Perkara perkara yg aku lakukan harian... agar ianya tercatat sebagai satu sejarah dalam hidupku... tak semestinya yg indah... kerana aku tahu hidupku dilingkungi dengan pengalaman pengalaman yg harus aku telan...
Thursday, December 01, 2005
Tanya Bila Perlu
Ida tego.. tp aku xsempat nak chat ngan dia.. tau2 dia da kuar balik. Hmmm...
Aku rasa ada beberapa pihak yg perlu tau utk diperbetulkan sesuatu yg tak betul ni... lagi cepat lagi bagus...
Tuesday, November 29, 2005
Pengalaman Yg Bole Amik Iktibar
Pada tahun 1998, saya selalu mengikuti kuliah Ustaz Shamsuri. Bukan takat di Pulau Pinang ini sahaja, tapi di merata2 tempat. Sehingga sampai ke Kulim, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Taman Kerian, Parit Buntar. Jadi dalam sebulan tu saya akan pi kuliah 5-6 Ustaz di tempat2 ini.
Kemudian saya dapat idea sendiri, nak buat satu laman web. Dengan cara memasukkan teks kuliah berserta audio ke dalam sebuah laman web. Ustaz Shamsuri ketika mengajar kitab Bahrul Mazi berdasarkan himpunan hadis Nabi SAW dari Imam At-Termizi. Mula2 Ustaz agak keberatan gak. Tapi setelah saya buat satu demo dan Ustaz sendiri mai ke rumah berjumpa saya....akhirnya dia setuju.
Maka dari situ lahirlah laman web Ustaz Shamsuri Online. Di dalamnya memuatkan pelbagai info agama. Ada ceramah agama, ada kemusykhilan agama, tazkirah, gambar2 mengenai kekejaman ke atas umat Islam....pendek kata mcm2 ada di dalam tu. Dan semua nih saya buat sendiri dengan ada bantuan dari seorang kawan yg dok di Sg. Petani.
Alhamdulillah, sambutan orang ramai ke atas laman web ini amat memberangsangkan. Ustaz pun ada buat promosi di dalam kuliahnya mengenai laman web tersebut. Bahkan, pada cover jaket kaset2 Ustaz Shamsuri memang tertera link laman web : ustazshamsuri.com.
Oleh kerana ketika itu info agama amat kurang dari segi penggunaan internet, maka ustazshamsuri.com ini dengan cepat menarik minat dari semua peringkat. saya pernah terima offer dari Astro ( radio ) utk memohon kebenaran menggunakan tazkirah dari audio yg saya rakamkan di dalam laman web ini. Majalah mastika pun pernah kontek saya utk mendapat maklumat ttg cerita2 yg pernah Ustaz gunakan di dalam kuliahnya. Malahan juga laman ustazshamsuri.com ini juga menjadi link di kebanyakan laman2 web kerajaan dan persendirian.
Selain daripada itu juga, ada juga pelajar2 dari luar negeri misalnya dari Jepun dan UK yg selalu e-mail mengajukan soalan2 kemusykhilan agama. Dorang nih juga memberi sokongan agar laman web ustazshamsuri.com boleh bertahan kerana dari situ dorang nih boleh mendapat maklumat ttg soal2 agama yg sebelum ini mereka kurang memahami.
Manakala, kaset2 Ustaz Shamsuri dari Perniagaan Muaz Enterprise yg saya promote dgn menggunakan laman web ini juga tidak kurang sambutannya. Pesanan diterima dari pelbagai tempat sehingga sejauh Singapura.
Waktu itu saya kelolakan laman web ini dgn menggunakan komputer laptop pentium 1 sahaja. Walaupun kadang2 agak terhegeh2 dgn menggunakan 33.6 modem tapi Alhamdullilah....apa yg hendak disampaikan tu berjaya juga dilakukan.
Kemudian dalam tahun 1999 Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet. Waktu tu, iklim politik Malaysia semakin panas. Tidak lama selepas itu negara kita menganjurkan pilihanraya. Dgn faktor DSAI ini, PAS dn UMNO laksana spt buku dan ruas. Sokongan terhadap PAS amat meluas kerana ramai yg simpati dgn apa yg terjadi ke atas DSAI dan keluarganya.
Disebabkan ketika itu penggunaan internet di Malaysia baru mula menapak. Ramai yg mengambil kesempatan menggunkan internet utk meluaskan pengaruhnya. Waktu tu, laman web seperti Mahazalim, Mahafiraun, BlackFriday dll mendapat sambutan hangat. Saya pulak time tu walau pun tak mau melibatkan laman ustazshamsuri.com utk kempen pilihanraya, tapi dok menyibuk gak walau secara tidak langsung. Kerana masa tu....mmg terasa bahawa BN akan tumbang, kalau tidak pun majoriti 2/3 boleh dinafikan.
Bila diumumkan keputusan p/raya, seperti diketahui - Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Cuma yg mendukacitakan prestasi DAP di Pulau Pinang, Selangor dan Perak tidak seperti mana yg diharapkan. So, kekallah BN memegang tampuk pemerintahan.
Pada masa p/raya itu, Pak Lah bertanding di Kepala Batas dgn lawannya daripada PAS. Yang amat memeranjatkan walaupun Pak Lah menang, tetapi undi utk calun PAS seorang "unknown" amat banyak tanpa disangka2.
Jadi selepas p/raya nih....kuliah Ustaz Shamsuri berjalan seperti biasa. Tetapi rupa2nya Pak Lah nih jenis yg pendendam orangnya. Suatu malam ( hari sabtu ) bulan Julai 2000, polis dan special branch seramai lebih kurang 20 orang telah mengepung rumah Ustaz Shamsuri. Dorang nih kemudiannya telah masuk ke bilik ustaz dan mengambil bahan2 yg disyaki mereka boleh dijadikan bukti. Malam tu juga Ustaz Shamsuri telah dibawah mula2 ke balai polis daerah, kemudiannya terus ke Polis Headquaters di Penang Road di Pulau Pinang untuk ditahan tanpa bicara.
Masa tu semua orang terpinga2 tak tau apa yg dah terjadi. Polis yg mai menahan ustaz pun tidak memberitahu kenapa ustaz ditahan. Malah isterinya sendiri pun ketika itu tak tau apa2. Maka duduklah Ustaz Shamsuri di dalam tahanan lokap polis. Tanpa diketahui mcm mana nasib ke atas dirinya.
Pada 9 Ogos....Saya dapat phone call dari isteri Ustaz dari rumahnya di Tasek Gelugor. Isteri ustaz dan abang2 dia....mahu saya ke rumah dia malam nih gak kerana dorang nak bincang serta nak coach saya - kerana besar kemungkinan saya akan dipanggil ke Police Headquaters dalam 2-3 hari ini.
Tarikh 9 Ogos ini mmg saya ingat sgt...sebab ari tu besday anak saya yg nombor 2...dan aritu juga saya sedang puasa sunat hari Khamis. Mmg tak sangka yg isteri Ustaz nak call malam tu. Yang saya nih pulak petang tu sibuk pi ke sana sini untuk beli kek besday, so malam tu mmg letih sgt...nak drive 45minit ke Tasik Gelugor...rasa tak larat lak.
Maka dgn sebab tu Nana pun tepon balik isteri Ustaz.....saya kata malam tu mmg tak boleh nak pi kerana kurang sihat sket. Dorang pun paham dan cuma bagitau soh saya prepare diri jika polis atau SB mai utk menahan. Dari apa yg isteri Ustaz maklumkan....SB dah shortlisted nak tahan saya - orang yg bertanggung jawab ke atas laman Web Ustaz dan juga Mat Nor - orang yang bertanggung jawab menggeluarkan kaset kuliah Ustaz Shamsuri.
Waktu tu panik gak....bukan takut kena tahan....tapi takut SB nih mai kat ofis...siap utk gari tangan saya.....silap2 bos tempat kerja pun boleh sack kita lepas2 tu. Kalau saya balik2 rumah dari kerja....dari ID caller tepon di rumah tu...boleh nampak ada beberapa nombor yg tidak dikenali. Tak tau sapa.
2 hari selepas itu....Mat Nor dapat panggilan dari SB di Pulau Pinang soh dia menghadirkan diri ke Police HQ. Jenuh gak polis2 dan SB nih interogate dia...dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4 petang. Mcm2 soalan dorang tanya spt Berapa lama dah kenal Ustaz....ada tak masuk mana2 parti politik dll.
Pada malam hari selepas kena interogate nih....Mat Nor call saya...dia suruh saya persiapkan diri kerana mungkin saya kena menghadirkan diri ke HQ. Mat Nor nih pun...bagilah tunjuk ajar dan coaching...supaya apa yg saya nak jawab bila ditanya nanti....akan tally dgn apa yg dia jawab petang tu. Besuknya....saya menunggu mcm nak rak...bila dorang nak panggil nih....dah siap2 jugakkan diri. Tapi sampai ke petang tak daq jugak. Sehari, dua hari selepas tu pun saya dok tunggu....tapi tak daq pun apa2 panggilan dari Polis atau SB.
Akhirnya selepas 17 hari dalam tahanan Ustaz Shamsuri dibebaskan tanpa syarat. Masa tu ramai yg mai ke rumah ustaz menanyakan khabaq. Handphone ustaz pulak dimatikan....saya try gak call dia...tapi selalu line dia off....mungkin dia tak mau diri dia dikacau. Selepas 3 bulan dibebaskan kuliah Ustaz berjalan seperti biasa. Orang yang mai ke mesjid time tu....mengalahkan ketika solat jumaat...ramai yg nak tau citer yg terjadi disebalik penahanan ISA tu. Tapi Ustaz tidaklah mahumenceritakan apa yg terjadi.
Sehinggalah setahun kemudian...waktu hari raya Aidil Fitri...saya berkesempatan bersama keluarga mengunjungi Ustaz di rumahnya. Ketika itulah Ustaz menceritakan apa yg terjadi pada diri dia. Mmg betul pada malam dia ditahan....polis tidak memberitahu sebab2 penahanan beliau. Cuma mahu ustaz bersiap utk dibawa ke HQ. Waktu itu ustaz cuma sempat mengambil kain pelikat baju sepasang, sejadah dan tuala sahaja.
