Monday, November 30, 2009

Kenduri Kak Long

Kenduri Kak Long buat pada 29 November 2009, akad nikah sehari sebelum tu. Tak lain dan tak bukan, semestinya buat di umah Tok Repoh.. hehe. Yelah, Kak Long mmg banyak membesar kat situ, rasanya 90% dia dok situ lagi berbanding kat umah sendiri :D

Utk pengetahuan korang, Kak Long ni kazen aku. Dia ni muda 2 tahun aje dari aku, masuk MATRI jugak, pegi Mesir pon sama2, tp dia pegi setahun aje sbb homesick. Hehehe.. pehtu balik dia sambung kat UNITI. Pehtu mengajar kat SRIM, Skola Rendah Islam Seri Melati.. ni ha, depan umah aku ni aje la. So, dlm Kg Tunjung ni sebenarnya ada 2 sekolah. 1 sekolah menengah dan 1 lagi sekolah rendah ;) Kak Long ni anak sulung Pak Lang aku.. dari 4 org, sume pompuan.

Pagi2 28hb tu mmg Pak Lang tipon suruh mai umah sbb katanya nak akad tu kul 9.30 pagi. Masa sampai tu, pengantin laki pon xmai lagi.. dah kul 10 lebey rasanya baru diorg sampai.


Hantaran tu dok dlm sangkar, aku ngan Afif tergelak2 aje. Hehehe... apa apa2 makna ke :D

Ni dia masa tengah dok ready, pengantin laki nampak cool aje. Mungkin dia gabra belah dalam, sbb rasanya dia tak banyak hulur salam ngan orang :D Sapa tak gabra kan.. hehehe...

Ni satu suasana yg memang dah amat biasa dlm umah nak kawen.. POMPUAN PENUH..!! :D

Sekali lafaz aje, Kak Long pon secara rasminya dah menjadi isteri kepada pokcik Mustapa ni :D Pehtu sume org dijemput turun makan2 skit kat bawah.. maka abih la sume org pakat menderu2 turun, tinggalkan pengantin nak sarung cincin ke, nak berposing ngan gaya maut ke.. janji isi perut duluu :D

Aku nak makan pon, org banyak.. jadi aku masuk dlm bilik Abg Alaudin dulu la, lepak ngan abah ngan abg Din sama. Baca2 paper... dah dekat 30 minit, baru kuar, masa tu dah tak banyak org dah. Depa dah pakat kenyang belaka :D Untung la time ni dpt sapu sakan.. hehehe...

Pehtu Kak Long ngan Mustapa tu pon turun sbb nak bergambo kat mini pelamin dlm umah tu :D Kak Long tak nampak segan sangat. Orait ler tu, sbb Kak Long ni mmg pemalu abih. Sedar2, Mustapa tu pulak malu sangat.. aiseh bro, kita sume dah jadi adek beradek la.. jangan la segan nak bertegur sapa..

Ni time kami tengah dok makan2, lepas abih bergambo kat mini pelamin tu, Kak Long pon mai la pusing2 kat pak2 sedara dia dan jugak kazen2 dia.. hehe. Cemtu la Kak Long..! Awat tak tarik tangan Mustapa tu sama.. asyik duduk tersipu2 aje, camne nak kenal orang, silap aribulan jumpa tengah jalan pon tak kenal. Haaa...

Dok sampai tengahari cemtu, pehtu depa bitau kata petang tu nak ajak pi tengok dewan tempat nak buat kenduri tu. Balik umah dulu, sbb kul 4 baru pegi tengok. Mmg teruk skit la keadaan dewan tu, diorg tak sapu2 sampah ke apa.. berdebu aje. Cuma bila dah pasang kerusi meja tu, tak nampak sangat. Tapi sapa2 yg mmg sensetif bab habuk ni.. mmg nampak jelas sangat ler :P

Kenduri ni ke esokan harinya dari akad nikah tu, 29hb :) Tengahari tu byk sungguh org datang. Sampai terpaksa berdiri que :D

Banyak kawan2 yg datang, yelahkan.. adek beradek pon mmg adek beradek aku dah. Family aku pon rapat jugak ngan family tok belah maklang ni.. plus kawan2 skola dia adalah kenalan2 aku jugak :D staff sekolah pon, memang yg aku kenal je :D

Jadi mmg 70% muka org2 yg aku kenal aje la kat situ.. hehe.

Paksu, Maksu, Amanina, Humaira, Aunty Ina ngan Nurin pon mai sama :) dari Penang.

Gambo ni aku nak amik masa ketibaan pasangan pengantin lebih kurang kul 2 lebih tu. Mulanya nak amik la step by step.. sbb geng2 tabur munge dan pengapit ni jalan dulu (kazen2 aku jugak tuh) maka aku amik ler gambo diorg ni.. pehtu masa pasangan pengantin punya angle elok je.. ada pulak makcik mana ntah yg dok jaga pergerakan pengantin ni halang view aku. Chitt.. terlepas terus nak amik gambo.

Pasangan pengantin pon jalan laju betul.. stop la kejap. Jalan slow2 2km/j pon jadi ler. Banyak org merungut depa jalan laju :D Hehehehe... nak cepat2 sampai kat meja makan kot. Hehehehe... ampuunn Kak Long :D

Aku mmg lepak belakang aje la, tak pi kat depan tu pon. Time diorg bergambar2 kat depan tu pon aku tak join. Meera ngan Ety kata depa ada panggey2.. tp aku tak perasan kot. Xpela :D

Masa dok lepak2 sembang2 ngan kazen2 semua, aku perasan Inas ngan suami dia pon ada. Depa ni pon pengantin baru jugak.. tak sampai seminggu :D Di sebabkan aku tak sempat nak jumpa depa masa kenduri aritu (aku pi makan, tp depa tak kuaq umah pon, ujan!) maka elok depa nak kuaq, aku pon pi laaa sapa.. suami dia malu2 skit.

Ni pulak Wan ngan Intan.. Wan ni classmate Kak Long, pehtu kami sume pakat pi Mesir sama2. Wan ni kat Mansurah, tak jauh la dari Dumyat. Aku pon slalu on the way nak balik Dumyat, mesti singgah kat Wan dulu la :)

Intan ni junior kami masa kat MATRI dan jugak kat Mesir. Dah dpt anak pon.. comel :)

Ni plak masa dah last2 dah.. Kak Long ngan Mustapa mai jugak ke belakang tu. Tp Mustapa tu lepas ke mana ntah, dia pemalu, sembang ngan kawan2 dia aje laa :D Pehtu mama pon nak amik gambaq ngan Kak Long.

Ni dia gambaq pasangan pengantin bersama pak mertua dan mak mertua :D


Xtau la lepas ni Kak Long nak duduk mana. Sbb dia nak terus keje kat SRIM, yg Mustapa tu plak keje kat UITM Merbok..

Apapon, moga Kak Long ceria dan bahagia bersama suami tercinta :)

Saturday, November 28, 2009

Aidul Adha ... Qurbannn...

Kelmarin bangun awal, ready2.. Ameq siap tipon lagi, awal betul datang. 7.30 katanya, ye ye je :P Abg Mat Adi kata solat kul 8.15, tp masa dok atas surau tu.. rasanya solat kul8.35. Hehe, tunggu orang la kot :)

Pagi2 tu, semua org dah bangun awal.. anak2 sedara aku pakat ready pakai baju sedondon aje :D bersemangat la budak2 tu. Depa seronok tengok lembu sebenarnya.. hehe. Ameq ngan Wan mai umah, pehtu pi surau sama2, jumpa Ostat Hadi kat bawah surau.. naik, solat tahiyyatul masjid, pehtu takbir sama2. Puas hati dan seronok sungguh sorang2 aku rasa :)

Dlm kul 8.30 tu, Ostat Hadi bangun, buat announcement skit.. cara solat sunat hari raya, cemana bila jatuhnya hari raya pada hari jumaat, solat hari raya di imamkan oleh sapa, khutbah sapa, solat jumaat nnt sapa imam/khutbah... seronok dengar cara org berpengalaman cakap, w/p benda tu nampak sesuatu yg amat mudah, tp cara penerangan yg disampaikan oleh org yg cukup berpengalaman adalah amat jelas, ringkas dan mudah difahami.. cool.

