Sunday, August 21, 2005

Kisah Duka Pelajar

Aku dok cari pasal idea rancangan realiti TV Islam pulak dibuat ganti AF .. Msian Idol..dll tuh... tak jumpa2 pulak.... so, sekali lintas.. ade pulak rintihan psl kisah pelajar2 Mesir yg di.. err, di apa yer... di aniaya oleh org yg diberikan tanggungjawab utk menjaga kebajikan ...kot? hmmm... ni la realiti.. nak buat benda baik pun susah.. depa usaha gak nak sekat gila2... pelik... tapi dah realiti... hadapi aje la... Juz utk member2 aku yg tak tau kisah dan hakikat yg berlaku kat Pelajar Msia di Mesir... ni antaranya aje...

Kisah duka pelajar-pelajar Selangor di Mesir

Izinkan kami menceritakan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh anak-anak Selangor yang belajar di Mesir, khususnya yang tinggal di asrama Hayyul Asyir, membabitkan penindasan dan kezaliman dua orang pegawai. Setelah kami diugut dengan berbagai-bagai ugutan -- dari akujanji, kemudian dihantar dua pegawai yang kononnya untuk kebaikan dan keselesaan kami, ditambah dengan jaga yang mengongkong kebebasan kami di sini. Baru-baru ini beberapa pelajar perempuan diugut untuk dihalau keluar dari asrama Selangor dan diugut akan ditarik pemberian zakat. Apa sebenarnya "dosa" anak-anak Selangor ini? ”Dosa" mereka hanya kerana mengikut program PMRAM yang berbentuk ilmiah dan tsaqafah. Dan pada malam itu diadakan qiyamullail dimana mereka telah bermalam di tempat yang disediakan untuk mereka. Apakah itu satu kesalahan yang terlalu berat dan besar? Apabila ditanya kepada dua pegawai tersebut, mereka mengatakan PMRAM haram. Sedangkan semua maklum PMRAM yang sudah lebih 70 tahun bertapak di bumi Mesir banyak memberikan perkhidmatan yang tiada tolak bandingnya terutama hal ehwal kebajikan serta peningkatan pelajaran pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ini. Adakah dua pegawai yang tugaskan di sini terlalu bodoh dan dungu serta jahil sehingga tak mampu nak membezakan antara maksiat dan kebajikan? Dosa qiyamullail Adakah pelajar-pelajar perempuan itu keluar kerana membuat maksiat atau adakah PMRAM menganjurkan pesta dangdut atau tarian gelek atau PMRAM mengajak anak-anak Selangor masuk disko The Zouk? Kami dimaklumkan ramai pelajar wanita dipanggil masuk ke pejabat dua pegawai tadi untuk diugut dengan berbagai-bagai ugutan semata "kesalahan" mereka pergi ke majlis qiyamullail! Dalam kes kedua, pelajar-pelajar lelaki Selangor dijemput untuk membuat persembahan nasyid di Damanhur (sebuah daerah di Mesir) bersama dengan penuntut Malaysia di sana. Mereka berlatih nasyid dalam tempoh beberapa hari, sampai merah tangan pemain kompang. Pelajar ini kemudiannya meminta sedikit peruntukkan untuk ke sana. Pegawai berkenaan menolak. Pelajar tadi meminta izin pergi ke Damanhur dengan duit poket sendiri, tidak dibenarkan juga, sambil pegawai itu mengugut: "Kalau kamu pergi juga, saya akan buat apa yang termaktub dalam akujanji. PMRAM adalah badan haram!” Astagfirullah, sudahlah pelajar luar nak ziarah kawan-kawan di rumah Selangor tak diizinkan naik, malah pelajar Selangor yang hendak pergi ziarah mahabbah di samping persembahan nasyid pun tak diizinkan juga. Hubungan silaturrahim anak-anak Selangor dengan pelajar negeri-negeri lain diputuskan begitu saja. Akhirnya rombongan tersebut dibatalkan kerana ada anak-anak Selangor di kalangan ahli kumpulan nasyid tersebut yang mendapat bantuan zakat dan dikhuatiri bantuan zakat mereka akan disekat pada tahun depan! Bayangkanlah … Kes ketiga, berlaku pada 15 Mac 2005. Telah dikeluarkan satu iklan di rumah Selangor meminta pelajar Selangor yang sampai di Mesir sebelum 2003 diminta keluar dari asrama. Setelah usaha dari dahulu lagi untuk menghalau pelajar lama, gagal kemudian disusuli dengan usaha untnk menghalau AJKT BKSAM dari asrama pada musim peperiksaan baru-baru ini sehingga berlaku kekecohan. Sekarang dua pegawai yang zalim ini mencuba untuk menghalau pelajar lama dari asrama. Kalau dahulu, semasa persatuan lama (BKSAM), tak pernah timbul kes halau menghalau, tak pernah kami diugut, tak pernah kami di zalimi, tak pernah kami dihina sedemikian rupa, tapi dengan kedatangan dua pegawai yang tak tahu adab ini, berbagai-bagai masaalah telah berlaku dan bertalu-talu pula. Nak dihalau bagai anjing kurap Sudahlah kebanyakan pelajar Selangor disekat dan diharamkan dari mendapat bantuan zakat, dalam keadaan duit tak menentu, rumah sewa mahal dan susah nak cari kemudahan penginapan, tambahan musim sejuk, dan lagi dua bulan peperiksaan, tiba-tiba kami nak dihalau seperti anjing kurap dari asrama! Walhal rumah untuk anak-anak Pahang yang ada pegawai dari dahulu lagi menjaga kebajikan pelajar Pahang, dengan penuh amanah dan tanggungjawab, dan sepatutnya dua pegawai tak beradab Selangor itu perlu belajar dari Encik Jazmi yang tak pernah bertindak untuk menghalau pelajar dari asrama. Lagipun asrama Pahang itu terbuka kepada semua anak-anak negeri dan tidak pernah mereka diarahkan supaya berpindah keluar. Tidak dapat dibandingkan dengan asrama anak-anak Selangor yang masih banyak kekosongan! Sesungguhnya dua pegawai Selangor ini langsung tidak berperikemanusiaan, tiada rasa belas kasihan terhadap anak-anak Selangor yang rata-ratanya miskin, yang mengharap bantuan zakat, yang datang ke Al-Azhar semata-mata mencari ilmu Allah. Buat pegawai dari Selangor itu, apakah kamu belum rasa puas dengan dosa kamu menutup surau dan masjid di Selangor, atau sengaja kamu menunggu bala bencana dari Allah Taala? Kes keempat, berlaku pada 16 Mac 2005. Pelajar perempuan mendapat arahan dari penjaga keselamatan berbangsa Arab, yang diberi taklimat oleh pegawai Selangor. Mereka tidak dibenarkan pulang lewat dari pukul 9 malam. Soalnya mengapa akhawat terpaksa keluar malam? Mereka terpaksa keluar malam semata-mata untnk belajar kitab di kelas tambahan, setelah segala kelas pengajian agama diharamkan serta diberhentikan di rumah Selangor. Sekat usaha tambah ilmu Jadi mereka terpaksa keluar untuk belajar di asrama anak-anak negeri lain. Sudahlan rumah Selangor tiada pengajian agama, mahu disekat pulak pelajar untuk menambahkan ilmu agama di tempat lain. Betapa besarnya dosa mereka yang menyekat orang-orang yang ingin mendalami Ilmu, sedangkan Allah memuliakan serta memudahkan kerja penuntut ilmu Allah. Tetapi dua pegawai Selangor itu begitu berani dan aktif membuat berbagai undang-undang untuk menyekat kemajuan akademik anak Selangor di Mesir. Sebenarnya apa motif mereka di sini,mahu menjaga kebajikan anak-anak Selangoratau ada tujuan negatif lain yang tersirat? Inilah realiti sebenar yg berlaku terhadap anak-anak Selangor di Mesir. Kami mengharapkan supaya ibu bapa anak-anak Selangor dapat memahami segala tekanan dan kezaliman yang berlaku. Semoga Allah memberikan kekuatan serta hidayah kepada kami dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi anbiya' ini. Akhirnya sebagai tatapan, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Beruntunglah seseorang yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan, dan celakalah bagi mereka yg menjadi pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan."

...................

Aku mmg penah sembang depan2 ngan Cik Idris yg jadi wakil k'jaan Selangor utk nak jaga kebajikan rumah Selangor nehh... masa tu mmg tak kenal muka Cik Idris ni.. dengaq2 ja... dah sembang2 baru tau.... tu pun jumpa kat DMAK...heh... program anjuran kedutaan gaks... mmg dia sendiri akui..dah biasa buat benda2 ganas...tumbuk, sepak... rakaman student yg tunjuk dia tumbuk student selangor tu pun ade.. siap di ulang tayang lagik..kisah lama, tapi berturutan berlaku, makin sempit diaorg menekan... takpe.. ade la balasan...insyaAllah..

Alhamdulillah... tulis lagi :)

Pagi tadi aku tidoq lewat.. dah kul 7 pagi baru balik rumah. Mat xde, pi Cairo dah.. aku ngan Abbas maybe nak pegi esok atau lusa... lepak je dlm bilik Mat... surf internet... buat dan cari apa2 yg patut aku surf... ada lama masa gitu baru senang nak surf.. puas hati...

Tadi lepas isya, Abbas ajakpegi Dumyat.. beli baju, attar... tengok2 lauk kot2 ada banyak.. xde pun... masa balik tu, singgah kat Sai'ediey, makan firakh nus.. takla lapaq sangat.. tapi bole la, sambil borak2 dan cite pengalaman dan pendapat ... heheh.. biasala... borak ler katakan.. ade la pengalaman2 yg kita bole amik iktibar...

Dlm 2 bulan lepas, Lina ajak aku join Sri York...yahz..ok gaks... xde apa2 yg tak ok.. semua ok :) luv being there even jarang ade org.. yelakan.. sbb time2 tu aje yg aku bole on... nak buat cemana...

Alhamdulillah, aku lulus xm kali ni dgn mustajid thn 3... maka dp la naik thn 4.. insyaAllah kuliah start mid 9 nnt... hmm...kena study bebetul2 dah kali ni...last... taqdir nnt tgk banyak kat result thn 4 gaks... banyak dah pengalaman, pengalaman mengulang pengajian kat sini aje la... 3x kat thn 1... 2x kat thn 2...1x thn 3.. mintak2 sekali aje kat thn 4 gak... xmo da dok cni lama2.. ade yg best ade yg tak... kadang2 aku slalu tringat yg Cha sebut psl kawen tu...yelakan, pk sekali imbas pun, mmg betul jugak rasanya.... kalo kawen umo 32 la katakan... umo aku da 55 thn, mungkin anak aku baru umo 20 thn.. tu pun kalo Allah kasi dpt anak awal.. kalo lewat? uh.... katakan dia pun kawen umo 30 mcm abah dia gak... tak ke waktu tu aku da 60 lebey? tu baru anak sulung.. cucu?anak bongsu? huih huih... angan2 aje ke aku ni..... :P apapun... study dulu... kawen2 pk kemudian... enjoy ur study first :)

Semenjak 2 menjak ni... xdela bape hepi sgt... ade 2-3 perkara yg berlaku..kadang2 di luar kesengajaan aku... dan aku terpaksa betulkan semula... takpelah... biasa la kot cemtuh... nak buat cemana... yg penting aku pk cara elok aje.... positive... :)

Hmm...nak tipon ke hah.... :P

Friday, August 19, 2005

Test Kali Kedua

Chat ngan Ida semalam... dia masuk sat je, letih katanya... takpelah. Rasa lega dapat chat balik, slalu je aku ade buat silap yg mmg asal dari sikap aku sendirik... bole ubah kot.. try.

Tunggu punyala lama Naruto siri 147-148 nak abih, lepas jer abih... aku ngan Mat terus tengok.. hehe.. aku puas hati gak tengok siri nehh... bukan apa, dpt tengok adegan Hinata tunjuk minat betul2 depan Naruto.. hehehe

Friday, August 12, 2005

Testing

Hah... dah lama aku tak tulis apa2 kat sini.... Sofwan ajak datang umah tengok PC dia tak betul... PC markaz pun kata tak betul, tapi tu letrik punya masalah.. bukan PC... aku lepak kat PC Ein lepas dpt msg dari Ida... sesambil scan online.. aku donlod browser kat cni... aku try advanced browser...nampak best.. mudah dan laju... ntah la.. guna dulu~! ...

OK... testing... adakah berjaya? banyak org dah tanya nehh....

Thursday, May 19, 2005

Antara Dua Senario

Emm.. rugi plak kalo nak delete benda berharga mcm ni.... letak cni, untung2 aku bole ulang2...

Senario Pertama

1. Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan panjang. Kerana sesungguhnya antara yang haq dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa dan putus harapan. Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang berterusan dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNya. Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijah serta hasilnya ketika anda masih hidup.

2. Sesungguhnya apa yang akan ditemui oleh para duat di jalan Allah adalah gangguan dan tekanan dari golongan taghut dan musuh-musuh Allah yang mahu menghapuskan mereka, memusnahkan dakwah mereka atau menghalang mereka dari berdakwah. Itu adalah lumrah yang telah berlaku berulang kali di zaman ini. Semuanya didorong oleh rasa takut golongan taghut. Mereka takut kuasa mereka yang berdiri di atas dasar kebatilan akan musnah apabila yang haq bangun dan tegak untuk menghapuskan kebatilan.

3. Bagi menghalalkan terkaman dan cengkaman kuku besi mereka ke atas dakwah al-haq dan para pendokong dakwah, mereka terlebih dahulu akan mereka-reka pelbagai tuduhan yang paling keji dan dusta itu kemudianya dilemparkan kepada para pendokong dakwah. Mereka gambarkan kepada manusia bahawa para pendokong dakwah adalah musuh negara dan musuh orang ramai supaya orang ramai bangun menentang mereka seperti apa yang dilakukan oleh Firaun dan para pembesarnya terhadap Nabi Musa.


Senario Kedua

1. Di antara perkara yang diketahui oleh kita semua wahai saudara-saudaraku bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

2. Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

3. Remaja atau anak-anak kita hari ini berada di zaman yang begitu mencabar, mereka tidak berpeluang melihat wajah sebenar Islam. Mereka berada di dalam dunia yang penuh dengan tipudaya musuh-musuh Islam. Mereka dihidangkan dengan berbagai bentuk kehidupan yang menyeronokkan tetapi sedikitpun tidak ada hubungannya dengan Allah SWT.

4. Di samping itu kemewahan menyelimuti kehidupan mereka sejak detik-detik awal kehidupan mereka hinggalah mereka meningkat dewasa. Menyebabkan mereka kurang mengenali erti kesusahan dan kesukaran, mereka telah terbiasa untuk mendapat apa yang mereka inginkan dan mereka takut akan kehilangan apa yang ada pada mereka. Mereka tidak biasa hidup dalam kesukaran atau terpaksa bersaing untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan kecuali dalam aktiviti-aktiviti ya ng terancang seperti sukan, pertandingan dan sebagainya.


Permasalahan

1. Dua senario ini menggambarkan bahawa jalan Dakwah berada di satu jurang dan anak-anak kita atau remaja kita hari ini berada di satu jurang yang lain.

2. Dari satu segi, Anak-anak kita mungkin memahami dan mengenali bahkan mungkin boleh membuat penyampaian mengenai Jalan Dakwah; mengenai keperluan dan keadaannya. Namun untuk mereka memilih dan merasai tuntutan-tuntutan Jalan Dakwah adalah satu perkara lain.

