cakap selama 5 minit = 300 saat, kita tetap kena bayar 99 sen aje. Dan paling lama kita boleh bercakap adalah selama 45 minit, kemudian dia automatik putus. Tp dia akan ada warning tones pd 44 minit tu. Kiranya tahap tertinggi bersamaan dgn 45 minit = 99 sen. Murah balik ler....

Kalo cakap 10 minit pon... kira dah boleh beat kebanyakan plan tipon dlm Msia skrg ni.

SMS dia pulak, 10 sen utk 1 sms. 1 page la kan...

Bukan hanya sesama HAPPY atau DiGi, tapi dengan mana2 line sekalipon dalam Malaysia ni, dia mmg guna rate ni, anytime, any local number :)

Lelain perkhidmatan, mahal..!! Nak list?

MMS: RM 1
International SMS : RM 1
International MMS : RM 2
IDD Call : RM 5 per minutes
GPRS : 50 sen = 10 kb
Call Center : RM 2 per calling (haa, call servis pon kena bayo ni. Bukan free!!)
Call ke 1800/1300 : RM 1 seminit.
Tanya time 1051/103/TNB Hotline 15454 : RM 2 per call.

So, HAPPY ni terang2 bukanla line yg boleh dibuat line utama kita. Sesapa yg buat main line dia, mmg sakit ler. Aku beli ni adalah utk nak buat utk cakap panjang2 melebihi 5 minit. Kiranya mcm tau dah, tipon dia ni utk nak sembang2 ke apa... ha, takpela. Kalo takat nak tanya hal kejap2, takyah la. Aku pon beli kat Herey aritu Nokia 3100 2nd hand nye, RM130 je. Orait la. Aku sukakan model tu :) Senang sikit, kot mak aku nak gayut ngan maksu ke, ngan kak ipar aku ke... cakap panjang2, nah. Amik HAPPY ni... hehe...

Memang kena faham bebetulla sebelum nak beli HAPPY ni, kalo tak, mmg sengaja cari penyakit, ahaks!! Lagipon DiGi lancarkan HAPPY ni adalah utk nak bersaing dengan U-Mobile, yg dahpon ada kat pasaran. Next year bila U-Mobile dpt lesen utk nak lancarkan ke seluruh Msia, abih ler. Fight la semua syarikat, mesti rate pon turun. Kita sebagai pengguna la kena pandai. Kena tau kat mana yg sepatutnya kita amik kesempatan, heheheh. U-Mobile nye rate plan mmg power gak la. Tak silap aku, dia pon buat rate 1 sec = 1 sen, cumanya tak tau stop sampai bape. Hehe. Kat sini, HAPPY still yg paling murah dlm Msia utk percakapan selama 45 minit ni...

HAPPY ni, utk nak idopkan line, RM 5 nye top up aje dah boleh bertahan selama 60 hari. Lama kan? takkan la tak mampu utk nak cari RM 5 dlm masa 2 bulan. Kalo tak mampu, xyah pakai hp la... Top-up dia boleh guna DiGi punya tak silap aku. Buat masa ni aku tak top up lagi ler. Sbb masa beli tu dia dah bg credit 30. Mana la nak abih lagi... huhu.

Kalo kena bar, kena curi, rosak... maka, SIM card ni kira burn la. Abih gitu aje. Takkan dpt diganti dah. Dan kalo nak jugak, kena beli baru. Takde ganti utk mendapatkan nombor yg sama.

Nak beli HAPPY, kena order secara online. Dia akan hantaq mai ke umah, guna GDEX. Hanya bayar RM 30 utk SIM card termasuk credit 30 yg dah sedia ada dlm tu, termasuk ngan perkhidmatan GDEX tu la. Ada la mcm2 offer... kalo nak, pi tengok kat site dia la.

Arini aku dah buat iklan free utk HAPPY, Hehehehehe...!!

Wednesday, May 28, 2008

Kenduri dan Kematian

Kat mana yer.. MATRI baru je selesai sambutan 2 Dekad. Boleh tahan w/p tak semeriah mcm EXPO yg dibuat pada zaman2 aku dulu. Sentuhan diorg ni berkurangan agaknya bila dah lamaa sangat tak buat program mega cemnih. Apapon, seronok jugak la sbb dpt jumpa balik sesetengah member2 lama. Yg lucunyer, aku tak kenal Muna.. mmg berubah betulla muka makcik tu. Agaknya sbb aku tak penah jumpa dgn dia dah 13 tahun kot. Hehe.. tp diorg kenal je aku, tu yg tak best tu. Hehehe...