Sebagai info, bila aku sebut SURAU kat umah/skolah aku ni... ia sebenarnya adalah bangunan induk skolah aku tu, MATRI (Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyyah). Bangunan 2 tingkat. Bahagian atas merupakan surau tempat solat dan buat aktiviti2 yg berkaitan la. Bahagian bawah pulak merupakan bahagian pentadbiran sekolah, mcm pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat. Dalam pertengahan tahun 90-an, MATRI mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam menjadikan surau ni sebagai tempat nak solat jumaat. So, jd masjid la kan? Still, ianya merupakan bangunan yg dibuat dengan kayu aje la di bahgian atas tu. Dibina sepenuhnya pada tahun 1986, lama dah. Luas bahagian atas surau ni.. bayangkan kalo student ada lebih 700 orang, still sume dapat solat kat atas tu termasuk separuh dari penduduk yg ada berdekatan dengan sekolah ni.. luas kan? :)

Solat raya di imamkan oleh Abg Basir, khutbah pon dia jugak. Abg Basir ni senior aku, antara student terbaik STPM Msia, skrg ni jd pensyarah kat mana ntah. Hehehe. Lepas abih khutbah tu, sume pakat salam2 laa. Berjumpa la dengan pakcik2 dan member2 yg lama tak penah jumpa. Pakat seronok sume org.. heheh.



Luas kan bahagian atas surau ni? Ni la tempat aku membesar sejak tingkatan satu sampai habih Marhalah Khassah. Start 1991 sampai 1998...



Ni dia anak2 sedara aku yg pakat happy sakan :D


Lepas tu, turun bawah.. ada makan2 skit sebelum pakat pegi kat lembu masing2 bagi yg dah amik bahagian korban tu. Kat sini berborak2 lagi...


Pompuan sebelah, laki sebelah. Ketupat pulut ada, nasi impit pon ada.. buat lapik perut aje la sementara nak makan tengahari nnt :) Lembu dah ready 2 eko utk nak buat kenduri ramai2 punya... makan banyak2 kang tak larat nak wat keje lak :D

Lepas tu aku terus cabut balik umah. Salin baju, kuar pegi kat lembu. Bahagian family aku punya lembu tu dok blakang umah Abg Mat Zaki.. tepi ni aje la. 7 Bahagian tu, termasuk family Cikgu Ghazali Omar dan... sapa ek.. isk, lupa plak :D

Lembu sume ada 11 ekor, di letakkan di tempat2 berasingan. Takde la jauh sangat, dlm 15 - 20 meter aje antara satu sama lain. Dah dlm kwsn kampung kan? so, tiap2 group yg buat korban tu, tuju ke lembu masing2 la. Apa yg best buat korban kat MATRI ni adalah, kita boleh lapah lembu tu sendiri. Sejak kecik aku mmg tak penah miss join aktiviti korban kat sini. Hanya masa aku pegi Mesir aje la yg terlepas pon.

Seronoknya kita boleh lapah kulit lembu tu, potong daging, kerat tulang, basuh perut.. rasanya tak banyak tempat dlm Msia ni yg dok buat cemni. Kebanyakan hanya bagi duit, dan ada group yg disediakan oleh pihak qariah surau/masjid utk buat semua benda ni. Pehtu kita tunggu aje dpt daging.

Lepas kasi tumbang lembu, Abg Rosli jd tukang semelih. Aku nak tumpang tekan lembu tu pon tengok byk org dah, jd amik kesempatan nak snap gambo aje la. Darah nak mercik kat aku pon tak kisah sangat, sbb mmg dah ready utk nak belemoih :D

Banyak hadis yg menunjukkan besarnya kelebihan melakukan ibadah qurban ni. Malahan Dlm Quran pon Allah ada sebut psl ibadah qurban ni...


Ni time Abg Rosli semelih.. korang jangan geli2 pulak. Yg dok geli ni la yg hangpa semua dok tibai buat lauk sedap belaka tu :D

Biaq sat dlm 10 minit, buka ikatan kaki dia.. potong bahagian saluran2 darah yg tak terbuka luas lagi tadi tu bagi darah kuar lagi banyak...


Lepas abih tu, sume org pakat start siat kulit.. aku tolong pegang kaki aje la, sbb sume org pakat pulun wat.. kaki ada 4 aje :D org ada berapa belas ntah. Jd aku pegang kaki aje la, lenguh tangan nak tahan kaki lembu tu. Ingat ringan ke!

Nih masa dah nak buang bahagian dalam dia...

Abg Len tu mmg cepat betoi wat keje. Sat jaa dia lapah kuarkan. Haa... start sini la keje aku bermula :P memandangkan semua org pegang pisau dan tumpu nak kerat daging... maka, aku pon tarik ler bahagian dalam lembu tu, lepas Abg Len tolong buang hempedu, buah pinggang, hati, jantung, paru2, limpa semua2 tu laaa... aku pon tarik ler perut lembu tu jejauh skit :D

Yolaaa... bahagian yg semua org xmo proses, tp suka makan :P nape... sbb taik banyak :D maka, bermula la keje aku.. dgn bantuan sorang student aku. Dia pegang paip air, aku aje selak2 perut kitab, buang taik. Abih ler segala usus, perut tuala tu sume pon kasi cuci... lenguh betul dok bertinggung gitu lama2. Tebuan ngan lalat pon datang hurung. Leceh betul..!!

Dah last nak abih dah, baru laaa geng2 ni datang menolong..

Diorg pon proses ler.. tu pon jangan, kene taik skit aje dah, "Eeeeee...." :D ampeh tol.. Hehehehe!!

Lepas diorg datang take-over, aku pon blah la.. pi kat bahagian lapah daging, tengok depa dok bahagi kepada 7 bahagian dah... tu dia abah dok bahagi2 daging :D ada Hafiz dok tolong sama, pakcik2 lain pakat stop dah, rehat2 kot. Ganti2 gamaknya. Aku pon tak tau la sbb mmg dok tumpu kat perut lembu tu yg jauh dari org. Dok dekat2, abih ler depa tu merungut bau busuk taik lembu tuu :D

Ni Abg Rosli dok jd tukang potong tulang :) Abg Rosli ni menantu Cikgu Ghazali Omar yg meninggal baru2 ni. Abg Rosli ni senior aku gak, org Kelantan. Skrg keje J-QOF kat sini...


Balik umah, kul 12.. aku mandi. Elok2 je ready, abah terus panggil nak pi hantar daging kat umah pakcik yg ada bahagian daging dia sama dlm bahagian korban lembu tu... balik tu, ready pi solat jumaat. Balik aje dari solat jumaat, makan bihun aje la yg mama buat. Diorg ajak pegi dewan makan sbb daging lembu yg diorg ready tu utk dibuat kenduri daging korban tu kan.. aku malas sungguh. Dengan keletihannyaa.. maka aku meneruskan niat aku utk tidooo :D

Bangun petang dah.. malam tu ready pi umah makcik Suzi plak, sbb depa buat kenduri skit, jemput adek beradek dekat2 ni mai makan :) Sebelum tu, pi hantar skit daging korban kat umah Mak Lebaq ngan Mak Piah.. singgah sat tang sana. Pi umah makcik Suzi, banyak gak orang. Siap buat barbeque lagi.. aku tibai ikan bakaq jer. Boleh la tahan kenyang :)

Tp seronok la sbb dapat borak ramai2 ngan adek beradek semua. Aku nak tepek gambaq pon, tak elok sangat time malam. Sbb hp aku 2mp aje.. siang boleh la tahan. Tu pon tak sharp.. malam lagi ler..

Thursday, November 26, 2009

Esok Raya..!! Qurbaaaann...!!