3. Mereka mungkin selalu mendengar tentang Jalan Dakwah ini daripada kita tetapi mungkin dalam bentuk gambaran sahaja. Mereka mungkin memahaminya tetapi dalam bentuk yang terlalu idealistik

4. Dari satu segi mereka mungkin mengagumi Rasulullah SAW dan generasi sahabat-sahabat awwalun atau para ulama' muktabar namun untuk mereka memilih jalan yang sedang kita lalui adalah suatu perkara lain.


Beberapa Persoalan

1. Adakah anak-anak kita akan meneruskan kerja-kerja dai'e ?

2. Apa kerugian sekiranya mereka tidak menyambung atau mewarisi kerja-kerja dai'e ?

3. Apa yang perlu kita buat supaya mereka memahami dan merasai tuntutan untuk berada di jalan yang kita berada sekarang ?

4. Jalan dakwah akan sentiasa ada yang akan mendokongnya tetapi apa perasaan kita sekiranya anak-anak kita tidak menyertainya?


Keperluan Kepada Pewaris

Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.

Kita perlu membentuk pewaris sebagai Jundullah. Jundi fikrah dan Jundi ‘Aqidah. Justeru itu sudah semestinya pembentukan dan latihan kita besar dan rapi. Walaupun jalan ini panjang dan sukar tetapi ia jelas dan terang. Begitu juga matlamatnya. Tanpa jelas akan jalan dan matlamat ini, maka keiltizaman dan perjuangan seseorang selama 10 atau 20 tahun mungkin akan sia-sia.

Dipetik dari :

1)Jalan Dakwah : Syeikh Mustafa Masyhur
2)Abul 'Ala Al Maududi


Where are we...?

Just Around The Corner

Isnin ni da nak xm... huiii... tebuk ajela..
Kami still wat revision ngan Ahmad... alhamdulillah dia sungguh2 nak kasi kami paham... kalo la start awal lagi kan... hmm.. benda da lepas... penyusunan Allah la tu... takkan nak harap dia aje.. patutnya aku kene usaha la lebih.. apala...

TV da elok lama dah... cuma takleh tengok lagi, so dlm 2 minggu lepas, aku pi umah Suzairi... tau2 masa nak balik tu... dia kata... TV umah hang camana? aku pun bitau laa... dengan baik hatinya dia bagi kat aku dia punya booster... ehe.. thanx bebanyak :) banyak la gak yg aku buat ngan Azizul... tak dpt2 gak siaran... last2... aku tuko cable... dapat terus! rupanya cable lama tu da reput :P w/p dpt banyak channel.... Israel... Lubnan.. Syria... kekadang Cyprus.. Greece... tapi aku tak puas ati ler sbb bila angin datang je... seolah2 wave tu pun lari ikut angin gak.... hadoi... kena cari motor la nih...

2 hari lepas.. makcik tu datang kata da betulkan siaran TV cable tu... mana ade, tengok tak elok2 pun... blurr jugekk... pehtu suruh aku bayo 13.... tamo laaa.... adeke dia kata TV tu yg rosak.. siap suruh buang dlm tong sampah lagi... kureng betul ... dari bayar gitu bulan2... dengan channel dari 13 ... dpt 8 aje... terlalu kurang sangat berbanding Mansurah... baik kumpul duit tu beli parabola... puas hati..

Aku dok baca Fiqh Sirah lagi.. nampaknya mcm kena cari balik la buku Sirah Nabawiyah tu.. baru seronok ulang balik... tapi kali ni dengan kefahaman yg lebih sikit... insyaALlah. Ya Allah.. moga aku dpt kekuatan sikit lagi utk nak teruskan project ....

Massah dok misscall aku... hehe... seronok je dengar ringtones tu :)

Tuesday, May 10, 2005

Nak Exam Lagi

Huih.. rasanya lama dah kan aku tak tulis kat sini... ehekz.. lamaaaa... :P

Aku datang jugak tenet, tapi kekadang tu bukan time yg panjang utk nak tulis... dan ade plak sesetengah time tu mmg cukup utk nak tulis, tapi aku malassss nak buat... uhukz...

Apapun... sekarang ni da nak xm... lusa aku ade syafawi. 23 May.. start tahriri... abih 16hb... 8 paper...uhuh... jap lagi kul 10.. ade kelas lagi ngan Ahmad... best jugak, kalo harap aku sensorang.. maunyer dok malas gile..

Bebah , Liana pindah umah... umah tu, umah persinggahan.. so banyak ler barang... panggey turun, tolong angkat sama... dari H7 ke H10. Tak jauh dari umah yg kami dok lepak tu, depan suq sayarat aje. Cuma.. foq khalis... apala depa ni... dpt umah sume tinggi2... penat jek angkat barang, lega jugak bebudak perlis tu mai tulun... hikz..

Aritu balik dari Cairo.. singgah Mansurah... ade orang nak kasi benda kan? ehekz... tunggu ajela..cedap :) Mutad ngan Syafiq pi beli daging...kat sana murah banyak berbanding Dumyat... aperla.. kami pon heran, apsal harga barang kat sini sume harga Cairo yer... bio ler, janji bahagia... ehekz...

Jom jom... ada kelas Adab plak nih, susah paham dan banyak plak tu. Asyik2 ayat balaghah aje...mau perkataan yg tinggi2... susah sehhh... Ahmad tu aje la jadi kamus kami...
alhamdulillah...

Saturday, April 23, 2005

Tersangkut dua tiga kali nak tulis kat sini... aku balik ngan Abbas ke Cairo rabu Selasa lepas. Aku nak amik duit je sebenarnya, yg Abbas pulak nak wat urusan bisness baju dia.. nak jumpa Diana, amik barang kat ARMA, dan nak tuko barang PC Mat...

Singgah Mansurah sat petang tu kat umah Ke'On... lepak2 sambil Abbas ngan Ke'On dok test mobo Mat... sampai berasap, hehehe! Pehtu turun makan... Wan Shah boleh terkena free2 jek kat umah tuh.. aperlaaa... lawak sungguh! Pehtu aku pi amik kepap kat Massah... then... aku ngan Abbas pegi Cairo... kul 2 pagi baru sampai.. best jugak.

Nak cari syarikat pengedar AMD tu sikit punya susah... tapi last2 tu dpt jugak ler... dok sembang2 ngan boss situ... orait jugak kan... tapi, semua2 tu mmg menghabiskan duit betull....

Aku try buat puding telo lagi... da mmg aku minat sangat sejak kecik. Mama pun buat tu jek if aku tringin... bole laa utk nak ilangkan kempunan tu... ni baru je mintak kat Zu cemana nak wat tepung talam... sekaya... heheh... balik ni nak test terus... insyaAllah...

JOM la... aku nak balik... tak larat... dan makin ....

Wednesday, April 13, 2005

Search

Semalam aku lepak umah Mat... pagi pagi tu... aku buat bahas. Start kul 5 pagi... tapi aku dok pandang hp tu aje da buat aku bengang sensorang... dekat kul smilan baru siap bahas tu... tau bape muka? smilan muka aje... :P

Kibod prob... nak tulis pun susah... orait le.. aku nak bubuh add aje...

www.nirsoft.net/utils/ipnetinfo.zip nak scan personal information melalui IP

Net Info.... kat download.com

Pehtu kat http://checkip.dyndns.org nak tengok IP sendiri

http://www.finaldownload.com Kat sini pun ok gak utk nak search for utilities...

Okeshhh... aku da letak link2 kepada benda2 yg maybe berguna kat aku pada masa depan...

Semalam dok pk sensorang cemana nak tengok TCP/IP org yg kita ade connection... last2 baru tringat ... NETSTAT :D tapi cemana nak kasi dia stay aaa? :P

http://www.tialsoft.com/hwhois.exe ... ni kalo tak beshh.. aku delete... hehehe...

Sunday, April 10, 2005

Kitab Kuliah?

Aduhai... tensen aje aku balik sepanjang minggu ni ke Dumyat, actually stay Cairo pun aku rasa benda yg sama gak... why? sebab aku tak beli kitab lagi. W/p kitab ada tapi tak baca... berlainan sungguh perasaannya dengan kitab takde kat tangan langsung. Pegi ngan Mat kat maktabah waktu tengahari, tak bukak pun... pegi lepas isya'... tak bukak jugak! Esok nak try time kuliah plak... harap2 bole la... yg malasnya nak kena berebut ngan budak2 arab tu... kalo tak, termangu2 aje la nak tunggu bebudak tu surut...

Aku nak tipon Msia sebenarnya ni... harap bole la kot. Da lama tak tipon, karang parent ingat aku dah lupa depa plak... mana la ada anak yg nak lupa kat mak bapak... kalo ade pun, anak derhaka laa... takkan aku nak jadi cemtu kot, no way!

Lepas bunuh tikus besar aritu ngan Mat, aku perasan pagi tu ada tikus lain kat atas almari panjang dlm bilik tu, 2 hari kemudian.. baru aku perasan yg kayu tingkap bilik jugak dah kena geget instead of pintu bilik aje... chizz... kalo ade gam tikus kat cni, dah lama aku beli. racun takleh... busuk loo... tapi, aku takkan biar tikus2 ni nak hepi cemtu aje. Nak hepi, bina life sendiri la kat utan, jgn masuk umah orang...

Ida bitau yg dia punya connection internet da out 4 a while, bila agaknya dia nak sambung balik ye? hmmm... harap tu cepat la, tapi, aku still tak dpt nak chat mcm biasa ngan dia... cuma dptr jumpa kejap2 aje.. bulan ni, bulan 5 dan 6... sama aje kot? huh... takpelah. Janji tak lost connection...

Tensennya, donlod comic ni pun lembab gile.. ni aku malas datang Logo... dia mmg set gitu kot..
Yg kedua... aku masih tensen ngan arab.. kalo main game, mesti mulut tu bising gile... kalo setakat cakap2 tu takpe lagi... ni ngan sora diaorg yg semulajadi kuat banget tuuu.... ya rabbi... menguji kesabaran sungguh kat sini... padan aku balik Msia aritu jadik selamber aje...

Hmm... aku buat benda yg aku rasa betul... thats all... kalo ada yg salah, aku mengharapkan teman2 dapat tego aku... itupun kalo diaorg paham. Kalo aku menjawab, tu maknanya aku nak discuss... so, bagi ajela pendapat tu... kalo di diamkan aje, mana la aku nak tau... huh, aku masih benci ngan perangai sesetengah budak2 kat cni... hipo je lebih. Konon syadid ler tu... tekanan keadaan boleh menyebabkan orang tak sanggup berdiri dengan benar. Tapi di satu sudut yg lain, berani pulak sebut benda yg sama... aperda... biarlah... aku cakap aje..

Alhamdulillah, lama gak rasanya tak tipon Msia, dpt dengar sora mama ngan abah pun dah rasa lega... dan lebih lega sbb dapat bitau tujuan asal tu... aku harap aku tak susahkan diaorg. harap sesangat. Mama citer pasal Afif, dia bimbang... normal la bila ibu risaukan life anaknya... cuma aku rasa Afif dah masuk alam remaja dan dia nak try macam2 benda yg belum pernah dia try sebelum ni... bagi aku, kalo kita nak halang dia buat benda2 tak elok ni... kita bole cite, bitau dia... then, kasi alternatif utk buat benda lain... kasi jalan. Kalo dah buat, tu lain cite... Rasulullah da bitau... 3 perkara yg boleh kita buat bila nak nampak perbuatan yg negatif.. pertama, halang dengan keupayaan yg kita ada. Kedua, tego dia dengan kata2, cara tu mesti berhikmah... ketiga, diam mulut tapi hati membenci perkara buruk tu... Aku paham perasaan remaja, sbb kita semua penah melalui zaman remaja tu.. w/p keadaan berbeza tp kehendak jiwa tu sama... cuma aku takde spy kat sana...:P xde 2 ways information... xlengkap sangat..

Mama citer pasal Finaz, hmmm... aku pun tak terfikir she'll be like that. Cian dia... Aku harap Haikal takde la mysterious sangat... buat perkara baik tu bagus... tapi dlm apa keadaan sekalipun, yg bagus adalah yg sederhana... tak keterlaluan dan selari... hmm, Finaz sepatutnya kenal Haikal lebih dari ni sebelum kawen dulu... mungkin dua2 tertekan kot... ntah la. Nak kata apa2 pun takleh gak.. sbb tak dengar dari diaorg sendiri...

Aku... bila rasa 'naked' ngan seseorang tu... aku rasa bebas betul, really. Sebijik mcm Avril kata tu... it feels so right... utk kekawan aku, aku hepi kawan ngan korang... dan aku tau, kita pasti ada perkara yg tak dipersetujui, namun tu bukanlah bermakna akhir persahabatan. Malahan kawan2 pun bergado... biasalah tu. Tapi kalo bila bergado aje terus putus kawan, apa lagi yg mencorakkan persahabatan ni jadi lebih menarik? Tulah memori... tulah tandanya kita mengenal sahabat kita positif dan negatif... uih, nak tulis banyak lagi ni... tu bagi aku, prinsip ni ada banyak yg berdiri dalam satu2 masa dan juga pada masa yg berlainan... sbb kita mesti fleksibel... tapi bukan hipokrit... remember that!!

Jomlah... aku da rasa lega sikit... arab tu pun da nak tutup kedai... tanya aku, kalo ada orang lagi ni spatutnya dia nak buka sampai kul 4 ni... agaknyalah... tapi da takde, xpelah.. aku punya keje pun da selesai... xde mood nak baca am.net sampai abih... Naruto 255 da baca... Kisame vs Gai ... musti besh..

Thursday, April 07, 2005

Ziarah

Aku dah balik ke Dumyat.... sampai hari ahad haritu. Lepak kat umah, pegi umah Mat, kasi HDD.. tengok Naruto... dan aku tido awal malam tu.. letih..

Selasa... aku ngan Abbas pegi suuq Dumyat Qadim... beli ikan dan barang2 dapo sikit... adek dia bersama member2 dibawa oleh Pak Andak&his wife... pukul 12 lebey gitu diaorg sampai... aku tolong sikit2, petu lari balik umah sat... pehtu kuaq... petang baru datang balik... heheheh... Wadi balik lepas maghrib tu... dan aku terus lepak umah Mat sampaila Pak Andak balik... tak ganggu apa pun sbb adek Abbas dan member2 dia tu sumer kat dlm bilik dia aje... aku, mat, Abbas... kami tengok VCD kat luar... Pak Andak letey... tertido kat dlm bilik cop baju tu... aku sambung tengok cite Last Ride kat PC Abbas... pehtu, borak2 kat ruang depan ngan Mat dan Man... pasal Mat nak istikharah... well, dia tau apa tindakan nak buat, cuma dia nak sedikit kekuatan.. heheh... bukan istikharah tu yg sepatutnya.. :) Depa tanya aku ada awek ka... kata, 'tadak' ... tu yg dok gayut tu sapa? siap pujuk2 lagi... halla, tu CT Massah le... sebenarnya yg majok tu, aku... eheheheh.....

Lepas tu... aku tengok cite cina ngan Mat... dah kul 2.40 pagi... tapi da lepas makan nasik, takkan nak tido kot... so layan la citer, separa lucu... best gak! Sammi Cheng blakon... cite pasal dia nak menguasai ilmu pedang Hati Luka... sedangkan dia sendiri tak pernah merasai luka di hati akibat cinta... so, kat situ la... dia perlu mencintai seseorang dgn kadar yg segera sbb nak menguasai ilmu tu... sbb nnt kakak seperguruan dia yg dah jadi gila nak datang attack tempat Omei dia tu... hmmm... objektif cite ni sampai... best. Tringat aku kat Pedang Setiawan... meluahkan apa yg terasa dihati sebagai jurus... lebih berkesan dari yg belajar tanpa perasaan sebenar...