Waktu dibawa pergi ke HQ....mata di dalam keadaan tertutup sehinggalah ustaz dimasukkan di dalam sel beliau. Ustaz kata....yg paling tak tahan tinggal dalam sel tu...adalah nyamuk dan kedaan yang amat panas...ventilation cuma sedikit ruang di bahagian atas, tanpa sebarang kipas angin. Peluh yang menitik mcm orang berkerja di bawah panas matahari dgn keadaan badan yang rasa melekit dan nyamuk yang dok menggurung setiap masa.
Menurut Ustaz interrogation...dilakukan setiap hari...tak kenal masa dan ketika. Kadang2 baru habis kena soal siasat selama 2-3 jam....dorang dah hantar balik ke sel...tapi 5 minit kemudian kena panggil semula utk di saoal siasat. Kaedah ini adalah utk mematahkan semangat di dalam diri kita dan menjadikan sesaorang itu rasa tidak tenteram dan separuh gila kerana kekurangan tidur.
Pada hari pertama kena soal siasat....ustaz menceritakan....dia dibawa masuk ke dalam sebuah bilik...di dalam tu ada 3 orang. Orang yg pertama tu menanya :
SB : Ustaz....Ustaz nih ada masuk mana2 parti politik atau tidak ?
US : Tidak...saya tidak ada masuk mana2 parti politik
SB : Ustaz....saya nak tanya Ustaz sekali lagi....Ustaz, ada masuk mana2 parti politik atau tidak ?
US : Baiklah...kita nih tinggal di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi....mana2 orang berhak untuk menganggotai mana2...
Menurut Ustaz Shamsuri....belum habis ayat dia tu....SB nih bangun dari kerusi dia.....lalu dengan sekuat tenaga...meyepak kerusi plastik yang dia duduk tu ke dinding....panggg....pecah berkecai kosi tu...
SB : USTAZ....SAYA NAK TANYA KALI TERAKHIR NIH... USTAZ ADA MENGANGGOTAI MANA PARTI POLITIK ATAU ?
Ustaz Shamsuri...kata time tu..dia betul2 terkejut...dgn tindakan SB tersebut....lalau terpaksalah dia berterus terang. Sebenarnya...sebelum SB nih menahan sesaorang....dorang dah terlebih dahulu mendapat maklumat yg terperinci ttg diri sesaorang itu...jadi kalau nak tipu pun tidak ada gunanya.
Kemudian Ustaz Shamsuri menceritakan lagi soal siasat ke atas dirinya :
SB : Ustaz....Ustaz tahu tak kenapa Ustaz ditahan ?
US : Tidak...saya tak tau mengapa saya ditahan.
SB : Ustaz tahu...kerana Ustaz lah undi Pak Lah di Kepala Batas merosot. Kerana kuliah Ustaz di Mesjid Kepala Batas lah....maka ustaz dah mempengaruhi ramai orang untuk menyokong parti pembangkang.
SB : Ustaz tahu....kenapa ada lain2 ustaz yang agak lantang seperti Ustaz Sahril Long atau Ustaz Halim Nasir kami tidak tahan ?
US : Tidak...saya tak tau sebabnya.
b]SB[/b] : Sebab dorang ini punya pengaruh ke atas orang ramai tidak banyak. Tetapi ustaz...dgn cara petah ustaz bercakap, kuliah Ustaz banyak mendapat sambutan sehingga ramai yang cenderung pada parti PAS.
Memang benar, Ustaz sebulan sekali mengadakan kuliah bulanannya di mesjid Badawi, Kepala Batas. Sehinggakan ibu Pak Lah pun tidak pernah miss untuk menghadiri kuliahnya.Tambahan pula kuliah2 yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri bukanlah secara terang2an mengajak orangramai untuk menyokong parti pembangkang. Sebaliknya utk memberi kesedaran tentang hukum agama.
Bukti yang paling jelas boleh didapati dari kaset Ustaz Shamsuri. Penyampaian beliau amat mudah disamping mengutarakan kisah2 kepincangan masyarakat di negara kita. Maka sesiapa yang boleh berfikir dgn secara terbuka sudah tahu boleh sedar bahawa kerajaan yang sedia ada ini banyak membelakangkan agama Islam.
Selain dari apa citer2 di atas itu....Ustaz pun ada citer kat saya bahawa....SB mmg sebenarnya mencari saya yang menjadi pengelola laman web ustazshamsuri.com. Dorang pun pernah call rumah saya banyak kali...tapi saya nih selalu time tu pi ofis....petang selepas ambik anak dari sekolah pukul 7 baru balik ke rumah. Jadi tak dapatlah dorang contact saya.
Ustaz pula ketika soal siasat telah menyembunyikan pekara sebenar supaya saya tidak dipanggil ke HQ... Ustaz pernah menerangkan bahawa...sebenarnya saya nih cuma menaip teks2 agama yang Ustaz berikan tidak lebih dari tu. Jadi, kalau nak panggil saya ke HQ pun tak ada gunanya. Cuma SB nih tak puas hati dari kemusykhilan2 agama yg diletakkan di dalam laman web tu ramai yang bertanyakan soalan2 berbau politik....misalnya : adakah negara Malaysia ini negara Islam ? atau Apakah hukumnya pemerintah yang tidak menjalankan hukum berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi .... saoalan2 spt ini...bagi mereka boleh mencederakan kepimpinan kerajaan BN sedikit sebanyak.
Sepekara lagi Ustaz menerangkan bahawa....SB dan Polis ini cuba nak mengaitkan peristiwa al-Ma'unah kepada Ustaz Shamsuri. Kononya ketika dorang menyerbu ahli al-Ma'unah nih dorang menjumpai kaset2 Ustaz Shamsuri di dalam milik mereka. Cehhh..apa punya alasan cam nih

Sesudah pembebasan Ustaz....isteri Ustaz pun ada merayu kat saya supaya tidaklah payah diteruskan laman web agama ini...kerana keadaan yang ada nampaknya boleh mendaruratkan banyak pihak. saya setelah dibagitau mcm tu...terpaksalah tunduk dan terima walau pun dgn hati yg amat berat sekali. Yer lah...tak sangka...laman web yang saya dok usahakan selama 2 tahun ini, setelah mendapat sambutan yang amat kuat tiba2 hendak dikuburkan terus. Tapi saya tak mau lah kerana saya orang lain boleh menerima akibat buruk pulak.
Seaktu Ustaz ditahan...saya & Family pernah melawati Isteri Ustaz...ketika tu dia mmg lah sedih...terpaksa...pekara2 yang sebelum ini yang jarang dibuat terpaksa dilakukannya pula. Seperti urusan pembayaran bil, pergi ke pasar dsbnya. Anak2 Ustaz pula...tak tau ke mana pergi ayahnya. Yang paling sedih anak ustaz yng bongsu...yg menghidapi down syndrome selalu...akan masuk ke dalam kereta kerana disangkanya ayahnya akan membawa dia keluar.
Begitulah ceritanya. Tetapi selepas bebas dari penahanan....Ustaz sering diekori oleh SB ke mana2 dia pergi....kadang2 kalau Ustaz pi outstation, SB akan buat courtesy call...kononnya nak tanya khabar Ustaz...dan bertanyakan di manakah Ustaz berada sekarang. Bahkan juga Pak Lah menggunakan kuasanya sebagai menteri negeri....untuk memaksa ustaz menghadiri kenduri perkahwinan anaknya Nori di dewan Millineum di Kepala Batas. 3 kereta SB telah dihantar untuk mengambil Ustaz Shamsuri ke majlis perkahwinan itu....dgn niat untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa hubungan Ustaz Shamsuri dgn Pak Lah amat baik.
Tidak lama selepas itu...pada tahun 2001....satu fitnah yang besar telah dilemparkan oleh kerajaan BN ke atas Ustaz Shamsuri. Waktu itu...berlaku pilihanraya kecil Indera Kayangan. Parti Pas telah bertanding dgn Parti BN. Ketika sibuk hari berkempen di sana. Suatu malam , beberapa kereta SB telah sampai ke rumah Ustaz Shamsuri. Tanpa banyak soal, mereka ini telah memaksa Ustaz Shamsuri mengikut mereka. Apabila sampai di Perlis. Rupa2nya mereka ini telah memberi taklimat bahawa Ustaz diwajibkan memberi ceramah di atas pentas. Turut hadir ketika itu ada Ustaz Pirdaus. Pada mula2nya Ustaz Shamsuri ingatkan bahawa ceramah malam itu adalah suatu ceramah biasa sahaja. Maka beliau pun bercakap seperti biasa di atas pentas. Tetapi tidak lama selepas itu barulah Ustaz Shamsuri sedaq bahawa di belakang b/ground pentas tersebut ada bendera parti BN dan UMNO. Nak tak nak terpaksalah Ustaz menghabiskan ceramah tersebut, dgn disaksikan orangramai bahawa Ustaz Shamsuri ini seolah2nya telah berada di pentas tajaan UMNO serta telah berpindah matlamat perjuangan.
........................
....ada banyak lagi pekara2 yg susah nak disangkakan boleh tergamak dorang buat...tapi dah pun berlaku.
Tahun lepas kat ofis saya nih ada sorang Naib Ketua UMNO bahagian Jelutong, kalau dengaq dia cakap....woii takut kita. Kawan2 saya yg dulu sokong penuh BN...bila dia brag psl diri dan aktiviti politik dia....terus mati2 kata tak mau pangkah BN lagi.
Dia nih pernah kata yg tabung tsunami dulu tu mmg UMNO collect dari derma2 dan jamuan2 makan yg dorang lakukan....tapi tak semua pi kpd mangsa tsunami di Kuala Muda, Kedah. Puak2 nih ada percentage yg dorang masukkan dalam kocek dorang dan yg lagi terkejut...dari duit derma juta2 tu dorang belanja pi Peking, China.
Kalau masa pemilihan UMNO di KL....semua2 wakil bahagian....berebut2 nak pi...mana tidaknya...dorang dapat imbuhan berupa henpon, rantai tangan...dan collegue saya nih kata dia boleh pi kat satu butik di KL tu dan pilih kain apa saja yg dorang nak....semua ditanggung percuma. Susah ler nak kata dia temberang...tapi dia tunjuk sekali barang2 yg dia terima tu.