Alhamdulillah, masuk tahun kedua aku beraya kat Msia sejak balik dari Mesir. Eh, tak raya lagi ler, esok :D



Mama dah masak ketupat pulut, biskut ada beli kat Hafifah tengahari tadi. Sempat amik 2 kek katanya, ntah la kek apa pon xtau. Aku tak pi tengok pon. Iffat ngan Aleeya ikut sama tok diorg tu. Aku plak terus masuk dlm Hafifah cari barang2 keperluan bilik dan umah, hehe... air freshner, ubat gigi dan jugak errr.. apa ntah menatang lagi satu tu. Yg bubuh dlm mangkuk tandas tu, eh silap.. yg bubuh dlm tempat flush air tu. Kiranya nnt kalo kita flush air jamban tu, dia cuci la kononnye :D Jadi biru2 gitu air.. seronok pulak nak flush banyak2 kali. Keh keh keh...!! Korang tau ke apa kebende yg aku dok ckp tu?

Ni dia:


Bukan nak promote, tp saja seronok nak tepek tunjuk kat orang. Hihihi..!!

Air freshner tu pon aku bubuh kat depan satu dan dalam bilik satu. Yg kat ruang tengah tu mmg guna AmbiPur punya automatic spray tuh. Aku set tiap2 25 minit dia auto spray, tp nak cari yg lemon punya takde. Jadi aku tibai AirWick punya refill :D aler, standard size, korang jgn risau. Boleh masuk aje. Sama la mcm ubat nyamuk eletrik cecair tu.. amik ler jenis apapon, buleh je masuk. Jadi, alhamdulillah, bilik aku nak wangiii sekarang. Hehe.

Yola, nnt kena kemas2 skit. Sbb Abg Ronie, Kak Suriana ngan Afif dah on the way balik tu. Satgi mau Abg Ronie lepak dlm bilik ni, berbau tak best plak.. mula la merungut2 tu. Heheheh... siap cuci tandas lagi wooo. Sebenarnya aku mmg nak cuci dah, tp kena pulak dekat2 Hari Raya.. jd okey la kan, elok gak tu.

Kita ni kena menyambut Hari Raya..! Nama pon R A Y A. Kalo org cakap, RAYA!!! maksudnya mesti la menyambut dengan penuh kegembiraan..! Kalo happy terlebih ke apa, kan kadang2 org ckp, "Awat tu.. raya cina kaa...". Ha, jd aku nak highlight kat perkataan RAYA tu aje. Bila Rasulullah galakkan kita beraya, maka sambutlah raya tu dengan sepenuh hati. At least dengan niat mengikut sunnah :) Kata sayang kat Allah, sayang kat Rasulullah.. dah gitu, takkan taknak dengar cakap orang yg kita sayangi kot...

Anak murid aku penah tanya aritu, tentang menziarahi kubur pada hari raya. Aku jawab, takde larangan. Cumanya tak digalakkan. Yelahkan, asasnya berbalik pada maksud RAYA tu sendiri lah. Bila sebut RAYA mmg dah membayangkan kegembiraan, bukannya kesedihan. Since kita ke kubur ni, utk nak bergembira ke..?

Tapi kalo ada hadis Rasulullah pegi kubur time raya, takpelah. Boleh la buat. Tapi ade ke? Pegi kubur ni bagus, mengingati kematian. Tapi pada hari raya ni, utk rasa gembira nak beraya ni, apa salahnya kita tangguh kejap esok, lusa, tulat atau pada hari2 yg lain. Dalam setahun, ada 365 hari... kenapa nak pilih ziarah kubur pada hari raya jugak? Dalam 360 hari tu, ha.. pegi la ziarah kubur tiap2 hari pon takpe.

Aku tak kata salah pegi ziarah kubur pada hari raya tau!

Cuba perhatikan makna takbir hari raya yg sepatutnya kita laungkan dengan penuh rasa bangga dan berbesar hati..!!

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Maha Besar, Segala Puji bagi Allah dengan sebanyak banyaknya,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan KeEsaanNya,
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.


Jadi meh la kita bertakbir dengan penuh rasa bangga dan besar hati. Cuba pk balik, kita sebenarnya begitu MALU utk menyebut ALLAH MAHA BESAR.. patut ke kita rasa malu pada tempat yg tak sepatutnya? sepatutnya kita bangga menjadi seorang Islam, seseorang yg masih dipilih Allah utk meneruskan hidup ni sebagai seorang muslim.

Apa lagi.. jom takbir kuat kuat..!! Jangan malu jangan segan... I'M PROUD TO BE A MUSLIM..!!



Kita buat korban ni sebab ianya adalah satu ibadah yg amat di galakkan pada org yg berkemampuan.

Korban ni sempena kita mengingati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan jugak Nabi Ismail. Yg begitu patuh pada perintah Allah tanpa sebarang keraguan. Gitu la sepatutnya tahap keimanan yg patutnya ada pada diri tiap2 kita ni.

Iman..! Percaya..! YAKIN..! Zaman la ni, sebut aje iman, iman... tp betul ke beriman..? ask yourself :) somthing to ponder upon eh? Kita siap bersoal jawab lagi pada hal2 yg asas. Jangan dok buat alasan yg diorg tu Nabi.. xleh nak bandingkan ngan kita. Sebab Para Rasul dan Para Nabi merupakan idola dan contoh dan teladan yg sepatutnya kita contohi... Maikel Jeksen, Elvis yg dah mati tu pon banyak org tiru sepenuh hati. Apatah lagi kita ni yg ngaku sayang Nabi... hmmm...

Selamat Hari Raya utk semua..! Maafkan aku kerana sebab buat korang terasa dengan aku...

Kullu Aam Wa Antum Bikhair :)

Wednesday, November 25, 2009

Happy Birthday Akak..!!



Siapa lagi kalo bukan akak Kakika, seorang mama yg sentiasa cool kat amnet tu. 25 November 197* :)

Waaaah, akak dah bertambah umur lagi tahun ni. Tapi still maintain cute mcm tu gak :D Seronok tadi masuk blog akak tengok abang tepek ucapan birthday kat situ. Terharu rasanya :) Dengan gambar Lyssa ngan Iman ada, itu la gambar yg bebetul membuatkan saya rasa bebetul terharu...

Kesian akak, masa besday pon kena pulun buat kek sampai ke pagi buta :D nampak akak kat amnet tadi, PM pon tak sempat nak jawab. Bz betul nampaknya :D

Apapon, saya nak mengucapkan Happy Birthday yg ke berapa... err, xyah sebut kot ek? nnt akak marah saya lak, naya aje. Hehehe!!

Moga akak lebih ceria, happy dan bahagia bersama keluarga tersayang. Di harapkan akak akan sentiasa berusaha menjadi seorang muslimah yg solehah, yg dapat membantu abang utk mencapai ertikata keluarga muslim yg bahagia, mendidik anak2 dengan ketegasan dan penuh kasih sayang.



Moga kita dapat amik manfaat dari lirik dia :)

Akak, jangan marah ek saya tepek gambo kek akak kat amnet tu :D at least itu lah bukti sokongan saya kat akak, saja nak bagi akak bersemangat skit. Sume org tak sangka kata kek tu akak sendiri yg buat. Heheheheh!! Siap Kirana tepek kek akak tu kat thread Rowan plak. Betapa cantiknya kek akak tu.. hihi...

Jadi, jangan putus asa utk nak buat kek yg lebih cantik, lebih kemas, lebih sedap... dan utk saya kena lebih murah la ye :D

Sunday, November 22, 2009

Musim kenduri

Ni baru balik dari Jitra. Kenduri Fadli, junior aku kat MATRI. Anak Abang Mat Diah. Abg Mat Diah ni penah menguruskan banyak program motivasi kat MATRI dulu masa aku dok skola lagi. Aku mmg kenal Abg Mat Diah ni sejak kecik lagi, mmg 1 family aku pon rapat ngan dia.

Diorg buat kenduri tu kat dewan, mmg elok la tempat tu. Dengar kata sewa dewan tu 1k... murah ke? mahal ke? ntah la. Tp aku rasa berbaloi dengan kedatangan orang dan jugak pada musim ujan ni. Aircond pon cukup, ujan kat luar pon kita tak terganggu sangat sampaila kita nak kuar dari dewan tu. Hehehe...