Isk... da nak cerah... aku nak balik... nak tulis lagi... psl Massah... pasal kak maya...psl xco perlis datang ziarah....
Ida pun masuk... sayang tak dpt chat lama ngan dia... lama gak aku tak chat ngan dia... bila da jumpa plak, tak dt chat lama... cuma aku rasa hepi gak sbb dia da upgrade PC dia... harap takde masalah lagi :) td Intan masuk... tp kejap sangat....

Oklah... aku nak balik solat...

Sunday, April 03, 2005

Artis Melayu Dot Net

Aku datang lagi CC harini... awal sikit dari biasa, cadang lepas asar.. tapi lepas makan tu ngantok plak... biasala cemtu... tahan2, sambil tengok Naruto 127-128. Pehtu aku tido... kejap aje.. dekat2 maghrib tu bangun balik...

Cadangnya esok aku nak balik Dumyat, tapi... tengoklah jika takde apa2 yg berlaku atau keadaan yg memaksa aku stay cni lagi buat sehari. Ntah la.. nak kata seronok stay cni pun yer... tapi, aku ni bukan jenis orang yg suka terikat ngan mana2 keje... tambahan sekarang ni dah masuk dlm fatrah persediaan nak xm, aku rasa tak sedap sangat... biasalah perasaan cemnih akan datang kat aku almost tiap2 masa of the year... kitab aku tak beli lagi... tu satu hal.

Sekarang ni, kalo aku bukak tenet, mesti aku masuk am.net... walau am.net dah banyak berubah... sekali tsunami datang, berubah segalanya.. gitu gak am.net, kene tsunami 3x berturut2, ade org yg suka pedajal orang lain... melayu ngan melayu plak tu. Aku pun tak paham apsal pendengki cemtuh... slalu aku rasa sinis dlm hati bila aku sebut kat orang, artis melayu.net ... mesti muka diaorg tu, bole perasan riak wajah tu berubah... hehe, aku dpt agak, mesti diaorg pk... artis melayu. Yelahkan... kalo org sebut kat kita nasi lemak.. mesti teringat makanan.. gitu gak ler... fitrah :) Anyway, am.net ni banyak sudut, kalo org yg slalu join mana2 forum sekalipun, mesti paham keadaan ni... ade ruang Bincang Keluarga, ruang Lawak, ruang Maklumat IT, ruang Hiburan, ruang Sembang Apa Saja ... dan mcm2 lagi... so, gitu gak am.net.. cuma kat sini nama aje artis melayu, sbb kat awal web ni, ada citer pasal artis2...

Aku penah join beberapa forum, tapi am.net ni la yg aku rasa most friendly forum... kita bincang dengan 'kawan'. Jika ada pendapat sendiri... luahkan.. tulis.. tapi jangan pulak sampai mengutuk kawan.. tu bukan discussing namanya. Ade kakak.. ade ibu, ade ayah.. ade abang... ade duda, ade janda... kisah hidup diaorg? hepi ada, menyayat hati pun ada... dalam negeri banyak, luar negeri pun banyak... jeles gak bila diaorg citer buat gathering tu.. heheh.. tapi aku rasa cuak gak nak ikut gathering ni... Aku dpt banyak pengalaman dari orang kat sini, tak rugi betul... banyak2 aku chatting... banyak aku surf... am.net ni antara tempat yg aku rasa tak rugi singgah.

Hehe, aku citer pasal am.net aje kan? yelah... ni la catatan aku. Pasal aku dpt banyak pengalaman kat sini, maybe sesetengah orang diaorg anggap cukup dengan berada dlm ruang lingkup tersendiri... aku tengok, aku makin dpt rasa kelemahan dan kekurangan diri bila kita masuk dlm keadaan yg lebih luas... rasa untung kalo fikirkan balik aku kenal internet ni... kenal pengkid, kenal org murtad, kenal bakal professor, kenal doktor, kenal hacker.. bla bla bla... cukup ler kot... kenapa jadi cemtu, mengapa diaorg pilih jalan tu... apa perasaan diaorg.. dan apa pendirian kita bila dpt kesimpulan sepenuhnya dari diaorg tu... tu penting.

Ape nak jadi ngan aku.... apapun... kajian dunia sekarang menunjukkan waktu kiamat dah makin dekat...

Friday, April 01, 2005

Aku rasa la.. kelmarin ade aku tulis dah kat sini, tapi waktu aku publish tu... tak lekat kot... takpela, sbb aku pun tulis 2 perenggan aje masa tu, tak abih plak citer nyer...

Still kat Cairo... kelmarin dulu aku tunggu kat umah Sarawak aje, tunggu Amali ngan Abg Kree pi amik Cikgu Ghazali ngan anak dia... depa nak masuk markaz lughah.. intensif plak tu... best la. Dengaq kata nak duduk sini sebulan, ntah ler cemana...

Lepas jumaat aku terus datang CC, nak amik Naruto... slow gak connection, kejap laju kejap slow.. apehal aaa... hari cuti ke ah?I need more speed!!

Massah dok update dia punya blog... heh, seronok kalo baca citer orang ni...

Semalam aku sempat chat ngan kak maya... sedih dan geram bila baca apa yg dia citer tu. Suami yg tak sayang bini aje sanggup buat macam tu, ngape yer... bila sampai satu tahap.. apa yg diaorg pk? Suka pasang luar la... yg dalam pun ade cantik lagi... ngape nak makan luar gak.. nak harap nafsu, mmg tak abih punyalah... terajang, sepak, hantuk dinding dan macam2 lagi... aku taktau cemana anak dia membesar... aku mcm nak cadang suruh blah aje... lama sangat dah... bertahun2... fikir2.. kalo nasihat pun tak makan... tunggu apa?

Hmm.. dlm komuniti OKU ada citer pasal tips cinta ... kesalahan waktu jatuh cinta sebenarnya... orait gak kalo aku tengok2 balik...

1. Menciptakan hubungan asmara tanpa membangun persahabatan dengannya. Mungkin kita memang benar jatuh cinta secara mendalam padanya, tapi jangan lupa luangkan waktu sedikit banyak untuk mengetahui atau memperhatikan apa yang sesungguhnya dia inginkan atau aia perlukan. Luangkan waktu untuk mempelajari kepribadiannya bukan hanya fizikal semata.

2. Tidak jujur kepada diri sendiri. Seringkali orang yang sedang jatuh cinta memberikan batas toleransi yang berlebihan kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah sikap pasangan bukan merupakan gangguan yang besar pada diri mereka atau mereka berharap agar masalah itu selesai seiring dengan berlalunya waktu.

3. Tidak "memperhatikan" diri sendiri selama menjalin hubungan asmara. Banyak orang yang lupa "memperhatikan" dirinya sendiri selama menjalin hubungan asmara. Kebanyakan orang yang sedang mabuk cinta ingin selalu berduaan dengan kekasihnya. Akibatnya orang-orang disekitar mereka merasa diabaikan sehingga lambat laun tanpa mereka sedari teman-teman pun menjauh. Ini mempunyai akibat yang buruk di masa mendatang. Kita akan dicap lupa kawan dan bila kita ada masalah bersama sang kekasih, tidak ada seorang teman pun yang bersama dengan kita.

4. Menggantungkan kebahagiaan diri kita ke pasangan. Jika selama ini kita berpikir bahwa kebahagiaan kita bergantung pada pasangan, maka kita salah. Kita boleh jatuh cinta pada siapa saja namun tidak bererti bahwa orang tersebut dapat membuat kita bahagia. Kebahagiaan diri kita bergantung pada kita sendiri dan jangan sesekali kita memusatkan seluruh hidup dan perhatian hanya pada satu orang saja kerana jika demikian, bererti kita telah menutup wawasan dan kesempatan untuk menjadi lebih baik bagi diri kita sendiri.

5. Cinta memerlukan waktu. Seringkali seseorang lupakan point yang penting ini. Cinta selalu memerlukan waktu, baik untuk mengenal maupun untuk bertumbuh. Terlalu cepat memulai suatu hubungan mengakibatkan kurang baik kerana mungkin kita belum mengenal dengan baik karakter pasangan, sebaliknya jika kita terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya kerana permasalahan remeh juga kurang bijaksana. Kerana itu sebaiknya beri waktu yang cukup bagi diri sendiri untuk mengenal pasangan.

6. Terlalu fokus pada sex. kita harus menyedari bahwa tidak ada seorang pun yang senang menjadi objek sex. Jangan jadikan sex sebagai tumpuan suatu hubungan, sebaliknya jadikan sex hanya sebagai pemanis dalam hubungan berdua ( dengan catatan sex hanya bole di lakukan bagi mereka yg sudah terikat oleh pernikahan) . Fokuskan perhatian kita dalam membangun jalinan asmara yang solid bersamanya. Buatlah rencana yang jelas untuk masa mendatang.

8. Berprinsip bahawa sex dapat menyelesaikan semua masalah. Tinggalkan prinsip seperti ini. Walaupun kita bersedia menyerahkan diri kita seutuhnya kepada pasangan, tidak menjamin bahawa pasangan akan setia atau tidak akan meninggalkan kita. Segera ubah pola fikiran kita. Jangan biarkan diri kita diperbodohkan dengan angan angan jika kita bersedia melakukan hubungan sex maka pasangan akan semakin mencintai kita. Itu membuktikan bahwa pasangan tidak mencintai kita dan hanya menginginkan kesenangan semata.

9. Menumpukan kecantikan fizikal. Ini juga merupakan salah satu hal yang kerap terjadi. Umumnya kecantikan fizikal menduduki skala utama daripada kecantikan batin. Padahal kecantikan batin jauh lebih bermanfaat dan tahan lama.

10. Kembali melakukan kesalahan yang sama. Pernahkah kita menganalisiskan diri mengenai kegagalan asmara kita di masa lalu? Sebelum memulai hubungan yang baru, ada baiknya kita muhasabah diri dan melihat kembali dimana kesalahan kita. Dengan mengetahui letak kesalahan, kita dapat belajar untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

Well... good info. Harini aku pun amik tips ready jadi Ibubapa kat am.net... orait jugak la kan. Simpan pun tak rugi, baca pun tak rugi...

Hmmm Redzuan xco perlis call aku, peringat pasal jauhlah hari khamis ni... suruh aku ready jadi pengerusi petang tu... keh keh... mau ke? tak moo laaaa... hehehehehe...

Ida punya PC cemana yer... dia kata ade gegaran gak... harap2 lepas gegar2 tu.. PC dia orait la kot lepas gegar sikit2... hehe

Tuesday, March 29, 2005

Carik CC

Aku mai wat tasrih kat pej PMRAM... semalam, masa pegi wat tasrih kat safarah.. kena syarah free aje ngan cik Amri.. bengang aku. Pak Jo yg nak mintak isikan pengakuan borang zakat tu pun kena syarah gak... berubah terus muka dia. Aku memang hangat la time tu, ade ke buleh tanya mcm2... korang ponteng tak pegi kuliah la ni? awak thn bape? sambil wat2 kira ngan jari dia, pehtu siap cebik lagi kat aku... DPM daftar ngan JPM ker? susah2 baru carik kami... eleh, org mintak tu pun sbb nak hormat sikit... bukan susah pun kalo nak mintak PMRAM, mmg mintak dua2 pun... tapi lepas aku jumpa Sulaiman arab tu... mudah aje dia kasi tasrih... dah siap pun Lutpi amik tadi... apara ngan sama2 melayu pun susah!

Ni aku mai CC... dok tunggu kat pejabat PMRAM tadi, lama... malu jek bila Nabil mintak tulis balik nama tu dlm BA, bukan apa... tulisan aku huduh betul! malu la sbb nak kasi org baca... kalo utk aku sorang takpe gak... akalo huduh sikit, takpe, tak kisah... tapi kalo mmg betul hodoh.. hehe... segan woo... aku siap renyuk2 kertas lagi.
Mana si Wan ni... tipon tak angkat... sms tak jawab... aku nak wat tasrih ni... adeihlaa... satgi nak pi jumpa Pak Jo plak.. nak amik pemplet...

Cian Massah... aku tak niat nak susah dia pun... mana la tau. Kalo bitau awal2.. aku takkan datang punyalah... yelahkan. persepsi pelajar Azhar Msia kat sini kurang sikit... tak terbuka sgt. Bukan nak suruh terbuka sampai langgar syara' gitu... at least... malu tu kurangkan la... malu bagus... kalo lebih... mudarat. apa2pun sama aje... sederhana. Sorry..

Massah kasi dia punya blog... http://algemasi.blogdrive.com/ ade citer katak pisang kat situ... apehal ngan katak pisag tu yer... aku malas sikit la ngan haiwan ni... lompat jauh betul... bahaya plak tu air kencing dia...

Monday, March 28, 2005

Lama Dah

Agak lama aku tak tulis kat blog ni... 2 minggu ade kot? tangguh punya hal la ni. Aku datang Cairo semula pada 15hb malam tu... sbb 16 tu sepatutnya ada meetin S/U, tapi... letih2 aku malas nak pegi... jadi monteng la jawabnya, hehekz! tapi tengahari tu aku pegi umah Perlis, sbb ada hari sukan keluarga umah negeri... stay seharian kat situ... dari kul 2 sampai petang. Pehtu pegi umah Johor... makan kat bazaar... pehtu balik semula kat umah perlis.. ikut acara dewan plak... hehe... seronot gak :)

17hb tu aku pegi la ke Markaz HEWI kat H7 tu... perjumpaan ketua perwakilan... dengaq penerangan aje la... ade la sikit2 pertanyaan dan benda yg harus disampaikan. Tu pun sbb Bad pesan, Nabil plak yg suruh aku pegi... hehe... kena la pegi kan. 21hb tu ada muktamar senawi PMRAM plak... Dumyat anto 5 org aje. Aku kekadang bising jugak kat tempat duduk tu. Tapi yg last tu mmg orait gak la... dpt tengok cemana cik Idris, pegawai kerajaan yg dihantar ke umah Selangor tu... tibai&ganyang bebudak kat situ... ganas betul, siap tumbuk2... aku teringat aje kat MB Pahang tu... apa nama? Adnan? ... gitu ler... samseng... siap tumbuk org... kes guard tu tertembak student pun satu hal.... gila ke hapa... aaah, tu la semua ujian kot kat bakal2 mahasiswa/wi yg menuntut ilmu ni.... aku dengar 30hb ni diaorg nak kena halau dari umah negeri... nak kasi budak baru aje duduk... ntah ler. Tunggu ajela.