Hari Sabtu mmg aku takde sbb pagi2 lagi dah kuar utk MTest. Aku, Wadi, Ameq, Liana, Rod... sampai aje kat dewan tu, tgk berlonggok2 org dok tunggu kat luar. Pak Daq pon ada... borak ler kat situ.. susah? ntah... ada aje soalan2 yg aku hentam. Abih tengahari tu, aku ngan Ameq pegi makan2... Wadi balik terus sbb nak pegi amik Zue n Amsyar kat umah nenek Intan.

Ahad plak, pagi2 lagi aku bersiap2 ngan Afif utk ke Mahang. Huhu... berdebar gak rasa sejak rumah lagi. Yelah, nak pegi jejauh ke satu tmpt yg aku sendiri tak penah sampai :P Kuar umah lewat gak la.. kul 10 gitu. Tapi, baru sampai atas sikit dari Panggas.. aku suruh Afif patah balik, sbb tertinggal cincin Lina. Ahaks. Mau frust akak tu, siap dah pesan kat aku awal2 lagi :D aku plak boleh terlupa. Balik2 umah.. sume org tanya, apehal... tertinggal benda laaa. Sempat lepak dulu kat dapo, tibai skit. Lapaq seh :D

Sampai kat Penang, mula la tgk signboard.. Oooo, Kulim... Kulim... ikut plak ke Kulim... highway pendek tu kene RM3.20.. huhu. Renti boh minyak, sbb tak selesa la rasa nak drive ke tempat yg xtau berapa jauh ni. Tanya2.. ada la mokcik tu cakap ikut bla bla bla..hehe. Maka kami pon ikut ler. Peta yg Jihan letak dlm kad kawen dia tu mmg boleh pakai 100%, nice..! cemtuh la mau kan? Ni sesetengah tu, cincai aje buat peta.. jd kepada sesiapa yg nak buat kenduri kawen tu, letak la peta elok2 yer :)


Memang dlm jugak dari Kulim tu nak sampai ADTECH, tapi.. lepas2 jumpa ADTECH tu, mmg mudah la nak sampai umah Jihan :) Lega la rasa bila sampai.. tgk Lina n Jihan nampak.. siap panggil naik atas. Aku ingatkan, kot la diorg bz. Soheh aku wat keje ngan Afif jer la :D Yelahkan, kenduri dia.. mesti la bz. Boleh paham la bab tu... tp thanx utk Jihan, sbb tak lupakan member yg tak seberapa ni :) Bapak dia pon OK. Cian dok melepak bawah payung tu...

Suka aku tgk Jihan, sbb dia hepi, ceria dan sikit pon tak nampak tensen :) Bab kontrol ayu tu, aku no comment la, hehehe. Jihan control ayu gak aper... cuba korang pegang camera, nak amik gambo dia. Sah dia akan bg posing terbaek :D Apapon, tahniah Jihan.. semoga berbahagia bersama hubby tercayang :)

Tak lupa gak kat Lina. Thanx sbb sudi uruskan hadiah aku yg tak terurus tu :)

Balik dari Mahang, dah kul 3. Afif ada game kul 5.30. Dlm kul 4 gitu, kat Kulim, Wadi call, nak confirm berita yg dia dengar.. Nasir meninggal. Terkedu kejap aku.. tipon Mat, tak angkat. Tipon Abbas, tak dpt. Call Yaban... alhamdulillah dpt. Dan Yaban bitau hal yg sama kat aku.

Lepas antaq Afif kt ILP, aku nak pi boh minyak. Elok jer sampai kat jalan besar, Mat tipon aku. Rupanya dia ada kat IPDA, baru abeh kelas. So terus aku patah balik amik Mat n Karim, then terus pecut ke umah Nasir kat Sungai Korok. Terus pegi ke belakang rumah dia, sempat tgk diorg dok mandikan mayat. Betul, Nasir. Tak sangka betul, org yg peramah, cakap mmg tak renti. Senyap. Dia adalah antara org terawal yg aku jumpa kat Mesir. Dan antara org yg utama yg menyebabkan aku, amali dan Wadi dpt pegi ke Dumyat.

Tengok muka dia mmg bengkak. Eksiden, moto sama moto. Org langgar dari tepi, laju tak laju yg langgar dia tu bawak.. berkecai la moto depa dua tu. Dan org yg langgar dia tu mati kat tmpt kejadian. Kepala Nasir pecah sikit kat belakang. Nazak dah masa kat spital tu. Isteri dia sempat datang tengok. Anak baru sorang... setahun lebih.