* BTW utk makluman Kak Nor, Ustaz Shamsuri la nih dah menjadi penasihat untuk Kedai Nasi Kandar Pelita Samudra di Chai Leng Park, Butterworth, Penang. Sebelum nih Ustaz mengajar di Sekolah Aagam Al-Irshad. Tapi bukan senang kalau berkerja dibawah gomen dan di dalam masa yg sama kita nak suarakan apa yg tak betul yg dorang dok buat. Mcm2 Ustaz kena masa jadi guru dulu, nak di-transferkan ke sabah lah....dan last sekali kena pindah ajaq sekolah Cina.
Kemudian, bila2 dah jadi susah dgn tekanan mcm tu, akhirnya dia ambil kesempatan utk menjadi penasihat utk Nasi Kandar Pelita nih. Itu pun tak abis kat situ....pernah orang sebarkan e-mail yang mengatakan Nasi Kandar Pelita ini memasak ayam yg tidak disembelih dan juru2 masaknya beragama Hindu.
Ustaz pernah terangkan sebelum ini dalam kuliahnya...bahawa ramai yg tidak tahu bahawa Nasi Kandar Pelita ini setiap tahun ada menaja beberapa pelajar tahfiz al-Quran utk melanjutkan pelajaran sehingga ke Madinah. Tapi dah jadi adat manusia....yg buruk tu lebih2 disukai mereka walau pun tanpa asas bukti disebaliknya.
......................
Aku cite kat bawah tu.. utk pengajaran.. bukan utk nak cela atau aibkan sapa2.. tu sume pengalaman aku.. ade yg x puas hati? nape? rasa 'maslahat' tu penting? well... let see 1st.. apa yg maslahat tu..
Sapa2 yg terbaca cite kat atas ni.. kalo nak amik paste kat tempat lain tu.. aku harap sila la mintak kebenaran dulu yer... bole aku cakap sebab dia nnt...
Sunday, November 27, 2005
Arini Aku Dah Balik Dumyat
Singgah Mansurah semalam.. janji nak jumpa Mat kat sana sbb dia nak pi jumpa Anne.. aku plak nak pi kat Massah, anto brg sekali... kul 6.30 sampai.. kul 10 baru bleh balik. Mat suka betoi bihun.. kami makan 3 org... kenyang terus. Abas beli firakh.. simpan je.. td baru makan :) pg td aku xpi kuliah... tido lepas subuh... sedaq2 da kul 1 t/ari... td ptg depa bitau ada kelas ngan Ahmad kat masjid lps Isya.. wat kejap.. orait la tu.. Qawaid Fiqh.. Ahmad tanya aku pi mana.. dia majok kot.. tp xpola.. pehni aku nak try ada kat cni...insyaAllah.
Td ptg tipon Massah... borak2 ..baru tringat balik yg blog ni ade benda yg aku belum tulih lagi..
Benda yg aku dpt tau dari Mali... lepas aku sampai dari Dumyat.. kat epot masa antaq Wadi. Lepas kami turun pi toilet, elok je aku kuar.. Mali tarik aku jalan sama2... pehtu dia habaq kat aku yg ade menda da berlaku...Tehah (bukan nama sebenar) da kawen... aku waktu tu, pk.. bagus la.. orait la da kawen. Sbb aku pun mmg da tekad sejak dia pindah dok umah sorang2 tu xmo amik tau lagi psl Tehah. Tp xdpt sembang pnjg mlm tu... sbb byk org.. esok tu Mali bitau aku yg dia nak ajak aku pi join sama nak bincang psl sesuatu kat umah Abg Kree... aku xbanyak tanya.. lagipun xde apa2 yg bz pun. So, ikut.. on da way nak pi tu.. aku tanyala. Nak bincang psl apa ni? Mali tanya aku.. tau ke Tehah da kawen? aku cakap..yelah, anta yg bitau ana semalam... pehtu dia tanya lagi.. tau ke dia kawen ngan sapa? aku jwb, ntah.. biaq pi la..ana da tekad takmo peduli lagi psl dia ni, kalo da kawen tu kira alhamdulillah le. Dia kawen ngan sapa? Mali jawab... Mizi (bukan nama sebenar jugak). Ya rabbi.. waktu tu aku punyala terkujat.. really! Aku sebenarnya suka kalo Tehah kawen, yolah... member2 kawen.. sukala kan? tapi... ngan Mizi? bio betul... kawan tu da ade bini... ade anak2 plak tu.. besar2..Pehtu Mali cakap lagi..da ade anak!! Tehah da beranak. Adeihla.. mcm kene ketuk jer aku rasa masa tu... aku pun penah pegi umah Mizi ni 2-3x...main ngan anak2 dia tu... bukan takat tu je.. Mizi tu pulak orgnye mcm tak masuk langsung ngan ciri2 yg Tehah yg dulu aku kenalla.. Mizi tu perokok, kawan plak ngan budak2 muda melepak ikut suka hati je mcm org tak kawen lagi.. yg paling aku dok tringat ialah masa terserempak ngan dia kat dataran masa kami baru lepas pegi bazar Ganu aritu.. dia soal pasal sunnah.. dan last2nye dia kuarkan yg takrif sunnah yg kita blaja dlm kitab tu adalah bukan takrif yg sebenar... bukan setakat bil qauli, fe'li ngan taqrir.. ade mcm2 lagi... sbb tu waktu tu dia persoal mcm2 ttg sunnah... Usop da tak tahan je masa tu, biasala remaja.. kami yg lain tu.. diam je la.. ikut ang la.. jwb aje setakat yg mampu dan tanya dlm jawapan.. huh.. lain benar bunyiknye... ok stop.. cukup bab tu..
So.. Tehah kawen ngan Mizi.. aku tanya Mali, sambil dok jalan pi umah Abg Kree la.. nape? Mali jawab.. ni la sbb kita nak pi jumpa ni.. nak tanya dan dptkan jawapan setakat yg ada. Sampai la umah Abg Kree.. kat situ, rupanya Xie (bukan nama sebenar) da ade.. so kami pun mula la... Xie ni kwn agak rapat ngan Tehah ni... rupanya Xie tau perkara ni sejak awal thn 2005, masa xm fasa satu... Xie cite dia ble tau bila satu malam tu.. Mizi kontek dia, suruh dia ready utk nak pegi ke Cairo. Xie tanya, nape? dia tengah dok study xm ni, di pertengahan xm.. ade lagi 2-3 madah. Mizi kata ni psl dia nak kawen ngan Tehah... so, ngko ready aje la. Aku nnt pi amik (paham2 ajela cemana cara Mizi cakap) ..masa tu dah pukul 12 tgh malam. Tapi Xie berkeras yg dia takkan pi malam tu. Kontek kwn2... tanya pendapat. Esok pagi tu dia pegi Cairo... then tipon Tehah.. Tehah kata tunggu dia depan Syoubrawi... tunggu punya tunggu.. tau2 Mizi pulak yg dtg ngan keta kancil... bukak pintu depan soh naik, siap paksa2 lagi.. Xie tengok keliling da penuh ngan ostat2 dok nengok.. dia masuk jugak kat pintu blakang tu. Ketaq katanya...
Diorg sampai lebih kurang dekat asar.. ke blakang kwsn Musallas.. aku penah lepak situ lama jugak.. mmg tau kawasan tu cemana.. blakang Musallas tu. Kwsn yg tak siap sepenuhnya.. cemana aku dpt tahan otak dari tengok seorang ostazah dgn begitu mudah ikut seorang lelaki. Sebab ostat tu PAK DAM? da kawen? heh.. tu la kot alasannye... kalo yg tak kawen ni, xleh ikut.. tp kalo yg da kawen tu.. bole kot ikut...w/p sorang2... ntah. Apapun Xie mmg bitau dia rasa inilah antara perkara yg dia rasa salah dan menyesal seumo hidup...
Mizi bawak Xie masuk umah... then.. jumpa Tehah.. sambil tercengang2 lagi psl Mizi kata bab nak kawen ngan Tehah kan ? yg sbb Xie dtg tu... Xie nak duduk atas katil... tapi Mizi tahan sambil cakap.."Oiii... nanti.. nanti.. mati anak aku...!!" Bila dia selak kain bawah tu.. rupanya ade sorang baby... Xie masa tu da terketar2, dia trus tanya.. anak ni.. sah ke? diaorg berdua tu senyum.. Tehah dan Mizi.. diaorg cakap.. dah kawen.. then Xie stay situ 4 a while.. xingat bape lama. Tehah bitau yg parent dia tak tau yg dia da kawen... xde sapa pun tau. Dan sebenarnya waktu dia pindah umah dari rumah kwn2 dulu dan tinggal sorang2 tu adalah sbb dia dan Mizi dah kawen... so.. sebenarnya diaorg dah kawen sejak thn 2003 lagi.. xde sapa tau. Ahli2 bait taktau, parent xtau.. dan dah siap beranak pd awal thn 2005. Seorang ostazah, yg amik MA .. cemnih ke tindakannya? nice.. isn't it?
Xie cite... masa dia balik Msia, jumpa ngan Tehah sbb diaorg dok satu negeri... Tehah ajak dia kuar shopping dan banyak tanya psl baby dan bab ngandung ni... so, mustila dia da ngandung sejak balik ke Msia kan? da kawen la kan? tp xbitau parent w/p masa tu da balik umah. Kira secara normal.. baby tu lahir bulan 1.. mestinya tolak ngan 9 bulan.. jatuh dlm bulan 3 atau bulan April thn 2004... 4 bulan mesti da sedar...