Duduk2... petang rabu lepas.. Afif anto msg, kata abah masuk duit... hmm, tunggu lagi aku kat sini... kalo balik pun, takde duit nak buat apa gak kan? lagi rugi ngan perjalanan dan makan lagi. Pehtu... Wadi bitau yg Bad suruh ganti dia ikut prog safarah kat ARMA... aku pun pegi la malam tu ngan Wadi dan Usop... jadi wakil Dumyat... ingatkan biasa2 aje.... niat nak datang makan je sebenarnya! Sampai2 aje... dah terlewat, sepatutnya prog tu start kul 1, tapi kami sampai kul 1.30... so org da start la. Tau la kan, zahmah kat jalan dari H10 nak ke Abbasiah tu, nak dpt bas pun susah. Masuk2 aje... sampai kat meja pendaftaran tu... kami diberi kertas nombor sorang satu.... dan kat dlm tu ade banyak meja... dan dibahagikan mengikut nombor2 yg ada pada meja tu, so automatically, terpisah laa... pandang depan.... mmg muka2 yg aku tak brape kenal, sah program safarah... aku harap xde unsur politik sangat. Tau2 aku duduk semeja ngan NSU PMRAM, xco Syoubra dan YDP Sabah... hadoi... tapi syukur gak... kalo nak ikut, aku kena duduk ngan Pres PMRAM, Ketua Nadi UMNO, Pres ABIM... dan apa2 lagi persatuan pelajar malaysia yg wujud kat Mesir ni... haiya.. lega urusetia silap baca... keh keh... kalo tak... panas aku...

Tapi panas jugak bila YDP Kelantan tu start sebut 'parasit2..' dan ape ntah lagi pada persatuan2 lain... hehe... pres ABIM bangkit jawab... panas dah aku pk... pres PMRAM bangun lagi.... pehtu Ketua Nadi bangun jawab... ampeh aje benda yg dia nak cakap tu... pendek betul... yg aku ingat, ayat last dia tu.."..kita adalah bunga..." aperla... carila kata2 yg nampak tough sket... tak sesuai langsung dlm keadaan tu...

Cuma satu aje bermain dlm otak aku... ngape PMRAM still tak terima ngan pendapat ta'addud jamaah tu yer... tu la kot yg menimbulkan masalah hingga sekarang... mungkin ade kesan negatif kat persatuan kalo diaorg terima? mungkin? Sapa tau? bitau aku ek...
Tapi perkara malam tu mmg orait gak... dpt la pengalaman2 yg bagi aku tak selalu aku nak dapat macam tu... berhimpun dgn wakil2 pelajar... pegawai2 kedutaan...

Pehtu waktu tunggu kat luar... sembang ngan Puan Zaharah dan Pak Mushrif... hehe... Puan Zaharah luah abih apa yg dia rasa.... ehe... bila aku sebut MATRI aje... terus dia tau nama sumer org kat situ... ehehehehe....

Hmmm... aku nak pegi safarah pagi ni... patut kena blah da nih, karang lambat sampai... Mat pesan suruh aku buat surat tasrih ke Matruh dan Siwa kat safarah.... semalam aku pi ARMA ngan Halim .. pi jumpa Wan Shah... nak mintak tolong dia... tau2 dia kasi format tu aje.. hmm... balik buat sendiri laa. Tapi dan la melepak dlm bilik dia... baca mags, tengok gambaq... makan megi.. eheh... pehtu turun makan kat cafeteria plak... lol. Kul 10.30 blah balik... on the way naik bas tu... kat jalan penuh aje ngan die hard fan bola Mesir... haru betul....

21hb tu,... banyak org wish utk aku... terharu betul... still ade kekawan yg tringat kat aku yea :) thanx guys... especially Ida, Munzir.. Massah, Kak Lissa, Jess, Zue, Bibah, Ain, Yie, Nani, Che Mah, Intan, Adilah, Cha, Shami. Thanx utk member2 yg tak penah lupa besday aku... Wadi, Amali, Lutpi, Halim, Wan dan sumer2 yg melepak kat umah tu... tau2 aje ucap kat aku selamat hari tua... chezz, mentang2 la aku berumo sikit dari diaorg... heheheh...

Ida kasi email baru... PC dia ade masalah, takleh nak bukak ngan yahoo, sensetif katanya. Hmm.. aku harap takdela yg teruk berlaku kat PC dia tu... sbb tu la antara salah satu medium yg active aku berkomunikasi dgn dia....

Thursday, March 17, 2005

Meeting Lagi

Aku da ade kat Cairo... sampai pd 15hb malam tu, bertolak dari Dumyat pun dah pukul 7 lebey. Sampai cni dah dekat kul satu. Baru aje balik Dumyat 2-3 hari, dah ade perjumpaan plak... tapi aku tak pi pun perjumpaan S/U kelmarin... pehtu petang, aku pi umah Perlis sbb ada program... HIKER '05 ..15, 16 dan 17hb... jumpa Nabil, dia kata perjumpaan Ketua Perwakilan tu dia yg buat... so aku kena pi laaa...

Aku sampai tepat kul 2 ptg tadi, tapi diaorg tak sampai lagi pun... 2.30 baru start. Bla bla bla sikit... abih sume taklimat dan maklumat yg perlu utk disampaikan. Diaorg tanya aku borang... err, aku jawab takde! ade kat org lain... aku tipon Bad, ampeh! suruh aku datang tapi haram tak kasi apekebende pun. Dia kata borang tu ade kat Usop, aku tipon Usop.. dia kata tatao apa2 plak dah... tensen jek tadi. Last aku bitau aje dia budak tu bla bla bla.. orait, esok kasi kertas, tulis nama, no ahli ngan passport. Nasib aku ni jenis slamber aje...

Arini besday Massah... tipon dia semalam. Tido dah, tapi tak kira, nak tipon gak... eheks.. Happy Birthday!!

Semalam pegi makan kat bazaar Johor, masa tu break jap utk nak solat dll... makan nasik lemak diaorg tu, cedap[ gak! tapi nasik palau tu tak sedap sangat le... bole la. Ain msg, bitau dia dok wat karipap kat situ... ingatkan ade jual.. hoho... ade ke hah? Cicit pun takde.. kalo tak buleh pau! chit...macam real jek... ehekz

Aku baring2 kejap sebelah Amali... pehtu Usop sindir2 pasal aku tipon Ain kat depan umah Johor tu... sengih aje... Amali kata, "...Kot2 la nak huloq2 kat kawan2..." bla bla bla... pehtu dia kata... ".. dulu yg kita tringin pun, ada yg syarah2 sampai terlepas..." ... Adoiii ayat dia.... terasa betul aku time tu... sesungguhnya aku amat bencikan ayat tu selama lamanya. Aku paham sesangat ayat ni.... yg dia maksudkan tu adalah waktu dia nak tekel Intan la. Aku tak tau macamana nak bitau Amali... sepatutnya dia dah sedar hal ni awal2 lagi... bukan aku sorang aje, tapi hampir semua dari kami tau cemana Amali beriya2 sangat tipon dan 'rayu' Intan. Aku sangat2 laa tak kisah kalo Intan mmg ada hati dan minat w/p sikit kat Amali... tapi masalahnya, Intan tak minat langsung! dan dia muak sesangat ngan perangai Amali waktu tu... bukan Intan aje... kekawan Intan lelain pun sampai tau dan turut muak sama... Aku? member baik Amali... takkan tak terkena langsung tempias 'muak' orang2 nih...?
Intan tertekan sangat sangat pada masa2 tu... bila dia tanya aku pasal Amali.. aku citer balik perangai Amali mmg cemtu, dia suka terus terang...tapi aku tatao la pulak sampai tahap "ganas" macam tu... Intan mesti contact ngan Zue dan Wadi... tak silap aku diaorg cakap aje supaya Intan luahkan masalah ni kat parent dia... sbb dia rapat ngan diaorg. Point aku adalah.. kenapa? perlu ke? Intan bitau parent dia... tapi bila parent dia tanya sapa... dia takmo bitau. Well... dia dah calitkan sesuatu benda kat muka kami2 kat sini... tak termasuk wadi.. aku pasti sbb bapak Intan kenal wadi sangat... takat aku ni apela sangat. Cuma time tu, aku mmg rapat sikit ngan Intan.... sesungguhnya pertimbangan orang yg tertekan ni mmg tak tepat... kalo betul pun sipi2 aje...

Tulah... Intan ni nak sangat jaga hati orang sekeliling dia, tapi dia tak sedar.... dengan cara sedemikian.. keterlaluan menjaga hati orang, dia dah lukakan hati orang lain.... aku still kecik hati ngan budak ni.... ade pakwe pun tak bitau orang... sampai sekarang tak bitau. Macam la jauh sangat... kalo betul rahsia takpe la, aku pun tak kisah.... ni psl tak rahsia la.. aku cuma nak dengar dari mulut dia sendiri aje... tu jer...

Dan sekarang ni... aku dah mula kena tempias2 dari akibat haritu....

Friday, March 11, 2005

Tunggu

Aku memang sejak dua menjak ni, kalo dengar lagu Doa Seorang Kekasih by InTeam tu... terus tangkap lentok jer.. yelahkan, sebelum ni orait sikit... tapi lepas Dila bertunang tu.. aku mcm semakin menghayati lagu tu... heheh.

Seandainya dia bukan milikku... titipkanlah kebahagiaan... kerana Kau tahu segala isi hatiku... hmm, sumthin like that la... aku bukan hafal, hekz!

Asyik terpk aje, ngape laa dia contact aku balik... isk, da memang aku lupakan dia dulu. Tup2 muncul balik... ade la hikmah2 tu, baik utk dia maupun utk aku sendiri... ada yg terbaik menanti. Baik utk dia tak semestinya baik utk aku... the same applies to everyone else. Aku yakin cemtu...

Kenapa aku terkenang Dila w/p takde apa berlaku dlm waktu dia kontek aku balik? sbb byk memori lama... byk sgt. Duduk umah dia 2 minggu, makan, tido, basuh baju, masak, tolong segalanya yg aku nak buat dlm umah tu... umah kampung... suasana yg damai aje... keliling sawah... pokok kelapa... ade tali air depan umah... heh... kenangan aje la.. hikz. Dua minggu plus dua minggu lagi pd tahun yg berlainan... tp takat tu aje la. Kiranya seumur hidup aku, jumpa dia sebulan aje...

Aku kat Cairo ni. Balik sbb nak tengok bola kononnya, nak amik duit sekali... tapi pagi 5hb Mac tu diaorg boleh tak kejutkan aku... chizz!! perlawanan akhir Dumyat tu... tak kisah le w/p kalah. Yg frust sbb aku tak pegi... Usop buleh panggey2 aku dari jauh aje... ntah ngan sora yg cemana pun tatao. Lembut selembut2nya kot, makin nyenyak le aku. Dah le baru tido tak sampai sejam... org yg kenal aku mesti pegang utk nak kejutkan aku... kalo keloi2 jer, sori laa...lain la waktu tido ayam...

Arini pi amik duit, top up ... senyap tak dpt nak anto msg kat sapa2 dlm seminggu ni... heh. Ni la baru buleh... aku still ada masalah kewangan lagi nih. Takpe, sabar aje la buat sebulan dua ni... lepas ni kita buat projek baru... heheheheh....

Aritu chat ngan Nana, dia dah le tensen ngan keadaan nak pegi balik dari AS tu... buat PJJ la katakan... cian dia takde org nak support kasi semangat. Tapi kalo keadaan tetap sama w/p dia renti.. baik teruskan :D

Hmm... ade benda yg belum aku selesaikan. Da janji da kat Ida nak kasi bulan 3 ni... faiz tak lupa lagi :) ade dah.. siap.. cuma tak sempat nak send. Intro dia tu berat sikit la... dun wuri.. kita mesti teruskan jugak...

Balik Cairo, pegang PC, terbukak plak Diablo II.. huh, sah naya... maaf ler guys. Silap aribulan ter'main' games tu... nggak bisa renti dong! Tambahan pulak jumpa mcm2 kelebihan yg bole buat... ade web battle.net!! Makin power... yearghh!!

Isk... lewat dah ni... kat H10, nak jalan kaki ke Bawabbah 3 plak... jom jom balik..

Saturday, February 26, 2005

Heran betul.... punyala lama tunggu... siap refresh 4-5 kali... re-open lagi.... tak mau2 nak bukak, tetiba masa merungut kat Ida... mau pulak terbukak. Apa dia ketaq ngan Ida ke apa hah... pelik pelik... musykil betul...

Lepas solat jumaat tadi, Azizul masuk bilik aku, dan dengan gayanya tu... dia kata, nak mintak sokongan aku nak beli washing machine... hehe.. aku bitau, aku orait aje, cuba tanya Wadi... dia kata... wadi takmo :D aku sengih sensorang... yelahkan, kami kat sini bertahun2... jarang sekali ada yg nak beli mesin basuh ni, sume pakai tangan aje, alah... bukan nak duduk kat mesir ni lama2.... tapi pehtu Azizul kata dia nak bayaq setengah... aku 150, Wadi 100 ... hmm orait le, tapi aku tak dpt bayo dlm masa terdekat ni la. Waktu masak tadi, aku bitau Wadi... dengaq kata Zizul nak bayaq setengah... dia pun orait aje... heheh... ntah la... tengok la bila budak tu nak angkut :)

Masa aku tipon Wan... dia bitau yg Intan kata aku sombong. Heh... sebenarnya aku bukan saja nak sombong ngan Intan, cuma aku wat layan tak layan gitu aje. Aku terasa sikit ngan budak ni sebenarnya, tapi aku rasa mungkin Intan pk benda lain nnt... biarlah. Kalo dia nak tau, dia tanya sendirilah, tapi sepatutnya dia boleh tau sangat sangat apa benda yg aku terasa tu. Tak tanya pun takpe, aku tak dendam atau marah pun ngan dia, lagipun benda ni bukan ada kesan kat pergaulan kami pun... still the same :)

Banyak kali aku terlupa nak paste lagu Naked... ni ha.. ade kesempatan, meh meh...


Naked - Avril Lavigne

I wake up in the morning
Put on my face
The one that's gonna get me
Through another day
Doesn't really matter
How I feel inside
'Cause life is like a game sometimes

But then you came around me
The walls just disappeared
Nothing to surround me
And keep me from my fears
I'm unprotected
See how I've opened up
Oh, you've made me trust

Because I've never felt like this before
I'm naked around you
Does it show?You see right through me and I can't hide
I'm naked around you
And it feels so right

Hmmm.... tetiap kali aku dengar lagu ni, mesti otak aku menerawang ke memori yg lama, pasti! Sesuatu yg memang membuatkan aku rasa sifat keterbukaan... dan aku cukup sukakan kalo ada yg berkawan dengan aku, terima aku seadanya... dan tego aku bila aku buat silap... bukan bila kita wat silap, dia tak kisah aje... tu nak merosakkan kawan namanya :P

Arini besday Yi... 28 dah dia... aku pun lagi sebulan... heheh... cepat oii... cepat cepattt....

Wednesday, February 23, 2005

Memori

Hari ni aku dapat berita yg memedihkan hati aku. Patut macam terdetik nak datang CC. Bukak email... ade email dari Dila... dia bitau, yg dia dah tunang. baru bertunang pada raya Cina yg lalu... moga dia bahagia...

Semalam tengok citer cina tu... 40 episod, satu episod ade la dlm 4o minit. Da sampai ke episod 39, mat panggey makan sate... aku renti. Pehtu terus tido sampai kul 4 pagi, balik umah... Dlm citer tu dia banyak pasal citer yg berputar2 aje. Tunjuk cemana raja yg banyak 'makan luar' .. last2... berlonggok2 anak haram dia dari perempuan yg berbeza2... pegi sana, ni akak kamu.. pegi sini... ni adek kamu... mampos... nampak sangat kenapa Islam amat menjaga nasab ni, hukuman pun memang setimpal, setakat hukuman Shaolin tu, memang tak sepadan ngan Islam la... sebagai seorang islam sepatutnya kita nampak sangat betapa hebatnya hukuman dan undang2 ciptaan Allah ni...