Apa yg aku perasan sejak kebelakangan ni, semua org tego aku dengan dua perkara:

1) Bila nak kawen? Bila lagi? Anak dah berapa? :P

2) Faizzzzz...!! Besarrnyaaa!! kena turunkan badan tu.. bla bla bla.

Hehehheee... nak wat camne, sume org yg tego aku tu adalah pakcik2, makcik2, kakak2, abang2 dan sesiapa aje la yg kenal aku sejak kecik :D Mmg diorg terperanjat berok gak ler bila tengok badan aku ni dan macam belon kena pam :P Tambah2 bg yg dah lama tak jumpa aku.. sah tak percaya punya. Siap sampai tak kenal aku terus pon ada, "Ingatkan adek...". Heheheee...

Yelah, dulu aku bukan cemni.. hehehe. Steady, cergas, stamina pon tinggi. Skrg ni..? sume tu dah tinggal kenangan yg perlu aku capai semula.

Kat luar asyik ujan, sejak semalam lagi ujan. Lebat jugak, tp masalahnya dah lama dah dok ujan ni. Dan aku rasa kalo ujan berterusan cemni lagi 3 hari, mesti akan banjir, malahan lebih teruk dari aritu. Kes banjir aritu pon sbb diorg buka empangan. Aku pon xpaham la cara pengurusan air kat empangan tu, cuba laa diorg buka sikit2 dah skrg ni... biar air tu mengalir. Ni tak, tahan air tu.. bila empangan dah tak mampu nak tahan, terus diorg lepaskan air tu sekaligus. Mau nye tak banjir :P

Korang bayangkan mcm kita tadah air dlm besen, lepas dah penuh melimpah, kita tuang semua air dlm besen tu... w/p ada lubang air nak kuar, tp sementara tu, banjir la kejap dlm bilik air tu kan?

Ha, cemtu la yg dok terjadi kat Perlis ni. Diorg lepaskan air empangan tu, abih ler mendadak naik kat rumah2 orang. Masalahnya air naik mendadak.. kena rumah sapa2 kawasan rendah tu. Mmg tak sempat sangat nak angkat perabot2 yg berat2 tu. Diorg sempat selamatkan benda2 asas aje. Tak patut betul la...

Hmm.. lebat balik plak dah.

Aku tak buat apa sangat pon kebelakangan ni, rajin masuk blog Kakika aje. Kenapa? Sebab aku suka tengok Kakika mula buat perniagaan secara online. Tempahan kek dan kuih. Aku suka kuih2 dia, mmg sedap! Tapi kalo tart nenas tu, maksu aku punyala :D nnt nak bagi kat Kakika tart maksu tu.. kot2 dia buleh combine dan kuarkan tart generasi baru, hehehehe!

Kakika ni mmg minat masak dah lama dah. Tapi baru tahun ni dia dapat tumpukan sungguh2 pada pembuatan kek utk tempahan ni. Kalo dulu2, kue2 dan kek cokelat aje. Kue ni bukan korang xtau, terhad time raya aje kan? Tapi kue dia mmg sedap la. Almond London dia mmg class, crunch, kue bola kaler2 tu (ntah apa nama pon aku xtau) ekeke...

Sejak awal tahun ni, masa mula2 dia buka utk tempahan kek tu. Bleh nampak perubahan yg ketara jugak la dari sudut hasil tu. Bab sedap tu mmg sedap la, sbb kek Kakika buat mmg sedap, tak di nafikan. Tapi aku takde peluang lagi nak rasa kek2 dia yg baru2 tu. Kek nama pelik2 yg aku sendiri pon tak ingat :D Janji sedap aje.. hehehe! Memacam la kek dia terer buat ni, Ganache la, Cheese la, Blueberry la.. errr.. kalo korang nak tau, korang click la kat link ke blog dia tu Kakina Sweetr Bakery Kat link aku tu pon ada.

Tengok2 balik sejak awal2 dia buat kek tu, sampai skrg... makin kemas dan elok dah. InsyaAllah akan bertambah cekap lg nnt. Aku doakan yg terbaik utk Kakika. Nnt dah jadi tokey kek terkenal, jangan lupa kat saya plak ye akak! :D

Arini dok sambung tengok cite semalam, documentary actually. Earth 2100. Bagaimana dan apa akan jadi pada bumi 100 tahun dari sekarang. Masalah start dengan minyak, pemanasan suhu global yg menyebabkan paras air laut naik mendadak. Abih sume banjir. Dan virus2 baru muncul dan membunuh dengan mendadak ketika manusia dalam struggle nak menyesuaikan diri dengan keadaan baru... billion orang mati dlm masa beberapa puluh tahun. Populasi manusia menyusut...

So, hargai lah dunia yg ada sekarang. Kejahilan generasi sekarang akan menyebabkan kemusnahan pada generasi akan datang...

Saturday, November 21, 2009

Radio Quran

Hari ni secara rasminye dah start la cuti sekolah. Hehe! Tp aku nak meloncat2 pon xleh gak, sbb aku tak terlepas lagi :P ada banyyaaakk paper xm budak2 yg aku nak kena tanda kan. Letih jugak, maximum aku boleh tanda 5 paper aje sekali duduk. Tu pon lenguh dan letih dah. Slalunya 3 paper aje. Bangun jap lepak depan PC atau pegi luar bilik dlm beberapa minit, baru masuk balik sambung lagi 3-4 paper tu. Gitu aje la. Slalunya kalo masuk 12 paper tu, aku rehat panjang skit la. Hehehheeh!!

Arini Inas kenduri, jiran aku ni ha. Next two weeks, jiran lagi satu lak nak kenduri.. ehehe. Mmg asyik kenduri aje lah nnt, biasa la kan, cuti sekolah :) Nak wat cemana, pekak kan telinga, buat bodo aje la bila orang sah2 akan tanya kita bab kawen. Kena perli tahap gaban dah pon. Dari pakcik2 sampai laaaa junior2 aku akan tanya benda yg sama. Siap sengaja tanya anak dah berapa tu :P aritu aku siap kena dengar khutbah dari Abg Bri ngan Marwan lagi, adesss!!

Sapa laaa xnak kawen, kalo aku sorang2 aje, aku tak kisah la.. dah lama dah cari dan kawen.

Semalam sambil borak ngan Una, aku dpt cari radio Quran. Fuh, best gila.. betul2 lama mencari. Radio Quran, dari negara2 arab. Yg sebenonye, aku hanya nak cari Radio Quran Kaherah tu aje. Sbb dah biasa dengar, bertahun2 lak tu. Apa yg istimewanya radio Quran ni adalah, kebanyakan masa dia mmg baca quran aje, iklan takde, mmg takde langsung la nak iklan2 barangan ke hapa ni. Pehtu dia ada la kuliah2 agama atau tazkirah yg disampaikan oleh syeikh2 dan ulama2, most of them dari Al-Azhar la. Boleh dikatakan baca quran ni 75%, kuliah+tazkirah tu 23% dan baki 2% lagi tu utk pengumuman hal2 yg berkaitan :) Radio ni mmg 24 jam... tu yg seronok.

Tapi, yg aku dpt ni.. list radio Quran utk kebanyakan negara arab.. Saudi, UAE, Kuwait, Mesir, Maghribi dan mana2 ntah lagi. Tp yg kualiti best punya, Radio Quran Kuwait aje laaa... yg lain punya kualiti streaming dia mmg ampeh dan teruk :P

http://www.islamicbulletin.com/services/audio.htm

Ha, tu link dia kalo sapa2 nak try dengar. Dia akan buka Windows Media Player utk nak stream. Kalo sapa2 yg takde plug-in tu, dia nnt minta utk install kot.

Apapon, aku puas hati :)

Tuesday, November 17, 2009

Ganu Lagi. KOLOKIUM


Ari Jumaat aritu aku pegi Ganu, diorg hantar beberapa orang guru utk menghadiri KOLOKIUM Instituisi Pengajian Swasta: Skola Agama. Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan aje la yg banyak... tp sbb skola aku ni byk yg xleh pi, jd diorg hantar la 2-3 org guru muda ni, termasuk aku yg xtau apa2 ni :D

Pegi kejap aje, mmg xde masa nak ronda2. Bertolak Jumaat 3 petang, sampai Kuala Terengganu kul 3 pagi. Lepak kat Kampung Laut, tu pon lepas tipon Caphiq, lega dia jawab.. mau dia tak jawab, abih ler kami dok kat KT tu tanpa arah. Heran betulla Cikgu Aq xkontek bebetul. Apala...