Kat rumah Nasir la baru dpt jumpa balik geng2 Mesir yg lama, terutamanya dari Dumyat. Nasir ni org yg peramah, mmg banyak sangat org kenal dia. Sempat la borak2 tanya khabar dgn ostat2 lama tu :)

Balik dari umah Nasir, lepak kat umah tumpang Mat kat Bukit Pinang. Quarters guru. Solat, rehat, borak2... lepas isya. Kuar makan. Dlm kul 10 mlm. Abbas call, rupanya diorg baru kuar dari umah Yusri lepas balik dari umah Nasir. Ajak datang ke tmpt kami makan tu. Jumpa pulak ramai2 kat situ. Ke On, Sopuan, Yaban, Mat, Karim, Abbas... borak2 lagi sampai kul 11. Hehe.. susah la nak cari peluang lepak2 ramai2 gitu. Tuko2 cite masing2 la....

Lepas hantar Mat dgn Karim balik ke Bukit Pinang. Aku pon tuju la rumah sorang2... kul 12.40 baru sampai umah. Bukak tenet... tenet jap ngan Lina. Dia bg gambo yg kat umah Jihan tu. Baru aku perasan rupanya aku serabai sesangat. Ya Allah, rasa mcm nak pengsan pon ada. Yelaaa.. pegi kenduri weii... ramai org tuuu.. aku plak serabai :P isk isk... mana la aku tau, bukan layan kat cermin pon. Kot la depa nak bitau aku skit2... huhuh....

Takpela... stop dulu ah.

Sunday, May 11, 2008

Exam



Minggu ni ada xm utk bebudak ni, so aku kena buat soalan utk form 1 ngan form 2. Aritu dah bagi, tup2 aku dpt balik soalan tu diorg suruh ubah sana sini. Hmm, alamatnya jadi lambat balik ler.

Life skrg ni bawah skit dari biasa. Aku rasa boring, mcm ada sesuatu yg sentiasa tak kena.

Tp ok la, aku bukannya hidup merempat pon. Still hidup. Bersyukur la kan dari org2 kat Myanmar yg kena ribut arituh..

Aku nak sembang panjang pon jadi mati akal dah. Bio jer la...

Pada member2 yg berada kat Mesir skrg, yg sedang bersiap sedia utk menghadapi exam.. bittaufiq wa najah... :)

Saturday, May 03, 2008

Wednesday, April 23, 2008

Tahankan Kesabaranku

Kat mana aku skrg? rumah ke? bilik sewa ke? hotel ke? kaki lima ke? sekolah ke? kilang ke? stesen bas ke? tak tau... aku tak tau....

Thursday, April 17, 2008

Umah Sewa? Bilik Sewa?

Pagi2 nak bangun rasa liat sangat.. time tu jugak la dlm keadaan lalok tu dok nasihat (baca: pujuk) hati sendiri tentang tanggungjawab ni :) Aku ni muda sangat dlm bidang pekerjaan... nak merungut apa. Org lain yg sebaya aku dah keje bertahun2 dah, mcm2 kene.. yet, diorg tetap bertahan dgn keje tu. Aku harap aku pon dpt tahan gak la.. di samping dpt mcm2 pengalaman. W/p sebenonye aku ni cepat boring... so, kena ada cara la utk aku sendiri tanak boring :)

Lepak umah pon semacam je. Abah ngan mama sabtu baru nak bertolak balik, ahad baru sampai kot. Ada la appointment kene tunda ke apa... bilik panas, nak bukak tingkap, nyamuk plak. Risau la gak sbb skrg ni kan musim denggi. Dan kat Perlis aje dah catatkan kenaikan 350% kes Denggi tak silap aku... hoho, tinggi tuh! Tp sbb panas, mlm ni aku bukak la gak jap. Bukak tingkap atas tandas sama... bagi angin lalu.

Ptg td amik Afif dari Jitra, sampai je umah. Ajak dia kuaq pi beli apa2 skit kat pasar malam kat Taman Melati tu. Lapaq seh, tak makan seharian :P masa nak naik moto tu, Afif perasan pasu bunga besar depan tu pecah... hmm, aku pon perasan.. tp dah org tak ckp apa2 kat aku, watpe nak tanya. Wat derk jer la... jawab aje lah ngan abah ngan mama nnt... me, dunno....

Aku takleh dok dlm keadaan cemni je. Must do sumthin.. slow atau tak, yg penting, bergerak. Esok ptg kene laporkan diri kat Wang Mu, jd fasilitator la tu. Ahad pg nak kene ready wat kuliah skit.. adeihh..... mulut aku, lidah aku... oooohh....