Tapi hero dia tu memang best jugak... bab kesatriaan..kepahlawanan... memang jaga habis. The true heroo... hehe... tapi yg tak puas hati ngan cite ni adalah jalan citer dia yg kadang2 banyak meleret2, lepas tu mula memasukkan watak2 yg ntah dari mana2 ke dalam jalan cerita yg asas dan berat ni... watak2 muncul dan pegi camtu aje...

Kelmarin, masa aku dok tengok citer cina ngan Pak Rin, elok masuk subuh, Abas ajak pegi ngan dia ke pantai cari kerang, Taib ajak... aku pun orait aje. Kul 8 ready2 terus pegi... Yuzrim pun pegi sama... jadi 5 orang la, 4 beskal... Taib carry Bebah... sampai aje, terus cari... takde.. Abas pegi sampai belah pelabuhan, dpt berapa ketul jer... memang ingat takde dah... tapi aku terus jalan ke tepi, tuju arah Alex... aku rasa kat situ ada la gak w/p sikit... dan lepas penat kayuh kat gigi air tu... aku tolak beskal plak.. penat woo kayuh atas pasir. Dok terbenam aje. Ade la aku dpt sikit kerang yg separuh terbenam dlm pasir... kais2 ngan kaki... last2 mula korek sikit... sambil2 tu.. diaorg datang, Taib korek... dpt lagi... last2... kami pakat2 korek aje cari kerang, rupanya dok dlm pasir :P cari sampai kul 10... pehtu buang isi plak... hehe... 5 orang punya keje... letih gak woo... sapa penah wat keje ni memang tau la penat dia :P

Tengah dok perisi tu, datang askar pengawal pantai 2 orang, suruh timbus balik pasir yg kami korek tu.... kami masing2 pakat bengang aje... dia kata salah la, kena tangkap la... tak cerdik betullla arab tu, senang cakap... bodo. Yg korek tu bukan dalam pun.... sejengkal aje paling dalam... lepas tu bukan jauh ngan pantai, 3 meter aje... air laut pasang, ombak datang, abih le lubang tu... apalaa... sbb arab tu bodoh, ada AK-47, maka kami pun terpaksa jadi bodoh sama arab tu jugak la.... kasian Abas ngan Taib tolak balik pasir2 tu... aku ngan Yzurim wat bodo jer... malas layan arab tu. Saja tunjuk power la tu...

Dok tak lama lepas tu, datang sorang lagi arab... kali ni pakai smart, siap ngan neck tie lagi...wat tak tahu aje, dlm hati pk, sapa la plak nih, nak apa ntah... takkan salah plak kutip kat sini... :D rupanya nak suruh kami tolong angkat keta dia tersangkut dlm pasir... keh keh... apa la... dah tau pasir tu tak kejap, buleh turun ngan keta... masa dekat ngan keta tu, baru nampak ade bini ngan anak dia dlm keta... yg ampehnya, tak turun plak tu... kami tolak sekali ngan diaorg... aku, Taib ngan Abas tolak keta dia... alhamdulillah naik... sez thanx... ciao...

Ntah la... aku malas pk banyak... sekarang ni aku rasa lain sikit... nnt la aku free, tulis lain...

Saturday, February 19, 2005

Different Friends Has Different Feel

Lama gak tak tulih... kekadang benda yg nak tulih tu da jadi basi :D tapi kena time yg datang CC, nak tulis plak tak cukup masa... sbb aku kalo tulih kat cni, takes time gak... biar menerawang... heheh...

Boring gak ngan CC nih, connection mcm tak betul aje, aku bukan bimbang apa.. kena kita da tulis panjang2, tup tup... kena reset... connection failed la... tensen woo... da tulis panjang2, ilang plak..

Kelmarin budak arab tu datang pasang line TV... sepatutnya 13 channel, tapi sbb terlalu ampeh, dpt 8 aje... tu pun setengah dari tu tak clear. Chizzz... aku takkan bayar penuh selagi tak clear gambar tu... nak wat apa... takkan nak tengok gambaq pecah2 kot... aparaaa... yg boringnya bila channel yg slalu kita tengok mcm Al-Jazeerah, ART ngan yg baca quran tu yg blurrrr sesangat... ampeh... Space Toon pun kejap ade kejap takde... channel 2 ade... bole la tahan...

Bangun tido lambat arini.. semalam pun lepak umah Mat, tengok Titanic, nak tengok cite apa lagi? dlm bilik diaorg dok tengok Anugerah Muzik apentah... tak minat aku... tau sudah. CD kebanyakan sume da tengok... last2 layan gak la Titanic. Bagi aku cite ni memang best gak la w/p tengok byk kali... emm, tapi aku baru tengok cite ni 3x kot termasuk semalam. Tu pun bukan teringin nak tengok, tapi benda da terhidang depan mata... :)

Kawan ngan orang... tu sebahagian dari kehidupan sosial seorang manusia, aku tak terlepas dari perkara tu. Tapi bila orang tanya, kenapa suka kawan ngan saya... apa beza ngan orang lain.. aku macam terkedu tetiap kali org tanya perkara tu. Pertamanya, aku tak tahu dan memang aku tak tahu kenapa aku suka berkawan ngan seseorang tu. Kalo alasan taknak berkawan tu, banyak la kan bole bitau. Bila berkawan tu, aku rasa hepi.. ia adalah sesuatu yg berkaitan ngan perasaan kita.. happy ngan seseorang tu.. satu perasaan yg lahir dari hati nurani tanpa dpt diungkapkan semata2 dengan kata2... ade 'click' ... dia rasa 'masuk' utk berkawan... mcm dgn kekawan skrg... gitula... baik laki maupun pompuan... kalo takde 'click' tu... memang tak rasi rasanya... haa... serasi... keserasian yg dirasai kot... why? tak tahu... tak boleh nak diungkapkan antara satu sama lain... benda ni akan terluah sendiri bila kita excited.. kot...
Keserasian yg menghasilkan kegembiraan yg jauh di dalam hati ....

Adilah, Cha even Shamilah penah tanya kat aku.. kenapa aku cintakan diaorg... why? tak tahu... perlukah penjelasan yg begitu mendalam... kadang2 perkataan tu tak datang, mungkin. Teringat aku satu emel.. pasal sorang awek tanya kat pakwe dia, kenapa ko suka kat aku... si laki tu terdiam, speechless, kaku... tak tau nak kata apa... dia juz kata, I love you so much... pom tu tak puas hati... sesangat. Sampaila ade kejadian yg berlaku yg menyebabkan pom tu bisu... hmm... aku tak ingat cite ni seterusnya. Tapi last, laki tu datang setelah menanti dan cuba utk mendekati pom tu yg selalu menyembunyikan diri akibat malu dia jadi bisu. Waktu tu la laki tu jawab balik segalanya... aku pun nak tengok balik jawapan tu... hmm hmm... Ida kata dia ade email tuh... sabar menanti.. hehe...

Bila kita kata, suka kawan sbb baik, senang hati... dll... dibalas balik.. sama la cam orang lain.. huh. sama ker... setiap orang adalah berbeza. Bagi aku kawan2 aku sumer berbeza, memiliki personality yg tersendiri yg membuatkan aku rapat ngan diaorg ni.. nayalah nak cari yg perfect. Apapun aku suka pk terbalik... bahaya jugak kekadang tu... masalahnya sekarang ni la... huh. Ntahla.. mungkin orang yg taknak kawan ngan aku kot....

Ida kata ade iklan Jang Nara... www.popeyes.co.kr/popunity/down/3p1.mpg aku tak bawak pendrive... lenkali ajela kot buleh amik :) nak tengok Naruto... tapi mangga nyer belum diterjemahkan lagi...

Finaz anto sms, bitau dia keguguran. Cian dia... mesti da banyak yg ready kan. Menanti kelahiran anak sulung... tapi cemtu pulak jadiknya. Ade la tu hikmah yg terselindung... kita sebagai manusia, keterlaluan banyaknya perkara yg tak tahu....

OK lah... aku tak hepi sangat...

Tuesday, February 08, 2005

Still Kat Cairo

Arini Selasa.. pepagi lagi aku tanya Wadi, nak balik bila.. dia kata esok la, cam malas2 sikit nak balik arinih. Aku orait ajer.. sbb aku rancang arini aku nak pegi jumpa Massah, amik CD cite ngan CD kosong tu...

Lepas abih subuh, sembang2 sikit.. aku datang CC ngan Wadi dan Caphiq. Aku amik USB Halim, download Naruto, some pics from AM.net dan Naruto punya sound track. Ada banyak lagi, tapi flash disk tu da penuh :P Esok la kot kalo aku ada masa, datang lagi... hadoi, aku bebetul nak cite Cooking Master Boy tuu...

Semalam tak kemana, aku lepak umah, tengok Naruto balik, pehtu makan dan tido sampai petang. Malam tu diaorg ajak makan kat HadhrulMaut, betoi ka aku eja aa... aku order setengah punya ayam.. nasik jer tak abih sikit lagi.. eh, semalam tu budak yg masuk situ rasa macam adek angkat Massah ler, macam fimiliar aje rupanya, nak tego.. aku segan sbb tak ingat nama.. kena dia kata tak kenal... kan naya.. kalo tau nama tu lain gak..

Cha tego kat YM tadi.. dia kata lama tak chat, yer.. lama betul... tapi takkan saja2 nak chat ngan dia plak. Da kawen tu.. tak bole la kan. Tup tup.. dia nak kenalkan ngan kawan anak sedara dia... haiyo... ntah la, aku malas pk lagi... sbb aku target 4 tahun, 2 thn utk habiskan pengajian dan 2 thn lagi utk prepare and establish anythin I can... tapi kalo ada jodoh datang sebelum tu... orait gak :) Yang aku pasti... aku masih slow lagi nak buat 'apa apa' pada masa ni... aku hepi dgn kawan2 yg ada.. :)

PC Ida da ok... tapi dia kata masih tak dpt nak connect ke internet... aku harap semua akan ok nanti.. :)

Hmm... aku nak balik.. esok kalo sempat.. aku datang lagi... insyaAllah..

Sunday, February 06, 2005

Memang sejuk jugak kat luar tu... pagi2 la katakan. Bebudak da start pegi skolah.. kuliah pun da start.. tapi macam biasa la kan?

Semalam aku pi ke ma'rod ngan Halim, Caphiq, Usop.. kat sana baru terjumpa balik ngan Ameq dan Abg Zaki... macam biasa, aku pi dengan tarak duit... niat nak tengok2 apa2 yg patut aje... tapi, terjumpa benda lain... aku beli Jami' Fatawa Al-Mar'ah, Ulum Quran, Quran And Bible Studies, Qira'ah wal Kitabah... ngan 5 tape nasyid arab... jumlah? 96 genih:P macam tak percaya aku.... tapi kalo nak ikut, memang murah banyak la berbanding msia.

Sembang ngan adek semalam... dia tak buat lagi urusan safarah, hadoi.. bila yerk. Sembang banyak pasal masalah rumah negeri... Selangor memang bermasalah sekarang ni. Macam aku cakap ngan wadi dulu... kita kat cni mampu bertahan aje... kalo kat Msia selesai.. cni takde masalah.. tapi BILA yer? sama2 la kita usaha...

Hati yg buruk akan melahirkan tindakan yg tak elok... senang aje kan nak tengok? mcm hadis Rasulullah tu. So.. yg banyak melalui pada hati ni adalah prasangka... benda yg terdetik di hati kita.. sebagai dai'e .. muslim, kita kena melatih diri kita husnu dzan ngan sahabat2...at least, benda tu yg datang dulu sebelum kita ketahui perkara yg sebenar. Nak buat keje besar... tapi dengan perkara yg kecik tu, su' dzan tu... dah merosakkan perjalanan ke arah keje yg besar tu... kedua, bagaimana cara kita untuk berhadapan dengan seseorang tu. Cara pergaulan kita... pendengar yg baik dan mampu nak cakap sesuatu yg at least bole kasi org tu puas hati.. itula seni seorang dai'e. Kita menjadi fleksibel pada keadaan2 tertentu yg memerlukan. Perhatikan keadaan sebelum memulakan sesuatu... macam kita bawak keta kat Highway ngan kat jalan kampung... kelajuannya pasti tak sama. Dan jika kita slow kat atas highway, mesti ada sesuatu yg akan berlaku... so tengok tempat jugak la kan? nak buat sesuatu tu.. tak semestinya laju tu boleh cepat sampai :P

Apapun.. seperti pendaki gunung.. macam kita yg penah panjat gunung atau bukit.. ngape kita panjat jugak utk sampai ke puncak? kita tak naik sekerat aje... kita akan usaha jugak w/p slow2 utk menuju ke puncak... sedangkan dlm perjalanan menuju ke puncak tu memacam ada kan? dengan letih, penat yg memang tahap naya, berpeluh2 toksah citer la... redah semak samun.. ada banyak serangga dll... tapi kita teruskan usaha jugak... kita tak renti & turun, kecuali terpaksa...kenapa? sbb kat puncak tu .. kita akan dapat kepuasan.. satu pemandangan yg elok.. cantik.. dan memang tak dpt diluahkan dengan kata2, keindahan dan kepuasan ketika sampai ke puncak. Gitulah... hidup sekarang ni yg kita berjuang.... nak menuju ke puncak kan? ade yg laju.. ade yg slow.. ikut stamina masing2... ngape harus takut dan gentar jika disana ada janji yg memang pasti utk kepada sesiapa yg sampai ke puncak.... :)

Moga Allah kuatkan hati aku... jauhkan aku dari perbuatan maksiat dan mungkar...

Kotornya ...

Tuesday, February 01, 2005

Kul smilan pagi lagi aku da datang CC ... tido katil abas semalam.. dia tak tido pun, dok adjust PC dan burn CD ... aku layan tido jek... bangun subuh, tido lagi... pehtu bangun kul 7 tu. Balas msg sat...then mintak CD Midori No Hibi yg Abbas burn tu... test kat VCD player... orait.. jadi le.. eheks... alamatnya kalo da dpt converter dan buleh cut Naruto... mesti bole masuk CD.. ehehehe!

Semalam.. dari berbalas msg ngan Massah, trus aku call dia... tanya2 cikit.. kasi jelas yg aku tak jelas... orait gak... dapat la aku tau apa yg aku taktau... tapi kalo org tak cite mana la aku nak tau kan? aku bukan ade teropong hati....

Amali da sampai.. aku call dia masa kat Astad Dumyat, relax jap sementara tunggu game seterusnya. Dia kata ada benda nak cakap... hadoii... berdebar jugak... family la tu.. barang aku pun ade gak... malas nak agak apa bendanya. Tengok sendiri nanti, mudah.

Aida pegi Sinai arini.. bertolak kul 2 pagi kot... masa dpt msg tu, dia kata da ade kat terowong suez. Hmm.. aku pk gak, tengok2 tempat yg diaorg nak pegi tu... boleh aje pegi Sharm Sheikh... mesti atas nama persatuan gak... w/p sabah, tapi diaorg still masih bole berikan kebenaran nak pegi.... cool jer .. orait gak... aku nak pi... aku pun nak pi gak laaaa....... mana2 tempat yg buleh pi aku nak pi sumer... ngape, rugi la kan.. da ade kat sini tak pegi tempat2 yg orait dan cantik... personally aku tak berapa setuju ngan pendapat yg pasal nak usha benda negatif tu... ngape, benda lain banyak... apsal nak usha yg tu jer.. kat Msia pun berlonggok... hmm, time tu la nak tengok... kopiah putih atas kepala tu... real?