Then.. hari2 terus berjalan mcm biasa.. Tehah cakap kat Xie.. ko jgn cite kata aku da kawen kat sapa2. Sebenarnya dia takut if bini pertama tu tau.... Obvious, rite? tidakkah perkahwinan itu sesuatu yg baik? dah Rasulullah pun amat menggalakkan utk menghebohkan perkahwinan... nape nak sembunyikan? Rupanya bini Mizi yg nombor satu tu tak tahu... anak2 diaorg tak tahu yg kak Tehah yg slalu lepak&ziarah diaorg tu sebenarnya dah jadi ibu tiri diaorg...Tehah da jadi isteri no 2... oneday, Tehah cite kat Xie, sumthin happened... Mizi balik cuti kat Msia... so dia pesan supaya Mizi balik jumpa ngan parent dia (dua2 parent depa la) yg diaorg da kawen dan ade anak. Guess what? Mizi balik Msia dan datang dengan seorang isteri baru... yg ketiga.. ostazah cni jugak! Tehah dgn pilunya bitau Xie yg dia terkilan sesangat Mizi buat kat dia cemtu.. dgn baru dpt baby dan dia kata kat Xie, kalo la xde si baby ni.. dah lama dia buat benda bodo (such as melukakan diri sendiri etc etc..) Aku masa ni nak rasa kesian tu pun... xjugak.. sbb tringat.. adakah Tehah tak pk benda yg dia rasa WAKTU TU, bila dia kawen ngan Mizi tanpa pengetahuan bini yg pertama dan juga parent dia sendiri? sendiri rasa baru tau betapa pedihnya.. waktu buat kat org.. tak pk. Well, lets think 4 a while... Mizi tu seorang penipu... why? Di awal2 dia nak ajak Xie jumpa Tehah tu pun dia sebut psl NAK KAWEN... tapi sebenarnya DAH KAWEN dan DAH ADE ANAK.. BOHONG. Pehtu masa nak balik Msia.. janji nak bitau parent.. sebaliknya balik kawen lagi satu.. tipu lagi ngan Tehah... (aku tanya kawan2... rupanya org2 yg kenal dia ni mmg cakap perangai dia ni mmg cemnih)..Tipah Tertipu...
Waktu Mizi balik Msia... dia serahkan kunci umah dia tu pada sorang budak sabah.. lelaki.. tak kawen lagi utk nak jaga Tehah. Aduhai.. setakat tu ajela Tehah bila da jadi bini org...aku tunduk aje dan langsung tak pandang muka Xie sepanjang dia dok cite depan aku ngan Mali tu. Satu aku mmg tak sangka sesangat Xie sanggup wat cemtu.. kedua aku mcm shock ngan tindakan yg menjuruskan Tehah sampai jadi cemtu. Heard that Tehah kena wat keje mcm2 lepas bersalin tu, sbb xde sapa yg nak tlg jagakan... yelah.. sapa tau kata depa kawen? tu sbb dok kwsn Musallas belakang2 plak tu... that's hearby btw..
Cukup la kot takat tu.. cuma tertanya.. cemana ye Tehah kawen, tanpa pengetahuan keluarga? xde sapa yg tau.. wali cemana? kalo wali hakim pun.. dia ade syarat2nya mcm sekiranya dipersetujui oleh wali2 dia mcm ayah.. abang.. atok.. pak sedara.. pehtu bole wali hakim sekiranya usaha mencari diaorg2 ni sume menemui kegagalan. Ni tidak.. slalu kontek.. tapi tak penah bitau hingga da ade anak. Aku terrrrrrr..pk... maybe Tehah kena pukau ngan Mizi kot.. sbb, Xie cite.. Tehah luah kat dia... "Jangan tanya aku kenapa aku kawen ngan dia.. aku tak tau" ... pelik tak? tak tau kenapa kawen ngan dia? Sampai sekarang pun sebenarnya masih bermain di kepala otak.. cemana Tehah kawen ngan Mizi.. sapa walinya... safarah mudah ke meluluskan perkahwinan cemtu? Yg aku hangat hati adalah kawan2 Tehah tu.. bila tau aje benda ni... diaorg pun boleh tutup mulut jugak. Bila tanya kenapa? dijawabnya Mizi yg suruh jgn cite kat sapa2... demi maslahah Tehah. Betapa mudahnya diaorg tu ditipu Mizi... dah la Mizi tu start ngan penipuan.. bukan takat Tehah je yg kena.. bukan Xie aje.. ngan kawan2 diaorg pun tertipu jugak.. hinggalah ke saat ini.. jika ditanya.. akan dijawab... MASLAHATTTT.... apa maslahatnye? kawen tak bitau parent... benda baik.. tak hebohkan... isteri pertama tak tau.. balik kawen bini ke3... dah bini ke 3 tu meninggal baru terbuka pekung sikit.. dan terus terbuka... aku sungguh tak sangka budak pompuan tu mudah sangat terpengaruh ngan kata2 gitu... Maslahat... hari lepas tau tu... aku tengok muka ostazah pun da jadi lain.. kecuali yg aku kenal betul2 aje... till this day... aku masih nak cari jwpn kepada maslahat tu... apa ye yg maslahatnye?
Dah subuh... aku sakit hati balik bila tringat benda ni.... moga tak terjadi cemni lagi... sebenarnya ada banyak benda lagi yg kami tak tahu.. sbb disembunyikan... oleh perkataan MASLAHAT tu... nape ye aku concern? sbb kami datang sesama... parent dia lepaskan anak perempuan diaorg ke mesir dgn harapan menjadi seseorang yg lebih berguna... tiba2 jadi cemni... as a fren.. what can at least I/we do? bukan nak ganggu dlm hal rumahtangga dia dah.. tu dah jadi life/hak dia.. dia pilih jalan tu.. tp as a fren, serba sedikit.. apa yg bole kita buat? tlg tengok dia susah? hmmm tu la sbb aku cite ni... bukan semata2 seronok2 nak cite.. so, aritu da mintak tlg kwn yg dtg sesama tu... yg balik ke Msia, jmpa ngan parent Tehah...cite keadaan sebenar... kenal parent dia.. kenal adek2 dia... tak sangka anak dan akak diaorg wat cemtu...
UHmm..
Thursday, October 27, 2005
Nanti ah... aku cite benda serius tadi.. benda yg membuatkan otak aku berputar ligat hampir seminggu... muak..
Dengan seriusnye hilang pulak tulisan tu... ishk... tu psl nak copy ngan paste le tu... tak sempat nak copy dia da 'lup!!" ILANG... grrrr.....
Takpe.. benda yg aku nak luahkan tu adalah satu perkara yg insyaAllah aku takkan lupakan sepanjang hayat... nnt aku tulis lain...insyaALlah..
Wednesday, October 05, 2005
Start Ramadhan
Arini start posa, 1 Ramadhan.. da masuk bape kali yer aku ber'Ramadhan kat cni? datang thn 99, hmm.. Ramadhan sekali. 2000, 2001, 2002, 2003,2004, 2005.. uik? 7 kali dah ? pergh.. lama gak ek aku kat sini.. cemana leh tak sedar nehh... :P Maknanya da 14 kali la aku beraya kat sini... tak penah dlm waktu2 tu aku beraya kat Msia. Hummm... lama da kan?
Tadi bukak posa makan nasik jer... malas la pegi masjid. Nanti la kalo da takde apa sangat, baru pi masjid. Kalo tak, makan kat umah aje la. 8 hb ni nak pi anto Wadi balik Msia, Apai ngan Shah sekali... pehtu aku ingat nak stay Cairo kot. Nak amik duit lepas tu.. kalo rajin aku balik Dumyat. Kalo tak rajin.. aku nak stay sana sampai pertengahan Ramadhan. Dan mungkin jugak sampai beraya kat sana! tapiii... teringat plak ngan kuliah.. cemana ye... aku suka ber'Ramadhan kat Cairo sebenarnya.. seronok sikit nak pegi masjid malam2 lepas bukak posa tu... kat sini sbb aku dok dlm umah aje.. nak kuar pun malas... malas mencengkam diri... ingat tu, amik duit.. beli kitab.. lepak Cairo la kot.. lain la kalo Ahmad da nak buat kelas.. aku nnt balik Dumyat semula aaa...
Aritu Raja Muda datang.. dia jadi pemangku la kan? Shahidan pun datang diiringi dengan segala VIP... biasa la nak rasmi Rumah Perlis... da lama sangat Pelajar Perlis ada sebuah umah aje. Sedangkan negeri2 lain dah berkurun2 ada imarah sendiri... ade la jugak. Harap2 dengan adanya Rumah Negeri ni, xde la jadi mcm Rumah Selangor atau mana2 Rumah Negeri yg di take over oleh pegawai2 yg mengos tu... aku dengaq mcm ada pegawai mana ntah.. pehtu Koyan yg jd S/U dia? errr.... dengaq nama ja si Koyan ni... perangai gue tatao... masa program tu mmg ok la jugak.. cuma suro datang kul 9 pagi... kunun ade rehearsal. Yela, cara2 nak sambut, sembah Raja... aku wat ala kadar gitu je.. yg pasti, aku tak angkat tangan sembah dia.. hehe.. orait je dia.. xde berubah muka apa pon.. takut gak ler kan? kot2 kena mcm Sultan Johor yg tak kira tuh.. tau nak penampaq org jer. Yg bestnya waktu dia nak balik tu.. aku terus salam ngan dia, siap dia tunduk kepala lagik.. aiseh.. :D
Pengerusi Majlis? Penyampai Majlis? Pengaturcara Majlis? ntah la.. aku tatao nak panggey apa... tp siap ada sampai 3 org :D Sorang translator, dari BM ke BA.. aler, untuk Naib Johan Tilawah Quran kat KL Tahun ni.. org Mesir rupanya. Dia qari tetap kat Masjid Amru Al-As. Ngan Makcik Doktoran Hagar (Hajar) Sa'adduddeen.. alah, makcik ni la yg dok cakap kat I'eza'atul Quran Minal Qaaaaaherah tuh.. hehe. Baru tau rupa makcik yg aku slalu dok dengaq dlm Radio tu... Translator tu la yg jd translator waktu Tilawah Al-Quran tu berlangsung.. aku tak ingat nama dia. 2 orang lagi adalah mcm utk Raja dan MB.. sorang laki dan sorang pompuan.. tp aku rasa la.. sora kakak tu lagi smart, mcm juruhebah kat Radio jer sora dia... yg laki tu pulak, mcm sora komersial nak wat iklan kat Radio atau TV.. tp besar sangat la dia buat sora.. mcm terlampau sikit (bagi aku la tu, org lain tak komen apa. Since ni blog aku.. so aku tulih ler apa yg aku rasa.. hihi)
Haaa... lawak tau... masa dok tunggu majlis nak berlangsung tu. Err, sebenarnya tunggu Raja.. selagi dia tak datang.. majlis takleh start. Dia mai kul 10.30 pagi.. lama gile tunggu. So, aku nyembang2 la ngan kwn2.. tau2, perati ke depan.. sorang budak baru kot... aku perati dia, dia perati aku... dia kerutkan dahi sikit... waktu tu baru aku perasan dan teringat!! Ilyas lerrrr... my cousin!! hehehehee!!!! Dia baru datang.. aku dok tunggu call dari dia.. tp xde pun. Kak Long pun ada cakap dia nak mai... tak sangka plak nak berjumpa dlm majlis tu.. hehe.. borak2 la sat... dia kata tak cam aku sbb muka aku da berisi.. hihihi.. betoi.. aku sendirik pun rasa badan aku ni da naik keterlaluan.. mau tak mau, tahun ni aku mesti buat sesuatu.. kalo x, ianya akan membahayakan kebahagiaan aku pada masa depan.. mungkin! Hmm, ni kejadian kali kedua dah. Dulu ngan Illiyyin pun sama.. jumpa kat CC plak tu.. haram tak kenal w/p dok sebelah menyebelah... ya rabbi.. aku mcm nak tergelak gile2.. malu sesangat pun ada... apala..