Wednesday, April 16, 2008

Poem: Bizi nyer

I¹M TOO BUSY


Everyday as I wake up at dawn
My mind start working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That's why I hastily did my Subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd...

Since school, I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did I have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare..

When I grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefered to have fun
I chatted on the phone but I didn't read the Quran
I spent too much time surfing the Internet
Sad to say, my faith was falling flat...

The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
I couldn't spare time to go to the mosque
I'm too busy, that's the BIG EXCUSE...

I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn't sit longer to reflect quietly
I didn't have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs

No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I'm too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least

My life was already full of stress
So I didn't counsel a Muslim in distress
I didn't spend much time with my family
B'coz I thought, doing so is a waste of time...

No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan's fall..

I'm busy here and busy there
I've no time at all, that's all I care
I went for religious lessons, just once in awhile
Coz I'm too busy making a pile...

I worked all day and I slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
so I only did basic deeds but that's not enough..

No time at all, to admire God's creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn't strive..

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life's History
I feel so guilty b'coz I should have prayed more
Isn't that what a Muslim lives for?

To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..

Now at Judgement Day, I'm starting to fret
I've wasted my life but it's too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behavior
But I've not done enough nor did proper prayer

My "good deed book" is given from my right
An angel opened my "book" and read out my plight.

Then the angle chided me....

"O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
saying "no time" is only an excuse.
Your "good deed book" should be filled up more
with all the good work you stood up for..

Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But I did not have, THE TIME to list.......

What Will We Do

Sesuatu yg boleh aku share sebagai peringatan untuk diri sendiri:

Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang


Inilah bentuk kehidupan yang sedang kita tempuhi. Anak-anak remajanya membesar tanpa sentuhan kasih sayang lantaran kesibukan dalam memenuhi tuntutan sistem hidup yang kejam dan falsafah kebendaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Saya melihat kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya, suami isteri terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Anak-anak terpaksa diswastakan dan membesar tanpa sentuhan kasih sayang. Bayangkan setelah 8 jam tenaga di habiskan di tempat kerja, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan jalanraya berjam-jam. Apabila sampai ke rumah memang kepenatan berada di tahap klimaks(kemuncak)nya sedangkan ketika itulah anak-anak mula menagih simpati dan kasih sayang tetapi sayangnya yang mereka dapati adalah sergahan dan tengkingan.

Anak terus membesar dalam suasana yang sunyi dari kasih sayang. Sedangkan kasih sayang inilah salah satu sumber untuk menjadikan manusia itu manusia. Akhirnya anak-anak ini terus membesar sedang di dalam jiwanya tiada lagi kemanusiaan lantaran kasih sayang yang menjadi penyubur kemanusiaan tidak pernah dirasainya. Akhirnya kita mendengar dan membaca berbagai berita yang mengejutkan....anak membunuh ibunya sendiri, ayah dipukul anak sendiri bayangkan apabila anak-anak ini akhirnya menjadi ayah atau ibu apa yang akan berlaku? Apakah nilainya ibu tanpa kasih sayang sedangkan kasih sayang itulah lambang keibuan. Bayangkan generasi yang bakal lahir dan mengambil alih pimpinan masyarakat...

Friday, April 11, 2008

Skola

Petang2 jumaat cemnih baru free sikit.. esok da tak skola kan? :)

Mengantok betul tadi lepas solat jemahat.. tido je aku. Terjaga lps Wadi call.. pehtu aku pegang PC. Mmg ON aje PC ni kalo aku ada dlm bilik. Da pasang tenet, rugi ah tak wat apa2. Samada donlod benda, ataupon surf apa2 aje yg berkenaan.

Pehtu aku dengar sok sek sok sek kat luar.. jenguk tingkap.. haa, nampak bebudak pompuan tu amik galah tepi bilik aku neh. Baru tringat, td masa kelas last tu.. diorg mintak nak pinjam galah nak amik buah pelam. Aku ckp petang sikit aaa... tau2 aku tertido, hehe. Diorg ckp da bg salam... tp xde org menyut... mau nak menyut camne, umah ni kene ketuk2 kuat skit.. sume org dlm bilik aje. Time parent aku ada, takpa la.. depa rajin lepak kat ruang rehat tu... ni dah diorg pi KL, tadak sapa la nak lepak kat depan tuh. Bdk2 tu tak dpt pun nak petik buah pelam kat koperasi skola tuh, biasa la bdk2 bandar... kurang sikit nak paham psl teknik2 petik buah tinggi2 neh. Lagipon bdk2 pompuan, baru form 2.. mana la larat nak pegang galah yg panjang2 tuh... agaknyelah. Muka sorang2 pun letih je tadi tengok... keh keh keh....