Piala EXCO... aku team ngan Wadi, Usop, Khusaini, Aizat, Jehe dan Razif... team Kawarek... keh keh.... kami main happy2... yelahkan.. team orang lain lagi power... 6 team... tapi tak sangka plak, team kami bole menang dan terus menang... yg awal2 tengok... yg orang isap okok, memang pancit awal2 lagi... sapa tak isap okok, bole lagi... lain la aku ngan wadi yg memang tak jogging pun.. eheh... stamina pun out... tapi tu la ble tengok kesan org isap okok. Kira2, brape kerat sangat budak Dumyat tak isap okok? nasib team aku kuat lari... aku aje yg teruk.. so jadi goal keeper... alhamdulillah dpt la save beberapa percubaan bahaya... chewah.. lutut pun luka masa half-dive tu... cakit wooo... masuk akhir.. team kami tak sempat nak relax pun, terus jer lepas perlawanan suku akhir terus masuk akhir... dan tarik nafas 5 minit kot... haiyaa... pengsan bebudak tu... kalah :) so dpt le nombot dua... alhamdulillah ...

Sejak lahir... sejak aku sedar kat dunia ni... sejak aku kecik, boleh fikir, ingat dan tau serba sedikit perkara dlm dunia ni... budak pompuan tak suka kawan ngan aku... Kenapa? ntah.. jawapan tu takde pada aku hingga sekarang... sejak dari darjah satu, sampai darjah 6 ... pehtu masuk sekolah menengah... sampai la form 3 ... kat situ aku mula buka sesuatu yg dah mengubah pandangan aku terhadap pompuan ni.... tapi, macam dulu, bebudak pom sekolah aku tu, tak penahnya yg ok ngan aku... tak paham2 betul....
Yg tolong aku mengenali benda ni sume... Amran.. thanx :) helped me a lot! dia sebenarnya luah masalah dia kat aku pasal kak angkat dia.. last2 terangkan kat aku sifat2 asas pom ni satu2... great info bagi aku masa tu... yelahkan, baru 16 thn :)
Lepas PMR... aku pegi umah Dzia... 2 minggu lepak... masa tu la aku kenal Adilah... dan aku tak sangka, org yg luar bole layan aku lagi ok dari yg dok ngan aku ni...
Lepas abih SPM... aku sedar banyak berubah, dulu tak berani tego, cakap, muka masam, cebik dan ntah apa2 lagi... jadi lain jer.. tego dan etc... waktu tu laa baru nak bitau... suka awak la... minat awak la... aperdaa... sesungguhnya ada sesuatu disebalik negatif tu.. :P

Kecik2.. sekolah rendah... aku ni bole kata mangsa buli aje... darjah satu.. darjah dua... darjah tiga... takyah sebut kat sini la... sbb bebenda tu kecik jer bagi aku sekarang, tapi waktu kanak2 dulu... benda tu cukup memedihkan hati... tapi bila start masuk darjah 4... aku mula cabar fight ngan org yg nak buli tu... well, no pain no gain... gitu la life aku kat skolah... kat umah, aku la budak manja... baik, tak tahu erti keganasan... tapi kat skolah... kira 3rd grade gangster :P Hmm... aku rasa ok jugak, bukannya membuli atau buat benda2 tak elok kat skolah...err, tapi ade la sikit2... nakal la katakan :P aku cuma pertahankan diri aje dari di buli.... tak balas, diaorg ganggu lagik... bergado beberapa kali tu, no big deal... luka? sakit? lumrah... haiyoo, ngape aku jadi camtu dulu yer... pertahankan diri.. brutal...
So sekarang ni bila baca bab keganasan di sekolah... aku tau sesungguhnya benda yg berlaku di sekolah sekarang adalah jauh lebih ganas dari zaman aku dulu... nape? bagi aku jawapan mudah... sistem yg Allah bagi tak di praktikkan.. padan muke...

Ngape kita kawan ngan seseorang tu...? anybody? ...

Wednesday, January 26, 2005

Kelmarin aku sempat chat ngan Kak Lissa... dia tanya apa pendapat aku pasal tsunami yg bebaru ni... bagi aku ada 2 kemungkinan... satu, buatan manusia, samada bom atau senjata pemusnah yg menggunakan alam, ala2 Red Alert gitu. kedua, memang earthquake betul.. tapi apapun... semuanya adalah kekuasaan Allah.. Dia kata Jadi, Maka Jadilah...

Semalam aku takleh tido, pusing sana sini... ingat lepas balik dari umah Lutfi, aku nakpegi CC, tapi masa lepas turun tu... perut memulas pulak, tapi masa tengah jalan kaki balik tu, slow2 hilang plak... nak pegi CC kat bawabbah tu, dekat sikit ngan umah, tapi tengok bebudak arab penuh kat luar tu.. tringat ameq cakap, kalo siang tak payah pegi ler, budak2 arab main games... hmm, paham la tu... bukan masalah main games jer, masalahnyer memekak tahap lori tanah tuu... tensen betul... kat mana2 dlm mesir pun sama kalo diaorg main games... mulut mesti jerit2 kat kawan2... aperdaa... kawan duduk tak sampai 2 meter pun..

Petang semalam masa takleh masuk umah lagi, call Massah... tanya dia cite Love Generation tu, dia kata tak suka Tetpei... heheh... yelahkan, agaknya kalo dia tengok dari sudut kita sebagai seorang melayu... Islam apatah lagi... mestila jauh berbeza. Kalo tengok cite Jepun, tengok dari persepsi jepun terhadap life... kalo omputih, gitu.. arab pun gitu... tu sebab aku cukup meluat cite melayu bila aku mengamalkan teori yg sama... :P

Sebut pasalLove Generation... teringat hal cinta... hidup tanpa cinta.. umpama apa yer... kosong la.. mana ada orang tak cinta apa2.... at least dia mestikan cintakan perbuatan yg dia nak buat tu... aiyark... malas pk, tapi dengan cinta ni jugak la aku blaja banyak benda. Well... buat masa ni aku ingin berhenti seketika mengambil nafas... dah letih mengejar berlari tercungap kepenatan... tapi andai ada yg berlalu dan memerlukan aku mengejar... takdir Allah akan menentukan :):) Jodoh... :) dulu aku kurang paham, bila Dila&Shami sebut jodoh... tapi lama2 aku da mula memahami... dan seterusnya aku paham apa ertinya cinta tak semestinya bersatu yg mcm Cha bitau... aiii.... belajar dengan kepedihan...

Aku nak pi bank sat lagi... so aku datang CC lepas subuh ngan Lutpi, tu dia dok tipon Rahimi... ni aku nak kuar dah la... petang karang nak balik Dumyat... rasanya lepas pi bank, nak pegi jumpa Massah.. nak amik balik beg aku....

Macam biasa masuk AM.net... tapi nampaknya AM.net dah kena badai tsunami buat kali ketiga dan yg paling teruk bagi forumers kat situ termasuk aku... sayang.. sumer yg aktif terasa sedih, yelahkan, apa yg dibincangkan selama ni hilang... takpelah... kita tengok balik apa admin bole buat...

Sunday, January 23, 2005

Mesyuarat Agung Tergempar

Aku da ade kat Cairo.. datang ngan Wadi petang jumaat tu... sampai Mansurah kul 6.30, truss ke umah Zu.... heheh, sempat ngusik.. tu la, kalo korang kawen, kan kite buleh masuk umah... :D amik2 barang, trus blah ke Talkha... makan dulu, sbb da janji nak patah balik kat tokey kedai tu... ehe, segan le guna tandas dia free2 jer :P lepas abih makan.. naik, truss ke Abbud.. sampai pun dah kul 10.30.. tunggu kat Ramses plak, nak cari ke H10 bukan mudah, tapi takpe, tau aje.. ade banyak cuma larat tunggu atau tidak je :)

Sampai bawabbah3 kul 11.20... ajak Muhyiddin ngan Hakim pegi umah sama, diaorg pun orait sbb nak jumpa Caphiq sama. Masuk2 umah... Wan buka pintu, ameq, halim, usop ngan Caphiq.. lut da tidoq.. demam tak kebah lagi... borak2...seronok jumpa balik kekawan dari muhafazah lain2... :):) aku masuk bilik, tipon Massah... nak tanya point pasal MAT tergempar... KPP nak join safarah.... heh... dpt la sikit point... boley...

Semalam pegi umah perlis... aku ngan wadi pegi kul 8, baru ucap tema... rehat kejap, baru start MAT... tak panas pun, biasa aje... nampak macam banyak yg menyokong...aku bukan le tak kisah... tapi kita xde black and white... tatao apa jaminan yg kalo kita join.. kita akan selamat dari fitnah dan bebende pelik yg pernah berlaku kat BKAN lain... YDP kasi jaminan, takkan bersekongkol dgn perkara yg langgar syara, takkan langgar prinsip dan tetap pegang dengan kesatuan... orait... aku ok sikit bab tu. Aku tak kisah sangat, cuma... aku bimbang, risau if tindakan kita hari ini bakal menyebabkan kesusahan generasi masa depan... kalo hal ni berkaitan dengan KITA aje takpe... ni bakal melibatkan masa depan org lain... heh.. susah tuu...
Tapi aku cakap kat wadi...apapun, kita kat sini hanya mampu bertahan dari genggaman safarah yg memang bencikan PMRAM... yelah, pro Islam... abih, nak cantas jer. Aku ni bukan le fanatik PMRAM... tapi kalo sesuatu perbuatan dan tindakan yg tak bercanggah dengan Islam.. aku sokong... tu jer... masalahnya pegawai tinggi safarah ni kira nak cantas la bebenda ni... heheh.. adat ...memang adat sejak Islam terbina memang cemnih... tak kira la kita nak buat Islam sikit ker banyak..... Ditekan dan terus bertahan, bila dapat.. aku pasti tak mudah nak kuar semula walaupun dikatakan boleh buat camtu... ye ke? that easy? :P namun apa yg aku pasti... apabila menang kat Msia... maka... automatic kat sini pun.. free la dari tekanan yg tak betul tuh :D so.. nampak la kan? medan sebenar bagi student ni adalah di tanahair sendiri... bebaskan dulu, lepas tu baru pegi tempat org... tu pun kalo mampu... apapun... dah amik keputusan daftar... yeah yeah... kita tunggu yg positif dan negatif :)

Dpt ler makan bihun ngan nasi impit... heheh... sebut nasi impit, tringat anto sms, tanya kat Zu camana nak buat kuah kacang... err, aku bukan tak tahu... tapi lupa cara sebenar nak buat yg sedap punya... hmm, kita mesti nampak mudah jer, tapi kalo dah buat, silap step pun dah jadi lain walaupun bahannya sama... aritu aku dah buat sedap gilos dah... tapi ngape kali kedua tu jadi lain hah? konpiyus aku...
Haa... satgi umah perlis ada buat umah terbuka... yah yah... makan makan!! Selasa ni umah Pak Lang plak... eheheh... 26 balik Dumyat, insyaAllah sbb 27 Taib nak buat kenduri... kawen dah, kenduri utk kekawan kat Dumyat jer yg belum... lol ... seronok tengok kekawan hepi... kita tumpang hepi :)

Yg aku tau... aku sekarang ni dah takde keinginan sangat macam dulu tu tringin nak kapel2... *bukan takde keinginan kat pompuan yer..? tu bukan laki namanya :P

Sunday, January 16, 2005

Sejukk

Pening... bukan headache ke apa... tapi aku dah tulis seminggu lepas, pehtu aku post, tapi tak masuk? argh... server putus ke? nasib tak tulis berjela2... tapi tak best la kan sbb da lepas lama aku tak tulis, tu aje la yg aku nak isi sementara ada idea waktu tu (idea yg lain tu lesap le lepas tak di isi...:P)

Kelmarin aku dah datang CC, tapi tak sempat nak tulis kat sini, even aku duduk 5 jam benar. Chat dgn ida buat aku relief and happy :) tengok nick dia aje pun aku dah takleh renti sengih.. hehe... bincang pasal nak buat web tu, nak isi pasal sumthin islamic. Aku pk2, bukan apa.. lama bertenet ni... lama hidup, lama blaja, lama dah jadi org Islam.. tapi apa yg ada aku sumbang utk Islam walaupun sikit? at least... biarla w/p kecik jer tapi inilah usaha yg kami mampu buat masa ni... sebenarnya tak buat lagi, perancangan lama dah, tapi asyik tertangguh sbb aku le :P kali ni nampak macam makin serius... takpelah, sesungguhnya setiap perbuatan itu dimulai dengan niat.. heh.. ni dah lebih sikit dari niat la kan kan... moga aku boleh istiqmah dan istimrar lepas ni... ameen ya rabb...

Aku balik... tengok Stories Of The Prophets tu... baca balik, bukak, try terjemah as my first step... masuk satu perenggan... perghhh, baru aku tau bukan calang2 orang mau terjemah ni, perlu pengorbanan yg .. heh...

Takpelah... stop takat tu... jika ada apa2 masalah lagi.. kami akan discuss..

Baca kisah anbiya' tu memang ada banyak kesan... tapi orang tak pandai nak interpret plus dgn pembaca pun buat sekadar sebahagian dari sejarah dan terus kekal camtu. Gitu la jadiknyer...

Aku dok dlm bilik, sesambil baca tu, sesambil dubbing tape.. nasyid? pop-nasyid lah...In-Team, UNIC, Hijjaz, Ae-Man... Brothers... buat kompilasi sendiri, lagi best... heheh. Personally, aku minat Hijjaz dan Raihan... album Pelita Hidup memang best... aku pesan kat Kak Long... taktau la dia dah beli ke belum.. komen pasal aku dengar lagu? diaorg dengar nasyid? heh.. tak paham la tu rythm sesatu muzik... lirik? ngape... diorg ingat lirik Metallica, Savatage, etc tu takde pengajaran ker... pak arab yg dengar In-Team, UNIC dan kumpulan se'nada' dengannya.. mesti kata lagu pop punyalah... w/p dah bitau... "Nasyid niii..." dia tetap geleng kepala... apa punya nasyid bunyik camtuh.... well, itula bezanya nasyid asli dengan nasyid yg tak asli... heh...

Pagi tadi Mat gerak kul 10.30... pi kuliah selesaikan urusan tasdiq, alhamdulillah abih. Esok nak pi sambung iqamah, mati sebulan lebih dah nii... naya, bimbang gak... mintak2 laa mama tu esok orait.. eh silap, Madam le... :P pehtu ingat petang esok nak balik Cairo, insyaAllah.... lepas sana barang 2-3 hari... ;) bi iznillah...


Friday, January 07, 2005

Nak Abih XM

Alahai... aku nak tulis banyak... tapi kesuntukan masa. Tu lah.. aku lebih suka datang waktu malam dari waktu siang.... rini jumaat.. 10hb ni aku abih xm... lepas tu insyaAllah aku nak balik Cairo dan nampaknya kerja berderet2 sedang menanti kami lepas ni.... ooohh....

Anyway aku masuk jugak kat blog utk taknak biar kosong aje... pehtu nak paste link web tsunami tuh... tengok tak abih lagi... kot2 ade orang nak tengok sama kan? yg link news tu sekali ngan pic da lesap sbb DC tadi... hish...

http://usm.net.my/yncr/modules.php?name=Internet_TV

OKlah dulu wat masa ni... nanti aku sambung lagi... banyak yg nak citer...

Tuesday, December 28, 2004

Da lama aku tak tulih kat blog, bukan taknak, tapi takde masa.... ikut hati nakkk aje menulis. Kalo dok dalam bilik waktu tu pun terbayang bayang ada PC.... bole tulis kat blog. Yelah kan... kekadang tu kita rasa sumthin utk menulis... tapi dah takde masa... nak wat cemana. Start dari hari aku ngan kekawan buat ujian .. errr... statistik? pendapat? hmm... test dari DMS... aku da nak mai masa tu... tapi CC penuh... grrr... balik aje la aku masa tu...