Bestnya sbb dpt jumpa Amali dan member2 yg lain. Ada time rehat yg panjang aje, kami kuar makan terus kat mana2. Cian Abg Bri sbb asyik kena tipon ngan Cikgu Aq, mau nak ada depan mata dia jaa. Naya la kawan tu.. haih.

KOLOKIUM tu best, mmg penyampaian padat. Best dengar. Ahad tu terus balik. Sebelum balik tu pi makan kat Skola Kg Laut dulu...




Lauk sedap.. best best :D sekali makan aje la, banyak mata aje dok perati aku kalo makan banyak2 ni, kena la jaga.. ekekeke!

Masa kat luar koridor tu, sempat amik gambar Pakcik Zahari ngan abah Along.

Aku start rapat ngan Pakcik Zahari ni since dia pegi Mesir la, pi nak blaja Arab serba sikit kat Markaz Lughah. Dia pi bertiga ngan Cikgu Din dan Pakcik Ali.

Ni la Skola Menengah Agama Kampung Laut kat Kuala Terengganu tu. Amali jadi Penolong Kanan tuuu... :D




On the way balik tu, depa singgah lagi beli kopok lekor. Aku malas dah nak amik, sbb mama tak bagi amik banyak2. Bila tanya awal2 masa kat sana tu, mama kata amik RM10 aje dah cukup. Kalo ikut aku, nak ler amik sampai RM30. Puas hati skit makan. Heheheh. Tp xpalaa, next time bleh pesan kat Amali lagi kalo nak balik Perlis :) Lagipon cuti ni Mie nak kawen ngan Fatimah. Amali mesti balik punya...

Masa lintas kat kawasan Empangan Temenggor tu, renti jap, sbb geng2 veteran nak buang air dan rehat. So, lepak2 aje la.. masa tu dah maghrib dah. Pakcik Fikri hentam makan plak kat sini, lelain lepak2 aje la sambil minum air.



Pehtu berenti kat Baling, Restoran Sri Landak. Aiseh.. ingatkan ade jual daging landak, rupanya nama aje. Ahaks! Lepas teruskan perjalanan, kami stop solat kat Gurun.. ha, lepas tu aku mmg tak sedar dah. Tido baeeekkk punya!

Sedar2 dah kat MATRI... hehe!

Monday, November 16, 2009

Terima Kasih Zilla :)

Ni la posting pertama aku sejak setahun yg lalu dlm blog ni. Lama gile aku tak menulis, sampaikan list blog aku dlm blog Lina pon jatuh paling bawaaah sekali :D dia pon masuk setahun yg lalu jugak la...

Al kisah nye yg aku tak menulis lama tu sbb aku rasa geram, frust dan nak tergelak sorang2, sbb konon aku nak ubah templates baru.. tetiba abih sume benda jadi pelik dan hilang memacam benda. Hehehe... konon bersemangat nak buat balik. Tapi dok gitu aje :P

Pehtu masa borak ngan Zilla, aku bertanya samada dia nak tak bantu aku betulkan balik segala templates dan apa2 aje la kat blog aku ni. Dia setuju! :D bestnye.. masa tu aku seronok gila dah. At least bleh la blog aku ni lawa cam blog dia tu. Hehehe! Dan ni la hasilnya... lawa tak? Tu pon setelah bersoal jawab sikit punya panjang ngan dia. Dia rasa pelik plak nape aku nak revive kan balik blog aku yg dah jd tapak artifak purba.

Well, aku tergerak ati nak masuk blog aku semula.. dan aku baca balik sejak pertama kali aku tulis blog ni. Jd, memori aku kembali pada keadaan masa tu. Seronok tengok Ida menulis, semangat aku, bagaimana happy rasanya dpt menulis kat blog... dan terus aku baca... jd memori tu la sume yg bagi aku serba sedikit momentum utk nak menulis semula ni.

So.. terima kasih utk Zilla aka Hantuburger. Pakar buat kek dan segala jenis masakan. Chewah.. kalo korang nak tengok blog dia pon boleh. Ada tu kat link belah kanan tu.

Thanx again :)

Monday, September 15, 2008

Testing

Main2 sangat... dah lewat plak tu, gatal nak pi kaco. Esok je la aku buat lain sume... hehehe...

Ha, aku ubah lagi arini. Rasanya mau berhari2 gak nnt aku nak buat blog ni sampai aku jd puas hati :D

Lagipon jumaat ni aku ada hal skit... kene pegi Kelantan. Lagi la lembab aku nnt :D

Sunday, September 14, 2008

Computer Baru.. yeay!!

Bulan lepas, masa cuti skola, pegi uma Abg Ronie ngan keta... pagi jumaat tu bertolak. Abah drive, konon nak tukar2 la ngan aku & Afif. Abah bawak sampai Juru, lepas tu baru dia letih skit... nak tukar pon, renti kat Bukit Merah je. Solat sume. Pehtu Afif drive... alang2 dah masuk Selangor, dia je la drive. So aritu aku rehat je la :D

Set ari dgn Abg Ronie, kami pegi berempat ke Lowyat. Naik LRT sume... mcm2 jenis org boleh nampak, Gothic ler, skinhead, fesyen ntah hapa2... elok la jugak sesekali aku mai tgk benda cemtu, belajar skit.

Aku tak ckp banyak, sampai aje Lowyat, tuju terus ke tmpt2 yg ada, tanya hardwares yg aku nak mcm dlm list. All thanx to Munzir :) lebih 3 bulan rasanya list yg dia bg kat aku ni. Tapi masih dlm kategori yg 'power' gak neh.

Mobo : Gigabyte EP43-DS3L

RAM: Kingston DDR2-667 (4 x 1GB)

Processor: Core2Duo E8400

GPU: XFX 9600 GT

HDD: Seagate SATA II 250GB

Power Supply: Silverstone (mmg stone pon, hampir 2kg beratnye!! )

Monitor: LG 19''

Optical Drive: DVD - AOpen

Balik tu, lepas usung naik tangga LRT sume. Pasang kat umah, setup XP awal2 tu. Tp lepas tu aku tukar guna Vista Extreme Edition. Setakat sampai arini, aku tengok stabil je la Vista Extreme Edition neh, tunggu la lebih 2 bulan kot2 jd apa2. Kalo bengong, setup Vista balik ah. Buat masa ni, aku puas hati la. Yelahkan, sbb sebelum ni aku mmg guna PC slow je.

PC slow ni, byk benda kena sabar. Kalo nak blog Vaga atau Cuker, aku nnt tutup abih ngan mp3, site2 lain. Kalo tak, berat terus PC lama tu :P tp skrg tak dah la. Rajin2 la aku masuk blog diorg nnt :) Skrg ni laju je bukak semua, Firefox ke, Office ke, YM ke... tak sampai 2 saat dah muncul. Alhamdulillah....

Game pon bleh main dah. Aku dah bubuh Warcfaft III, NFS Pro Street, Colin McRea DiRT, SBK 2008, Call Of Duty II... pk2, aku nak kena beli HDD tambahan la utk game ngan citer. Game skrg ni bkn kecik2 mcm dulu. DiRT tu aje dah makan space hampir 10gb :P

Speaker aku tak beli, sbb guna mini Hi-Fi yg ada, cucuk ke PC. Sound dia takdela best sangat. Rasanya sbb aku la tak reti nak setting sound ni :D tp ok la... 5x ganda lebih best dari dulu. Hehee...