Okeh la kot.. ade masa nnt aku tulis lagi.. sepatutnya blog ni aku buat mcm diari.. tp disebabkan ada masalah aritu.. so terpaksa la tertangguh2. Line internet dulu tu ngan LOGO. Hub tu kami pasang kepada 2 lagi PC.. diaorg tak tahu. Tp ada student bitau.. chizz, dengki sungguh. Akibatnya LOGO mai tarik terus line tu, dan bila kami pi tanya.. siap kena marah dengan penuh perasaan lagi.. so, aku ngan Abas tuko la.. kami usaha cari CC lain yg sanggup tarik cable.. dpt la kat Hosam... ni guna line dia la.. dan aku rasa sesekali jalan, line ni lebih elok dari LOGO punya.. maybe tak banyak org tau kot.. wafidin banyak amik kat LOGO... biarla.. asalkan bahagia.. dan kami tak buat apa2 yg tak betul pun...
Sunday, August 21, 2005
Kisah Duka Pelajar
Kisah duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir
Izinkan kami menceritakan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak Selangor yang belajar di Mesir, khususnya yang tinggal di asrama Hayyul Asyir, membabitkan penindasan dan kezaliman dua orang pegawai. Setelah kami diugut dengan berbagai-bagai ugutan -- dari akujanji, kemudian dihantar dua pegawai yang kononnya untuk kebaikan dan keselesaan kami, ditambah dengan jaga yang mengongkong kebebasan kami di sini. Baru-baru ini beberapa pelajar perempuan diugut untuk dihalau keluar dari asrama Selangor dan diugut akan ditarik pemberian zakat. Apa sebenarnya "dosa" anak-anak Selangor ini? ”Dosa" mereka hanya kerana mengikut program PMRAM yang berbentuk ilmiah dan tsaqafah. Dan pada malam itu diadakan qiyamullail dimana mereka telah bermalam di tempat yang disediakan untuk mereka. Apakah itu satu kesalahan yang terlalu berat dan besar? Apabila ditanya kepada dua pegawai tersebut, mereka mengatakan PMRAM haram. Sedangkan semua maklum PMRAM yang sudah lebih 70 tahun bertapak di bumi Mesir banyak memberikan perkhidmatan yang tiada tolak bandingnya terutama hal ehwal kebajikan serta peningkatan pelajaran pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini. Adakah dua pegawai yang tugaskan di sini terlalu bodoh dan dungu serta jahil sehingga tak mampu nak membezakan antara maksiat dan kebajikan? Dosa qiyamullail Adakah pelajar-pelajar perempuan itu keluar kerana membuat maksiat atau adakah PMRAM menganjurkan pesta dangdut atau tarian gelek atau PMRAM mengajak anak-anak Selangor masuk disko The Zouk? Kami dimaklumkan ramai pelajar wanita dipanggil masuk ke pejabat dua pegawai tadi untuk diugut dengan berbagai-bagai ugutan semata "kesalahan" mereka pergi ke majlis qiyamullail! Dalam kes kedua, pelajar-pelajar lelaki Selangor dijemput untuk membuat persembahan nasyid di Damanhur (sebuah daerah di Mesir) bersama dengan penuntut Malaysia di sana. Mereka berlatih nasyid dalam tempoh beberapa hari, sampai merah tangan pemain kompang. Pelajar ini kemudiannya meminta sedikit peruntukkan untuk ke sana. Pegawai berkenaan menolak. Pelajar tadi meminta izin pergi ke Damanhur dengan duit poket sendiri, tidak dibenarkan juga, sambil pegawai itu mengugut: "Kalau kamu pergi juga, saya akan buat apa yang termaktub dalam akujanji. PMRAM adalah badan haram!” Astagfirullah, sudahlah pelajar luar nak ziarah kawan-kawan di rumah Selangor tak diizinkan naik, malah pelajar Selangor yang hendak pergi ziarah mahabbah di samping persembahan nasyid pun tak diizinkan juga. Hubungan silaturrahim anak-anak Selangor dengan pelajar negeri-negeri lain diputuskan begitu saja. Akhirnya rombongan tersebut dibatalkan kerana ada anak-anak Selangor di kalangan ahli kumpulan nasyid tersebut yang mendapat bantuan zakat dan dikhuatiri bantuan zakat mereka akan disekat pada tahun depan! Bayangkanlah … Kes ketiga, berlaku pada 15 Mac 2005. Telah dikeluarkan satu iklan di rumah Selangor meminta pelajar Selangor yang sampai di Mesir sebelum 2003 diminta keluar dari asrama. Setelah usaha dari dahulu lagi untuk menghalau pelajar lama, gagal kemudian disusuli dengan usaha untnk menghalau AJKT BKSAM dari asrama pada musim peperiksaan baru-baru ini sehingga berlaku kekecohan. Sekarang dua pegawai yang zalim ini mencuba untuk menghalau pelajar lama dari asrama. Kalau dahulu, semasa persatuan lama (BKSAM), tak pernah timbul kes halau menghalau, tak pernah kami diugut, tak pernah kami di zalimi, tak pernah kami dihina sedemikian rupa, tapi dengan kedatangan dua pegawai yang tak tahu adab ini, berbagai-bagai masaalah telah berlaku dan bertalu-talu pula. Nak dihalau bagai anjing kurap Sudahlah kebanyakan pelajar Selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat, dalam keadaan duit tak menentu, rumah sewa mahal dan susah nak cari kemudahan penginapan, tambahan musim sejuk, dan lagi dua bulan peperiksaan, tiba-tiba kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama! Walhal rumah untuk anak-anak Pahang yang ada pegawai dari dahulu lagi menjaga kebajikan pelajar Pahang, dengan penuh amanah dan tanggungjawab, dan sepatutnya dua pegawai tak beradab Selangor itu perlu belajar dari Encik Jazmi yang tak pernah bertindak untuk menghalau pelajar dari asrama. Lagipun asrama Pahang itu terbuka kepada semua anak-anak negeri dan tidak pernah mereka diarahkan supaya berpindah keluar. Tidak dapat dibandingkan dengan asrama anak-anak Selangor yang masih banyak kekosongan! Sesungguhnya dua pegawai Selangor ini langsung tidak berperikemanusiaan, tiada rasa belas kasihan terhadap anak-anak Selangor yang rata-ratanya miskin, yang mengharap bantuan zakat, yang datang ke Al-Azhar semata-mata mencari ilmu Allah. Buat pegawai dari Selangor itu, apakah kamu belum rasa puas dengan dosa kamu menutup surau dan masjid di Selangor, atau sengaja kamu menunggu bala bencana dari Allah Taala? Kes keempat, berlaku pada 16 Mac 2005. Pelajar perempuan mendapat arahan dari penjaga keselamatan berbangsa Arab, yang diberi taklimat oleh pegawai Selangor. Mereka tidak dibenarkan pulang lewat dari pukul 9 malam. Soalnya mengapa akhawat terpaksa keluar malam? Mereka terpaksa keluar malam semata-mata untnk belajar kitab di kelas tambahan, setelah segala kelas pengajian agama diharamkan serta diberhentikan di rumah Selangor. Sekat usaha tambah ilmu Jadi mereka terpaksa keluar untuk belajar di asrama anak-anak negeri lain. Sudahlan rumah Selangor tiada pengajian agama, mahu disekat pulak pelajar untuk menambahkan ilmu agama di tempat lain. Betapa besarnya dosa mereka yang menyekat orang-orang yang ingin mendalami Ilmu, sedangkan Allah memuliakan serta memudahkan kerja penuntut ilmu Allah. Tetapi dua pegawai Selangor itu begitu berani dan aktif membuat berbagai undang-undang untuk menyekat kemajuan akademik anak Selangor di Mesir. Sebenarnya apa motif mereka di sini,mahu menjaga kebajikan anak-anak Selangoratau ada tujuan negatif lain yang tersirat? Inilah realiti sebenar yg berlaku terhadap anak-anak Selangor di Mesir. Kami mengharapkan supaya ibu bapa anak-anak Selangor dapat memahami segala tekanan dan kezaliman yang berlaku. Semoga Allah memberikan kekuatan serta hidayah kepada kami dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya' ini. Akhirnya sebagai tatapan, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Beruntunglah seseorang yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan, dan celakalah bagi mereka yg menjadi pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan."
...................
Aku mmg penah sembang depan2 ngan Cik Idris yg jadi wakil k'jaan Selangor utk nak jaga kebajikan rumah Selangor nehh... masa tu mmg tak kenal muka Cik Idris ni.. dengaq2 ja... dah sembang2 baru tau.... tu pun jumpa kat DMAK...heh... program anjuran kedutaan gaks... mmg dia sendiri akui..dah biasa buat benda2 ganas...tumbuk, sepak... rakaman student yg tunjuk dia tumbuk student selangor tu pun ade.. siap di ulang tayang lagik..kisah lama, tapi berturutan berlaku, makin sempit diaorg menekan... takpe.. ade la balasan...insyaAllah..