Lepas2 tu lagi la pack masa aku... ngan xm yg rapat, visa da KO, tasdiq pun tak selesai.. kitab banyak yg kena baca... bahas lagi... tak larat aku nak memikirkannya... tensen pun ada. Last2, duduk depan sejadah... susun balik satu satu... yelah.. yg mana boleh buat tu, aku selesaikan la... yg bukan dlm kuasa aku... tunggu aje la kan?

Humps... tengah chat ngan Intan... mana dia niii... senyap plak! hish... Hah.. dia msg balik dah, nasib kasi alasan... takpela.. aku terima ajelah.. tu sbb penting TRUST kat sesama kawan kan?

Ida anto kat offlen msg aku.... http://a.scarywater.net/fob/ cite Jepun.. Thanx :):)

Kejap... aku ni kalo sedang sembang... nak tulis kat blog ni memang tak dapat punyalah. Sbb aku ni jenis yg suka biar otak menerawang... pk macam2... biarkan relax... baru boleh tulis dan waktu tu la idea nak kuar mencurah2...

Sekarang ni aku xm.. tadi dah lepas paper Tafsir Ayatul Ahkam, bleh buat? jawapan aku... err... errr...
30hb ni Da'wah plak.... kullu muqarrar... hiks... baca ... jangan tak baca!!

Humpss.. duduk duduk petang kelmarin dulu... Akmar anto msg... dia citer yg pasal earthquake kat Indon... ingatkan yg mati sampai 27 (memula) tu kat Indon ler.... lepas dapat tau dari kekawan lain.. baru tau yg itu kat Msia! argkk... lepas tu mula la tercari cari maklumat, rasa rugi le plak tak baiki TV lagi time tu... nak pegi tengok TV kat umah Mat pun TV depa rosak sama... kalo tak dapat ler tengok BBC. Rupanya banyak negara yg kena... takat sekarang ni yg aku baca kat tenet... 51 org kat Msia ....

Ntah la... idea pun makin kurang... tu la kan... waktu2 ada idea... tak dapat la plak nak log in.. isk isk... takperla... aku da blank...

Thursday, December 09, 2004

Study

Orait... agak lama aku tak dapat tulis apa2 kat blog ni.. takde masa banyak sangat utk ke CC dan jika ada pun aku tak sempat nak duduk lama nak tulis... tu laa, idea terhadap perkara yg berlaku harian tu kena catat segera, kalo tak.. Lupa!

Kebelakangan ni aku terus dibzkan dengan memacam keadaan... aiyark, xm paling dekat dan tak sempat kan? uhmm... dengar kata 25hb ni dah nak xm... honestly, aku tak baca apa2 pun.. kecuali mirath, tu pun sbb ikut kelas... banyak keje aku yg masih tertangguh, laporan USPB tak siap lagi... argh! Carta organisasi... takwim tahunan... yark! PC markaz plak macam ampeh... ikut ati mau je setup semula... tapi aku nengok2 takde driver printer Canon S100 tu... takut gak nak setup semula, tetiba printer tu takleh guna... sah sah tak jalan keje2 yg begitu banyak memerlukan si printer tuh :P apa la diaorg ni, cuba la simpan diskette driver tu bebetul.. kan mudah... kan dah susah waktu OS dia mengong camnih... sapa susah? AKU LAA....

Budget aku lari teruk bulan ni... turun naik Dumyat-Cairo... rumah baru... kitab kitab kuliah.. dan perkara sebenar yg menyebabkan budget aku lari teruk adalah sebab Al-Azhar kuarkan qarar baru ... ampehs! setiap urusan kuliah dah kene bayo... dari free kene bayo... tasdiq kuliah yg dulu takyah bayar apa2....sekarang ni, kertas gestetner tu dah berharga LE25 .. rusum tahunan pun... dulu bayar LE4.25 aje setahun, sekarang dah jadi LE65.. ho ho... naik mendadak betul!! masalahnya bulan ni aku kene buat 2 tasdiq kuliah... satu utk safarah, satu lagi utk nak baharui iqamah.. dah LE50 kan? pehtu kene bayo rusum, kalo tak... dia tak kasi kernih xm, camana nak masuk XM? dah LE65 kat situ.... pehtu nak kasyfu natijah lagi... ntah2 LE30... tak ke dah masuk seratus lebey sumer tu.... aku bukan la nak komplen apa, yerlakan... kalo nak dibandingkan dengan university lain... bayaran ni adalah terlalu murah dan aku rasa university paling murah dalam dunia dengan yuran tahunan LE4.25 jer.... kalo uni lain mau ribu2.... w/p sekarang ni dah naik (aku dengar yg baru ni LE200) ... still murah jugak...

Apa yg menyebabkan budget aku lari adalah sebab ... dia naikkan secara mendadak... cuba laaa bitau awal2.... dalam 2-3 bulan sebelum ni ke... ni tak... dah lagi sebulan nak xm baru nak bitau, dah tu terus naik waktu tu jugak! tak ke terkedang kaki tangan pelajar asing macam aku nih!! Lagi satu sebab utama yg aku nak bersuara ni bukan apa... Al-Azhar ni adalah uni wakaf... dia dibina utk orang2 Islam menuntut ilmu... dan segala urusan Al-Azhar ni ditanggung oleh sistem kewangan kutipan dari duit wakaf yg diterima dari seluruh dunia sejak awal dibina hingga sekarang.... ni la... kalo dah naik bayaran camnih.... kesian kat arab balik ler... kita takper... arab? nak dapat LE20 sehari pun macam nak mampos.... gaji kerani kat kuliah tu pun baru LE250 sebulan.... tu keje kerani... kira hebat la tu kat cni.... sekarang ni la kan... mana pegi duit2 Al-Azhar tuh? lesap? Amerika sekat? yg ura2 aku dengar... kerajaan dah masuk campur dlm urusan Al-Azhar dan amik duit2 ni guna utk kegunaan negara... ampehs!! kalo betul... ni dah pecah amanah la... Tantawi le nih.... kalo zaman Syeikh Azhar yg lain... bertuah nak ikut telunjuk kerajaan!! chizzz............... uh, perancangan musuh nak lumpuhkan penyebaran ilmu Islam secara sistematik N slowly ker?


Saturday, November 27, 2004

Nak Balik Dumyat

Pagi ni lepas subuh aku datang CC lagi... semalam lepas nganto ostat balik, pehtu balik ke rumah sabah semula... pack barang2 dan bawak balik ke H10.... lepas tu aku, wadi, wan ngan ameq pegi ke H7 ... pi Sammy amik gambaq wadi... heh, best jugak tengok pic Msia.. tengok pic Tokmat kawen... tengok pic Yen ngan bini dan adek2 dia... heh... happy aje la utk kekawan :)

Dah balik2 tu... kemas2 umah ready utk Ustat Hadi ngan Ustat Darus tido utk 3-4 hari... aku ngan wadi kuaq sat... nak jumpa ngan adek beradek Hakim, sbb wadi kena kasi barang kiriman org kat dia ... ingatkan dok mana ustat tu... rupanya sebelah imarah aje... dekat betul! Nyembang2 sat then kami balik... wadi pi tipon lagi... heheh...

Aku balik tengok paklang ada... dia mai ziarah :) duduk2 sat... pehtu aku tido... sedar2 sumer org dah bergelimpangan dlm keadaan yg sejuk sangat tu.... tengok enset, kul 3 pagi... pegi tandas... solat... pehtu aku tido balik ... hehe...

Ingat harini nak balik Mansurah dulu... Wadi ade hal... buleh la lepak umah wan sat... orait la tu... lepas tu aku pun ade beberapa keje yg harus diselesaikan.. kalo tak bad memang bising2 kat aku... memang aku lembab sikit bab2 ni... arghh... memacam!!


Friday, November 26, 2004

Jumaat

Pagi ni aku datang CC ngan Wadi.. dia sampai 25hb pagi, kul 4 pagi sampai umah. Lut ngan Syawal pegi amik.. aku ngan Wan dok umah jer.

Pagi tadi pegi bank... terpaksa beratur plak nak buat tukaran tu, slalunya bole terus jer kat cik kak tu... panjang que tu, dah la dok belakang sekali, ngan HSBC tu dok islah sumer... ade ostazah tecit dok belakang aku... nyot nyet ngan dia sepatah dua... budak baru rupanya, tak penah datang situ lagi... first time, tercangak2 masa arab tu panggey, hehe... biasak la... ammi mesir, bukannya fushah :D

Lepas tu terus pegi beli credit hp... wadi pun sama. Then kami pegi umah sabah, saja nak tengok ostat... lepak sana sampai petang, masak.. makan... then balik... keletihan, tido! aku betulkan PC kat umah tu sikit... main Diablo.. tido, sedar2 dah kul 12.45 malam... solat. Sambung main Diablo sampai wadi bangkit plak..dia pun letih tido agaknya... masak megi. cakap nak datang CC... pehtu terus blah... heh.. sejuk2 camnih pun orait jugak...

pagi ni nak pegi jumpa Ustat... takpa.. balik solat subuh nanti... pegilah... :)

Nak chat ngan Ida dan Kak Lissa... tapi masa dah suntuk... takpe... bole bual sikit2 lagi.. nanti sms aje lah :)

Wednesday, November 17, 2004

Arini aku datang CC awal betu... lepas solat subuh je terus datang. Malam tadi tido kejap, pehtu bangun mandi 'itu' .... lepas tu main Diablo sikit, bagi lepas satu satu stage... mudah karang nak sambung. Gas kat umah still tak tuko, kedai tutup lagi, lambat pegi la katakan.

Alerhai, ustazah Thai ni dok cakap kat tipon plak.. sekali dengar dia cakap.. teringat masa dok tengok TV siam dulu tu, sebijik macam pemberita tu... heheh!!

Aku mengantok ni, tapi arini nak tunggu Ustaz datang... lepas ni mesti lepak umah sabah punyalah. Aku pun agak blur kebelakangan ni... depa suruh aku balik Dumyat, pakat marah gile sbb aku tak balik2 lagi... lepak sini dah cukup lama... aku pun dah naik malas... argh! keje keje keje.... !

xm dok tunggu tak lama lagi... aku nak study elok2... insyaAllah, berikanlah aku kekuatan... mujahadah melawan nafsu....

Ngantok+lapar ni.... jomlah...

Monday, November 15, 2004

Raya Kedua

Heh... pagi tadi bangun awal.. yelahkan, selalunya waktu tu dah bersahur... tapi kali ni tak puasa, jadi tak sahur la.. 4.30 mata dah terjegil.. tapi sebenarnya aku dengar bunyi2 kat rak tepi kepala aku tu, tengok punya tengok, nampak la seko lipas dok panjat sana sini... bunyi le kan sbb rak kayu tu dibalut ngan kertas, kaki lipas pulak ade tajam2 tu... ampeh... berkat kesabaran aku, lipas tu naik atas selimut aku plak... hee... nak kene 'hengge' la tu... amik botol, bukak lampu... tunggu time&tempat yg sesuai... maka, aku pun mengubah makhluk lipas tu kepada 'bangkai lipas' keh keh keh....

Elok2 baring balik, msg masuk kat hp... bunyi 3x, hee, panjang! mesti 3 msg serentak.. bukak, tengok dari Ida.. happy! Aku tunggu jap pehtu bangun solat subuh... pehtu main Diablo, lama betul tak main... hehe. Lepas abih satu stage, bunuh Shenk The Overseer.. aku stop.. datang CC... heh, akhir ramadhan dan awal syawal ni.. CC sentiasa penuh ngan student Msia, Thai dan Indon.. tak sangka pada waktu2 ni yg slalunya kosong... penuh plak ngan org yg nak tipon tanahair...

Emmm... ok lah... aku pun maybe satgi nak pegi openhouse kat mana2 pulak... lepas zohor start.. kelmarin puas jalan dah... start ngan rumah abang zaki, makan makanan jawa w/p dia org Riau, yg aku tau... makanan tu sedap gile! Nasi, kacang ikan bilis pedas, tempey... pergh.. pehtu pegi umah abang Basit plak... nasik krabu patani+jeruk petai... pehtu ke rumah Yusuf filipina plak... tak larat dah, ehe! cakap bubuh kuih aje laa... makanan berat takleh masuk dah... seronok sembang ngan Yusuf tu... pandai bukak citer... tengok anak dia comel2.. eheheh...
Malam semalam pegi umah abang Harun kat Madrasah... orait le tu. Pehtu pegi umah Khalil Sarawak... ahaks, buleh makan nasik impit, rendang, gulai... whoaaa!! beshh beshhh... heheh..
Balik.. tido... hehe...

Wokeshh... ni Lutpi msg dah... tengahari satgi pegi jalan.. insyaAllah...

Sunday, November 14, 2004

Pagi Syawal

Heheh... harini satu Syawal... kul 3.40 pagi, saja datang tenet, ingat nak tipon Msia. Tengok dulu org sebelah kiri kanan aku ni dok tipon 'orang' masing2. Hmm... takpe, jap lagi aku balik la.. kul 4 lebey kot? errr... better call cepat, karang dia off CC, ape pun tak dapek.. hehe..

Hmmm... aku baru kirim sumthin utk komuniti OKU.. ntah le betul ke tak komen aku tu, tapi itula yg aku rasa. Terlalu kurang maklumat aku ni, itu pun setelah mengenali beberapa orang teman2 OKU, apetah lagi bagi yg takde kawan atau link langsung. Buat kekawan, tego la aku jika ade salah dan silap dalam hal ni... I need to know more and I want to know more...

Tadi bukak e-voiz, nak call Msia... tup-tup, balance da abih? *%#$@... hehe! takde perkataan lucah kat situ... cuma kalo Ida ajo aku bubuh icon smiley tu... mungkin dpt ganti semua tuh.. hehehe!! Bole ke?


Saturday, November 13, 2004

Esok Raya

Em... topic nampak cam best, tapi sebenarnya bagi aku sendiri kat sini dah tak bakpe best sangat pun. Cuma jika di ingatkan kembali pada kisah, asal dan matlamat raya dan apa yg terkandung dalam ramadhan ni, pasti membuatkan kita cukup sedih, pilu dan terasa rugi untuk meninggalkan bulan ramadhan yg terlalu banyak ganjaran yg Allah letakkan... ruginya terasa bila kita terlalu leka dalam mengambil manafaat yg cukup mudah Allah letakkan pada umat Muhammad berbanding dengan umat2 yg lalu..

Aku tak tau, apa aku seronok atau tak best bila tiba hari raya ni... ni kalo tengok dari sudut, 'Yeay! esok raya!" ler... sbb sejak dok Mesir ni, raya tu rasa macam solat jumaat jer... lepas solat, khutbah.. balik tidoq. Lega ade banyak wafidin kat sini, buleh la pegi ziarah sana sini... hmm, tu la, semalam Mat msg, tanya nak balik ke tidak... actually diaorg berharap jugak aku balik Dumyat beraya kat sana, sbb dah ready memacam kan? tapi aku terasa cam nak raya sini le... bagi aku, happy Raya tu dah lama takde... seingat aku... 2x aje raya yg best penah aku lalui... tu pun sbb adanya sedara mara yg ramai tanpa ada sebarang masalah... ade sedara ramai, kalo ade masalah.. apa pun jadi tak best! Raya kat sini pun lebih kurang aje... ade la happy tu, heheh, tapi kena pandai bina la kan? Agaknya kalo ade peneman hidup, raya best tak hah? Heheh!! tapi kan... pompuan ni mesti rindu balik Msia punya, time camnih mesti dok syahdu teringat msia, ahh... beza laki dan pompuan... aku pon rindu jugak!