Esok diorg ajak aku join larian amal SRIM (Sekolah Rendah Islam Seri Melati) ... insyaAllah la kalo aku bangun. Sebelum ngajo kat MATRI, sempat la ngajo kat SRIM 2 minggu... rapat la gak ngan budak2 tuh. Cumanya skrg ni aku ngajo Saturday School aje di SRIM utk darjah 6 ngan darjah 5 ...


Budak2 MATRI tu menang mcm2 lagi... kawad bomba, kem terbaik ngan apa2 ntah lagi. Eheh... peringkat negeri. Orait la kan? Sbb skola swasta aje pon... kelmarin plak dpt johan keseluruhan Minggu Pendidikan Islam Zon Utara Perlis. Kira lepas ni bleh masuk peringkat negeri plak.. haa, mau aku kena tekan betul2 kat Bahasa Arab ni... kang jatuh lak prestasi diorg tu, naya aku... huhuhu....

Tuesday, April 01, 2008

What If...

Macam biasa la pulak aku ni membiarkan blog bersawang... hihihihi..!! tapi takleh nak kata gak la sbb aku susah skit nak menulis blog ni, since nak masuk tenet pun payah. AmNet pon lama tak masuk.. sesekali je bila aku ter-login ke tenet utk nak baiki hp aku dan tulun org setup semula PC :P

Alhamdulillah, kelmarin 30 March 2008... kul 5.30 ptg, ade sorang mamat TmNet call utk pemasangan Streamyx... yeah! Dapat la aku menyambung semula 'keje' aku sebelum ni, hek hek. Dan jugak buat perkara2 yg boleh dilakukan dengan tenet ni... register apa2 ke, bayo bil online ke, baiki hp takyah pi CC lagi dah, cari maklumat2 yg berkaitan study dan mcm2 lagi la kot yg aku dpt gunakan tenet nih... disamping meneruskan minat aku tuh :D

Apa cite ye? Aku ngajo Matri skrg ni... sebelum tu sempat la ngajo kat SRIM 2 minggu, baru je nak kenal ngan budak2 kecik tu, dah tuko skola.. tp dekat je.. hehe...

Hmmm... aku nak hai hai ajelah buat permulaan ni... :)

Thanx utk korang yg bantu aku sejak aku balik ke Msia ni... maybe korang rasa takde mende pon yg buat.. tp kesannya aku yg rasa :) thanx....

Saturday, February 02, 2008

Ke Kuantan


Aku datang cni ari Isnin petang aritu, bertolak dari Kangar.. kul 7 pagi esoknye baru sampai Kuantan.. lambat betul! Datang ni semata2 nak jumpa Munzir... dan alhamdulillah. Aku hepi datang cni... w/p hanya melepak dlm uma ni dari kuaq mana2 sangat... :D

Tu je la keje kami, main PS2.. hehe! Klu Munzir wat keje, aku main sorang2 la. Takpon masuk bilik baca comic, takpon naik atas bilik lagi satu
bertenet...hehe. Pehtu klu Munzir lapar, dia nnt ajak aku pegi makan...

Cian dia.. asyik merungut kat Kuantan tak byk tmpt makan yg sedap2... ni lepas beli tiket aku nak balik Penang, singgah jap kat Kopitiam... aku pesan coffee blend apa ntah... sedap gaks :D




Gambo bawah tu, masa pegi kat Teluk Cempedak... nice, tp banyak monyet yg nampaknye mcm ganas :D tiru aksi manusia da kot...




Tadi pegi solat jumaat ngan Munzir, ujan ler plak.. mandi ujan buat pertama kalinya sejak aku balik Msia... hehe. Basah lencun aku... tergelak sorang2 :) Seriously... setiap perkara yg berlaku sejak aku balik Msia aritu, sume aku tersengih sorang2... rasa sukaaa sangat sbb dah lama tak rasa perasaan gitu... tgk utan yg hijau sesangat tu. Tgk sungai yg ada pemandangan lain tu...hmmm... best! Alhamdulillah...





Munzir with his lovely wife.... pasangan bahagia, sonot je tgk diorg :) Gado2 manja gitu... hek hek hek...


Esok nak balik dah... 5 jam je lagi sebenonye.. Ikram tak datang gaks... tak dapek la nak jumpo... next time la kot :) insyaAllah...

Apapon, trip aku ke Kuantan ni... mmg puas ati...Thanx 4 everything, Munzir :)