Monitor ni sebenarnya tak beli masa pegi aritu. Sbb dok ada monitor lama, nak guna lagi la w/p dah separuh hancur, ehe. Tp masa nak pasang CPU baru ni, aku kena la gerakkan monitor lama tu, tau2 kaler dia dah hilang, terus jd mcm rainbow kat screen tu, hehehehehe... lawak gak. Tp pening la mata. Masuk 3 hari, tak tahan. Tanya Munzir, pehtu call Hanizam, mintak tolong dia hantar monitor yg sesuai... arini call, esok petang sampai terus dari KL! woww.... thanx Hanizam :)

Baru la puas hati nak tengok cite, main game, bertenet dan wat keje apa2 pon. Really... dah lama aku tunggu. Sebelum ni tengok org punya je la. Yg slow pon aku usahakan... dapat jugak akhirnya lepas lebih 10 tahun tunggu, alhamdulillah. Thanx Munzir sbb buatkan list yg best utk aku. Dan thanx utk abah sbb tolong belikan... :D Harap dpt la bertahan at least 5 tahun sebelum kena tukar keseluruhan, sbb mungkin masa tu dah tak relevan lagi hardware2 ni sume... who knows. Hardware computer ni mmg laju je kat pasaran...

Nanti ada masa, aku amik gambar... malu jugak nak tepek, bkn sbb PC ni.. tp sbb meja dan keseluruhan yg serabut sesangat... bilik share 2 org, cemnih la jadiknya. Dah la sempit... huhuhu...

Madrasah Ramadhan

Yapz, Ramadhan dah masuk. Satu bulan yg mulia, yg patut kita amik kesempatan dengan bermacam2 kelebihan yg ada di dalamnya. Tengok sejauh mana aku dpt memanafaatkan madrasah Ramadhan ni...

Apakah aku akan menjadi orang yg lebih baik? statik? atau lebih teruk dari sebelumnya... huh.

What is happening to me...

Friday, September 12, 2008

Update

Ada beberapa hal yg aku tak tulis lagi...

1. Ramadhan dah datang.

2. Beli PC baru.

3. Program Assessment Centre JAKIM

4. Interview KPLI

5. Kematian

Tu je la kot point yg aku teringat skrg. Takpela, nnt dah tulis.. baru nak terkuar kot apa2 yg teringat.

Wednesday, August 06, 2008

Diam aje, tak cedera pon

Kelmarin dan arini merupakan antara hari yg ada pelajaran dan pengalaman buat aku. Pelik pon ada, heran pon ada, gelihati pon ada, sedih pon ada... sumenye psl posting org kat forum.

Terkedu bila aku baca forumer tu kata kat aku, belajar agama tp hiporkrit pada Allah. Nape? semata2 bila aku setuju dengan fatwa2 yg dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwa Kerajaan Negeri Pahang, fatwa Kerajaan Negeri Perlis dan fatwa Kerajaan Pulau Pinang. fatwa negeri2 lain tak sempat la pulak nak check. Dan fatwa2 ni telah pon diwartakan. Maksudnya bukan mufti sorang aje buat keputusan, ada dah ahli2 syura yg membincangkan perkara ni serta mempersetujuinya berdasarkan ilmu dan hujjah2 yg telah dibahaskan. Baru boleh kuar fatwa, diorg ingat mudah je apa nak warta fatwa buta2 gitu je. Isk... sungguh terkedu dgn kejahilan tu... tolonglah...

Fatwa yg mengatakan psl upacara pada tugu negara tu adalah satu perbuatan yg bertentangan dgn Islam. Yg dia ni betul2 nak menentang aje. Hairan sungguh, ingat senang2 aje ke sesedap mulut nak cakap tentang hukum hakam, nak menghalalkan yg haram atau nak mengharamkan yg halal? besar sangat tanggungannya. Mustahil diorg buat tanpa ilmu, malahan diperbincangkan beramai2 serta mendapat kelulusan dari orang2 yg berkelayakan jugak.

Nape aku gelihati? sbb pelik ada org yg konon terer berhujjah bab agama, tiba2 tolak segala fatwa dari beberapa negeri. Tak ke lucu...

Pelik, hairan la... sbb adakah dia betul buta ilmu tak tau cemana cara fatwa dibuat? di wartakan? dia tak tau ke?

Sedih, sbb dgn kejahilan dia tu, dia sanggup melawan kata2 org yg mengeluarkan fatwa dengan ilmu dan tanggungjawab diorg.

Dan disebabkan kita menyokong fatwa ni, dah kena cop hipokrit. Adoilaa...

Pandai dia nak provoke aku, kata aku sokong org bertawasul. Bila masa ntah aku penah cakap kat org aku sokong org tawasul? bila? bila? TAK PENAH PON. Tapi aku tak menjawab langsung posting2 tu. Apsal? sbb satu reply posting akan membawa kepada reply2 yg lain, dimana hal2 tu akan terpusing2 yg akan menyebabkan org2 lain yg tak paham tentang perkara ni akan menjadi lebih keliru. So, better diam sebelum disebabkan aku reply, walaupon aku yakin aku betul... tp sekiranya aku antara punca yg boleh menyebabkan org lain silap paham tentang perkara yg dibahaskan tu... aku share dosa sama. No way I'm gonna do that... kadangkala senyap ada lebih baik w/p kita berada di pihak yg benar. Yahz.. baru aku paham.

Maybe dia nak cakap psl mufti Perlis tu setuju tentang tawasul, dunno lah. Tapi itu perkara furu'/cabang. So, bila aku sokong mufti bercakap tu, dia fikir aku sokong abih la segala perbuatan mufti. Agaknya gitu lah kot. Sebabnya tak penah pulak aku cakap kat org aku setuju ngan tawasul secara terbuka. Bahaya kalo bincang bab khilaf yg keterlaluan ni secara terbuka... kalo org buat tanpa ilmu, boleh jatuh syirik. So, utk mengelakkan hal yg lebih buruk, lebih baik diamkan ataupon berbincang dgn org yg ada kefahaman yg asas dlm hal ni. (Bab tawasul ni, if ada sesapa terasa nak tau nape aku tak tulis kat sini, bitau je la aku... jgn dok peninkan kepala anda sebelum kuar thought yg lain..)

Fikir2 pon, mengong jugak la kalo dia pk cemtu. Apsal? Kalo seseorang yg kita tak bape suka sekalipon. Kalo dia cakap atau buat benda yg betul, takkan kita nak kata dia salah pulak? semata2 kerana kita tak suka dia. Itu yg hipokrit sebenarnya. Dah org tu buat yg betul, sokong lah. Itu pon susah nak cerna dlm otak ke... setuju dgn sesuatu kenyataan, tak bermakna setuju dengan seluruh tindak tanduk dia dlm kehidupan... aiyarrkk...

Ni sume kes aku quote balik apa yg Amid kata la... aku BOLD kan bahagian yg aku nak highlight tu. Kerana kejahilan dia yg melampau sanggup melawan fatwa 4 buah negeri sekaligus!!

Tapi arini yg seronoknya, ada pulak org tak tengok bahagian yg kena BOLD tu.. dia tengok bahagian yg tak kena bold... dan komen atas komen tu kat aku pulak. Adessss....

Aku tetap tanak balas apa2, biar je lah. Biarla org nak fikir apa sekalipon, asalkan aku tak bawa org lain fikir lain. Lagipon org tu mmg pandai sangat putar belit fakta.. itu yg aku tak tahan...

Lebih baik diam aje.

Monday, July 21, 2008

My Happy !

(Perhatian: Aku hanya cite tentang HAPPY, iklan je!)

Lama tak update? bersawang? alemak... dah jadi trademark aku agaknya kat blog ni. Hehehe!!

Arini tergerak ati gak utk nak update, sbb aku baru dapat pack HAPPY yg aku order dlm 10 hari lepas, ngeh ngeh ngeh.... :D

Aku order dengan baju dia sekali. Boleh tahan la gak...

Nombot ni kali ni nak bagi kat Afif la, aku nak amik balik yg aritu punya. Cuma baju ni aku nak pakai ler. Hehehe...

Setakat yg aku guna HAPPY ni, mmg okay la. Coverage dia guna DiGi punya. HAPPY ni DiGi punya, tp dibawah pengurusan yg berbeza. Kiranya kalo kita tipon kat DiGi utk nak bertanyakan masalah psl HAPPY, diorg takkan layan la. Kira mcm kita tipon Celcom, tanya psl Maxis, hehehe... HAPPY ni ada pengurusan khas dia. Mcm satu line baru lah.