Alhamdulillah... tulis lagi :)
Tadi lepas isya, Abbas ajakpegi Dumyat.. beli baju, attar... tengok2 lauk kot2 ada banyak.. xde pun... masa balik tu, singgah kat Sai'ediey, makan firakh nus.. takla lapaq sangat.. tapi bole la, sambil borak2 dan cite pengalaman dan pendapat ... heheh.. biasala... borak ler katakan.. ade la pengalaman2 yg kita bole amik iktibar...
Dlm 2 bulan lepas, Lina ajak aku join Sri York...yahz..ok gaks... xde apa2 yg tak ok.. semua ok :) luv being there even jarang ade org.. yelakan.. sbb time2 tu aje yg aku bole on... nak buat cemana...
Alhamdulillah, aku lulus xm kali ni dgn mustajid thn 3... maka dp la naik thn 4.. insyaAllah kuliah start mid 9 nnt... hmm...kena study bebetul2 dah kali ni...last... taqdir nnt tgk banyak kat result thn 4 gaks... banyak dah pengalaman, pengalaman mengulang pengajian kat sini aje la... 3x kat thn 1... 2x kat thn 2...1x thn 3.. mintak2 sekali aje kat thn 4 gak... xmo da dok cni lama2.. ade yg best ade yg tak... kadang2 aku slalu tringat yg Cha sebut psl kawen tu...yelakan, pk sekali imbas pun, mmg betul jugak rasanya.... kalo kawen umo 32 la katakan... umo aku da 55 thn, mungkin anak aku baru umo 20 thn.. tu pun kalo Allah kasi dpt anak awal.. kalo lewat? uh.... katakan dia pun kawen umo 30 mcm abah dia gak... tak ke waktu tu aku da 60 lebey? tu baru anak sulung.. cucu?anak bongsu? huih huih... angan2 aje ke aku ni..... :P apapun... study dulu... kawen2 pk kemudian... enjoy ur study first :)
Semenjak 2 menjak ni... xdela bape hepi sgt... ade 2-3 perkara yg berlaku..kadang2 di luar kesengajaan aku... dan aku terpaksa betulkan semula... takpelah... biasa la kot cemtuh... nak buat cemana... yg penting aku pk cara elok aje.... positive... :)
Hmm...nak tipon ke hah.... :P
Friday, August 19, 2005
Test Kali Kedua
Tunggu punyala lama Naruto siri 147-148 nak abih, lepas jer abih... aku ngan Mat terus tengok.. hehe.. aku puas hati gak tengok siri nehh... bukan apa, dpt tengok adegan Hinata tunjuk minat betul2 depan Naruto.. hehehe
Friday, August 12, 2005
Testing
OK... testing... adakah berjaya? banyak org dah tanya nehh....
Thursday, May 19, 2005
Antara Dua Senario
Senario Pertama
1. Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang haq dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya. Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup.
2. Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah. Itu adalah lumrah yang telah berlaku berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang haq bangun dan tegak untuk menghapuskan kebatilan.
3. Bagi menghalalkan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.
Senario Kedua
1. Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
2. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
3. Remaja atau anak-anak kita hari ini berada di zaman yang begitu mencabar, mereka tidak berpeluang melihat wajah sebenar Islam. Mereka berada di dalam dunia yang penuh dengan tipudaya musuh-musuh Islam. Mereka dihidangkan dengan berbagai bentuk kehidupan yang menyeronokkan tetapi sedikitpun tidak ada hubungannya dengan Allah SWT.
4. Di samping itu kemewahan menyelimuti kehidupan mereka sejak detik-detik awal kehidupan mereka hinggalah mereka meningkat dewasa. Menyebabkan mereka kurang mengenali erti kesusahan dan kesukaran, mereka telah terbiasa untuk mendapat apa yang mereka inginkan dan mereka takut akan kehilangan apa yang ada pada mereka. Mereka tidak biasa hidup dalam kesukaran atau terpaksa bersaing untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan kecuali dalam aktiviti-aktiviti ya ng terancang seperti sukan, pertandingan dan sebagainya.
Permasalahan
1. Dua senario ini menggambarkan bahawa jalan Dakwah berada di satu jurang dan anak-anak kita atau remaja kita hari ini berada di satu jurang yang lain.
2. Dari satu segi, Anak-anak kita mungkin memahami dan mengenali bahkan mungkin boleh membuat penyampaian mengenai Jalan Dakwah; mengenai keperluan dan keadaannya. Namun untuk mereka memilih dan merasai tuntutan-tuntutan Jalan Dakwah adalah satu perkara lain.
3. Mereka mungkin selalu mendengar tentang Jalan Dakwah ini daripada kita tetapi mungkin dalam bentuk gambaran sahaja. Mereka mungkin memahaminya tetapi dalam bentuk yang terlalu idealistik
4. Dari satu segi mereka mungkin mengagumi Rasulullah SAW dan generasi sahabat-sahabat awwalun atau para ulama' muktabar namun untuk mereka memilih jalan yang sedang kita lalui adalah suatu perkara lain.
Beberapa Persoalan
1. Adakah anak-anak kita akan meneruskan kerja-kerja dai'e ?
2. Apa kerugian sekiranya mereka tidak menyambung atau mewarisi kerja-kerja dai'e ?
3. Apa yang perlu kita buat supaya mereka memahami dan merasai tuntutan untuk berada di jalan yang kita berada sekarang ?
4. Jalan dakwah akan sentiasa ada yang akan mendokongnya tetapi apa perasaan kita sekiranya anak-anak kita tidak menyertainya?
Keperluan Kepada Pewaris
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.
Kita perlu membentuk pewaris sebagai Jundullah. Jundi fikrah dan Jundi ‘Aqidah. Justeru itu sudah semestinya pembentukan dan latihan kita besar dan rapi. Walaupun jalan ini panjang dan sukar tetapi ia jelas dan terang. Begitu juga matlamatnya. Tanpa jelas akan jalan dan matlamat ini, maka keiltizaman dan perjuangan seseorang selama 10 atau 20 tahun mungkin akan sia-sia.
Dipetik dari :
1)Jalan Dakwah : Syeikh Mustafa Masyhur
2)Abul 'Ala Al Maududi
Where are we...?
Just Around The Corner
Kami still wat revision ngan Ahmad... alhamdulillah dia sungguh2 nak kasi kami paham... kalo la start awal lagi kan... hmm.. benda da lepas... penyusunan Allah la tu... takkan nak harap dia aje.. patutnya aku kene usaha la lebih.. apala...
TV da elok lama dah... cuma takleh tengok lagi, so dlm 2 minggu lepas, aku pi umah Suzairi... tau2 masa nak balik tu... dia kata... TV umah hang camana? aku pun bitau laa... dengan baik hatinya dia bagi kat aku dia punya booster... ehe.. thanx bebanyak :) banyak la gak yg aku buat ngan Azizul... tak dpt2 gak siaran... last2... aku tuko cable... dapat terus! rupanya cable lama tu da reput :P w/p dpt banyak channel.... Israel... Lubnan.. Syria... kekadang Cyprus.. Greece... tapi aku tak puas ati ler sbb bila angin datang je... seolah2 wave tu pun lari ikut angin gak.... hadoi... kena cari motor la nih...
2 hari lepas.. makcik tu datang kata da betulkan siaran TV cable tu... mana ade, tengok tak elok2 pun... blurr jugekk... pehtu suruh aku bayo 13.... tamo laaa.... adeke dia kata TV tu yg rosak.. siap suruh buang dlm tong sampah lagi... kureng betul ... dari bayar gitu bulan2... dengan channel dari 13 ... dpt 8 aje... terlalu kurang sangat berbanding Mansurah... baik kumpul duit tu beli parabola... puas hati..
Aku dok baca Fiqh Sirah lagi.. nampaknya mcm kena cari balik la buku Sirah Nabawiyah tu.. baru seronok ulang balik... tapi kali ni dengan kefahaman yg lebih sikit... insyaALlah. Ya Allah.. moga aku dpt kekuatan sikit lagi utk nak teruskan project ....
Massah dok misscall aku... hehe... seronok je dengar ringtones tu :)
Tuesday, May 10, 2005
Nak Exam Lagi
Aku datang jugak tenet, tapi kekadang tu bukan time yg panjang utk nak tulis... dan ade plak sesetengah time tu mmg cukup utk nak tulis, tapi aku malassss nak buat... uhukz...
Apapun... sekarang ni da nak xm... lusa aku ade syafawi. 23 May.. start tahriri... abih 16hb... 8 paper...uhuh... jap lagi kul 10.. ade kelas lagi ngan Ahmad... best jugak, kalo harap aku sensorang.. maunyer dok malas gile..
Bebah , Liana pindah umah... umah tu, umah persinggahan.. so banyak ler barang... panggey turun, tolong angkat sama... dari H7 ke H10. Tak jauh dari umah yg kami dok lepak tu, depan suq sayarat aje. Cuma.. foq khalis... apala depa ni... dpt umah sume tinggi2... penat jek angkat barang, lega jugak bebudak perlis tu mai tulun... hikz..
Aritu balik dari Cairo.. singgah Mansurah... ade orang nak kasi benda kan? ehekz... tunggu ajela..cedap :) Mutad ngan Syafiq pi beli daging...kat sana murah banyak berbanding Dumyat... aperla.. kami pon heran, apsal harga barang kat sini sume harga Cairo yer... bio ler, janji bahagia... ehekz...
Jom jom... ada kelas Adab plak nih, susah paham dan banyak plak tu. Asyik2 ayat balaghah aje...mau perkataan yg tinggi2... susah sehhh... Ahmad tu aje la jadi kamus kami...
alhamdulillah...
Saturday, April 23, 2005
Singgah Mansurah sat petang tu kat umah Ke'On... lepak2 sambil Abbas ngan Ke'On dok test mobo Mat... sampai berasap, hehehe! Pehtu turun makan... Wan Shah boleh terkena free2 jek kat umah tuh.. aperlaaa... lawak sungguh! Pehtu aku pi amik kepap kat Massah... then... aku ngan Abbas pegi Cairo... kul 2 pagi baru sampai.. best jugak.