Well.. pagi tadi aku sahur ngan Lutpi aje, berdua. Masak kul 3.45... elok da nak siap, lutpi soh bubuh nasik.. aku pon selamber je la amik nasik semalam (yg kami nak makan, tapi terlajak tido..x sahur le! bangun2 da kul 5 pagi! :P ) ... tengok elok aje, sbb rice cooker tu 'keep warm' jer... bila aku cedok, tengok2 bawah tu dah basi~ siap macam dah nak jadi tapai... chizz! kalut jugak! takkan nak ratah lauk je? tengok jam dah kul 4.30... naya! Alhamdulillah nasik mai'dah rahman 2 hari lepas ade lagi... dok dlm esbok. Tibai jer perangat, dpt le makan dgn kelajuan supersonik, heheh... teguk2 air... dan macam diagak, waktu kunyah lauk sikit lagi tu org dah azan... sempat la aku teguk air, seteguk. Huh.. seingat aku, bulan ramadhan ni le paling kurang aku minum air... waktu berbuka segelas... waktu sahur seteguk... huh? tak sampai 200ml sehari? aaaa... dahaga gilaaaaa!!!

Aku datang CC, kul 6.20 pagi... sambil buang sampah, nak sambung download Cooking Master Boy... tapi tengok ade plak org, owh... tipon tanah air masing2 rupanya... yelah, biasanya aku datang time ni kosong je!! dekat raya le katakan... next time le aku donlod nanti... malas dah nak tuko2 PC, aku letih sebenarnya ni...

Waaaa, ingat macam arini nak luah apsal aku slalu cakap diri aku playboy... walaupun pada hakikatnya tidak... hadoi.. rasanya next time la... ni tengah dok tengok pic deqna, siap ade memacam pic lagi, kat kolej la, bukak posa la, besday kawan la, dlm dorm la, ngan AF la... Linda Jasmin pun ade! Cute lar makcik tuh... setau aku ade sorang anak.. besar dah... cikgu tarian AF. Hayyooo... apa da jadik ngan Deqna hah...

Hmm... banyak jugak artis camni, ade asas2 agama yg okey la jugak... tapi terbabas jugak... tu la, ilmu tu takkan dicerna jika kita hanya letak dia kat otak tanpa mengubah menjadi realiti kehidupan... that goes to me! Hidayah itu milik Allah... kita hanya mampu berusaha... namun yg penting itu... usaha...

Thursday, November 11, 2004

Dekat Raya

Hari ni 11 Nov... Khamis.. tidur awal semalam, ntah pasal apa ngantuk sangat lepas berbuka tu, sedar2 dah kul 12 malam. Yg ade abang zaki tengah tengok cite. Halim da balik... Lutpi ingatkan pegi qiyam, rupanya nyangkut kat CC... hek hek...

Bangun, mandi.. ready... solat...

Pehtu lepak depan PC, ingat nak pegi CC jap... tapi tak jadi sbb layan PC. Lutpi balik dlm kul 3.30 pagi.. bihun semalam ade lagi so dia buat kuah... punya la kenyang makan dua org jer, hehe. Lepas subuh aku datang CC terus.. bukak2 masuk AM.net, ntah la, dah jadi cam kewajipan plak kalo masuk tenet aku mesti masuk forum AM.net. Pehtu check site Naruto... ade siri baru dah!! wow... sambungan Clash of The Rivals tuuu... ahaks! download lagi! ni tgh try nak amik Cooking Master Boy plak.. mintak2 OK...

Cadang jap lagi aku nak kuar ngan Lutpi... nak tengok rumah, nak beli RAM... dan aku sebenarnya nak beli Card utk adek.... hmmm... dia kata kalo aku tak hantar kad raya, dia nak datang Dumyat... so, aku taknak le anto kat dia.... ehe... tapi mcm cedey plak bila aku tak kasi dia kad... so kene kasi gak la... hihi...

Orait la... tak larat dah ni... dari kejap dah jadi lama... chat ngan Ida pun kejap je... Milah pun tak masuk.. kak Huda aje ade... tu pun da kuar..

nanti sambung lagi... rasa macam malas nak balik arini...

Monday, November 08, 2004

New Damietta

Rabu lepas.. 3 Nov 2004 .. aku nyambut bebudak baru datang ke Dumyat.. jadi Pengarah USPB le, nak kata nyusah tu.. memang nyusah, tapi disebabkan Dumyat kekurangan orang.. aku terima ajela ngan hati terbuka. Alhamdulillah, dengan segala kekurangan dan kelemahan aku... serta bantuan dan keikhlasan sahabat2 aku yg lain... majlis berjalan dgn lancar. sampai la tamat pada 6hb ... dan aku pun ngan Bad bawak bebudak ni balik Cairo ngan van... 20 lebey.. kami dua org je... hadoi, memacam karenah! ahaks... nak marah pun takleh, yelahkan sbb diaorg ni student baru... muka fresh jer.. banyak yg tak tahu pasal perangai arab, keadaan sekeliling etc... heh.

Teringat aku 1 nov aritu.. aku, Abbas ngan Mat.. kami bertolak dari Cairo nak balik ke Dumyat.. bertolak dah kul 10 malam... sampai Mansurah kul 2 pagi... renti makan kejap.. heh, first time la bagi aku duduk camtu pepagi buta..lepas tu duduk la kami dalam van menunggu penumpang lain... mau ade dekat sejam org tak datang... yelaaaa.. dah dekat kul 3 lebey, sapa nak pegi Dumyat pepagi buta camtu.. lagipun org dok sahur kat rumah le... tapi alhamdulillah ade sorang pegawai polis naik sama... dia sewa khas trus... dia bayo 60%.. dan kami 3 org bayo 40% lagi... hehe... bole laaa. Asalkan sampai Dumyat... da tak larat woo... Sampai dah kul 4 lebih... nak masuk ke Haiyyu Mu'allimin da takde van... terpaksa jalan kaki lagi pepagi buta tu... seronok jugak! dapat tengok suasana New Damietta... heheheh... very lovely :)

Pagi tadi sepatutnya aku jumpa ngan Bad kul 8 pagi kat depan Hadiqah Dauliyyah, tapi waktu aku bangun kul 7.20 pagi tadi... Syawal dah dok dlm bilik air.. siap mandi lagi... ready2 sumer... aku kuar umah kul 7.50, dah la susah sikit yg nak pegi Abbas Aqqad...mana la aku tau penuh pulak ngan bebudak pompuan yg nak pegi skolah, musykil sket.. mana budak2 laki ha? maybe skolah asing2 kot... sbb xnampak langsung budak skolah laki naik bas... dah tu.. siap jammed lagi jalan... waktu aku dok usha jam awek2, pak2 arab tu... rasanya waktu aku turun coster tu dah kul 8.20 ... as expected, Bad xde.. hehe. Antara happy ngan kesian Bad nak uruskan sensorang... aku try tipon, no answer, lepas tunggu beberapa minit.. aku blah... kemana? mana lagi... balik bertenet laaaaaaaaaaaaaaa.... :D

Sempat la menghabiskan Naruto 106. Duduk tak bakpe lama.. Ostazah2 mula muncul nak tipon family, dengan memacam punya loghat dan gelagat... nak tersengih, tergelak, heran pun ada tadi.. hehe..

Hmm.. Cha msg aku kat YM... dia kata aku sombong tak anto brita or apa pun kat dia... well... I got my own reasons.... :) Ciao jugak...

Saturday, October 30, 2004

Bored

Betapa lamanya aku tak tulis kat sini... biasalah, pada awal sem camni, aku mesti ade beberapa keje yg nak dibuat. Lagipun aku ni jenis pilih time nak datang CC ... dan time2 yg slalu aku pilih adalah selalunya... seawal waktu asar... dan pada tengah malam... time2 camnih org tak banyak kat CC .. so bole la sikit2 nak senyap tu... kalo tidak.. bising. Arab ni jenis mulut tak tahu diam.. kalo main games pun mulut punya bising.. sana nak cakap, sini nak cakap... tu sbb org arab tak payah baca text waktu nak khutbah.. memang terer bercakap semulajadi.. hehe.. 95% camni bagi aku... kasi ajela microfon dan video cam... mesti bercakap tak abih2 punyalah..

Arini aku ade masa sikit.. dan aku pun rasa tak best sangat pada minggu ni dan hari2 yg lepas. Life have been so dull dan bored to me... plus keje pulak datang bertempek tempek... hal kuliah pun tak selesai lagi... Ida pun tak masuk tenet lama dah... bertambah la boring aku... tapi tadi tengok web macam dah ok... agaknya memang betul2 da ok kot :)

Seketika aku rasa tenang... ringan.. tapi diberatkan ngan keje2 tambahan utk membantu kekawan... takpelah.. utk kekawan jugak... bebudak baru nak datang dan hal hal lain...

Ingat nak balik Cairo jap lagi... kul 8 pagi gitu... bole la sampai awal sikit sbb karang waktu petang dah terlalu crowd nak balik h10 .... cab pun siap mintak harga tinggi... susah beb..

Tadi petang shah panggil betulkan PC dia... setup OS baru.. tapi CD XP tu macam kureng file jerr... ade file missing.. aku tensen sungguh la jadi camtu.. peh setup ME, CD-Key pulak silap... grrrr... asyik setup 2-3 OS yg berbeza... takpelah.. lepas ni soh Shah cari CD yg ok la... ape la CD tak elok.. sakit hati betul.. abih masa gitu jek..

Orait.. aku rasa cukup kot utk today... sesuatu utk permulaan ....

Friday, October 22, 2004

Lama Takde..

Hmm, lama benar aku tak menulis kat sini... maafkan aku... hehe, cakap kat diri sendiri la ni... chewah ...

Alahai... nak kena balik sahur plak ni... tersadai la lagi cerita ceriti yg ade dalam kepala ni.. sorry ah... Takpe.. nanti datang lagi...

Ciao...

Saturday, October 02, 2004

Hmm... lama jugak aku demam.... sebenarnya badan dah kurang panas, tapi flu tu masih ada walaupun sikit... jadi aku lepak umah aje la... kuar umah pun, badan tak berapa selesa. Takleh minum air sejuk.... malam lepas aku dahaga... bukak peti sejuk, tengok ade Halim buat air farawlah... tibai 3-4 teguk... dok sat ja, batuk gegila... hehehe.... sensetif betulll ye waktu sakit nihh.... so sekarang ni terpaksa la aku memantangkan diri seketika dari air sejuk nih... hish hish.. tensen...

Bila banyak hari tak masuk... aku pun jadi lupa benda yg berlaku lepas2... bukan apa, aku ni jenis org yg tak suka ingat sangat benda2 lepas.. kecuali la diperingatkan atau benda tu memang sah melekat dlm otak aku sebagai sesuatu yg tak dapat aku lupakan...

Semalam tipon Che Mah.... tanya dia itu ini.... heh, kena ganggu waktu tido...kui kui... Adek pun tego aku pasal tak tido malam... bukan apa tau, tapi bila dah terbiasa... kalau baring sekalipun, mata tak tutup2 jugak... dah dekat2 subuh, baru ngantuk... ngape ye? mesti ade unsur2 setan pujuk tido tuhh... tu yg kalo tido time2 camtuh selalu terlepas subuh! nasib gak duduk ramai2, member2 kejutkan tido.... kalo sorang2 jek... mau subuh qadho... :P

Aku saja datang CC ni.... tadi petang datang dah, nak amik progam dan cite yg aku download... tapi budak yg jaga tu tak dpt nak buat... hmm, terpaksa la tunggu tokey dia plak... jadi aku datang malam2 ni ngan Ameq... tup2, ade hal lagi.... takpe2, aku tunggu sat lagi... sbb esok nak balik Dumyat dah.... kelmarin dulu pun datang... nak chat, tunggu Ida... tapi dia tak masuk. Ape nak buat.... tak dapek la nak chat ngan dia beberapa hari lagi....

AM.net ade masalah pulak kat forum Sembang Apa Saja... banyak org merungut, yelah, tu la tempat paling best nak cite macam2.... tetiba takleh bukak pulak... nak masuk dua hari dah ni.... kalo sehari pun dah macam cacing panas.... ni pulak dah 2 hari... argh... aku rasa mesti banyak makcik2 yg tensen tunggu nak luahkan perasaan kat situ... hehe...

Dalam minggu lepas rasanya, umi nira chat ngan aku.... rasanya penah chat ngan dia tapi bukan chat serius apa2 pun, nak tanya benda aje. Tetiba on that day... dia serius semacam je, macam2 cite w/p aku tak tanya, macam betul percaya kat aku plak... mejik mejik. Siap nak kasi nombor hp... email.. bla bla bla... tapi tak sempat bila aku DC... keh keh keh... masuk balik dia dah takde... :D tapi semalam, kak Dayah msg aku, dia kasi nombor tipon nira... dia kata, nira yg soh kasi... siap tipon pesan kat kak Dayah kalo jumpa aku chat tolong bagi nombor hp.... hmmm... sebenarnya aku tak salin pun... 019, nak wat apa, tipon? hui hui..... yelah tu.. kalo sms boleh lagi :D nak tipon... xmau la. Anyway aku still musykill lepas aku tanya ngan si akak Tenda_biru, lain pulak aku dengar.... hehe... takpelah... aku harap nanti Nira bertemu dengan jejaka pilihan hatinya... :D

Ade org bitau aku... Mali kata... malam ni malam last dia nak selesaikan ngan Intan... well, I'll wait and see... tapi bagi aku, kalo nak selesai betul2, setakat hari ni aje tak cukup. Cuma... dua2 org dah nak tarik diri... masalah boleh dikira tergantung, tapi taknak dipanjangkan... heh. Kalo ade salah paham dlm hati masing2, ianya belum terjawab. Cuma... masalah dah senyap, buat masa ni... kot.

Malam tu aku pegi tanya Mali pasal dia guna sms aku... dia jawab ye, tapi takde macam tanda2 nak mintak maaf ke hapa... aku ingat la, dia tak rasa apa2 langsung salah ke apa bila anto sms kat Intan guna hp aku.... agaknya dia rasa bila bayo 0.50 tu, kira langsai kot. Hangat la aku camnih, yg aku buat perkhidmatan tu adalah utk call out aje... bukan sms. Nak sms.. cakap, free aku bole kasi... memang camtu pun. Apapun aku terus sembang ngan dia dan dia luah jugak serba sedikit apa yg dia rasa.... betul macam Intan cakap, Mali macam tak peduli ngan kata2 Intan tak suka dia buat gitu, I mean contact dia, say dia suka Intan dan bla bla bla... Aku pun heran jugak, kuar 3 point yg aku tak tau dari Intan... point yg Intan tak penah cite. Samada Intan takmo cite ataupun Intan sendiri tak tahu.

Aku nak bantu je... lebih dari tu, bukan hak aku lagi... kalo Intan dah malas, banyak kesan utk dia, aku pun taknak susahkan dia lagi. Mali nak renti... ok. Tapi bagi aku, ade kekeruhan yg perlu diperjelaskan, tapi kalo dah tuan tubuh taknak kisah dah... apa pulak aku nak ganggu kan? Yg pasti... terlalu banyak yg aku tak tahu.... banyak sangat!!