Calling rate dia dikira 1 saat = 1 sen. So, kalo kita tipon seminit = 60 saat = 60 sen. Mahal tak? Mahal woo.... tp kiraan tu akan stop kat 99 sen. Maksudnya, kalo kita cakap selama 5 minit = 300 saat, kita tetap kena bayar 99 sen aje. Dan paling lama kita boleh bercakap adalah selama 45 minit, kemudian dia automatik putus. Tp dia akan ada warning tones pd 44 minit tu. Kiranya tahap tertinggi bersamaan dgn 45 minit = 99 sen. Murah balik ler....

Kalo cakap 10 minit pon... kira dah boleh beat kebanyakan plan tipon dlm Msia skrg ni.

SMS dia pulak, 10 sen utk 1 sms. 1 page la kan...

Bukan hanya sesama HAPPY atau DiGi, tapi dengan mana2 line sekalipon dalam Malaysia ni, dia mmg guna rate ni, anytime, any local number :)

Lelain perkhidmatan, mahal..!! Nak list?

MMS: RM 1
International SMS : RM 1
International MMS : RM 2
IDD Call : RM 5 per minutes
GPRS : 50 sen = 10 kb
Call Center : RM 2 per calling (haa, call servis pon kena bayo ni. Bukan free!!)
Call ke 1800/1300 : RM 1 seminit.
Tanya time 1051/103/TNB Hotline 15454 : RM 2 per call.

So, HAPPY ni terang2 bukanla line yg boleh dibuat line utama kita. Sesapa yg buat main line dia, mmg sakit ler. Aku beli ni adalah utk nak buat utk cakap panjang2 melebihi 5 minit. Kiranya mcm tau dah, tipon dia ni utk nak sembang2 ke apa... ha, takpela. Kalo takat nak tanya hal kejap2, takyah la. Aku pon beli kat Herey aritu Nokia 3100 2nd hand nye, RM130 je. Orait la. Aku sukakan model tu :) Senang sikit, kot mak aku nak gayut ngan maksu ke, ngan kak ipar aku ke... cakap panjang2, nah. Amik HAPPY ni... hehe...

Memang kena faham bebetulla sebelum nak beli HAPPY ni, kalo tak, mmg sengaja cari penyakit, ahaks!! Lagipon DiGi lancarkan HAPPY ni adalah utk nak bersaing dengan U-Mobile, yg dahpon ada kat pasaran. Next year bila U-Mobile dpt lesen utk nak lancarkan ke seluruh Msia, abih ler. Fight la semua syarikat, mesti rate pon turun. Kita sebagai pengguna la kena pandai. Kena tau kat mana yg sepatutnya kita amik kesempatan, heheheh. U-Mobile nye rate plan mmg power gak la. Tak silap aku, dia pon buat rate 1 sec = 1 sen, cumanya tak tau stop sampai bape. Hehe. Kat sini, HAPPY still yg paling murah dlm Msia utk percakapan selama 45 minit ni...

HAPPY ni, utk nak idopkan line, RM 5 nye top up aje dah boleh bertahan selama 60 hari. Lama kan? takkan la tak mampu utk nak cari RM 5 dlm masa 2 bulan. Kalo tak mampu, xyah pakai hp la... Top-up dia boleh guna DiGi punya tak silap aku. Buat masa ni aku tak top up lagi ler. Sbb masa beli tu dia dah bg credit 30. Mana la nak abih lagi... huhu.

Kalo kena bar, kena curi, rosak... maka, SIM card ni kira burn la. Abih gitu aje. Takkan dpt diganti dah. Dan kalo nak jugak, kena beli baru. Takde ganti utk mendapatkan nombor yg sama.

Nak beli HAPPY, kena order secara online. Dia akan hantaq mai ke umah, guna GDEX. Hanya bayar RM 30 utk SIM card termasuk credit 30 yg dah sedia ada dlm tu, termasuk ngan perkhidmatan GDEX tu la. Ada la mcm2 offer... kalo nak, pi tengok kat site dia la.

Arini aku dah buat iklan free utk HAPPY, Hehehehehe...!!

Wednesday, May 28, 2008

Kenduri dan Kematian

Kat mana yer.. MATRI baru je selesai sambutan 2 Dekad. Boleh tahan w/p tak semeriah mcm EXPO yg dibuat pada zaman2 aku dulu. Sentuhan diorg ni berkurangan agaknya bila dah lamaa sangat tak buat program mega cemnih. Apapon, seronok jugak la sbb dpt jumpa balik sesetengah member2 lama. Yg lucunyer, aku tak kenal Muna.. mmg berubah betulla muka makcik tu. Agaknya sbb aku tak penah jumpa dgn dia dah 13 tahun kot. Hehe.. tp diorg kenal je aku, tu yg tak best tu. Hehehe...

Hari Sabtu mmg aku takde sbb pagi2 lagi dah kuar utk MTest. Aku, Wadi, Ameq, Liana, Rod... sampai aje kat dewan tu, tgk berlonggok2 org dok tunggu kat luar. Pak Daq pon ada... borak ler kat situ.. susah? ntah... ada aje soalan2 yg aku hentam. Abih tengahari tu, aku ngan Ameq pegi makan2... Wadi balik terus sbb nak pegi amik Zue n Amsyar kat umah nenek Intan.

Ahad plak, pagi2 lagi aku bersiap2 ngan Afif utk ke Mahang. Huhu... berdebar gak rasa sejak rumah lagi. Yelah, nak pegi jejauh ke satu tmpt yg aku sendiri tak penah sampai :P Kuar umah lewat gak la.. kul 10 gitu. Tapi, baru sampai atas sikit dari Panggas.. aku suruh Afif patah balik, sbb tertinggal cincin Lina. Ahaks. Mau frust akak tu, siap dah pesan kat aku awal2 lagi :D aku plak boleh terlupa. Balik2 umah.. sume org tanya, apehal... tertinggal benda laaa. Sempat lepak dulu kat dapo, tibai skit. Lapaq seh :D

Sampai kat Penang, mula la tgk signboard.. Oooo, Kulim... Kulim... ikut plak ke Kulim... highway pendek tu kene RM3.20.. huhu. Renti boh minyak, sbb tak selesa la rasa nak drive ke tempat yg xtau berapa jauh ni. Tanya2.. ada la mokcik tu cakap ikut bla bla bla..hehe. Maka kami pon ikut ler. Peta yg Jihan letak dlm kad kawen dia tu mmg boleh pakai 100%, nice..! cemtuh la mau kan? Ni sesetengah tu, cincai aje buat peta.. jd kepada sesiapa yg nak buat kenduri kawen tu, letak la peta elok2 yer :)


Memang dlm jugak dari Kulim tu nak sampai ADTECH, tapi.. lepas2 jumpa ADTECH tu, mmg mudah la nak sampai umah Jihan :) Lega la rasa bila sampai.. tgk Lina n Jihan nampak.. siap panggil naik atas. Aku ingatkan, kot la diorg bz. Soheh aku wat keje ngan Afif jer la :D Yelahkan, kenduri dia.. mesti la bz. Boleh paham la bab tu... tp thanx utk Jihan, sbb tak lupakan member yg tak seberapa ni :) Bapak dia pon OK. Cian dok melepak bawah payung tu...

Suka aku tgk Jihan, sbb dia hepi, ceria dan sikit pon tak nampak tensen :) Bab kontrol ayu tu, aku no comment la, hehehe. Jihan control ayu gak aper... cuba korang pegang camera, nak amik gambo dia. Sah dia akan bg posing terbaek :D Apapon, tahniah Jihan.. semoga berbahagia bersama hubby tercayang :)

Tak lupa gak kat Lina. Thanx sbb sudi uruskan hadiah aku yg tak terurus tu :)

Balik dari Mahang, dah kul 3. Afif ada game kul 5.30. Dlm kul 4 gitu, kat Kulim, Wadi call, nak confirm berita yg dia dengar.. Nasir meninggal. Terkedu kejap aku.. tipon Mat, tak angkat. Tipon Abbas, tak dpt. Call Yaban... alhamdulillah dpt. Dan Yaban bitau hal yg sama kat aku.