Nak cari syarikat pengedar AMD tu sikit punya susah... tapi last2 tu dpt jugak ler... dok sembang2 ngan boss situ... orait jugak kan... tapi, semua2 tu mmg menghabiskan duit betull....
Aku try buat puding telo lagi... da mmg aku minat sangat sejak kecik. Mama pun buat tu jek if aku tringin... bole laa utk nak ilangkan kempunan tu... ni baru je mintak kat Zu cemana nak wat tepung talam... sekaya... heheh... balik ni nak test terus... insyaAllah...
JOM la... aku nak balik... tak larat... dan makin ....
Wednesday, April 13, 2005
Search
Kibod prob... nak tulis pun susah... orait le.. aku nak bubuh add aje...
www.nirsoft.net/utils/ipnetinfo.zip nak scan personal information melalui IP
Net Info.... kat download.com
Pehtu kat http://checkip.dyndns.org nak tengok IP sendiri
http://www.finaldownload.com Kat sini pun ok gak utk nak search for utilities...
Okeshhh... aku da letak link2 kepada benda2 yg maybe berguna kat aku pada masa depan...
Semalam dok pk sensorang cemana nak tengok TCP/IP org yg kita ade connection... last2 baru tringat ... NETSTAT :D tapi cemana nak kasi dia stay aaa? :P
http://www.tialsoft.com/hwhois.exe ... ni kalo tak beshh.. aku delete... hehehe...
Sunday, April 10, 2005
Kitab Kuliah?
Aku nak tipon Msia sebenarnya ni... harap bole la kot. Da lama tak tipon, karang parent ingat aku dah lupa depa plak... mana la ada anak yg nak lupa kat mak bapak... kalo ade pun, anak derhaka laa... takkan aku nak jadi cemtu kot, no way!
Lepas bunuh tikus besar aritu ngan Mat, aku perasan pagi tu ada tikus lain kat atas almari panjang dlm bilik tu, 2 hari kemudian.. baru aku perasan yg kayu tingkap bilik jugak dah kena geget instead of pintu bilik aje... chizz... kalo ade gam tikus kat cni, dah lama aku beli. racun takleh... busuk loo... tapi, aku takkan biar tikus2 ni nak hepi cemtu aje. Nak hepi, bina life sendiri la kat utan, jgn masuk umah orang...
Ida bitau yg dia punya connection internet da out 4 a while, bila agaknya dia nak sambung balik ye? hmmm... harap tu cepat la, tapi, aku still tak dpt nak chat mcm biasa ngan dia... cuma dptr jumpa kejap2 aje.. bulan ni, bulan 5 dan 6... sama aje kot? huh... takpelah. Janji tak lost connection...
Tensennya, donlod comic ni pun lembab gile.. ni aku malas datang Logo... dia mmg set gitu kot..
Yg kedua... aku masih tensen ngan arab.. kalo main game, mesti mulut tu bising gile... kalo setakat cakap2 tu takpe lagi... ni ngan sora diaorg yg semulajadi kuat banget tuuu.... ya rabbi... menguji kesabaran sungguh kat sini... padan aku balik Msia aritu jadik selamber aje...
Hmm... aku buat benda yg aku rasa betul... thats all... kalo ada yg salah, aku mengharapkan teman2 dapat tego aku... itupun kalo diaorg paham. Kalo aku menjawab, tu maknanya aku nak discuss... so, bagi ajela pendapat tu... kalo di diamkan aje, mana la aku nak tau... huh, aku masih benci ngan perangai sesetengah budak2 kat cni... hipo je lebih. Konon syadid ler tu... tekanan keadaan boleh menyebabkan orang tak sanggup berdiri dengan benar. Tapi di satu sudut yg lain, berani pulak sebut benda yg sama... aperda... biarlah... aku cakap aje..
Alhamdulillah, lama gak rasanya tak tipon Msia, dpt dengar sora mama ngan abah pun dah rasa lega... dan lebih lega sbb dapat bitau tujuan asal tu... aku harap aku tak susahkan diaorg. harap sesangat. Mama citer pasal Afif, dia bimbang... normal la bila ibu risaukan life anaknya... cuma aku rasa Afif dah masuk alam remaja dan dia nak try macam2 benda yg belum pernah dia try sebelum ni... bagi aku, kalo kita nak halang dia buat benda2 tak elok ni... kita bole cite, bitau dia... then, kasi alternatif utk buat benda lain... kasi jalan. Kalo dah buat, tu lain cite... Rasulullah da bitau... 3 perkara yg boleh kita buat bila nak nampak perbuatan yg negatif.. pertama, halang dengan keupayaan yg kita ada. Kedua, tego dia dengan kata2, cara tu mesti berhikmah... ketiga, diam mulut tapi hati membenci perkara buruk tu... Aku paham perasaan remaja, sbb kita semua penah melalui zaman remaja tu.. w/p keadaan berbeza tp kehendak jiwa tu sama... cuma aku takde spy kat sana...:P xde 2 ways information... xlengkap sangat..
Mama citer pasal Finaz, hmmm... aku pun tak terfikir she'll be like that. Cian dia... Aku harap Haikal takde la mysterious sangat... buat perkara baik tu bagus... tapi dlm apa keadaan sekalipun, yg bagus adalah yg sederhana... tak keterlaluan dan selari... hmm, Finaz sepatutnya kenal Haikal lebih dari ni sebelum kawen dulu... mungkin dua2 tertekan kot... ntah la. Nak kata apa2 pun takleh gak.. sbb tak dengar dari diaorg sendiri...
Aku... bila rasa 'naked' ngan seseorang tu... aku rasa bebas betul, really. Sebijik mcm Avril kata tu... it feels so right... utk kekawan aku, aku hepi kawan ngan korang... dan aku tau, kita pasti ada perkara yg tak dipersetujui, namun tu bukanlah bermakna akhir persahabatan. Malahan kawan2 pun bergado... biasalah tu. Tapi kalo bila bergado aje terus putus kawan, apa lagi yg mencorakkan persahabatan ni jadi lebih menarik? Tulah memori... tulah tandanya kita mengenal sahabat kita positif dan negatif... uih, nak tulis banyak lagi ni... tu bagi aku, prinsip ni ada banyak yg berdiri dalam satu2 masa dan juga pada masa yg berlainan... sbb kita mesti fleksibel... tapi bukan hipokrit... remember that!!
Jomlah... aku da rasa lega sikit... arab tu pun da nak tutup kedai... tanya aku, kalo ada orang lagi ni spatutnya dia nak buka sampai kul 4 ni... agaknyalah... tapi da takde, xpelah.. aku punya keje pun da selesai... xde mood nak baca am.net sampai abih... Naruto 255 da baca... Kisame vs Gai ... musti besh..
Thursday, April 07, 2005
Ziarah
Selasa... aku ngan Abbas pegi suuq Dumyat Qadim... beli ikan dan barang2 dapo sikit... adek dia bersama member2 dibawa oleh Pak Andak&his wife... pukul 12 lebey gitu diaorg sampai... aku tolong sikit2, petu lari balik umah sat... pehtu kuaq... petang baru datang balik... heheheh... Wadi balik lepas maghrib tu... dan aku terus lepak umah Mat sampaila Pak Andak balik... tak ganggu apa pun sbb adek Abbas dan member2 dia tu sumer kat dlm bilik dia aje... aku, mat, Abbas... kami tengok VCD kat luar... Pak Andak letey... tertido kat dlm bilik cop baju tu... aku sambung tengok cite Last Ride kat PC Abbas... pehtu, borak2 kat ruang depan ngan Mat dan Man... pasal Mat nak istikharah... well, dia tau apa tindakan nak buat, cuma dia nak sedikit kekuatan.. heheh... bukan istikharah tu yg sepatutnya.. :) Depa tanya aku ada awek ka... kata, 'tadak' ... tu yg dok gayut tu sapa? siap pujuk2 lagi... halla, tu CT Massah le... sebenarnya yg majok tu, aku... eheheheh.....
Lepas tu... aku tengok cite cina ngan Mat... dah kul 2.40 pagi... tapi da lepas makan nasik, takkan nak tido kot... so layan la citer, separa lucu... best gak! Sammi Cheng blakon... cite pasal dia nak menguasai ilmu pedang Hati Luka... sedangkan dia sendiri tak pernah merasai luka di hati akibat cinta... so, kat situ la... dia perlu mencintai seseorang dgn kadar yg segera sbb nak menguasai ilmu tu... sbb nnt kakak seperguruan dia yg dah jadi gila nak datang attack tempat Omei dia tu... hmmm... objektif cite ni sampai... best. Tringat aku kat Pedang Setiawan... meluahkan apa yg terasa dihati sebagai jurus... lebih berkesan dari yg belajar tanpa perasaan sebenar...
Isk... da nak cerah... aku nak balik... nak tulis lagi... psl Massah... pasal kak maya...psl xco perlis datang ziarah....
Ida pun masuk... sayang tak dpt chat lama ngan dia... lama gak aku tak chat ngan dia... bila da jumpa plak, tak dt chat lama... cuma aku rasa hepi gak sbb dia da upgrade PC dia... harap takde masalah lagi :) td Intan masuk... tp kejap sangat....
Oklah... aku nak balik solat...
Sunday, April 03, 2005
Artis Melayu Dot Net
Cadangnya esok aku nak balik Dumyat, tapi... tengoklah jika takde apa2 yg berlaku atau keadaan yg memaksa aku stay cni lagi buat sehari. Ntah la.. nak kata seronok stay cni pun yer... tapi, aku ni bukan jenis orang yg suka terikat ngan mana2 keje... tambahan sekarang ni dah masuk dlm fatrah persediaan nak xm, aku rasa tak sedap sangat... biasalah perasaan cemnih akan datang kat aku almost tiap2 masa of the year... kitab aku tak beli lagi... tu satu hal.
Sekarang ni, kalo aku bukak tenet, mesti aku masuk am.net... walau am.net dah banyak berubah... sekali tsunami datang, berubah segalanya.. gitu gak am.net, kene tsunami 3x berturut2, ade org yg suka pedajal orang lain... melayu ngan melayu plak tu. Aku pun tak paham apsal pendengki cemtuh... slalu aku rasa sinis dlm hati bila aku sebut kat orang, artis melayu.net ... mesti muka diaorg tu, bole perasan riak wajah tu berubah... hehe, aku dpt agak, mesti diaorg pk... artis melayu. Yelahkan... kalo org sebut kat kita nasi lemak.. mesti teringat makanan.. gitu gak ler... fitrah :) Anyway, am.net ni banyak sudut, kalo org yg slalu join mana2 forum sekalipun, mesti paham keadaan ni... ade ruang Bincang Keluarga, ruang Lawak, ruang Maklumat IT, ruang Hiburan, ruang Sembang Apa Saja ... dan mcm2 lagi... so, gitu gak am.net.. cuma kat sini nama aje artis melayu, sbb kat awal web ni, ada citer pasal artis2...
Aku penah join beberapa forum, tapi am.net ni la yg aku rasa most friendly forum... kita bincang dengan 'kawan'. Jika ada pendapat sendiri... luahkan.. tulis.. tapi jangan pulak sampai mengutuk kawan.. tu bukan discussing namanya. Ade kakak.. ade ibu, ade ayah.. ade abang... ade duda, ade janda... kisah hidup diaorg? hepi ada, menyayat hati pun ada... dalam negeri banyak, luar negeri pun banyak... jeles gak bila diaorg citer buat gathering tu.. heheh.. tapi aku rasa cuak gak nak ikut gathering ni... Aku dpt banyak pengalaman dari orang kat sini, tak rugi betul... banyak2 aku chatting... banyak aku surf... am.net ni antara tempat yg aku rasa tak rugi singgah.
Hehe, aku citer pasal am.net aje kan? yelah... ni la catatan aku. Pasal aku dpt banyak pengalaman kat sini, maybe sesetengah orang diaorg anggap cukup dengan berada dlm ruang lingkup tersendiri... aku tengok, aku makin dpt rasa kelemahan dan kekurangan diri bila kita masuk dlm keadaan yg lebih luas... rasa untung kalo fikirkan balik aku kenal internet ni... kenal pengkid, kenal org murtad, kenal bakal professor, kenal doktor, kenal hacker.. bla bla bla... cukup ler kot... kenapa jadi cemtu, mengapa diaorg pilih jalan tu... apa perasaan diaorg.. dan apa pendirian kita bila dpt kesimpulan sepenuhnya dari diaorg tu... tu penting.
Ape nak jadi ngan aku.... apapun... kajian dunia sekarang menunjukkan waktu kiamat dah makin dekat...
Friday, April 01, 2005
| Aku rasa la.. kelmarin ade aku tulis dah kat sini, tapi waktu aku publish tu... tak lekat kot... takpela, sbb aku pun tulis 2 perenggan aje masa tu, tak abih plak citer nyer... Still kat Cairo... kelmarin dulu aku tunggu kat umah Sarawak aje, tunggu Amali ngan Abg Kree pi amik Cikgu Ghazali ngan anak dia... depa nak masuk markaz lughah.. intensif plak tu... best la. Dengaq kata nak duduk sini sebulan, ntah ler cemana... Lepas jumaat aku terus datang CC, nak amik Naruto... slow gak connection, kejap laju kejap slow.. apehal aaa... hari cuti ke ah?I need more speed!! Massah dok update dia punya blog... heh, seronok kalo baca citer orang ni... Semalam aku sempat chat ngan kak maya... sedih dan geram bila baca apa yg dia citer tu. Suami yg tak sayang bini aje sanggup buat macam tu, ngape yer... bila sampai satu tahap.. apa yg diaorg pk? Suka pasang luar la... yg dalam pun ade cantik lagi... ngape nak makan luar gak.. nak harap nafsu, mmg tak abih punyalah... terajang, sepak, hantuk dinding dan macam2 lagi... aku taktau cemana anak dia membesar... aku mcm nak cadang suruh blah aje... lama sangat dah... bertahun2... fikir2.. kalo nasihat pun tak makan... tunggu apa? Hmm.. dlm komuniti OKU ada citer pasal tips cinta ... kesalahan waktu jatuh cinta sebenarnya... orait gak kalo aku tengok2 balik... 1. Menciptakan hubungan asmara tanpa membangun persahabatan dengannya. Mungkin kita memang benar jatuh cinta secara mendalam padanya, tapi jangan lupa luangkan waktu sedikit banyak untuk mengetahui atau memperhatikan apa yang sesungguhnya dia inginkan atau aia perlukan. Luangkan waktu untuk mempelajari kepribadiannya bukan hanya fizikal semata. |
2. Tidak jujur kepada diri sendiri. Seringkali orang yang sedang jatuh cinta memberikan batas toleransi yang berlebihan kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah sikap pasangan bukan merupakan gangguan yang besar pada diri mereka atau mereka berharap agar masalah itu selesai seiring dengan berlalunya waktu.
3. Tidak "memperhatikan" diri sendiri selama menjalin hubungan asmara. Banyak orang yang lupa "memperhatikan" dirinya sendiri selama menjalin hubungan asmara. Kebanyakan orang yang sedang mabuk cinta ingin selalu berduaan dengan kekasihnya. Akibatnya orang-orang disekitar mereka merasa diabaikan sehingga lambat laun tanpa mereka sedari teman-teman pun menjauh. Ini mempunyai akibat yang buruk di masa mendatang. Kita akan dicap lupa kawan dan bila kita ada masalah bersama sang kekasih, tidak ada seorang teman pun yang bersama dengan kita.
4. Menggantungkan kebahagiaan diri kita ke pasangan. Jika selama ini kita berpikir bahwa kebahagiaan kita bergantung pada pasangan, maka kita salah. Kita boleh jatuh cinta pada siapa saja namun tidak bererti bahwa orang tersebut dapat membuat kita bahagia. Kebahagiaan diri kita bergantung pada kita sendiri dan jangan sesekali kita memusatkan seluruh hidup dan perhatian hanya pada satu orang saja kerana jika demikian, bererti kita telah menutup wawasan dan kesempatan untuk menjadi lebih baik bagi diri kita sendiri.
5. Cinta memerlukan waktu. Seringkali seseorang lupakan point yang penting ini. Cinta selalu memerlukan waktu, baik untuk mengenal maupun untuk bertumbuh. Terlalu cepat memulai suatu hubungan mengakibatkan kurang baik kerana mungkin kita belum mengenal dengan baik karakter pasangan, sebaliknya jika kita terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya kerana permasalahan remeh juga kurang bijaksana. Kerana itu sebaiknya beri waktu yang cukup bagi diri sendiri untuk mengenal pasangan.
6. Terlalu fokus pada sex. kita harus menyedari bahwa tidak ada seorang pun yang senang menjadi objek sex. Jangan jadikan sex sebagai tumpuan suatu hubungan, sebaliknya jadikan sex hanya sebagai pemanis dalam hubungan berdua ( dengan catatan sex hanya bole di lakukan bagi mereka yg sudah terikat oleh pernikahan) . Fokuskan perhatian kita dalam membangun jalinan asmara yang solid bersamanya. Buatlah rencana yang jelas untuk masa mendatang.
8. Berprinsip bahawa sex dapat menyelesaikan semua masalah. Tinggalkan prinsip seperti ini. Walaupun kita bersedia menyerahkan diri kita seutuhnya kepada pasangan, tidak menjamin bahawa pasangan akan setia atau tidak akan meninggalkan kita. Segera ubah pola fikiran kita. Jangan biarkan diri kita diperbodohkan dengan angan angan jika kita bersedia melakukan hubungan sex maka pasangan akan semakin mencintai kita. Itu membuktikan bahwa pasangan tidak mencintai kita dan hanya menginginkan kesenangan semata.
9. Menumpukan kecantikan fizikal. Ini juga merupakan salah satu hal yang kerap terjadi. Umumnya kecantikan fizikal menduduki skala utama daripada kecantikan batin. Padahal kecantikan batin jauh lebih bermanfaat dan tahan lama.
10. Kembali melakukan kesalahan yang sama. Pernahkah kita menganalisiskan diri mengenai kegagalan asmara kita di masa lalu? Sebelum memulai hubungan yang baru, ada baiknya kita muhasabah diri dan melihat kembali dimana kesalahan kita. Dengan mengetahui letak kesalahan, kita dapat belajar untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Well... good info. Harini aku pun amik tips ready jadi Ibubapa kat am.net... orait jugak la kan. Simpan pun tak rugi, baca pun tak rugi...
Hmmm Redzuan xco perlis call aku, peringat pasal jauhlah hari khamis ni... suruh aku ready jadi pengerusi petang tu... keh keh... mau ke? tak moo laaaa... hehehehehe...
Ida punya PC cemana yer... dia kata ade gegaran gak... harap2 lepas gegar2 tu.. PC dia orait la kot lepas gegar sikit2... hehe
Tuesday, March 29, 2005
Carik CC
Ni aku mai CC... dok tunggu kat pejabat PMRAM tadi, lama... malu jek bila Nabil mintak tulis balik nama tu dlm BA, bukan apa... tulisan aku huduh betul! malu la sbb nak kasi org baca... kalo utk aku sorang takpe gak... akalo huduh sikit, takpe, tak kisah... tapi kalo mmg betul hodoh.. hehe... segan woo... aku siap renyuk2 kertas lagi.
Mana si Wan ni... tipon tak angkat... sms tak jawab... aku nak wat tasrih ni... adeihlaa... satgi nak pi jumpa Pak Jo plak.. nak amik pemplet...
Cian Massah... aku tak niat nak susah dia pun... mana la tau. Kalo bitau awal2.. aku takkan datang punyalah... yelahkan. persepsi pelajar Azhar Msia kat sini kurang sikit... tak terbuka sgt. Bukan nak suruh terbuka sampai langgar syara' gitu... at least... malu tu kurangkan la... malu bagus... kalo lebih... mudarat. apa2pun sama aje... sederhana. Sorry..
Massah kasi dia punya blog... http://algemasi.blogdrive.com/ ade citer katak pisang kat situ... apehal ngan katak pisag tu yer... aku malas sikit la ngan haiwan ni... lompat jauh betul... bahaya plak tu air kencing dia...