Lepas antaq Afif kt ILP, aku nak pi boh minyak. Elok jer sampai kat jalan besar, Mat tipon aku. Rupanya dia ada kat IPDA, baru abeh kelas. So terus aku patah balik amik Mat n Karim, then terus pecut ke umah Nasir kat Sungai Korok. Terus pegi ke belakang rumah dia, sempat tgk diorg dok mandikan mayat. Betul, Nasir. Tak sangka betul, org yg peramah, cakap mmg tak renti. Senyap. Dia adalah antara org terawal yg aku jumpa kat Mesir. Dan antara org yg utama yg menyebabkan aku, amali dan Wadi dpt pegi ke Dumyat.

Tengok muka dia mmg bengkak. Eksiden, moto sama moto. Org langgar dari tepi, laju tak laju yg langgar dia tu bawak.. berkecai la moto depa dua tu. Dan org yg langgar dia tu mati kat tmpt kejadian. Kepala Nasir pecah sikit kat belakang. Nazak dah masa kat spital tu. Isteri dia sempat datang tengok. Anak baru sorang... setahun lebih.

Kat rumah Nasir la baru dpt jumpa balik geng2 Mesir yg lama, terutamanya dari Dumyat. Nasir ni org yg peramah, mmg banyak sangat org kenal dia. Sempat la borak2 tanya khabar dgn ostat2 lama tu :)

Balik dari umah Nasir, lepak kat umah tumpang Mat kat Bukit Pinang. Quarters guru. Solat, rehat, borak2... lepas isya. Kuar makan. Dlm kul 10 mlm. Abbas call, rupanya diorg baru kuar dari umah Yusri lepas balik dari umah Nasir. Ajak datang ke tmpt kami makan tu. Jumpa pulak ramai2 kat situ. Ke On, Sopuan, Yaban, Mat, Karim, Abbas... borak2 lagi sampai kul 11. Hehe.. susah la nak cari peluang lepak2 ramai2 gitu. Tuko2 cite masing2 la....

Lepas hantar Mat dgn Karim balik ke Bukit Pinang. Aku pon tuju la rumah sorang2... kul 12.40 baru sampai umah. Bukak tenet... tenet jap ngan Lina. Dia bg gambo yg kat umah Jihan tu. Baru aku perasan rupanya aku serabai sesangat. Ya Allah, rasa mcm nak pengsan pon ada. Yelaaa.. pegi kenduri weii... ramai org tuuu.. aku plak serabai :P isk isk... mana la aku tau, bukan layan kat cermin pon. Kot la depa nak bitau aku skit2... huhuh....

Takpela... stop dulu ah.

Sunday, May 11, 2008

Exam



Minggu ni ada xm utk bebudak ni, so aku kena buat soalan utk form 1 ngan form 2. Aritu dah bagi, tup2 aku dpt balik soalan tu diorg suruh ubah sana sini. Hmm, alamatnya jadi lambat balik ler.

Life skrg ni bawah skit dari biasa. Aku rasa boring, mcm ada sesuatu yg sentiasa tak kena.

Tp ok la, aku bukannya hidup merempat pon. Still hidup. Bersyukur la kan dari org2 kat Myanmar yg kena ribut arituh..

Aku nak sembang panjang pon jadi mati akal dah. Bio jer la...

Pada member2 yg berada kat Mesir skrg, yg sedang bersiap sedia utk menghadapi exam.. bittaufiq wa najah... :)

Saturday, May 03, 2008

Wednesday, April 23, 2008

Tahankan Kesabaranku

Kat mana aku skrg? rumah ke? bilik sewa ke? hotel ke? kaki lima ke? sekolah ke? kilang ke? stesen bas ke? tak tau... aku tak tau....

Thursday, April 17, 2008

Umah Sewa? Bilik Sewa?

Pagi2 nak bangun rasa liat sangat.. time tu jugak la dlm keadaan lalok tu dok nasihat (baca: pujuk) hati sendiri tentang tanggungjawab ni :) Aku ni muda sangat dlm bidang pekerjaan... nak merungut apa. Org lain yg sebaya aku dah keje bertahun2 dah, mcm2 kene.. yet, diorg tetap bertahan dgn keje tu. Aku harap aku pon dpt tahan gak la.. di samping dpt mcm2 pengalaman. W/p sebenonye aku ni cepat boring... so, kena ada cara la utk aku sendiri tanak boring :)

Lepak umah pon semacam je. Abah ngan mama sabtu baru nak bertolak balik, ahad baru sampai kot. Ada la appointment kene tunda ke apa... bilik panas, nak bukak tingkap, nyamuk plak. Risau la gak sbb skrg ni kan musim denggi. Dan kat Perlis aje dah catatkan kenaikan 350% kes Denggi tak silap aku... hoho, tinggi tuh! Tp sbb panas, mlm ni aku bukak la gak jap. Bukak tingkap atas tandas sama... bagi angin lalu.

Ptg td amik Afif dari Jitra, sampai je umah. Ajak dia kuaq pi beli apa2 skit kat pasar malam kat Taman Melati tu. Lapaq seh, tak makan seharian :P masa nak naik moto tu, Afif perasan pasu bunga besar depan tu pecah... hmm, aku pon perasan.. tp dah org tak ckp apa2 kat aku, watpe nak tanya. Wat derk jer la... jawab aje lah ngan abah ngan mama nnt... me, dunno....

Aku takleh dok dlm keadaan cemni je. Must do sumthin.. slow atau tak, yg penting, bergerak. Esok ptg kene laporkan diri kat Wang Mu, jd fasilitator la tu. Ahad pg nak kene ready wat kuliah skit.. adeihh..... mulut aku, lidah aku... oooohh....

Wednesday, April 16, 2008

Poem: Bizi nyer

I¹M TOO BUSY


Everyday as I wake up at dawn
My mind start working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That's why I hastily did my Subuh prayer
I didn't have the time to sit longer to praise the Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd...

Since school, I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My ECAs took up most of my time always
No time did I have to Allah to pray
Too many things to do and zikir is rare
For Allah, I really had no time to spare..

When I grew up and started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefered to have fun
I chatted on the phone but I didn't read the Quran
I spent too much time surfing the Internet
Sad to say, my faith was falling flat...

The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
I couldn't spare time to go to the mosque
I'm too busy, that's the BIG EXCUSE...

I did my five prayers but did so quickly
After prayer, I didn't sit longer to reflect quietly
I didn't have time to help the needy ones
I was loaded with work as my precious time runs

No time at all to visit a sick Muslim friend
To orphans and elderly, I hardly lent a hand
I'm too busy to do community service
When there were gatherings, I helped the least

My life was already full of stress
So I didn't counsel a Muslim in distress
I didn't spend much time with my family
B'coz I thought, doing so is a waste of time...

No time to share with non-Muslim about Islam
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan's fall..

I'm busy here and busy there
I've no time at all, that's all I care
I went for religious lessons, just once in awhile
Coz I'm too busy making a pile...

I worked all day and I slept all night
Too tired for Tahajjud and it seemed not right
To me, earning a living was already tough
so I only did basic deeds but that's not enough..

No time at all, to admire God's creation
No time to praise Allah and seek His Compassion
Although I know how short is my life
For Islam, I really didn't strive..

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with my Life's History
I feel so guilty b'coz I should have prayed more
Isn't that what a Muslim lives for?

To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us all to read..

Now at Judgement Day, I'm starting to fret
I've wasted my life but it's too late to regret
My entry to Paradise depend on my good behavior
But I've not done enough nor did proper prayer

My "good deed book" is given from my right
An angel opened my "book" and read out my plight.

Then the angle chided me....

"O You Muslim servant, you are the one,
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know that your faith is loose?
saying "no time" is only an excuse.
Your "good deed book" should be filled up more
with all the good work you stood up for..

Hence, I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist..
I was about to write some more, you see
But I did not have, THE TIME to list.......